TERKINI!! Istana Umum Wan Azizah MB Pada November... BERITA BELUM SAHIH.......

TERKINI!! Istana Umum Wan Azizah MB Pada November...

Menurut sumber, jika semuanya berjalan lancar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dijangka akan mengangkat sumpah sebagai Datuk Menteri Besar Selangor yang baru pada bulan November yang akan datang.
Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan rundingan dengan beberapa pihak yang rapat dengan Istana Selangor bagi menyakinkan Istana untuk menerima perlantikan Wan Azizah disamping persidang DUN Selangor yang akan diadakan pada bulan tersebut.
Berita ini sudah pasti melegakan rakyat Selangor dan penyokong Pakatan Rakyat yang sudah bosan dengan krisis politik membabitkan jawatan Menteri Besar negeri itu.
Selain itu, rizab kerajaan Selangor bernilai RM 3 billion itu tidak boleh lama-lama diletakkan di bawah tanggungjawab ADUN Bebas, Khalid Ibrahim.  Pakatan Rakyat sebagai kerajaan sah di Selangor mesti mendapatkan hak ke atas rizab itu secepat mungkin.

Kita harap Khalid lebih bertanggungjawab dan tidak menyentuh rizab itu sepanjang tempoh beberapa bulan ini kerana sebagai pemegang jawatan sementara sebelum Menteri Besar baru dilantik, kuasa Khalid adalah terhad kepada membuat keputusan kecil sahaja.

Lagipun, lebih panjang masa diambil untuk menyelesaikan krisis ini, lebih teruklah imej Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku pemimpin ulung kita.  Maklum sahaja, Najib umpamanya menyelesaikan krisis Menteri Besar Terengganu dalam masa 3 hari, sedangkan Selangor masih belum ada petanda akan selesai hingga sekarang.

Memang latar belakang krisis berbeza tapi yang rakyat nampak, Najib di depan berbanding dengan Anwar dalam soal ini.  Itu yang kita tidak mahu berlaku.

 sumber: Kerajaan pakatan rakyat

TERKINI: INITIPATI SURAT PAS KE ISTANA .....WAN AZIZAH PULA SUDAH MENDAPAT SURAT DARI ISTANA .

Pejabat PKR telah menerima surat balas dari Istana memaklumkan pihak istana telah  menerima surat dari Presiden PKR dan juga cadangan calon dari DAP dan PKR serta sokongan 30 DUN...namun dibawah ini...macam ramai yang sedang berkata kata mengenai pengkianatan dan juga kisah pusing pusing.Pendedahan Tulang Besi.....

Maklumat Surat PAS ke Istana

Pembetulan kepada maklumat yang Tulang Besi dapat tadi. TIdak pasti maklumat ni benar atau tidak. Sekadar khabar sahaja:

1) Surat kepada Istana terus datang dari Presiden PAS. Malahan, Cikgu Pa sebagai SU Agung pun tidak tahu menahu pasal surat ini.

2) Surat diserah kepada Istana melalui seorang “Raja” yang konon baik dgn Istana Selangor.

3) Surat menamakan tiga calon – dua dari PAS dan seorang lagi adalah Khalid Ibrahim.

4) Hujjah mengekalkan Khalid Ibrahim adalah diberitahu kepada Tuanku, Khalid mendapat semula kepercayaan Dewan Undangan Negeri.

5) Formula yg dipakai adalah: PAS (15) + UMNO (12) + Khalid Ibrahim = 28 kerusi. Oleh kerana Speaker tidak boleh mengundi maka mereka mempunyai majority 1 undi. Khalid Ibrahim akan kekal memimpin kerajaan perpaduang PAS+UMNO+Khalid Ibrahim

6) Minta Hasnul dan Saari dilindungi sebab mereka mungkin diculik. Tak salah ambil langkah berjaga.

Presiden masih mahu mempertahankan kepimpinan Khalid Ibrahim dan masih mahu menubuhkan kerajaang perpaduang dgn UMNO dan BN.

