ADUN MENTAKAB MELAWAT KAWASAN




Mentakab-YB Tengku Zulpuri melakukan lawatan bagi mengesan dan mengenalpasti kawasan yang mendatang masaalah kepada penduduk kawasan sekitar.

Beliau melihat kawasan yang memungkinkan menjadi kawasan pembiakan nyamuk dan juga punca banjir kilat agar ianya dapat di perbaiki demi kemudahan penduduk.

Agenda politik PAS, tahaluf siasi dan golongan Mat Sabu.MAT SABU MESTI DIMENANGKAN

Agenda politik PAS, tahaluf siasi dan golongan Mat Sabu (Bahagian 1) - Sakmongkol

November 11, 2013
Pada saya, apabila Umno ajak PAS supaya berunding untuk kepentingan bangsa, ia suatu lagi sambungan tipu muslihat Umno. Umno bercakap kepada PAS bila keadaan mereka lemah. Ini kita kena ingat dan waspada.

Bila kuat, Umno akan membuli PAS dan memperlakukan PAS sebagai rakan sampingan dan rakan kebetulan. Untuk PAS merealisasikan cita-cita politik Islamnya ialah bukan dengan Umno.

PAS berbeza dengan DAP dan kita tahu pendirian DAP terhadap pembentukan negara Islam atau pelaksanaan hukum Islam. Adakah itu mahu dijadikan alasan untuk tidak berkerjasama? Jika DAP tidak bersetuju dengan wawasan politik PAS, adakah tentangan itu mengurangkan keinginan politik PAS? Kalau ia mengurangkan, ini bermakna agenda politik PAS ephemeral dan transient. Dalam pembahasaan PAS - tidak istiqamah.

Kita semua tahu pendirian peribadi Karpal Singh misalnya. Dan pemimpin Umno sangat suka mengungkit cabaran Karpal supaya langkah mayatnya dahulu. Karpal tetap kekal sebagai Karpal. Kita tidak boleh melakukan apa-apa untuk “unKarpalkan” Karpal. Tapi pada saya ini tidak menjadi masalah seperti yang mahu digambarkan oleh Umno dan mungkin mempengaruhi sesetengah penyokomg PAS.

Pada saya pendirian peribadi Karpal tidak material kepada cita-cita politik Islam PAS. Pernahkah kita bayangkan - jika suatu referendum dibuat sama ada rakyat mahukan sebuah negara Islam atau tidak, tiba-tiba 70% daripada penduduk negara mahukan negara Islam - apa yang DAP atau Karpal boleh buat untuk menyekat kemahuan rakyat itu?

Kehendak majoriti akan dijadikan panduan berkerajaan dan kehendak golongan 30% tetap mendapat perakuan dan tempat dalam kerajaan majoriti. Kita mesti percaya bahawa referendum tersebut akan hanya menjadi realiti jika sebahagian besar rakyat meyakini perjuangan PAS. Ertinya, mestilah terlebih dahulu PAS sudah melaksanakan agenda Islam sehingga rakyat sudah sedia meyakini politik PAS. Jika belum yakin, maka agenda PAS belum lagi akan dapat dicapai. Kejayaan agenda politik PAS tidak bergantung kepada sama ada DAP atau Umno atau PKR atau MCA setuju atau tidak. Bukan begitu?

Oleh kerana PAS misalnya beroperasi atas nilai keagamaan, golongan minoriti tidak akan dianiayai dan dipaksa. Jika berlaku penganiayaan dan pemaksaan, PAS - sama ada ianya mengaku mempunyai talian terus dengan Kuasa Tinggi, boleh jamin masuk syurga atau neraka , akan ditolak oleh rakyat.

Kemelayuan PAS

Tanpa bercakap dengan Umno pun, PAS tetap mengekalkan watak Melayunya. Maka PAS tidak memerlukan Umno untuk mengesahkan perwatakan Melayu. Bahkan, PAS boleh menjadi pilihan alternatif kepada Umno sebagai tempat bergantung bangsa Melayu. PAS mesti berkerja untuk mengganti Umno bukan menyerupai Umno.

PAS - Parti Islam Se-Malaysia (Pa Alif Sin) – itu pasal P-A-S,  adalah sebuah rakan penting dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ia mempunyai struktur kepimpinan yang unik. Berbeza dengan parti politik lain, ia mempunyai Dewan Ulama. Seperti nama ya, bahagian kepimpinan ini dianggotai oleh tokoh ulama yang berpendidikan agama secara formal. Mereka membentuk dasar dan hala tuju perjuangan PAS sesuai dengan dasar perjuangan sebuah parti yang mahu menegakkan politik Islam. Dalam perkataan mudah, Dewan Ulama PAS menentukan ‘halal’ dan ‘haram’ politik PAS.

