sultan Tiada Kuasa Minta Lebih Dari Satu Nama - Pakar
Pakar: Sultan tiada kuasa minta banyak nama
Pakar
perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata tindakan sultan Selangor meminta
lebih banyak nama untuk calon menteri besar adalah tidak mengikut
perlembagaan kerana seorang calon yang mendapat sokongan majoriti
sudahpun ditemui.
Katanya, mengikut sistem berparlimen, kerajaan bertanggungjawab kepada DUN dan bukannya kepada istana.
Jelasnya lagi, peranan istana hanyalah untuk melantik sesiapa sahaja yang mendapat sokongan majoriti Dewan.
“Majoriti
adalah satu-satunya kriteria (pelantikan), maka sultan tiada kuasa
untuk meminta lebih banyak nama memandangkan sudah ada majoriti,”
katanya kepada Malaysiakini.
Istana
Selangor semalam mengeluar kenyataan bahawa baginda menangguhkan
peletakan jawatan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga seorang
menteri besar baru dilantik.
Sultan
Selangor turut meminta agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat – PKR,
DAP dan PAS – masing-masing menamakan dua calon sebagai pengganti
jawatan tersebut.