LIVE : Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Adam Adli & Rakan-Rakan: Rapat Rakyat Di Kua...

FITNAH TERHADAP DS ANWAR IBRAHIM!

Takkan mesyuarat war room UMNO di New York, sindir Shahrir kepada rombongan PM


 

Pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad memberi sindiran pedas berhubung isu rombongan beberapa pemimpin UMNO yang mengikut rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke New York.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu memuat naik hantaran menyindir kepada rombongan yang bersama Ismail Sabri ke Amerika Syarikat, serta pada masa sama laporan sebuah portal Malaysiakini menamakan beberapa pemimpin utama UMNO yang bersama mengikuti rombongan tersebut.

“Takkan mesyuarat War Room UMNO Malaysia diadakan di New York sempena UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-77).

“Tak betullah berita di medsos (media sosial) kononnya Naib Presiden kita, Datuk Seri Khaled Nordin dan SUA (Setiausaha Agung UMNO), Datuk Seri Ahmad Maslan, pergi ke New York.

“Tahniah kerana meletakkan kerja parti di atas syiok sendiri berada di New York,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Khaled dan Ahmad sebelum ini dikatakan mengikut Ismail Sabri ke Amerika Syarikat, bagaimanapun dalam hantaran dimuat naik Shahrir menunjukkan kedua-dua mereka menghadiri mesyuarat ‘war room’ di PWTC semalam.

Terdahulu, Malaysiakini menamakan lapan pemimpin UMNO yang mengikut Ismail Sabri, antaranya Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof; Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin; Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz.

Keberadaan para pemimpin Umno itu di bandar raya New York diketahui umum apabila mereka sendiri menguar-uarkannya melalui hantaran di media sosial. Antara pemimpin yang memuat naik gambar masing-masing di Facebook ialah Wan Rosdy, Ab Rauf, dan Jefridin.

Penyertaan pemimpin UMNO dalam rombongan Ismail Sabri itu mengundang spekulasi kerana ia berlaku ketika pemimpin utama parti berkenaan mendesak Ismail Sabri supaya segera mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Ismail Sabri berada di New York bagi menyampaikan ucaptama di PBB yang berlangsung semala.

 




KOW-KOW RAFIZI BANTAI UMNO/BN, AYUH BANGKIT HUMBAN UMNO/BN



CERAMAH RAFIZI SUNGGUH BERNAS DAN PADAT KOW-KOW uMNO KENA BANTAI. Skandal LCS dan kemungkinan satu lagi skandal baru iaitu Meriam. Rafizi akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mengajak rakyat Ayuh Bangkit Membuang UMNO/BN, PN dari takhta kerajaan kerana kerajaan Keluarga Malaysia dan AbahKau ini gagal




DENGAR APA KATA PENDAKWAH INI TENTANG KESAN KUTBAH AGAMA.- TAPI SAYANGNYA KALAU KE MASJID ANDA AKAN DIPANDANG SINIS KALAU TAK KENAL.


 

BERANI BERDEPAN HANYA DS ANWAR IBRAHIM!

TUUU DIAAAAA- NI MESTI TAK ADA HATI PERUT NI.

 

SPRM tahan 2 pegawai MBSA, kontraktor.





SPRM menahan tiga termasuk dua pegawai selepas melakukan serbuan di Wisma MBSA, Isnin lalu. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Dua pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) antara tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung projek kerajaan negeri.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim berkata, seorang lagi ditahan ialah kontraktor.

Serbuan SPRM itu dipercayai berkaitan dengan siasatan kes projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.

Namun, Datuk Bandar Shah Alam, Zamani Ahmad Mansor tidak dapat menjelaskan punca pegawai MBSA dan kontraktor itu ditahan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Sebaliknya, Zamani berkata, pihaknya masih menunggu laporan SPRM dan tidak dapat mengesahkan sama ada penahanan itu berkait projek tebatan banjir sebagaimana dilapor sebuah portal.

Ini kerana Zamani berkata, projek itu ketika ini masih di peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri dan belum dimulakan.

Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada SPRM membawa keluar beberapa fail dari premis berkenaan ketika serbuan dipercayai dibuat SPRM di Wisma MBSA, Isnin lalu.

“Pada ketika itu, semua pegawai kanan berada di luar menghadiri dialog bajet, ada yang kata serbuan tapi saya tak dapat mengesahkan perkara itu kerana tidak berada di sana dan tidak mendapat apa-apa maklumat daripada SPRM lagi,” katanya menurut Bernama.

Terdahulu, Zamani mengesahkan SPRM melakukan serbuan di MBSA Isnin lalu.