Dewan Ulama juga berfungsi sebagai memperakui langkah strategik untuk matlamat politik PAS keseluruhannya dan salah satu langkah strategiknya ialah mempunyai  tokoh kepimpinan yang berkapasiti mengidentitikan PAS sebagai sebuah parti yang inklusif.

Inilah sebabnya PAS ada tokoh seperti Mat Sabu, Dr Zulkifli, Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mariah Mahmud, Dr Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Sallehudin Ayub dan lain-lain lagi. Jangan kita silap, keinginan Islam dalam hati mereka ini tidak kurang daripada tokoh ulama dalam parti tersebut. Bezanya ialah pendekatan yang mereka ambil dan keterampilan peribadi. Perakuan yang diambil oleh PAS iaitu dengan dasarnya dibentuk oleh Dewan Ulama, ialah menyifatkan langkah  stategik bersama dengan PR sebagai tahaluf siasi - kerjasama dengan parti politik lain yang berbeza dasar perjuangan mereka.

Sebagai seorang Muslim dalam DAP, kepentingan saya ialah melihat parti Islam ini mengekalkan tahaluf siasinya untuk memperlihatkan bahawa PAS komited kepada menubuhkan sebuah masyarakat dan negara yang inklusif.  Dalam komitmen tersebut, jangan kita digelincirkan dengan isu yang membezakan. Kita fokus kepada isu yang menyamakan.

Pada saya, konsentrasi kepada hudud misalnya, tidak adil untuk menilai PAS - hidup mati PAS bukan terletak atas hukum hudud yang digunakan oleh parti lawan untuk menakutkan rakyat.  Relevan PAS kepada seluruh umat Islam di Malaysia terletak bukan kepada soal teknikal tetapi keseluruhan flavour politik ynag dibawa mereka. Cukup kepada orang Islam Malaysia , PAS melaksnakan flavour politik Islam. Sebagai contoh, pentadbiran secara Islam yang dilaksanakan di Kelantan lebih ummatan wasatha daripada pengisytiharan kosong Umno. Yang lebih penting ialah dalam interaksi kerajaan dengan rakyat, interaksi tersebut disulami dengan nilai Islam dan nilai Islam ini dibentuk oleh Dewan Ulama.

Golongan yang bukan ada pendidikan Islam secara formal, tapi daripada segi penghayatan dan cita-cita politiknya Islam juga penting kepada PAS sebagai penterjemah falsafah perjuangan PAS. Golongan ini penting daripada sudut strategik untuk PAS menonjolkan dirinya sebagai serasi dengan aliran kebiasaan dalaman negara ini.

Cabaran kepada PAS ialah bukan menunjukkan diri nya doctrinaire - kewujudan Dewan Ulama sudah membuktikan perkara tersebut. Cabaran kepada PAS ialah bagaimana menjadikan dirinya selesa dengan rakyat terbanyak. Rakyat selesa dengan perwatakan bersahaja golongan yang disebut sebagai golongan moderates.

Jika PAS membuang golongan penterjemah wawasan politik golongan agamawan, PAS akan kehilangan saluran menunjangkan parti itu dengan common mainstream. PAS memerlukan golongan ini sebagai saluran komunikasi untuk meletakkan PAS sebagai sebah parti relevan dengan citarasa kebiasaan.

Pada saya, menginginkan suatu gerakan yang formal, theocratic dan doctrinaire sebagai tanda komitmen mengekalkan kesucian agenda Islam adalah lagkah yang merugikan untuk wawasan jangka panjang. Yang lebih penting kepada saya ialah menyerapkan nilai Islam dalam barisan depan yang akan menunjangi PAS dalam fikiran dan hati rakyat.

PAS kena berdepan dan handle reality social - iaitu reality social negara kita ini menginginkan normality dan keserasian. Jika PAS menonjolkan diri sebagai sebuah parti theocratic yang technical, saya khuatir ini akan menjauhkan rakyat yang menganut citarasa normal atau kebiasaan. – sakmongkol.blogspot.com, 11 November, 2013.


* Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.

