VIDEO TERKINI : Speaker: Tiada had 80 ahli Parlimen ketika undi belah bahagi. PN AKAN TUMBANG



Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menjelaskan bahawa langkah pencegahan Covid-19 untuk hanya membenarkan 80 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada satu masa tidak akan dikuatkuasakan apabila ada undi belah bahagi (bloc voting).

"Tetapi kalau ditakdirkan ada undi belah bagian maka kita dah setuju untuk membunyikan loceng dua minit, dan ditempohkan lagi 10 minit supaya semua ahli parlimenyang berada di luar dewan dapat datang dan mengundi," katanya.

Azhar kemudian mengulas lanjut selepas diminta Rayer, bahawa alasan di sebalik langkah itu adalah untuk mengehadkan tempoh 222 anggota parlimen terdedah dalam kumpulan yang besar.

"Waktu pengundian mungkin kita akan mengehadkannya kepada 15 atau 20 minit," tambahnya.


1. Dengan keadaan ini, memudahkan mana mana MP yang tidak mahu undi belah bagi..dengan menganggkat tangan tidak masuk dewan.

2. Bila undi tidak lulus..bermakna kerajaan tidak boleh melaksanakan perbelanjaan untuk tahun berikutnya dan kerajaan dikatakan tidak wujud lagi.

3. Sebab itu Takiyuddin kata nak nasihat Agong bubar Parlimen atau darurat.

4 Jika mana mana MP yang penakut nak angkat tangan , mereka tak mahu masuk dewan , maka PN tumbang.

5. Jika semua MP Pembangkang hadir...sahih PN tumbang.

Memang darurat sungguh lah nampaknya....kerajaan tebuk atap ni.


Amiruddin Ahmad