YESSS...INI BARU SOLIDARITI, MEMBUNUH PUN ADA RUANG MEMBELA DIRI!!




Berbanding Pagoh yang hanya riak-riak kecil dan Jerlun dan senyap sunyi,  reaksi UMNO Bahagian Semporna terhadap penggantungan Shafie Apdal lebih memberi erti tentang solidariti.

Di Pagoh, walaupun UMNO Bahagian itu menolak keputusan MT memecat Muhyiddin Yassin, hanya tiga pemimpin dalam bahagian itu yang meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.

Di Jerlun yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir, langsung tidak kedengaran apa-apa bantahan meskipun disedari proses yang diambil dalam mengadili bekas Menteri Besar Kedah itu jauh daripada keadilan yang sewajarnya.
Sebagaimana yang dilaporkan, sebagai bantahan terhadap tindakan MT UMNO menggantung Shafie yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna, Naib Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, 19 AJK Bahagian dan 300 Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.

Mereka bertindak demikian kerana merasakan Shafie tidak diberi layanan yang adil dan sewajarnya sebelum dijatuhkan hukuman.

Dengan tindakan itu, UMNO Bahagian Semporna sudah lumpuh dan tidak berfungsi lagi.

Ini baru solidariti dan setiakawan...dan jika lebih ramai yang sedia mengambil tindakan serupa, gugatan terhadap Najib pasti akan lebih berkesan lagi.

Jika lebih ramai yang kenal erti perjuangan dan tidak sayang jawatan, Najib juga lebih mudah diberi pengajaran untuk sedia mendengar perbezaan dan kritikan dan tidak semata-mata gemar menggunakan kuasa yang ada padanya.

Muhyiddin dan Mukhriz dipecat, manakala Shafie digantung keahlian hanyalah kerana ketiga-tiga mereka lantang mengkritik Najib berkaitan isu 1MDB dan skandal kewangan yang melibatkan dirinya.

Tetapi mereka tidak pernah diberi surat tunjuk sebab atau apa-apa peluang membela diri sedangkan dalam proses pengadilan yang sebenar, pesalah membunuh yang jelas perlakuan membunuhnya pun tidak pernah dinafikan hak membela diri mereka.

Lantaran itu, selain pujian atas keberanian mereka di Semporna mengambil tindakan terpuji itu dan diharapkan lebih ramai lagi di seluruh negara yang menyusul kemudian dengan tindakan yang serupa. (SH 28/06/2016).