Kempen anti GST, TPPA Pakatan Rakyat bermula di Lembah Pantai

Kempen anti GST, TPPA Pakatan Rakyat bermula di Lembah Pantai

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
November 11, 2013

Kita perlu bersedia menjaga ekonomi negara, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 November, 2013.Kita perlu bersedia menjaga ekonomi negara, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 November, 2013.Pakatan Rakyat (PR) memulakan kempen anti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) di kawasan Parlimen Lembah Pantai malam tadi.

Dengan kehadiran lima panel yang terdiri daripada pemimpin ketiga-tiga parti dalam PR - PAS, PKR, DAP - ceramah di Dewan Gasing Indah, Petaling Jaya itu menyaksikan sekitar 150 penduduk setempat hadir mendengar penerangan berhubung GST dan TPPA.

"Kita bukan menjalinkan kerjasama dengan Barrack Obama, dia baik. Kita tandatangan TPPA dengan syarikat korporat Amerika Syarikat (AS) yang hanya mementingkan keuntungan," kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen dalam ucapannya malam tadi.

Dalam ceramah anjuran PAS dan Pejabat ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Wong Chen bagaimanapun turut mengakui pembangkang tidak akan berupaya menghalang sekiranya Putrajaya bertekad untuk menandatangani perjanjian yang disifatkannya sebagai "bentuk penjajahan baru AS."

"Kita tiada kuasa untuk menghalang TPPA di Parlimen. Memang susah, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) komited untuk menandatangani perjanjian dengan korporat AS.

"Kita perlu bersedia menjaga ekonomi kita sekiranya TPPA ditandatangani,” katanya.
Wong Chen mendakwa, AS meletakkan 400 peguam mereka untuk meneliti terma perjanjian berkenaan, sedangkan Malaysia dakwanya hanya meletakkan kurang 30 peguam untuk meneliti TPPA.
"Macam mana hendak lawan?.

"Kita tidak tolak perjanjian bebas kerana ia baik untuk membasmi kemiskinan, namun kita hendak pastikan ia tidak disalahgunakan," katanya.

Pelaksanaan gaji minimum tidak dapat dilaksanakan dengan TPPA, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.Pelaksanaan gaji minimum tidak dapat dilaksanakan dengan TPPA, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut membangkitkan perkara sama, dan menyeru rakyat menolak TPPA sehingga anggota pembangkang dalam Kaukus TPPA menerima dokumen perjanjian perdangan berkenaan.

"Jika TPPA adalah bentuk penjajahan terbaru AS, GST pula penjajahan bentuk baru Umno, Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat Malaysia," kata Naib Presiden PKR itu.

"Kita tidak akan setuju dengan TPPA sehingga kandungan daripada Bab 1 hingga Bab 29 perjanjian itu kita terima," katanya.

Nurul Izzzah berkata, melalui perjanjian TPPA, pelaksanaan gaji minimum juga tidak akan dapat dilaksanakan kerana ia bercanggah dengan terma perjanjian yang berat sebelah kepada syarikat korporat.
"Gaji minimum tidak akan terlaksana kerana ia terikat dengan TPPA.

"TPPA ada terma yang menghalang gaji minimum," katanya.

Selain Wong Chen dan Nurul Izzah, turut hadir dalam ceramah malam tadi adalah Ketua Pemuda PAS Terengganu, Kamarulzaman Abdullah; Yang Dipertua PAS Lembah Pantai, Adlin Soleh;  Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Zairil berkata, pengenalan GST seperti yang diumumkan Najib ketika pembentangan Bajet 2014 adalah untuk menampung kadar hutang negara yang semakin meningkat.

"Bagaimana kerajaan kata GST tidak akan membebankan rakyat? Kerajaan sendiri sudah kata keuntungan daripada GST akan memberikan pulangan dua kali ganda kepada kerajaan," katanya.
"Kadar hutang negara berjumlah RM41.5 bilion, dengan 54.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), GST akan digunakan menampung perbelanjaan ini," katanya.

Santiago berkata, ketirisan dalam perbelanjaan kerajaan mengakibatkan rakyat membela orang kaya di negara ini.

"Selama ini kita lihat orang kaya membela orang miskin, tetapi di Malaysia hari ini orang miskin membela kerajaan dan orang kaya. Memperkayakan orang kaya, dan orang miskin lingkup.


"GST sebenarnya cukai untuk membela orang kaya dan kerajaan BN," katanya.


CERAMAH


Ceramah Perdana - Ustaz Abdullah Khairi