Kadir cabar potong elaun wakil rakyat kerana sidang Parlimen dipendekkan

 

Kadir Jasin berkata, keadaan Covid-19 bukan alasan untuk mengorbankan keberkesanan dan kewibawaan Parlimen kerana kadar jangkitan berbanding jumlah penduduk di negara ini antara terendah.

PETALING JAYA: Wartawan veteran, A Kadir Jasin menggesa kerajaan memotong gaji dan elaun ahli Parlimen memandangkan sidang Dewan Rakyat akan dipendekkan kepada 4 jam sehari.

Beliau berkata, tindakan memendekkan tempoh persidangan dan mengehadkan 80 ahli Parlimen pada satu-satu masa tidak masuk akal kerana nyawa wakil rakyat dilihat lebih penting berbanding orang lain.

“Orang politik selalu cakap rakyat jelata diutamakan. Tapi nampaknya sekarang, di bawah kerajaan Perikatan Nasional, nyawa dan kebajikan ahli Parlimen lebih diutamakan.

“Kalau macam itu, nampaknya tempoh kerja dan kehadiran kakitangan hospital, polis, tentera dan segala macam perkhidmatan kerajaan pun kenalah dihadkan kepada 4 jam sehari dan 80 orang satu giliran.

“Oleh kerana ahli politik selalu berhujah kononnya mereka berkorban untuk rakyat jelata, kita cabar mereka potong gaji dan elaun mereka, khususnya elaun persidangan kerana mereka hadir Parlimen sekali-sekala dan itu pun untuk 4 jam saja,” tulisnya di Facebook hari ini.

Beliau berkata, keadaan Covid-19 bukan alasan untuk mengorbankan keberkesanan dan kewibawaan Parlimen kerana kadar jangkitan berbanding jumlah penduduk di negara ini antara terendah.

“Tidak tahulah pula kalau di sebalik pelaksanaan peraturan luar biasa Parlimen itu ada muslihat yang tersirat memandangkan kedudukan kerajaan PN yang terumbang-ambing dan banyak usul tidak percaya telah dikemukakan.”

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, hanya 80 ahli Parlimen dibenarkan memasuki dewan pada satu-satu masa bermula esok dengan waktu persidangan dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang minggu depan untuk membendung penularan Covid-19 di Parlimen.

Sebanyak 41 daripada 80 kerusi akan diwakili ahli Parlimen PN dan 39 kerusi lagi untuk pembangkang dan bebas.



FIKIRAN JADI KACAU UNTUK HAYATI BELANJAWAN ( HAYATI KISAH LAMA)

 

A Kadir Jasin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

MUKHADIMAH: Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya. Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger. Ia tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin saya pegang.

LGE bentang Belanjawan: lakukan yang baik, cegah yang buruk

DALAM pembentangan Belanjawan 2019 pada 2 November, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengajak kita melakukan kebaikan dan menolak keburukan.

[Komen "Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

Menteri berketurunan Cina yang bukan beragama Islam itu menyebut ungkapan itu dalam bahasa asalnya - “amar ma’aruf nahi mungkar” (الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر).

Semua agama dan tamadun tinggi di dunia menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan.

Tetapi biasalah bagi ahli sebuah parti yang telah mengabaikan agama, tamadun dan kesopanan kerana “cash is king” mempersendakan Belanjawan 2019 sebagai tidak ada apa-apa yang baru.

Bagi ketua-ketua Umno/BN tidak ada apa yang baru dalam Belanjawan 2019 kerana mereka tidak mendapat habuan dan peluang untuk terus mengisi tembolok mereka dan anak, bini serta suku sakat mereka.

Bukan itu saja. Fikiran mereka pun tidak berada dalam keadaan tenang untuk menghayati sesuatu yang baik dan terpuji.

Fikiran mereka kacau kerana bekas ketua nombor satu mereka, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak sedang menghadapi berpuluh-puluh tuduhan jenayah di mahkamah.

Tambahan pula isteri beliau yang begitu berkuasa dan ditakuti, (Datin Paduka Seri Puti Reno) Rosmah Mansor turut menjadi OKT (orang kena tuduh).

Kalau Najib dan Rosmah pun berkemungkinan menjadi banduan apalah sangat mereka.

Ada antara mereka yang telah pun dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menunggu masa untuk bertemu hakim.