Semoga Allah SWT mengagalkan konspirasi perpaduang tajaan Presiden dan puak2 UG dalam PAS

TULANG BESI

WAJIB BACA OLEH AHLI TOTOK PAS....upssssss.....PUS @#$%^&*( HASAD DENGKI AL TAKIRI KEPADA 2 ADUN PAS- ULASAN OLEH AL HUSSEYN

Hasad dengki at-Takiri kepada 2 Adun tersebut ialah kerana tindakan mereka berdua telah menggagalkan usaha pembentukan Kerajaan Bersama antara PAS dan UMNO ...

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman 
Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) 
parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah 
Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan 
Umno. – Baca seterusnya di sini atau dari sumber asalnya di sini

Zulhazmi At-Takanan Jawab Khairuddin At-Takiri.

 Ini ulasan aku kepada tulisan bertajuk "KE MANA PAS MAHU DIBAWA?" tulisan Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri. Aku akan jawab & ulas perenggan demi perenggan kemudian aku cantumkan semuanya.

KE MANA PAS MAHU DIBAWA?

 Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam. 

Jawapan & Ulasan Zulhazmi at-Takanan

 Isu ini sebenarnya dan sepatutnya sudah tidak perlu dibangkitkan melainkan orang yang membangkitkan itu ada perasaan dendam kesumat yang tinggi. Isu 2 Adun yang menyokong PKR dan DAP bukan isu 2 Adun semata-mata tetapi isu berkaitan tahalluf PAS bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Jika 2 Adun tersebut dikatakan tidak beradab kerana mendahului keputusan Jawatankuasa Pas Pusat, bagi aku Presiden lebih tidak beradab malah Majlis Syura Ulamak juga turut tidak beradab dalam adab organisasi PAS. Nanti aku ulas perkara tu dalam perenggan berikut. Dalam perenggan ini, aku cuma nak ulas berkaitan kesabaran ahli-ahli Pas yang prihatin dengan adab berjemaah.

 Adab berjemaah di dalam PAS berpandukan kepada Perlembagaan PAS yang jelas. Perlembagaan meletakkan Al-quran, Sunnah, Ijmak dan Qias sbg asas hukum utama. Perlembagaan juga memperuntukkan adab organisasi di dalam Pas baik Majlis Syura Ulamak, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dewan-dewan sehingga peraturan Muktamar. Semuanya ini disahkan dan dipandu oleh empat (4) asas hukum Islam yang nyata. Justeru untuk mengatakan bahawa 2 Adun tersebut tidak beradab, aku amat khilaf malah aku tetap dengan pendirian aku bahawa jika 2 Adun itu tidak beradab maka Presiden, Majlis Syura Ulamak dan beberapa Dewan Pemuda Negeri dan Perhubungan Pas Negeri juga tidak berperanan.

Perenggan Ke-2

 Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua adun tersebut.

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Aku telah menulis panjang lebar dari sudut Perlembagaan PAS berkaitan keputusan Majlis Syura Ulamak (MSU) bertarikh 6 Ogos 2014 yang mengekalkan TSKI sbg MB Selangor. Sehingga hari ini tiada sebarang hujah atau tulisan dari mana-mana pihak menjawab tulisan tersebut. Selagi tiada tulisan @ hujah menyangkal tulisan aku tu maka selagi itu tulisan aku sah dan hujah aku bahawa MSU telah melanggar Perlembagaan PAS adalah kekal. Apabila MSU telah membuat keputusan yang melanggar Perlembagaan, maka keputusan MSU adalah tidak sah dan tidak terpakai. Tuduhan bahawa 2 Adun tersebut sewenang-wenang melanggar keputusan MSU adalah tuduhan yang dangkal yang disertakan dengan niat jahat dari hati yang busuk.