Hilang markas, penggerak Pas ramai berhijrah



Markas Pas cawangan Kampung Teluk Sena di Lambor Kiri ini akan dicat warna jingga.Markas Pas cawangan Kampung Teluk Sena di Lambor Kiri ini akan dicat warna jingga.
Sebahagian besar markas Pas di Perak khususnya di Parit bila-bila masa sahaja bakal dicat oren iaitu warna rasmi Parti Amanah Negara (Amanah).
Hal ini memandangkan pemilik bangunan atau tuan tanah serta penggerak dan ahli aktif di kawasan berkenaan membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan Islam dan keadilan rakyat melalui wadah Amanah.
Itu situasi yang dapat dilihat ketika Malaysia Dateline berpeluang mengikuti Konvoi Misi Kasih Ramadan (Mekar) anjuran Amanah Batu ke Parit, Sabtu lalu.
Baharurazi AhmadBaharurazi AhmadMenurut Ketua Amanah Parlimen itu, Baharurazi Ahmad, Markas Pas Cawangan Bota Kanan adalah antara yang bakal berubah wajah sedikit masa lagi selepas pemilik tanahnya memilih untuk bersama Amanah.
"Kali terakhir Pas buat program di markas itu sekitar 15 Disember tahun lepas. Sekarang ini markas tersebut sepenuhnya digunakan oleh ahli Amanah cawangan Bota Kanan," ujarnya.
Beliau yang dahulunya secara rasmi menjadi ahli Pas pada 1983 walaupun menyokong parti itu sejak 1969 memberitahu sambutan masyarakat tempatan terhadap Amanah semakin menggalakkan.
"Kita sekarang sudah mempunyai ahli seramai kira-kira 200 orang. Setakat ini kita juga memiliki tiga cawangan yang telah berdaftar dengan ROS," jelasnya sambil memberitahu Wisma Amanah Parit terletak di Kampung Kuchai, Dun Bota.
Bagi aktivis Amanah, Pak Meor Hashim, kebanyakan penggerak dan mereka yang sebelum ini aktif bersama Pas di Parit kini nekad memilih Amanah yang dilihat lebih relevan dengan hasrat menjatuhkan BN di Putrajaya.
"Banyak lari ke parti oren dah. Tak suka ikut Pas lagi. Dengarnya sekarang mereka (Pas) nak buat mesyuarat pun tak cukup korum," katanya lagi dari Bota Kanan itu.
Pemerhatian juga mendapati beberapa markas cawangan Pas kelihatan terbiar antaranya di jalan menuju Kampung Sadang iaitu 15 kilometer ke Bota dengan halamannya ditumbuhi semak samun.
Pada masa sama, Markas Pas Cawangan Kampung Telok Sena di Lambor Kiri juga pada masa ini berfungsi sebagai Pusat Khidmat Amanah Cawangan yang diketuai Pak Yaacob.
Sepanjang seharian menjelajah ke lapan kampung bagi tujuan menyerahkan sumbangan makanan kepada asnaf hasil kutipan zakat dilakukan Amanah Batu, difahamkan juga sekurang-kurangnya tiga cawangan Amanah akan ditubuhkan selepas Aidilfitri ini.
Zafarullah YaakobZafarullah YaakobCawangan terlibat ialah di Kampung Telok Bedayung, Kampung Layang-Layang Kanan dan Kampung Telok Sena di Lambor Kiri.
Sementara itu, Ketua Penaja Amanah Cawangan Kampung Telok Bedayung, Dr Ismail Mohd Said berkata, parti baharu berusia sembilan tersebut kini semakin berjaya menarik minat ramai anak muda tempatan.
"Hanya cabaran kita ialah perlunya menangani sedikit persepsi negatif daripada golongan dewasa dan warga emas.
"Bahkan, ramai lagi masih tidak pedulikan politik walaupun keputusan politiklah banyak mencorak kesan ke atas cara hidup semua lapisan rakyat," jelasnya yang juga pensyarah di sebuah universiti tempatan.
Dalam hal berkaitan, 'orang kuat' Pas di Kampung Seri Kaya dikenali sebagai Pak Alias turut meninggalkan parti dikepalai Datuk Seri Hadi Awang itu.
Beliau pada masa ini mengakui lebih selesa dan bahagia bersama parti Amanah selepas mendapati prinsip perjuangan Pas sekarang hilang hala tuju berbanding Pas yang disertainya lebih dua dekad lalu.
Amanah ke Putrajaya
"Bininya Najib nama Rosmah, Pakai sanggul cantik bergaya, Marilah sokong parti Amanah, Supaya kita menuju ke Putrajaya."
(dari kiri)Pak Meor Hashim Bota Kanan dan Abdul Karim Alang Peie(dari kiri)Pak Meor Hashim Bota Kanan dan Abdul Karim Alang PeieDemikian serangkap pantun oleh Timbalan Ketua Amanah Parit, Cikgu Zafarullah Yaakob dalam ucapannya selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sebuah kedai kopi di Tanjong Dalu.
Menurut Naib Kadi Mukim Bota dan Imam Masjid Jamek Bota Kanan ini, Amanah semakin dikenali masyarakat tempatan selepas menyertai Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar 18 Jun lalu.
Konvoi Mekar yang diketuai Timbalan Ketua Amanah Batu juga merangkap Pengarah program, Datuk Tarmizi Mohd, kelmarin berjaya menyerahkan sumbangan Ramadan kepada 80 penerima dari lapan buah kampung di Parit dengan kerjasama Amanah di kawasan berkenaan.
Salah seorang penerimanya, Abdul Karim Alang Peie, 64, dari Kampung Kuchai, Bota Kiri berharap sumbangan berupa barangan dapur itu dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan kos belanja keperluan yang semakin meningkat.
Pas Perak khususnya di Parit hampir lumpuh kerana kehilangan banyak markas cawangan.Pas Perak khususnya di Parit hampir lumpuh kerana kehilangan banyak markas cawangan.