Kesan serangan senjata kimia oleh tentera Bashar



Kesan serangan senjata kimia oleh tentera BasharKesan serangan senjata kimia oleh tentera Bashar di Timur Ghouta (Damsyik). Lebih dari 1500 terbunuh dan beribu-ribu cedera. Sangat menyakitkan melihat bagaimana mereka yang tidak bersalah mati dengan derita. Semoga Allah melindungi mereka.Minta jasa baik anda semua untuk membuatkan lebih ramai orang berdoa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di sana terutamanya di Syria dan Mesir. Sama-samalah kita berdoa dengan ikhlas kepada Allah agar segala kekejaman yang berlaku ke atas saudara kita di sana dapat dihentikan dengan bantuan Allah. Semoga Allah mengasihani kita dan memakbulkan doa-doa kita...insyallah.Ramadhan84
Posted by Ramadhan84 on Friday, August 23, 2013

Kamaruddin Jaafar ganti Rafizi?




 | October 11, 2015
Pelantikan Ahli Parlimen Tumpat yang baharu menyertai PKR itu dikatakan berkuatkuasa November ini bagi menjaga hati Rafizi.
rafizi
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang baharu menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada September lalu dikatakan bakal menggantikan Rafizi Ramli sebagai Setiausaha Agung PKR.
Pelantikan Kamaruddin atau dikenali gelaran KJ dikatakan akan berkuatkuasa pada November ini.
Dikatakan 25 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah menyokong pelantikan KJ kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Rafizi yang didakwa sering membelakangkan pemimpin PKR lain dalam membuat keputusan terutama melibatkan sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan.
Memetik laporan Malaysia-Chronicle, Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah memberi persetujuan pertukaran itu bagi memastikan krisis dalaman parti tidak terus berlanjutan.
Rafizi, Ahli Parlimen Pandan dan juga Naib Presiden PKR dilantik sebagai Setiausaha Agung selepas parti itu selesai mengadakan pemilihan menggunakan sistem satu ahli satu undi pada tahun lalu.
Jika dakwaan itu benar, Rafizi bakal menjadi Setiausaha Agung paling singkat dalam sejarah parti itu.
Seramai 25 Ahli MPP bakal menghadiri mesyuarat tergempar pada Ahad (hari ini) bagi membincangkan semula sokongan PKR terhadap penubuhan Pakatan Harapan yang diumumkan oleh Wan Azizah pada 22 September lalu.
Mereka dikatakan tidak puas hati kerana Sidang Meja Bulat pada hari berkenaan sepatutnya hanya membincangkan kerjasama antara parti pembangkang dan NGO selepas Pakatan Rakyat diisytiharkan tidak wujud lagi.
Jumaat lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menafikan Rafizi akan digugurkan sebaliknya menyifatkan berita itu fitnah dan spekulasi semata-mata.

Apa lagi yang PKR harapkan daripada PAS? – Faiz Fadzil

PKR DINASIHATKAN BERHATI HATI PADA KALI INI.

Pembentukan Pakatan Harapan pada 22 September 2015 antara parti pembangkang Amanah, PKR dan DAP adalah satu rahmat kepada rakyat Malaysia.
Agenda Barisan Nasional untuk melenyapkan permuafakatan pembangkang ternyata gagal walaupun Pakatan Rakyat terkubur setelah PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Sejarah menunjukkan BN boleh dijatuhkan dengan gabungan parti-parti pembangkang.
Sejarah juga menunjukkan parti-parti pembangkang kalah teruk dalam pilihan raya setelah gabungan berpecah. Inilah senjata yang paling digeruni BN. PAS secara 'sub-conscious' sanggup membiarkan dirinya dijadikan ejen kepada agenda BN untuk memecahkan PR.
PKR seharusnya terus istiqamah mengukuhkan PH dan bukannya terus mendambakan kerjasama dengan PAS. PAS sekarang yang bersifat takfiri seolah-olah mereka sahaja yang benar, sudah pasti tidak akan menganggap mana-mana pihak sebagai rakan. Bagi mereka, siapa sahaja yang tidak bersetuju dengan mereka, adalah musuh walaupun hakikatnya, kezaliman adalah musuh utama. Sedangkan, Allah mencegah kita daripada cenderung kepada kezaliman (surah Hud:113).