Tidak syak lagi banyak antara mereka akan mengikuti jejak Najib, Rosmah, bekas Pengerusi Tabung Haji, (Datuk Seri Panglima) Abdul Azeez Abdul Rahim dan “penari demam malam Sabtu” (Saturday Night Fever), (Tan Sri) Irwan Serigar Abdullah, ke mahkamah.

Hatta makhluk suci bernama Jho Low yang dikatakan bersih 1MDB oleh SPRM, Peguam Negara dan PDRM zaman Najib itu pun sudah didakwa dengan jenayah 1MDB di Amerika Syarikat.

Turut didakwa dan sudah mengaku bersalah di Amerika adalah bekas eksekutif kanan Goldman Sachs, Tim Leissner. Dia ini digambarkan sebagai sangat akrab dengan Najib dan Rosmah. Seorang lagi eksekutif Goldman Sachs, Roger Ng, ditahan di Malaysia.

Dengan perkembangan terbaru itu, konco-konco Najib dan Rosmah yang lain pun tidak selamat lagi. Misalnya SPRM telah mengeluarkan notis orang dikehendaki terhadap warganegara British dan pemastautin tetap Malaysia bernama Paul Stadlen.

Paul Stadlan: Perunding komunikasi Najib

Dia ini adalah seorang perunding media Najib yang digambarkan sebagai sangat berpengaruh dan digeruni oleh pengarang media arus perdana tempatan zaman Najib. Seorang lagi adalah ahli perniagaan bernama Habibul Rahman.

Kalau Stadlen pun dikehendaki maka lojiklah konco-konco dan tali barut Najib yang lain akan dipanggil “berbual” oleh SPRM dan agensi-agensi penguat kuasa lain.

Tali Barut

Setelah sekian lama menjadi tali barut Najib dan memakan duit haram daripada pelbagai sumber, khususnya 1MDB dan SRC International Sdn Bhd, mereka tentulah menjangka yang pada bila-bila masa saja serkap akan menyerkup mereka.

Dalam suasana minda yang kacau dan penuh ketakutan itu mereka tentulah tidak dapat menghayati dan mengakui bahawa belanjawan sulung kerajaan Pakatan Harapan tersebut adalah untuk menyelamatkan negara dan rakyat jelata daripada bom jangka yang ditinggalkan oleh pemerintahan kleptokrasi Najib.

Banyak duit negara yang dicuri. Hutang kerajaan melambung melepasi RM1 trilion. Jumlah sebenar adalah RM1,065,000,000,000 atau RM33,281.25 bagi setiap penduduk Malaysia. Kerja Najib adalah gali lubang timbus lubang kerana baginya duit adalah raja.

Belanjawan sulung kerajaan PH ini bolehlah ibaratkan sebagai merawat orang sakit.

Mula-mula sekali pesakit tidak mengaku dia sakit. Sehingga beberapa bulan lalu, dia bukan saja tidak mengaku dia sakit malah dia bagi tahu satu dunia yang dia cukup sihat.

Leissner (kiri sekali) dengan isterinya, Kimora Lee, bersama Najib

Tetapi banyak orang tahu dia bukan saja tidak sihat malah mengalami banyak penyakit kronik, penyakit aneh dan sakit jiwa.

Apabila pesakit pengsan, dikejarkan ke hospital dengan ambulans dan diperiksa barulah diketahui bahawa dia sudah pun dalam kategori tenat yang memerlukan penjagaan sepanjang masa di unit rawatan rapi oleh doktor-doktor pakar.

Apa tidaknya. Kencing manis ada. Sakit jantung ada. Darah tinggi ada. Kolesterol tinggi. Paru-paru rosak sebab banyak merokok. Badan obes kerana makan tak pantang dan langsung tak peduli senaman.

Sekarang kerajaan PH sudah tahu penyakit kronik yang dideritai negara dan mulai dengan Belanjawan 2019 melakukan rawatan rapi.

Kaki yang sudah kelemayuh (gangrene) sama ada dibersihkan atau dipotong. Pesakit akan cacat seumur hidup tetapi nyawanya selamat.

Jantung dibedah dan saluran yang tersumbat diganti dengan urat dari kaki. Kalau tidak teruk sangat, digali saja untuk buang lemak yang menyumbat saluran darah.

Kesimpulannya kita tidaklah boleh mengharapkan ketua-ketua Umno/BN yang sedang menderita tekanan jiwa berfikir dengan waras dan wajar. Yang mereka nampak bukanlah kebajikan rakyat jelata tetapi pintu penjara.

Wallahuaklam.