 MSU membuat keputusan mengekalkan TSKI sbg Menteri Besar pd 6/8/2014 tetapi 2 Adun membuat keputusan menyokong DS Wan Azizah selepas TSKI dipecat. Apabila TSKI dipecat dari parti beliau, maka keputusan MSU yang menyokong beliau sudah terbatal kerana TSKI bkn lagi ahli PKR yang bersama PR yang mana PAS di dalam PR. Apabila 2 Adun tidak menyokong TSKI maka tindakan mereka jelas tidak melanggar keputusan MSU. Lagi pun keputusan MSU memang dari awal lagi sudah tidak sah mengikut Perlembagaan PAS.

 Perkara yang sama berlaku pada 17/08/2014 apabila JKPP membuat keputusan bersetuju menukar TSKI dan mencalonkan 2 nama pengganti Menteri Besar. Apabila JKPP membuat keputusan yang sama seperti 2 Adun tersebut, gegak gempita alam dipuji keputusan JKPP, ada yang mengatakan itu keputusan pewaris Nabi, ada yang mengatakan ia keputusan yang tepat malah Setiausaha MSU juga mempertahankan bahawa keputusan JKPP tidak bercanggah dengan keputusan MSU pada 6/8/2014. Jika keputusan JKPP tidak melanggar keputusan MSU, kenapa & bagaimana keputusan 2 Adun tersebut boleh dianggap melanggar keputusan MSU?

 Jangan bermuka-muka dalam tindakan. Mula-mula pertahan TSKI, siapa yang tidak ikut dilabel melanggar adab, kemudian setuju tukar TSKI dan katakan keputusan itu tepat dan yang dilabel tidak beradab dulu masih dimaki hamun dan diqunutnazilahkan.

Perenggan Ke-3

 Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 adun UMNO yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Perenggan ini paling seronok dibaca. Perenggan ini dengan JELAS, TERANG dan NYATA hasrat sekelompok dalam PAS lebih2 lagi penulis artikel ini untuk bersama dengan UMNO. Sudah terang lagi bersuluh. Tak perlu nafi atau dikatakan salah tafsir kerana tulisan ini amat jelas.

 At-Takiri mengatakan bahawa kesan secara teknikal sokongan 2 Adun PAS kpd Wan Azizah menyebabkan TSKI tidak boleh kekal sbg MB kerana hilang majoriti. PKR dan DAP yang pada mulanya ada 28 sokongan Adun telah menjadi 30 dgn sokongan 2 Adun PAS manakala TSKi ada sokongan 26 Adun termasuk 13 baki dari PAS dan 12 ADUN UMNO yang menyokong tanpa syarat.

 Baca elok-elok. At-Takiri tulis dan membuat PENGAKUAN bahawa TSKI boleh kekal jika semua Adun PAS (15) menyokong TSKI bersama 12 ADUN UMNO yang menyokong tanpa syarat. Dalam keadaan 15 Pas bersama 12 Umno dan 1 bebas (TSKI) maka bilangan kerusi dlm Dun adalah sama 28-28, maka TSKI boleh dikekalkan. Malah peluang TSKI kekal amat tinggi dengan tindakan membeli beberapa Adun PKR yang PAS rancang.

 Nak kelentong apa lagi??? Memang JELAS ada usaha daripada kalangan sekelompok dlm PAS yang telah bersetuju bersama UMNO di Selangor. Ini bukti yang amat jelas. Mereka marah kepada 2 Adun yang menyokong Wan Azizah kerana plan strategik mereka bersama Umno gagal di tengah jalan.

 Dalam keadaan inilah kemudiannya at-takiri mengatakan bahawa JKPP membuat keputusan menghantar 2 nama calon pengganti. Apa maksudnya? Maksudnya apabila gagal bersama Umno maka sekelompok dalam PAS ini cuba menggagalkan Wan Azizah sbg MB dan seterusnya menjadi jarum UMNO memecahkan PKR dan seterusnya Pakatan Rakyat. Inilah objektif kenapa 2 nama dihantar. Orang yang waras akan berfikir dengan waras. Orang yang hati busuk saja buat perangai tu.