AKIBAT FITNAH PAS UMNO- TERNYATA ORANG MELAYU MASIH MALAS MENCARI FAKTA


 

DALAM DUNIA NI MANUSIA YANG PALING PERASAN RAKYAT NDAK DIA LAGI JADI PM KALI KE 3 DIA NI LA....BILA JADI PM DIA LETAK JAWATAN..LEPAS TU DIA PEE MINTA BALIK...JAGA JAGA .

 


Jika ada desakan, Mahathir sedia jadi PM buat kali ketiga





Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia menjadi perdana menteri
 untuk kali ketiga sekiranya didesak.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad memaklumkan beliau bersedia untuk kembali dilantik menjadi perdana menteri bagi kali ketiga sekiranya terus menerima desakan dan jika tiada calon lain yang sesuai.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau sebenarnya mahu memilih untuk berehat dan hanya mahu memainkan peranan sebagai penasihat, namun jika terus menerima desakan, beliau tidak keberatan untuk menjadi perdana menteri sekali lagi.

“Kalau nak fikir tentang kedudukan saya, saya lebih suka kalau boleh berehat, walaupun berehat saya akan memainkan peranan sebagai pakar rujukan, atau memberi nasihat, itu boleh kita buat.

“Tetapi kalau desakan demi desakan datang, saya nak fikir tentang diri sendiri pun susah, jadi kalau desakan datang dan tiada calon lain, saya terimalah,” katanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian pada majlis ‘Hard Talk with Dr Mahathir’ di Pusat Konvensyen Bangi, hari ini.

Mahathir yang juga pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) bagaimanapun berkata, jika beliau kembali menjadi perdana menteri, ia mungkin untuk tempoh setahun saja.

Beliau juga tidak mahu orang menganggap usahanya menubuhkan parti Pejuang dan GTA semata-mata untuk kembali menjadi perdana menteri.

“Tak bolehlah sampai lima tahun (jadi perdana menteri), mungkin satu tahun saja, tapi kalau orang nak, pasal saya tak nak orang anggap saya tubuh Pejuang, tubuh GTA untuk saya jadi perdana menteri kali ketiga, itu bukan niat saya.

“Saya cuma nak tentukan dasar-dasar yang menolong orang Melayu dapat dilaksanakan oleh kerajaan yg prihatin, yang sayang kepada bangsa, negara dan agama,” katanya.

Sementara itu, Mahathir berkata, penentuan calon GTA pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang akan dinilai berdasarkan kelayakan masing-masing.

Katanya, kelayakan itu penting bagi memastikan mereka yang dipilih mampu menjalankan tugas dengan baik.

“Dulu waktu dalam Umno saya pernah cadangankan supaya hanya mereka yang ada kelulusan dipilih sebagai calon tapi ramai orang marah, sebab yang tak ada pelajaran pun nak jadi calon.

“Inilah masalahnya, jika mereka yang tiada kelulusan, bagaimana nak mentadbir negara? Sebab itu kerajaan lemah, tidak dapat mengharungi waktu kritikal dengan baik,” katanya.


ALLAH MELAKNAT AGAMAWAN MEMPERTAHANKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN PENJENAYAH ...MALAH MENEGUR AGMAWAN JIKA


 

PM DAHAGA TAK SAPA NAK BUKA BOTOL MINUMAN KETIKA BERUCAP.- KALAU DI MALAYSIA ADA ORANG SERBU BUKA BOTOL TUANG AIR


 

RAKYAT KENA BAYAR UTANG- CERAMAH USTAZ DANIEL


 

MANA TAK NGERINYA- DAH SESAH 400 JUTA DUIT ROYALTI - AIR KERUHKAN PUN TAK BH BUAT APA....

 

Kerajaan Kelantan ngeri dengan PH sebab pertama kali dalam sejarah kelantan terima duit royalti 400juta. Menteri DAP plak jadi menteri kewangan. Boleh lah beli merc.. memang ngeri..






KOS HAJI USAH DIPOLITIKKAN LIHAT SECARA OBJEKTIF



1. Kos haji Muassasah terakhir pada tahun 2019 yang ditanggung oleh Jamaah Haji Malaysia ialah RM 9,980. Kos sebenar Haji adalah lebih kurang RM 22 ribu. TH melalui dasar Subsidi Haji atau Bantuan Haji menanggung baki kos iaitu RM 12 ribu bagi setiap individu jamaah. Keseluruhan subsidi haji dari TH melibatkan kos hampir RM 380 juta setahun dibiyai sepenuhnya oleh kewangan TH.