 

LIVE Isu TOLAK BAJET

JOM KITA BACA APA ALASAN DIA NAK NAIK GAJI

 RINA HAMZAH

Image may contain: 2 people, text that says "Tengok alasan dia nak naikkan gaji.. Exco, ADUN Kelantan bakal naik gaji Muhafandi Muhamad November 2020 13:55 MYT astro AWANI SR suaaroyc Mohd Amar berkata kenaikan itu perlu bagi mengurangkan jurang perbezaan gaji antara wakil rakyat Kelantan dengan negeri lain. -Gambar fail TAK RAKYAT PERLU NAK KELANTAN MARAH-MARAH sebab kamu sendiri memilih mengundi mereka!! PADAN MUKA.."


Alasan naik gaji..

1. Exco negeri lain tinggi gaji (jeles ler tu)

2. Rakyat kelantan ramai susah. Mintak duit dengan YB. Jadi kena naikkan gaji YB.

PERSOALANNYA..

KENAPA tak tingkatan taraf hidup rakyat?

KENAPA jurang gaji yang sibok dibandingkan dengan negeri lain. Tapi jurang kemiskinan, taraf hidup rakyat tak nak plak dia usaha rapatkan dengan negeri lain?Tak rasa malu kah dengan cina DAP?? walau negeri kaya , tapi bantuan pada guru agama diberi...

Tak pela.. Ni rakyat kelantan jugak nak. Kalau tak, takkan pilih PAS dan UMNO kan.. tak dirrrrr

SR

 

PERGHHH.....HEBAT MELAYU ISLE

 

Nora Jamilah

Image may contain: 4 people, text that says "SEBELUM INI, 3 DAH DILEPASKAN ANAK TIRI NAJIB Kes Ubah Wang Haram RM1 25 bilion MUSA AMAN 46 Kes Rasuah & Ubah Wang Haram RM432. 5 juta ISA SAMAD Kes Pecah Amanah RM160 juta SR Bekas timbalan presiden PAS lepas 16 pertuduhan pecah amanah Diterbitkan Hari ini 11:55 am SEKARANG, BEKAS TIMBALAN PRESIDEN PAS PULA.."

Perghhh satu lagi pencapaian kerajaan Melayu Isley yang harus dipuji...14 pertuduhan satu pun tak sangkut...Nak pelik apa? 46 pertuduhan pun boleh lepas...setakat belas-belas 🤣🤣🤣


🤣🤣

KERAJAAN DARURAT YANG TAK HABIS HABIS DENGAN IDEA DARURAT


 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk memohon pengisytiharan darurat untuk kawasan tertentu yang terlibat dengan pilihan raya.

Jelas menteri undang-undang itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memohon pengisytiharaan itu dengan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong mengikut keperluan.

“Dalam Artikel 150 jelas Yang di-Pertuan Agong ada kuasa untuk adakan proklamasi darurat seluruh negara atau mana-mana bahagian, sekiranya dirasakan perlu mungkin kerajaan akan fikirkan.

“Kalau tak keseluruhan, mungkin mana-mana bahagian.

“Pokoknya dari segi perlembagaan ia dibolehkan,” kata Takiyuddin sewaktu soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Dua pilihanraya bakal diadakan dalam waktu terdekat ini iaitu PRK Batu Sapi di Sabah dan PRN Sarawak.

PRK Batu Sapi akan diadakan pada 5 Disember, manakala PRN Sarawak mesti diadakan sebelum Ogos 2021.

Nampaknya dengan jawapan Takiyuddin ini, PN mungkin akan mengisytiharkan darurat di Batu Sapi serta enggan memberi Warisan kemenangan percuma, walaupun PH, BN, PBS, STAR dan SAPP sudah mengumumkan tidak bertanding.

Hanya Bersatu belum memutuskan demikian.

Semalam, Muhyiddin Yassin berkata beliau telah mengarahkan SPR dan Jabatan Peguam Negara mengkaji beberapa aspek perundangan bagi membolehkan PRK Batu Sapi ditangguhkan sehingga pandemik Covid19 berakhir.

Kerajaan darurat akhirnya tetap mahu darurat. 


(Shahbudindotcom 05/11/2020)



MENGAPA HUSAM BERUBAH HATI?



Mengulas mengenai khabar angin Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir menubuhkan kerajaan Perpaduan, beliau menganggap ia membuang masa. “Saya dengar Tun enam bulan jadi PM, Ku Li pun enam bulan, ini buang masa. Saya sudah sampaikan salam kepada orang yang baik dengan Ku Li, baik dia kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.” ujarnya.