Perenggan Ke-4

 Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Perenggan ini mengulangi perenggan terdahulu iaitu niat jahat hati busuk memburuk-burukkan 2 Adun yang menyokong Wan Azizah. Perlu diingat semula bahawa tindakan 2 Adun ini bukan menyokong Wan Azizah secara peribadi tetapi lebih UTAMA ialah mengekalkan kewujudan Pakatan Rakyat yang diputuskan oleh Muktamar Pas. Dalam keadaan PAS Pusat terumbang-ambing tiada keputusan rasmi, 2 Adun ini menjadi galang ganti sebagai penyelamat maruah PAS. Akhirnya keputusan JKPP pd 17/08/2014 juga sama seperti tindakan yang diambil oleh 2 Adun ini. MAKA mereka selayaknya diangkat sebagai HERO. Yang menentang HERO ialah penjahat, pengkhianat, duri dalam daging yang jelas hendak bersama musuh politik utama iaitu UMNO!!! Itu jelas.

Perenggan Ke-5

 Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsapp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkan mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Isu whatsapp dibocorkan, isu mesyuarat dibocorkan, bagi aku tak perlu nak meroyan di alam maya. Kenapa tidak ditubuhkan jawatankuasa siasatan dlm JKPP menyiasat siapa yang membocorkan maklumat atau siapa yang sebar printscreen whatsapp?? Masuk mesyuarat JKPP dan usulkan supaya disiasat dan diambil tindakan. PAS Pusat ada Jabatan IT yang boleh membuat siasatan. Perkara ini bukan baru. FB El-Haraki juga membuat ulasan perkara yang dibincang secara detail dlm mesyuarat tapi dibiarkan. Kenapa? Sebab El-Haraki bersama mereka. Saraf jahat ni tak perlu nak guna la... Kata fikrah Islam buat la cara Islam. Siasat dan ambil tindakan. Jika tak siasat, jangan nak ungkit dan kondem pimpinan jenis apa, kualiti apa... apabila awak tanya org pimpinan jenis apa... Awak tu di mana?? Awak pimpinan jenis apa?? Kata dulang paku serpih... tepuk air di dulang.

Perenggan Ke-6&7

 Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

 Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan diluar jangkauan akal manusia yang waras !

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Aku mintak At-Takiri sebutkan dengan jelas berapa aduan dibuat kepada Pas Pusat ke atas 2 Adun ini. Sebagai pimpinan bertaraf PHD aku nak nasihatkan supaya faham prosedur tatatertib dan faham Perlembagaan parti. Kalau tak faham boleh rujuk lawyer swasta yang ada dlm Pemuda Pas Pusat. Tindakan tatatertib kepada mana-mana ahli hendaklah melalui laporan kepada Setiausaha Agung atau Pejabat Agung. Ini jelas. Tidak ada peruntukkan bahawa usul dalam mesyuarat agong kawasan atau muktamar dewan boleh dijadikan laporan tatatertib melainkan dewan atau kawasan yang membuat usul menulis laporan rasmi kpd SUA atau pejabat Agung untuk tindakan diambil.

 Dalam keadaan suatu laporan atau aduan dibuat kepada seseorang ahli atau mana-mana kumpulan ahli, mereka tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan bersalah. itu konsep keadilan Islam dan juga keadilan manusia sejagat. Maka selagi mereka tidak dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib atau JKPP maka mereka tidak bersalah. Ahli yang dituduh juga berhak membela diri justeru jika terdapat siapa sahaja tak kira ahli biasa atau pimpinan tertinggi yang menyokong 2 Adun tersebut adalah tidak salah kerana masing2 mempunyai hujah tersendiri. Jika at-Takiri rasa 2 Adun itu salah, aku pulak ada hujah bahawa 2 Adun itu tidak salah. Jom kita lawan depan Jawatankuasa Tatatertib. Jangan nak sebar dakyah busuk di alam maya. Jangan burukkan nama USTAZ dengan perangai huduh hang seorang!!! Jangan kerana kerbau seekor habis semua ustaz dikata jahat!!

