APA CERITA MAHFUZ DAN HUSAM?

 

Dari FB Wall MSO...

APA CERITA MAHFUZ DAN HUSAM?

Tidaklah saya faham kenapa Mahfuz Omar sampai menjawab dakwaan Husam Musa mengatakan OT95 yang didakwa awal-awal lagi sudah merancang untuk menjatuhkan kerajaan PH. Alasan diberikan Husam antaranya kerana OT95 tidak mengisi segera kekosongan 16 Senator yang kemudian dengan mudah dipenuhi oleh Muhyiddin Yassin apabila dia mengambil alih.

Nampaknya Mahfuz terasa dengan dakwaah Husam itu, kenapa? Apakah kerana OT95 berbudi kepadanya kerena tidak disangka-sangka dilantik menjadi timbalan menteri, dan budi itu harus dikenang walaupun ia sudah terburai? Kalau itulah sebabnya di sini, menunjukkan budi jawatan telah membelakangkan setiakawan dalam perjuangan. Satu sikap tidak tepat mengutamakan orang luar sampai berselehing sesama sendiri.

Bagi Husam beliau ada hak untuk mengatakan demikian atas perspektif dan analisa politiknya. Peliknya kenapa pula Mahfuz tampil menjadi orang Pejuang membela OT95? Apakah beliau pernah sarung baju Pejuang?

Keadaan ini sedikit memelekan. Sepatutnya mereka berdua saling berfikir dan berpakat macam mana untuk kembalikan mandat rakyat. Kunci utamanya menguatkan parti “rumput gelang sambal” itu, agar tidak kelayuan di tengah jalan.

Segala kehebatan dan baik budi OT95 sudah wajar dilupakan apabila beliau gagal mempertahankan kerajaan PH. Tidak siapa dapat menafikan punca kenapa kerajaan PH tumbang selain daripada pengkhianatan dalaman parti-parti PKR dan Bersatu, punca utamanya terletak kepada OT95. OT95 lah penebuk kerajaan PH.

Cuba beliau ikhlas dan jujur mematuhi konsensus PH, semua kecelakaan itu tidak berlaku. Pintu rumah PH tidak terkopek dan lantainya tidak berlubang.

Berbalik kepada perihal Mahfuz dengan Husam itu, dalam kes ini Mahfuz seperti membeli barang yang tidak dijual tetapi teringin kerana semacam dia berduit?

Kata Mahfuz kenyataan atau dakwaan Husam itu bersifat peribadi, maka apa pula hak beliau untuk mempertikaikan dakwaan Husam itu. Husam mendakwa OT95 itu tidak pun memakai nama Amanah. Trims.

 

No comments: