‘Majlis UMNO’ di sekolah, BN semakin bankrap moral


GELANG PATAH, 5 OKT: DAP menyifatkan tindakan UMNO-Barisan Nasional (BN) mengarahkan sekolah di Putrajaya untuk melaksanakan sambutan penutup Hari Kemerdekaan dengan tema UMNO sebagai gambaran nyata kebangkrapan moral gabungan itu.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ia juga adalah petunjuk bahawa UMNO-BN semakin hilang kemampuan untuk membezakan antara tindakan yang betul dan salah.
Katanya lagi, lima perdana menteri sebelum Datuk Seri Najib Razak pasti tidak bersetuju dengan penganjuran majlis sebegitu di kawasan sekolah, malah tentu akan mengambil tindakan drastik memecat menteri yang mengeluarkan arahan tersebut.
“Namun dalam kes Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dia pasti disanjung-sanjung perdana menteri (Najib Razak) kerana mencapai ‘kejayaan’ besar dalam masa-masa genting yang sedang dilalui UMNO-BN,” ujarnya dalam kenyataan, baru-baru ini.
Lagu UMNO berkumandang dan bendera parti itu dikibarkan di sekolah di Presint 14 dalam sambutan penutup Hari Kemerdekaan yang turut dihadiri Tengku Adnan, semalam.
Kementerian Wilayah Persekutuan turut mensyaratkan tema “UMNO dan Kemerdekaan” digunakan dalam pertandingan menghias bilik darjah yang kononnya bertujuan untuk memperingati perjuangan parti itu dalam memerdekakan negara.
Selain bendera kebangsaan, sekolah itu juga turut dihiasi dan dipenuhi dengan kibaran bendera UMNO. Murid-murid turut dipaksa untuk melaungkan slogan “Hidup UMNO”.
Sambutan ‘ala-UMNO’ di Sekolah itu, menurut Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, menyerlah dua perkara yang menjadikan majlis itu gagal.
“Pertama, sambutan itu mengagung-agungkan sumbangan UMNO terhadap pembentukan negara.
“Tetapi bagaimana pula dengan Gerakan, MIC, dan parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak dan pemimpin mereka atau adakah mereka tidak wujud atau tidak penting dalam rancangan sulit politik sebenar di Putrajaya?” soalnya.
Selain itu, katanya, UMNO dalam perjuangan awalnya tidak menagih simpati orang Melayu untuk menyertai parti itu, tidak sepertimana yang dilakukan Adnan di majlis tersebut apabila dilihat seolah-olah merayu para guru untuk menyokong mereka

Bukan lagi ‘aur dan tebing’, UMNO-BN khianati penjawat awam



KUALA LUMPUR, 5  OKT: Hubungan penjawat awam dan kerajaan tidak lagi boleh diibaratkan seperti ‘aur dan tebing’ selepas golongan itu merasai kesan daripada pelaksanaan pelbagai dasar yang membebankan oleh UMNO-Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penjawat awam sudah mulai ‘tawar hati’ dengan tindakan gabungan itu memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus selain menghapuskan subsidi.
“Tambahan pula, kepincangan kepimpinan UMNO-BN dengan pelbagai skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa telah membuatkan penjawat awam berasa meluat dan menyampah dengan kepimpinan sedia ada.
“Lagi mendukacitakan apabila para penjawat awam sering dibelenggu oleh campurtangan politik dan kebajikan yang tidak berpenghujung,” katanya yang juga Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa masa depan penjawat awam mungkin menjadi buruk jika pihak pembangkang berjaya memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Nasution berkata, kerajaan UMNO-BN tidak perlu bimbang terhadap kekurangan sokongan penjawat awam jika mereka benar-benar mengamalkan pentadbiran yang berintegriti dan berjaya memerintah dengan baik.
“Jika hendak dipersoalkan perihal kenang budi, UMNO-BN menjadi contoh kerajaan yang tidak tahu kenang budi rakyatnya.
“Setelah undi dan mandat diberi, di kemudian hari rakyat dilayan bagai ‘sampah sarap’, malah semua projek diberikan kepada kroni-kroninya sahaja,” ujarnya.
Beliau turut mengakui bahawa penjawat awam mampu menjadi pencetus perubahan.
Sehubungan itu, katanya, golongan penjawat awam tidak seharusnya membiarkan diri mereka diperkotak-katikkan pemimpin UMNO-BN.
“Hal ini boleh diterjemahkan pada PRU ke-14 akan datang dengan menggunakan kuasa undi bagi mengubah keadaan negara dan perkhidmatan awam khasnya,” katanya.

TUN MAHATHIR BAYANG AKAN BERTANDING PRU 14

(function() { var d = document, w = window; w

KITA MENJADI NEGARA PALING TINGGI MELIBATKAN KEMATIAN MENGIKUT PURATA PENDUDUK

  Hamdan Taha. 7910 kes kematian di sebabkan covid 19 pada bulan sept sehingga semalam Kita menjadi negara paling tinggi melibatkan kematian...