 At-takiri terkejut konon tindakan 2 Adun diarahkan pimpinan tertinggi. Aku lagi terkejut bila ada pimpinan tertinggi jadi umpan Umno untuk beli Adun PKR!!! Itu lagi busuk, buruk dan hodoh!!! Guna kedudukan sebagai ulamak untuk buat kerja busuk cukup malang bagi Islam. Selalu kata kpd Ulamak Umno sbg ulamak jahat dan ulamak terompah. Adakah terompah itu yg diguna oleh sekelompok ulamak dalam PAS atas nama Melayu Islam?? Tolonglah kami!! Kami tidak mahu Ulamak PAS dipandang hodoh dek kerana tindakan seorang dua yang berkepentingan!! kami sayang Ulamak kami. Kami bersama ulamak tapi jangan ulamak bawa kami ke lubang yang jahanam!!! 

Perenggan Ke-8

 Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan UMNO. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Perenggan ini ditulis khusus kepada Naib Presiden Dato' Husam Musa. DHM ada keluarkan kenyataan bahawa ada usaha segolongan di dalam PAs menggunakan institusi tertentu untuk bersama Umno. Maka At-Takiri menujukan perenggan ini kepada DHM.

 Aku nak sebutkan bahawa apa yg DHM sebut itu amatlah berlapik sekali. Kalau aku yang keluarkan kenyataan, aku akan direct terus kepada institusi tu. Maka aku nak sebut bahawa ada jarum Umno di dalam Institusi Majlis Syura Ulamak. Umno cuba menggunakan beberapa kerat ahli MSU untuk kepentingan Umno. Umno ingat dengan gunakan pimpinan di dalam MSU maka semua ahli PAS akan taat dan wala' begitu saja?? Umno silap!! Bukan semua ahli PAS bodoh mcm yang Umno sangka. Ada ahli PAS yang bodoh dengan gelaran Doktor PHD tapi ada juga ahli PAS yang cerdik walaupun petani nelayan. Umno boleh guna boleh beli beberapa org dlm MSU tapi Umno tak boleh beli kami ahli2 Pas di bawah.

 Jangan ingat kami tak tau ada Ahli Majlis Syura yang menjadi broker membeli Adun PKR. Jangan ingat aku tak tahu ada Ahli Majlis Syura yang jadi juru cakap syarikat besar Umno untuk deal projek2 tertentu. Kalau ini semua fitnah. Sila saman aku. kalau tak saman aku maka aku juga berhak dipertahan oleh Majlis Syura Ulamak kerana aku tidak pernah disabitkan salah di mana-mana Mahkamah. 

 Jangan gunakan kedudukan di dalam Majlis Syura untuk buat kerja jahat.

Perenggan Ke-9&10

 Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.

 Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah???

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Perenggan ini cukup jahat. Cukup busuk dengan buruk sangka. Aku tak hairan klu yang tulis tu nangoi cangak mcm aku tapi yang tulis adalah seorang Ahli Parlimen, ulamak, bergelar DATO' dan ada doktor PHD.

 Berkaitan Isu UG ni sekali lagi aku rujuk kepada perenggan 3 yang At-Takiri sendiri tulis. Dia sendiri dengan jelas sebut nak bersama Umno di Selangor.

 PAS 15 bersama 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat!!! Umno menyokong PAS tanpa syarat!!! Woi!!!! Apa punya kepala lutut hang nie?? Sejak bila Umno suka dengan PAS??? Bukan UG lagi ka kalau dah Umno sokong tanpa syarat??? Hang buat PHD bidang apa?? 

Perenggan Ke-11

 Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Adab berjemaah tidak kira siapa samada Mursyidul Am atau Presiden atau ahli biasa mcm aku. Tapi bila seseorang itu di peringkat tertinggi seperti Mursyidul Am atau Presiden, maka lebih lagi perlu menjaga adab dlm organisasi.

