MENTERI SUMBER MANUSIA MALAYSIA

 



Steady la Menteri Sumber Manusia ni. Cuma aku tak pasti dia ni Menteri Sumber Manusia Malaysia atau Bangladesh. Sekali imbas macam Bangladesh sebab dia berusaha keras nak berikan pekerjaan kepada rakyat Bangladesh.

Baca berita selanjutnya di https://bit.ly/3C0oVN1.

Macam pelik pun ada. Rakyat Malaysia ada yang sampai kena tipu cari kerja di negara luar. Tapi di Malaysia, kita sibuk nak import tenaga kerja warga asing. Kalau Malaysia banyak kerja, kenapa rakyat cari kerja luar negara?

Sebab gaji? Itulah masalahnya. Pekerja warga asing ini menyebabkan persaingan. Kacau pasaran kerja dan menjadikan gaji semakin rendah. Itulah punca rakyat negara kita sanggup cari kerja di negara lain sampai jadi mangsa scammer.

Pekerja asing boleh terima gaji kecil. Mereka duduk satu rumah berpuluh orang pun boleh. Makan nasi lauk bawang saja pun boleh. Tapi rakyat negara kita tak boleh begitu.

Sebab rakyat kita ada keluarga di sini. Takkan nak tinggal satu rumah tujuh, lapan pasang kelamin? Perbelanjaan sekolah pun tinggi. Warga tempatan perbelanjaan besar. Tak mampu survive dengan gaji yang kecil.

Kerajaan kena selesaikan dua isu untuk membantu rakyat. Pertama isu gaji yang rendah. Dan keduanya isu kos sara hidup yang tinggi. Kalau dua isu ini dapat diselesaikan, barulah rakyat kita tak lari ke negara luar.

Tapi bila kerajaan benarkan tenaga import, siap saran segerakan pengambilan, kerajaan tak bantu rakyat pun. Kerajaan cuma bantu tauke syarikat. Kenapa kerajaan lebih pentingkan tauke-tauke besar berbanding rakyat sendiri?

Begini pun masih ramai rakyat yang tak sedar kita bayar gaji para menteri ini untuk susahkan hidup kita. Masih bermatian nak sokong. Tak kesian ke kepada generasi akan datang? Guane boh?

Raja Gelap