NETIZEN PUJI MASZLEE TINGGALKAN PEJUANG


Sebaliknya, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu mahu bergerak melalui NGO dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan di kawasan parlimen itu. Sebelum ini bekas Ketua Pemuda BERSATU (ARMADA) Syed Saddiq Abdul Rahman juga tidak terlibat dalam penubuhan PEJUANG. Malah beliau menubuhkan parti sendiri yang berbilang kaum iaitu Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).





PM TERTEKAN HADAPI BAJET. ANWAR BERMAIN DENGAN CUCU

36 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 




TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI WRLR.... SILA 

TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA  DAN VIDEO AWAL 

PAGI .


WALAU DEFISIT 66.2 JUTA...GAJI EXCO DAN ADUN TETAP NAIK.....WAJARKAH BEGINI ATAU RAKYAT KLEANTAN MERESTUI?


Image may contain: 2 people, text that says "astro AWANI Ikuti berita terkini dari Astro AWANI Anda akan menerima notifikasi Tidak Ya Program Master Eksekutif Online khusus untuk yang berminat dalam pendidikan jarak jauh ×0 program.ktac.edu.my Exco, ADUN Kelantan bakal naik gaj Muhafandi Muhamad November 5, 2020 17:55 MYT"


LAGI TAHNIAH NEGERI ISLE KELANTAN..GAJI EXCO DAN ADUN BAKAL NAIK....YANG LAIN MAMPOIH P KAT HANGPA

 

Image may contain: 2 people, text that says "astro AWANI Ikuti berita terkini dari Astro AWANI Anda akan menerima notifikasi Tidak Ya Program Master Eksekutif Online khusus untuk yang berminat dalam pendidikan jarak jauh ×0 program.ktac.edu.my Exco, ADUN Kelantan bakal naik gaj Muhafandi Muhamad November 5, 2020 17:55 MYT"



Tahniah kerajaan Melayu islam Kelantan. Mercedez baru dah dapat itu hari, sekarang ni nak naik gaji pulak. Inilah ciri-ciri kepimpinan ulamak pewaris nabi yang amat zuhud.

 

Rakyat Kelantan kena bersabar dengan masalah air ok. Sabar itu separuh dari iman. Bak kata menteri lebai, jangan sia-siakan  air hujan anugerah Allah. Tadahlah air hujan dulu. 30 tahun lagi kita selesaikan masalah air ok.

 

Tahniah wakil-wakil rakyat lebai. Dapat naik gaji di kala rakyat lain hilang pekerjaan akibat Covid.Itu lah lebai kita…


W. FAUDZIN




TAKBIR..TAK ADA NEGERI SEBAIK KELANTAN

 Walaupun defisit, tetap beli Mercedes....



VIDEO TERKINI : Speaker: Tiada had 80 ahli Parlimen ketika undi belah bahagi. PN AKAN TUMBANG



Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menjelaskan bahawa langkah pencegahan Covid-19 untuk hanya membenarkan 80 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada satu masa tidak akan dikuatkuasakan apabila ada undi belah bahagi (bloc voting).

"Tetapi kalau ditakdirkan ada undi belah bagian maka kita dah setuju untuk membunyikan loceng dua minit, dan ditempohkan lagi 10 minit supaya semua ahli parlimenyang berada di luar dewan dapat datang dan mengundi," katanya.

Azhar kemudian mengulas lanjut selepas diminta Rayer, bahawa alasan di sebalik langkah itu adalah untuk mengehadkan tempoh 222 anggota parlimen terdedah dalam kumpulan yang besar.

"Waktu pengundian mungkin kita akan mengehadkannya kepada 15 atau 20 minit," tambahnya.


1. Dengan keadaan ini, memudahkan mana mana MP yang tidak mahu undi belah bagi..dengan menganggkat tangan tidak masuk dewan.

2. Bila undi tidak lulus..bermakna kerajaan tidak boleh melaksanakan perbelanjaan untuk tahun berikutnya dan kerajaan dikatakan tidak wujud lagi.

3. Sebab itu Takiyuddin kata nak nasihat Agong bubar Parlimen atau darurat.

4 Jika mana mana MP yang penakut nak angkat tangan , mereka tak mahu masuk dewan , maka PN tumbang.

5. Jika semua MP Pembangkang hadir...sahih PN tumbang.

Memang darurat sungguh lah nampaknya....kerajaan tebuk atap ni.


