Seorang gadis 14 tahun yang tular pada Januari lalu susulan mengakui mengandungkan anak kepada seorang budak lelaki berusia 10 tahun selamat melahirkan bayinya baru-baru ini.
Bagaimanapun, tembelangnya terpecah apabila ada seorang doktor pakar urologi dan andrologi mendedahkan yang budak lelaki berkenaan masih kanak-kanak!
Malah dia belum akil baligh pun lagi! Mana ada sel sperma untuk dihasilkan yang boleh bersenyawa dengan ovum untuk menjadi janin!
Budak lelaki 10 tahun bukan bapa bayi itu
Nak dijadikan cerita, rupa-rupanya gadis berusia 14 tahun itu mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 16 tahun!
Gadis berkenaan memberi alasan beliau tidak mahu bercakap benar ketika itu kerana terlalu malu dengan kejadian yang menimpanya pada ketika itu.
Gadis dari Rusia itu popular sekelip mata di laman Instagram susulan perkongsiannnya di laman media sosial itu. Malah beliau kini mempunyai 150,000 pengikut di Instagram!
Ibu gadis berkenaan menghidap kanser dan beliau mengakui berita mengejutkan mengenai anaknya yang mengandung memberinya alasan untuk terus hidup.
Polis negara berkenaan masih meneliti sampel asid deosiribunokleik (DNA) dari bayi baru lahir itu.
Selamatkah kehamilan remaja?
Kehamilan remaja atau usia muda bermaksud kehamilan yang berlaku pada remaja perempuan berumur di antara 10 dan 19 tahun.
Banyak kesan dan akibat yang akan dihadapi oleh remaja perempuan yang hamil, bukan setakat menanggung masalah yang biasa dihadapi oleh setiap perempuan yang hamil tetapi kesan bagi remaja yang hamil lebih dari itu seperti masalah mental, sosial, kewangan dan juga menghadapi risiko kematian.
Masalah kepada ibu mengandung atau kandungan?
Setiap kehamilan pasti ada cabarannya yang tersendiri. Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kehamilan remaja.
#1. Masalah kepada bayi yang akan lahir
- Kurang berat lahir (kurang 2.5 kg)
- Kelahiran awal (premature). Remaja yang mengandung selalunya melahirkan anak awal dari jangkaan atau kurang daripada 37 minggu.
- Kematian, disebabkan bayi yang lahir di kalangan remaja yang hamil selalunya tidak mendapat penjagaan kesihatan yang mencukupi.
#2. Masalah kepada remaja yang hamil
- Tekanan darah tinggi. Ini kerap berlaku semasa kehamilan pertama.
- Kesukaran semasa proses kelahiran disebabkan pinggul remaja yang sempit termasuk penggunaan alat untuk membantu proses kelahiran.
- Kurang darah/anaemia
- Komplikasi kelahiran yang boleh mengakibatkan kematian.
Memetik laporan Berita Harian, menurut pakar kesuburan, memang tidak dinafikan pada usia kira-kira 11 tahun ini kanak-kanak terlalu subur mengandung tetapi faktor fizikal tidak membenarkan mereka berbuat demikian.
Turut menjadi persoalan, pada usia terlalu muda, adakah kanak-kanak bersedia melakukan hubungan intim selepas berstatus isteri.
Kanak-kanak memiliki bentuk tulang pinggul yang kecil dan tidak mampu menampung bayi yang dikandungnya. Selalunya, kanak-kanak bawah umur yang mengandung apabila bersalin dilakukan secara pembedahan dan bukannya kelahiran normal.
Dalam tempoh mengandung kanak-kanak terbabit boleh mengalami masalah tekanan kerana jiwanya sendiri belum bersedia menjadi ibu.
Risiko mengandung usia muda
Dalam usia 20an, anda kurang berkemungkinan untuk mengalami keguguran. Malangnya, keguguran awal adalah perkara biasa.
Namun yang baiknya, lebih muda usia anda, lebih rendah risiko anda mengalaminya. Risiko keguguran meningkat apabila usia bertambah, dan ini adalah
- kira-kira satu dalam 10 pada usia 20 tahun
- satu dalam lima pada usia 30 tahun
- kira-kira satu dalam dua pada usia 40 tahun
- kira-kira tiga dalam empat daripada usia 45 tahun hingga seterusnya
Kurangkan risiko
Walaupun risiko mengandung dan melahirkan pada usia muda sangat tinggi, ada cara yang boleh anda lakukan untuk ibu dan bayi yang selamat untuk dilahirkan dengan sihat. Nak buat macam mana kan, sudah mengandung pun.
- Rujuk secara berkala ke obstetrik – Daftarkan diri untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan bayi dan rahim mereka secara percuma
- Mengelak dari dadah haram, alkohol – Ini harus dielakkan kerana risiko membahayakan janin.
- Makan makanan yang sihat – Terutamanya suplemen mengandung yang mengandungi 0.4 mg asid folik setiap hari untuk perkembangan sistem saraf bayi.
- Cari sokongan – Anda boleh mendapatkan sokongan dari saudara-mara dan rakan-rakan terdekat untuk kesediaan mental anda. Jangan berasa malu, ragu, atau takut menghadiri pelbagai kaunseling mengenai kesihatan seksual dan organ-organ pembiakan sedia ada. Sentiasa memperkayakan diri anda dengan pelbagai maklumat kesihatan dan keselamatan diri, termasuk dari pelbagai jenis keganasan seksual.
- Bertemu dengan kaunselor atau kumpulan kaunseling yang boleh membantu anda mendapatkan maklumat atau membuat keputusan tentang hubungan, kehamilan, pengambilan atau pengguguran – Anda boleh mengetahui di Persatuan Perancang Keluarga Indonesia.