 Presiden selalu ingatkan pimpinan di bawah jangan keluarkan pendapat peribadi tetapi perlu lebih dulu rujuk kepada parti yang membuat keputusan secara jemaah atau syura. TAPI dalam hal krisis Selangor, Presiden yang terlebih dahulu mendahului parti. Apa yang Presiden sebut? Presiden sebut begini

 "Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza"

 Berdasarkan kata-kata Presiden sendiri jelas bahawa pendirian Presiden menyokong TSKI adalah pendirian peribadi yang bukan dibuat melalui mesyuarat/syura PAS Pusat. Presiden nyatakan sikap beliau dah seterusnya mengharapkan pimpinan PAS bersama. Dalam konteks ini sepatutnya Presiden membawa pendapat peribadi beliau bersama hujah dan bukti untuk dibentang di dalam mesyuarat, dibincangkan dan diputuskan. Apa yang berlaku sebaliknya apabila Presiden keluarkan pendirian peribadi dan kemudian ada pihak anggap ianya perintah parti. Itu bukan konsep jemaah. Itu bukan adab dlm jemaah. Aku dah sebut benda ni dlm mesyuarat Pemuda Pas Pusat pd 9/8/2014 yang lalu.

 Lebih teruk dan menyedihkan apabila pendirian peribadi tersebut diwar-warkan secara terbuka dan dianggap perintah, apabila ada yang tidak setuju dianggap khianat dan durhaka. Lebih teruk lagi apabila terhidu ada penentangan terhadap pendirian tersebut, Majlis Syura pulak dilibatkan dan diturut serta dalam kancah yang tidak elok sehingga rosak imej Majlis Syura dipergunakan untuk tujuan peribadi.

 Ini bukan dijaja reka oleh sesiapa tetapi org yang berfikiran terbuka dan waras akan boleh berfikir mengikut kronologi dan membuat kesimpulan dengan waras. Majlis syura dipergunakan untuk kepentingan tertentu bukan untuk kepentingan PAS!!!


Perenggan Ke-12& terakhir

 Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?

 Kemanakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!!!

Jawapan & Ulasan Zulhazmi

 Buruk sangka!! Dari awal lagi aku tulis, pada bila-bila masa pun aku tulis, aku bertanggungjawab dgn setiap yang aku tulis. Aku ahli PAS dan aku sayang PAS lebih dari aku sayang Presiden PAS. Dulu aku sayang Presiden PAS Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Beliau meninggal dunia dlm keadaan kekal & cekal melawan Umno. kemudian beliau diganti oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sehingga sekarang. Semangat peninggalan Ustaz Fadzil itulah yang ada pada aku meneruskan perjuangan PAS sebagai "wasilah' menegakkan dan mendaulatkan Islam di muka bumi Malaysia. Semangat dan tarbiyah Ustaz Fadzil itulah yang membara di kalangan kami anak muda untuk bersama PAS bersama PAKATAN RAKYAT menjahanamkan umno di muka bumi Malaysia.

 Tidak ada serangan peribadi ke atas Presiden PAS sekarang. Aku hormati Presiden sbg Presiden dan ulamak hebat. Aku hormati & kagum dengan Presiden yang cekal dengan PAS melawan Umno dan melawan kezaliman serta memacu PAS menegakkan Islam. Tapi aku juga berhak untuk menyatakan suara hati aku berdasarkan pengalaman hidup, tarbiyah dan ilmu tentang apa yang sedang dan akan berlaku. Aku nampak Presiden semakin dipergunakan untuk entah apa tujuan yang tidak pasti. Mereka mempergunakan susuk tubuh Presiden menghalalkan apa saja tindakan. Aku saya Presiden tapi aku sayang PAS melebih Presiden.