Amiruddin Ahmad

KAH.........‘Kalau dengan Trump pun dia boleh sokong, tutup keslah dengan Pas ni’

 

‘Kalau dengan Trump pun dia boleh sokong, tutup keslah dengan Pas ni’
"Strong, Formidable and Convincing (kuat, hebat dan meyakinkan). Harap lelaki ini akan jadi pemenang," tulis Fadli Shaari.


HASIL KERAJAAN NAIK PADA 2019 KETIKA PH PERINTAH – KETUA AUDIT NEGARA


KERAJAAN PN MAHU LAKSANAKAN SEMULA GST?

 

PEMILIHAN PRESIDEN AS: TRUMP MENUJU KEKALAHAN


MASA PARLIMEN WAJAR DI PENDEKKAN - KITA SAYANG PEMIMPIN KITA KETAT KETAT

 

Kita tidak mahu ujud kluster parlimen.

Kita tidak mahu ada yang positive, sengsara, meninggal.

Mereka adalah aset negara, bayangkan tanpa mereka... seperti Azmin, Hamzah, Annuar, Takiyuddin,Takkiri....bagaimana negara mahu diuruskan?

Anwar, Lim Guan Eng, Mat Sabu inilah tokoh taraf tancikun pembangkang... siapa nak bangkang kalau tanpa mereka.

Lebih-lebih lagi speaker yang sangat kita kasihi.

UMNO hilang keramat hilang kesucian tanpa Zahid dan Najib.

Kecuali Tun, yang lain masih muda.

Bentang bahas sebelum support atau tidak takkan nak support sebab belas kasihan merayu...

#Parlimen adalah tempat kepentingan rakyat - tak perlu panjang sangat.

Meeting politik tentang masa depan mereka, jawatan mereka, tengkuk mereka, periuk mereka sesuai dibuat berjam-jam, berulangkali melewati larut malam.

Image may contain: 1 person, text that says "MALAYSIA NOW Home News Opinion HIGHLIGH Berita Wacana c PM urges MPs to support upcoming budget He urges all quarters to set aside their political views to help ease the government's burden. Bernama Nov4, 2020 4:34 PM f Prime Minister Muhyiddin Yassin speaks in a press conference through teleconferencing at his residence in"


1. Pak Zaharin Beri Cadangan Selain KWSP, Adakah Bajet Akan Lulus Dgn Ja...

KERAJAAN BOLEH SAJA LAKSANAKANNYA

 

Kerajaan boleh je usul untuk pinda Perlembagaan supaya pilihanraya boleh ditangguhkan, tapi mereka tetap juga nak laksakan darurat tu, KENAPA?

Sebab darurat akan memberikan kerajaan PN kuasa yang besar. Mereka boleh buat apa sahaja tanpa melalui Parlimen.


SR

Image may contain: ‎1 person, ‎text that says "‎Berita Seksyen KENAPA K'JAAN PN TERDESAK MAHUKAN DARURAT? Darurat boleh tangguh pilihan raya, kata Takiyuddin Dikemas kini hari yang lalu Diterbitkan pada Nov 2020 11:39AM 0 Komen 1. Darurat akan berikan kuasa tak terbatas kepada pentadbiran Muhyiddin 2. Darurat akan halang UNDI TAK PERCAYA 3. Darurat akan hilangkan matikan suara MP-MP pembangkang חור Ada Pilihan Untuk Usulkan Pindaan Tangguh Pilihan Raya.. TAPI KERAJAAN DARURAT SENGAJA MAHU PILIH‎"‎‎



Ehhhh...JANGAN CAKAP SAJA..,

 

Rina Hamzah

Speaker dah bgtau, tegur kerana dah melanggar peraturan dewan yang telah ditetapkan selama ini.


Ker Adun PAS & UMNO yang bodoh Tak Faham KOD ETIKA PAKAIAN RASMI DUN ?


Yang pakai baju Melayuh hari Isnin dah kenapa ? Malulah sikit. DUN ni pengubal undang-undang peringkat negeri. Ahli DUN sendiri langgar kod etika pakaian yang sudah lama diamalkan. 

Pastu tuduh fitnah " bangsa lain" anti-Melayu.. anti-Islam.


Contoh : Anak pakai baju melayu pergi Sekolah Kebangsaan hari ISNIN, Guru besar suruh balik tukar BAJU rasmi Sekolah. Adakah kita nak kata GURU BESAR itu tak menghormati Baju Melayu, gugat Melayu, gugat Islam ?  🙂


Pemikiran puak penunggang agama bangsa PASUMNO memang tak boleh hidup ke jika tak mainkan isu perkauman !!