2. Perlu dijelaskan kos subsidi haji telah diperkenalkan sejak 2009 dan tidak pernah dibuat penilaian semula walaupun kenaikan kos sebenar haji telah meningkat setiap tahun dari RM 12 ribu tahun 2009 kepada RM 22 ribu tahun 2019. Walaupun sepanjang 10 tahun peningkatan kos haji berterusan namu para Jamaah Muassasah kekal membayar RM 9,980 sejak 2009 hingga kini.

3. Beban peningkatan kos haji adalah kerana faktor yang diluar kawalan TH seperti peningkatan kos bahan api, cukai dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dll faktor. Dari tahun 2019-2020 TH telah membuat kajian menyeluruh sebagai sebahagian dari usaha kelestarian kewangan TH pasca Penstrukturan Semula. Oleh kerana itu kos Haji perlu dilihat secara objektif dan profesional bagi kelestarian operasi TH demi memelihara kepercayaan para pendeposit dan bakal para Jamaah Haji.

4. Pengumuman kos haji yang meningkat kepada RM 30 ribu dan kebimbangan yang diumumkan oleh Menteri Agama hari ini perlu dijelaskan termasuk kesan kos kepada para Jamaah. Ini masanya untuk Menteri Agama bersikap telus dengan menilai semua perincian kos secara penjimatan maksimum bagi kurangkan bebanan kepada para Jamaah dan pada waktu yang sama mengimbangi tekanan kewangan kepada TH.

5. Kami mensarankan supaya dasar subsidi haji disesuaikan dengan keadaan semasa setelah 10 tahun dilaksanakan tanpa penilaian semula. Subsidi Haji perlu diteruskan kepada mereka yang layak sahaja dan tidak ditawarkan secara umum. Dengan kata lain gunakan kaedah subsidi bersasar tanpa perlu dihapuskan subsidi haji secara total. Mekanisma yang sesuai perlu dirungkaikan secara telus untuk pengetahuan bakal Jamaah. Bersesuaian dengan realiti pasca pandemik, tiba masanya dibuat penstrukturan semula secara seimbang iaitu dengan tidak membebankan para Jamaah yang layak terima bantuan tetapi pada waktu yang sama mengawal bebanan kos subsidi haji yang ditanggung TH. Kami juga menyeru supaya isu ini tidak dipolitikkan sehingga menjejaskan keperluan meneliti kenaikan kos ini secara objektif dan saksama.

Sekian

YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden Parti AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak

Pengerusi Inisiatif Melayu Bermaruah (IMB)

23 Sept 2022

 

CAKAP PANDAI- EJEN CIA LA BAGAI-WALAUN SUKA KENA MOHONG- SAMPAI BAB NAK GUNA KEMUDAHAN SAKAW JUGA RUPANYA


 

Berdoalah, bukan hantar surat ‘minta bantuan’ dengan PBT….Masa rakyat susah dan anjurkan angkat bendera putih supaya senang diberi bantuan …kau kutuk..kau kata berdoalah..jangan minta bantuan orang selain Tuhan…kena ke engkau…tulih surat minta bantuan…woiii..kau tak rasa malu kah pada rakyat bawahan ni…kau tu wakil rakyat..ada ilmu..itu kau tunjuk contoh ??

Menteri PN gesa tumpu persediaan hadapi banjir, bukan PRU-15 seperti Zahid minta


Persediaan bagi menghadapi musim banjir yang akan dijangka melanda negara pada hujung tahun lebih penting daripada mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Perikatan Nasional (PN) berkata Jemaah Menteri dalam gabungan itu menolak gesaan PRU-15 diadakan semasa musim tengkujuh seperti yang didesak oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang bersedia meredah banjir untuk berkempen seperti dalam ucapannya sebelum ini.

Menurut Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, pendirian itu dinyatakan Menteri PN semasa mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu dan mengakui barisan menteri juga mempunyai perbezaan pendapat mengenai tarikh PRU-15.

“Menteri Kabinet PN menentang pelaksanaan (PRU15 ketika musim tengkujuh) dan percaya bahawa kita harus bertindak membantu rakyat untuk menghadapi risiko banjir. Ini membuktikan bahawa PN adalah sebuah gabungan yang prihatin.

“Bagi GERAKAN, kami menolak sekeras-kerasnya langkah mengadakan PRU-15 pada akhir tahun ini (ramalan negara dilanda banjir) kerana keselamatan rakyat sewaktu musim tengkujuh perlu diutamakan

“PRU-15 boleh diadakan selewat-lewatnya menjelang September tahun depan. Jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU pada penghujung tahun ini dan berdepan risiko banjir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, langkah mengadakan PRU-15 pada musim tengkujuh hanya mementingkan kepentingan diri tanpa mengira keselamatan rakyat, sedangkan Jabatan Meteorologi Malaysia sudah meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai November.

“Hujan lebat berterusan akan membawa banjir ke beberapa negeri di Pantai Timur. Lebih 10 juta daripada 33 juta penduduk di negara kita, khususnya di Pantai Timur akan terjejas banjir, jadi tidak wajar mengadakan PRU semasa musim tengkujuh,” katanya.

Jika PRU pada musim berkenaan, katanya, kemudahan seperti sekolah dan dewan orang ramai digunakan sebagai pusat pengundian, sekali gus menjejaskan operasi bantuan kepada penduduk terjejas banjir.

“Jika tempat itu digunakan sebagai pusat pengundian, mangsa banjir nak letak di mana?” katanya menambah, kos juga akan meningkat kerana beberapa negeri tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh.

“Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PAS serta Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan (PH) sudah memaklumkan tidak akan bubar DUN, bermaksud negeri-negeri ini akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun depan.

“Kalau negara kita mengadakan PRU dan PRN secara berasingan, perbelanjaan akan menjadi tinggi, jadi lebih baik buat PRU15 pada tahun depan,” katanya.

Selain faktor banjir, Dominic berkata, kerajaan boleh memanfaatkan tempoh yang ada sebelum penggal Parlimen kali ini berakhir untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan memastikan pemulihannya.

“Usaha tingkatkan pendapatan rakyat dan ringankan beban hidup mereka. Apatah lagi, jumlah golongan berpendapatan rendah juga telah meningkat, ramai daripada kelompok B40 sebelum ini sudah jatuh ke dalam B60 selepas dua tahun COVID-19 melanda negara kita,” katanya.

 

'Turunkan kadar pengangguran graduan, bukan buka universiti wanita'



Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia digesa menyelesaikan masalah sebenar sistem pendidikan tinggi negara sebelum membuka universiti khas untuk wanita.


Menurut kenyataan KEADILAN Cabang Kemaman, negara telah mempunyai cukup banyak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) malah di negeri yang kurang pekerjaan seperti Terengganu sekali pun.


Cuma masalahnya, kata kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN itu ialah pengangguran dalam kalangan lulusan IPT terbabit.


"Cadangan penubuhan universiti wanita oleh Menteri Datuk Noraini Ahmad menimbulkan banyak keraguan terhadap pengurusan KPT ketika ini.


"Negara sekarang sudah mempunyai lebih daripada 20 universiti awam, di manakah keperluan untuk menubuhkan satu lagi universiti yang pasti memerlukan kos besar, dalam masa yang sama universiti awam sedia ada ditambah dengan universiti swasta masih cukup untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara.


"Kualiti pengajian di universiti awam dan swasta sepatutnya lebih utama dijadikan fokus KPT. Begitu juga kadar pengangguran siswazah yang tinggi menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem dan kualiti pembelajaran negara. Seharusnya perkara ini menjadi fokus untuk ditangani," kata kenyataan tersebut.


Tambah KEADILAN Kemaman lagi, IPT khas untuk wanita hanya akan menjadi projek gajah putih kerana pada waktu ini komposisi pelajar wanita telah pun sedia tinggi berbanding lelaki.


Malah KEADILAN Kemaman tertanya tanya adakah pembinaan IPT untuk wanita itu merupakan projek khusus buat kroni kroni pihak berkepentingan?


"Adakah idea penubuhan universiti untuk wanita ini merupakan satu projek untuk mengenyangkan kroni-kroni dan juga peluang menjarah duit rakyat oleh ahli politik yang rakus?


"Setiap dasar dan keputusan oleh kerajaan mestilah memanfaatkan rakyat teramai, bukan hanya untuk menguntungkan golongan elit politik dan kroni-kroni mereka. Justeru itu rakyat meminta ketelusan pihak KPT dalam cadangan universiti wanita ini," kata kenyataan itu lagi.


[VIDEO] Zahid bebas kes rasuah VLN, kes Yayasan Akalbudi menanti



Ahmad Zahid Hamidi semalam dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara.

Namun, Zahid akan berdepan satu lagi kes iaitu 47 pertuduhan membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.


Ahmad Zahid Hamidi hari ini dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara. Namun, Zahid akan berdepan satu lagi kes iaitu 47 pertuduhan membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi



(function() { var d = document, w = window; w

BUKAN SAJA FITNAH..TETAPI JUGA BERNIAT JAHAT.

 Walaun tularkan gambar DS Anwar makan besar sambil sindir rakyat makan Menu Rahmah. Tapi sebenarnya gambar itu gambar tahun 2019 dan ia di ...