 Sejarah membuktikan suatu ketika dulu Presiden PAS yang lari dari perjuangan dan hala tuju PAS digantikan. Kita tidak mahu sejarah itu berulang. PAS telah lama wujud sehingga mampu mendapat sokongan majoriti pengundi samada melayu dan bukan melayu. Bukan mudah untuk mencapai tahap tersebut dlm keadaan PAS tidak pernah berganjak drpd prinsip Islam. Transformasi PAS ini jangan diundurkan hanya kerana dendam kesumat peribadi. Jangan jadikan PAS sebagai pemangkin imej buruk Islam. Islam tertinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam.

 Pas memperjuangkan Islam sebagai cara hidup tapi jangan disebabkan cara Pas mengendalikan sesuatu itu memberikan imej buruk kepada Islam.

 Ke Mana PAS mahu dibawa??? Insya-Allah aku dan kawan-kawan akan tetap membawa PAS ke hadapan tanpa UMNO!!!!

 Setelah kesemua perenggan tulisan "Ke Mana PAS Mahu Dibawa?" tulisan Dato' Dr Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri aku jawab dan ulas, maka aku buat kesimpulan ringkas begini :

 Keseluruhan tulisan at-Takiri menggambarkan hati busuk beliau terhadap 2 Adun Selangor iaitu Shaari Sungip dan Hasnul. Hasad dengki at-Takiri kepada 2 Adun tersebut ialah kerana tindakan mereka berdua telah menggagalkan usaha pembentukan Kerajaan Bersama antara PAS dan UMNO yang berMenteri Besarkan Adun bebas.

 Bayangkan betapa bodohnya jika Shaari dan Hasnul tidak menyokong Wan Azizah maka akan wujud sebuah kerajaan gabungan 15 Adun PAS bersama 12 Adun Umno yang "menyokong tanpa syarat" dan berMenteri Besarkan Tan Sri Khalid yang merupakan Adun Bebas. Konsep apa yang at-Takiri dan kelompok dia guna dalam politik macam ni???

 Bila Takiri tanya ke mana Pas mahu dibawa? Maka bagi aku at-Takiri nak bawa PAS bersama Umno TAPI aku tetap akan bantah, tentang dan lawan!!!!!!

 Khas kepada at-Takiri, jika terbaca tulisan aku, kalau tak puashati, terguris hati aku mintak maaf dan kalau nak berdebat aku tunggu...

APA KAITAN PERJANJIAN AIR DAN PERLANTIAKN MB???

Published: 3 September 2014



Perjanjian menyelesaikan masalah air di Selangor dan Lembah Klang antara kerajaan negeri Selangor dan pusat diharap dapat disempurnakan di sebalik krisis menteri besar di negeri itu. Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Perjanjian air Selangor dijangka selesai minggu ini, kata timbalan menteri.Kenapa minggu ini? kenapa tidak minggu depan? Kenapa tidak MB baru? Kenapa pula PAS nak join Umno?Siapa akan dapat komisyen? Kenapa pula adanya sangkut sangkut lantikan MB?

Bagi yang melihat soal ini sebagai satu yang secara semulajadi, ianya tidak dianggap begitu kerana ianya berjalan seiringan dengan apa yang telah diaturkan dan dipersetujui bersama. Bak kata Hishamuddin Rais ,ianya  daulah terpendam, dan kuasa ringgit menjadi isu utama.
Bagi Pas pula usaha ini dilihat sebagai usaha sebilangan ahli parti yang ersetuju untuk bersama UMNO.Jadi untuk kali ini Pas bukan lagi dilihat sebagai parti yang boleh dipercayai lagi kerana cuba untuk bekerjasama dengan Umno dan 2 wakil mereka sebenarnya dilihat sebagai wira kerana menidakkan usahasama wujudnya parti PUKI.


 BACA BAWAH INI
 
 
Perjanjian jual beli antara syarikat kerajaan negeri Selangor Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan 3 syarikat konsesi air konsesi air di Selangor dijangka akan dimeterai minggu ini, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Mahdzir berkata, perjanjian jual beli tersebut akan ditandatangani minggu ini termasuk beberapa siri sesi menandatangani perjanjian yang membolehkan KDEB mengambil alih syarikat konsesi air Selangor.