Sendiri buat BODOH , pastu salahkan orang lain.


SR



MAMPOIH NAK MENANG KALAU MACAM NI...TUNGGU KEMAT



SHAHBUDIN HUSIN


Cadangan kehadiran 80 orang ini - 41 daripada blok kerajaan dan 39 daripada blok pembangkang - adalah idea PN dan hari ini Speaker telah meluluskannya, walau ditentang oleh blok pembangkang.


Ini semua sebenarnya idea nak menipu dan untuk memastikan Bajet 2021 diluluskan tanpa masalah.


Ini juga petanda Muhyiddin masih tak percaya dengan Zahid Hamidi, walaupun semalam beliau telah menyatakan 42 Ahli Parlimen BN akan menyokong kelulusan Bajet 2021.




SEMUA INI IDEA NAKENIPU.PETANDA MUHYIDDIN LANGSUNG TAK PERCAYA ZAHID HAMIDI

 

Speaker Parlimen, Azhar Azizan Harun hari ini membuat keputusan kehadiran dalam Sidang Dewan Rakyat akan dihadkan hanya kepada 80 orang saja pada satu-satu masa.

Ketetapan itu akan bermula esok, ketika Belanjawan 2021 dibentangkan.

Pecahan 80 Ahli Parlimen yang dibenarkan hadir merangkumi 41 orang daripada blok kerajaan dan 39 orang dari blok pembangkang dan bebas.

Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan, pemilihan Ahli Parlimen yang dibenar menyertai sidang akan ditentukan parti masing-masing dan mereka yang hadir akan diberikan kad khas untuk merekodkan kehadiran.

Langkah menghadkan kehadiran ini diambil sebagai langkah mencegah penularan Covid19.

Semalam, media juga melaporkan, idea menghadkan kehadiran kepada 80 orang itu datangnya daripada Perikatan Nasional atau PN.

Tidak pula disebut sama ada idea itu datang daripada pemikiran Muhyiddin Yassin sendiri, Hamzah Zainuddin atau Azmin Ali.

Apabila akhirnya Speaker bersetuju melaksanalan peraturan tersebut, ia dengan sendirinya memperlihatkan beberapa petunjuk:-

Pertama, ini menunjukkan Speaker tidak lagi bebas, sebaliknya tunduk kepada kehendak PN sebagai parti yang menguasai kerajaan, tetapi memiliki majoriti yang meragukan.

Gambaran mudahnya, kehadiran dalam blok kerajaan dengan peraturan baru ini bukan lagi setakat 41, tetapi sebenarnya 42.

Kedua, menghadkan kehadiran hanya kepada 80 daripada 222 orang Ahli Parlimen, menunjukkan demokrasi di era kerajaan pintu belakang dan tebuk atap ini sedang menuju ke kuburan.

Setelah tidak berjaya menguatkuasakan darurat dan menggantung Parlimen bagi membolehkan terus berkuasa, kini kehadiran di Parlimen pula dikecilkan yang bermakna untuk mematikan amalan demokrasi itu sendiri.

Ketiga, ini juga adalah taktik menipu yang mudah difahami yang timbul daripada helah PN untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan tanpa banyak masalah.

Dengan kehadiran yang terhad – hanya 41 daripada blok kerajaan dan 39 daripada blok pembangkang serta bebas, sudah pasti Belanjawan 2021 mudah diluluskan dan tiada ruang untuk sesiapa bersikap berkecuali atau tidak menghadirkan diri ketika pengundian.

Keempat, peraturan baru ini juga memperlihatkan Muhyiddin langsung tidak percaya dengan janji Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi bahawa semua 43 Ahli Parlimen gabungan itu akan menyokong kelulusan Belanjawan 2021.

Sepatutnya, dengan adanya akujanji Zahid Hamidi semalam, Muhyiddin tidak perlu bimbang lagi dengan kemungkinan Belanjawan 2021 ditolak ketika pengundian.

Tetapi, kenapa Muhyiddin masih ada kebimbangan Belanjawan 2021 tidak diluluskan sehingga akhirnya kehadiran di Parlimen dihadkan kepada tidak sampai 40 peratus?

Petunjuk paling besar daripada semua ini ialah Muhyiddin dan PN sedang perlahan-lahan mahu mengenepikan BN dengan menganggap mereka bukan lagi sebagai rakan yang dihormati. 

(Shahbudindotcom 05/11/2020)