Namun, PAS sekarang bukan sahaja gagal melihat kezaliman sebagai musuh, bahkan sanggup membela kezaliman atas alasan demokrasi. Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan ekonomi akibat GST dan kenaikan kos sara hidup serta amalan rasuah dan salahguna kuasa pemimpin kerajaan terutama perdana menteri, PAS tidak menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen terhadap perdana menteri. Tindakan ini seharusnya dijadikan kayu pengukur, PAS mempunyai agenda perjuangan yang berbeza dengan rakyat dan PH. Malahan, agenda perjuangan PAS juga sekarang kabur umpama jerebu.
PAS kini yang dipimpin presiden yang sama mempunyai sejarah mengkhianati PKR. Watikah pencalonan PAS di dalam 5 kerusi yang ditandingi PKR ditandatangani beliau sendiri. Pengkhianatan terus dilakukan apabila beliau menolak persetujuan yang dicapai PR untuk mencalonkan Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Pengkhianatan terbesar dilakukan apabila beliau menolak untuk mengarahkan ahli PAS hadir ke Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2 walaupun menyedari Anwar difitnah dan dizalimi. Jelas, PAS cukup istiqamah mengkhianati rakan dan perjuangan.
PKR perlu mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W., umat Islam dilarang untuk dipatuk ular dalam lubang yang sama dua kali.
Bersediakah PKR untuk dikhianati lagi PAS. Apakah jaminan PAS akan komited untuk mengelak pertandingan 3 penjuru di kerusi yang ditandingi PKR? Adakah PAS bersetuju untuk menerima Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun sedar mereka tidak mampu mencadangkan calon yang setanding Anwar? Adakah PAS akan menjunjung persetujuan untuk berpegang kepada dasar bersama yang akan dirangka?
Mengukuhkah PH adalah pilihan terbaik dan efisyen berbanding asyik mengajak PAS untuk bersama PH sedangkan PAS menolaknya. Sedarlah yang mempertahankan PR dahulu adalah pimpinan Parti Amanah Negara sekarang. PAS mampu menabur pasir ke dalam periuk nasi dan kesannya PH akan dihukum rakyat jika ia berlaku menjelang pilihan raya umum kelak jika PAS bertindak di luar dasar bersama atau bertindak bertentangan dengan perjanjian yang dibuat.
Masa untuk rakyat menghadapi PRU ke 14 semakin hampir. Sekarang adalah masa untuk PH mengukuhkan perpaduan di antara semua parti koalisi ini di semua peringkat. Sekarang adalah masa untuk PH menyiapkan dasar bersama. Logo yang satu bagi PH hendaklah dirangka segera bagi mendapat kelulusan segera daripada ROS.
Jangan biarkan virus kemarahan rakyat kepada PAS berjangkit kepada PKR. Jikalau PH rapuh, BN akan terus berkuasa, rakyat akan terus merana kerana ditipu lagi.
Usahlah yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.
Membujur lalu melintang patah, menjatuhkan BN memerlukan pasukan PH yang kukuh, kuat dan berdaya saing.
PAS akan terus istiqamah dengan pengkhianatan, jadi apa lagi yang PKR harapkan? – 11 Oktober, 2015.
* Penulis merupakan timbalan ketua Pemuda Amanah Nasional.
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

PERMATA PAS YANG DIBISUKAN?




Husam: Apakah nasib akan sama dengan Anwar yang cuba merubah UMNO?

'Saya rela hilang segalanya'
WARTAWAN SINAR HARIAN 
Pas kena baiki diri, disiplin kalau nak kuat
WARTAWAN SINAR HARIAN