"Perjanjian jual beli akan ditandatangani minggu ini," katanya, pada sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidangan Water Loss Asia 2014 di Kuala Lumpur, hari ini.

Mahdzir berkata, kerajaan negeri Selangor juga turut meluluskan pengambilan tanah bagi saluran paip pengagihan air dari Loji Rawatan Air Langat 2.
 
  "Kerajaan negeri pun sudah beri kelulusan tanah, yang kita sudah tender ada 3 segmen, banyak lagi yang kita akan tender paip ini.  Bahagian itu selesai," katanya kepada pemberita.
Ahli Parlimen Padang Terap itu berkata, beliau berharap krisis menteri besar di Selangor tidak akan mengganggu perjalanan urusan penstrukturan air di negeri itu kerana ia merupakan kepentingan rakyat.

"Apa pun keputusan di Selangor kita hormati, tetapi keutamaan kerajaan negeri adalah rakyat.
"Kita tidak cakap soal PAS, PKR, DAP, kita cakap soal kepentingan rakyat Selangor.
"Berilah ruang kerjasama kerajaan pusat selesaikan isu air di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya,” katanya.

Melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kementerian itu, Selangor membenarkan projek Langat 2 diteruskan selepas Pakatan Rakyat (PR) menghentikan projek berkenaan selepas mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008.
Kekhuatiran mengenai perjanjian penstrukturan air Selangor akan terjejas mulai timbul apabila Khalid dipecat PKR dan mahu digantikan dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar.

Khalid pada 1 Ogos lalu menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HoA) dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Tawaran berjumlah RM9.65 bilion terhadap 4 syarikat konsesi air dimuktamadkan bagi melaksanakan Penstrukturan Semula Industri Air dan pembinaan projek Langat 2 yang dirancang sejak 2006.

Khalid bagaimanapun berkata, hanya pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Bhd (Splash) saja yang masih belum dimuktamadkan.

Melalui MoU yang ditandatangani pada 26 Februari lalu, Selangor akan mengeluarkan kebenaran kepada kerajaan pusat untuk merancang pembinaan projek Langat 2 di negeri itu.

Kerajaan Persekutuan juga bersedia menyuntik dana untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

Selain Splash, 3 lagi syarikat konsesi air Selangor adalah Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas).

malaysian insider

sultan Tiada Kuasa Minta Lebih Dari Satu Nama - Pakar

sultan Tiada Kuasa Minta Lebih Dari Satu Nama - Pakar

Pakar: Sultan tiada kuasa minta banyak nama

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tindakan sultan Selangor meminta lebih banyak nama untuk calon menteri besar adalah tidak mengikut perlembagaan kerana seorang calon yang mendapat sokongan majoriti sudahpun ditemui.

Katanya, mengikut sistem berparlimen, kerajaan bertanggungjawab kepada DUN dan bukannya kepada istana.
Jelasnya lagi, peranan istana hanyalah untuk melantik sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti Dewan.

“Majoriti adalah satu-satunya kriteria (pelantikan), maka sultan tiada kuasa untuk meminta lebih banyak nama memandangkan sudah ada majoriti,” katanya kepada Malaysiakini.

Istana Selangor semalam mengeluar kenyataan bahawa baginda menangguhkan peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga seorang menteri besar baru dilantik.
Sultan Selangor turut meminta agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat – PKR, DAP dan PAS – masing-masing menamakan dua calon sebagai pengganti jawatan tersebut.

Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno

Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno

Tindakan dua Adun PAS membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS menggagalkan usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider.Tindakan dua Adun PAS membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS menggagalkan usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider.























Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.


"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.
  "Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.

Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.

"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.

"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.

Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.

Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.

"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.
Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.

"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.

Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.

"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.

Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.

"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.

Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.

Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.


Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin. – 3 September, 2014.