W. FAUDZIN
Andainya surat ini benar, aku teringat akan kisah Ketika hayatnya Khalifah Umar Abdul Aziz sangat berhati-hati menggunakan harta milik kerajaan termasuk memadamkan pelita yang menggunakan minyak milik kerajaan sebaik sahaja perkara yang dibincangkan tidak berkaitan dengan urusan kerja.
Aku juga teringat kisah Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang tidak
akan menggunakan pen pejabat MB untuk urusan peribadinya kerana pen itu milik
kerajaan.
Betullah, iman dan taqwa tidak boleh diwarisi.