INI PULA TIADA INTEGRITI

Mula- mula kata.. lawatan 𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜
Lps tu kata.. lawatan 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗥𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜
Kmudian lps dipanggil Bukit Aman.. lawatan dah jadi 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜?

𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗔𝗦 𝗻𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗶𝗽𝘂 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮‼️

Pemimpin yg mengaku parti ahli sorga ni yg kamu wala' nak pertahankan kejahilan mereka tu kenapa ?



Ini juga Integrity.



Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe mengumumkan peletakan jawatannya  hanya kerana mahu menumpukan rawatan penyakit ususnya.

2. Di  Malaysia Perdana Menteri  Muhyiddin Yasin mahu mengekalkan jawatan Perdana Menteri walau pun di  ketahui menghadapi penyakit barah a.k.a kanser prostate tahap empat.

3. Dari photo dan video semasa telah nampak perubahan rambutnya kesan dari rawatan Chemotherapy (Kemoterapi).

4. Takkan kena tunggu botak rambut atas kepala mahu berhenti atau letak jawatan.

6. Sementara keadaan kesihatan  begitu. Maka MakChik Gemok memainkan peranan dalam sistem pentadbiran negara dengan Setiausaha Politik Botaknya mengatur arahan dan keputusan.

7. Contuhnya Mahyuddin Yasin sudah buat kenyataan bahawa isu 101 Projek Runding Terus atau Projek Nego tidak perlu di dedahkan. Biasanya kenyataan seorang PM secara langsung adalah arahan.

8. Tetapi bagaimana Menteri Kewangan mendedahkan juga? Sebab dahulu masa MoF Lim Guan Eng  ada Tony Pua, Masa MoF Tengku Zafrul ada MakCik Gemok. Dialah menempatkan pegawai2 di MoF yang sekarang merosakkan sistem.

9. Akhirnya pendedahan itu menjadi boomerang  hingga terkena kepada Muhyiddin Yasin sendiri masa menjadi Menteri KDN. Dan beberapa Menteri dahulu PH kini PN bersilat menjawab akan perihal terlibat dalam Projek Nego.

10. Tunggu pendedahan seterus akan dua ekor Pembesar Muhyiddin Yasin di Corridor Of Power Kerajaan PN.

Berhentilah Muhyiddin Yasin demi kesihatan. Ambil contoh PM Shinto Abe demi rakyat.

Sang Kelembai
August 29, 2020
Kuala Lumpur.

Rasuah yang membunuh cucu nabi di Karbala



DR FAISAL TEHRANI
 Baru-baru ini saya membaca sebuah buku karya Ebit Lew berjudul “Isteriku Bidadariku” (2016). Beliau menyebutkan bagaimana di malam Asyura, Husayn Ali, cucu Nabi Muhammad, yang dibunuh dengan kejam sekali oleh musuhnya tidak takut.
Tulis Ebit Lew: “Allah adalah pemilik semuanya dan kita hanya terkesan dengan Allah. Semua kuasa dan orang boleh buat apa sahaja terhadap kita namun semua itu tidak boleh beri kesan kepada kita. Kami ada Allah. Kami ada Allah. Di padang Karbala, Husayn berkata, ‘Kamu hendak takutkan aku dengan kematian, sedangkan dengan kematian inilah aku boleh berjumpa Tuhanku Allah’.”
Sayang sekali, Ebit Lew tidak sedikit pun menghuraikan apa punca Husayn berada di Karbala, atau siapa yang mengancamnya dengan kematian, atau mengapakah dia sedia untuk syahid. Ebit hanya berhujah sebarang usaha menakutkan orang beriman dengan kematian, mungkin besar menemui kegagalan.
Takut adalah satu kaedah untuk berkuasa. Takut adalah terror. Takut adalah satu alat yang digunakan oleh penguasa tirani dan juak-juak penyangak mereka. Apabila rakyat ditakut-takutkan, selalunya mereka akan mengalah, diam seribu bahasa, dan lebih dahsyat ialah menyertai penjahat.
Ada banyak bukti Yazid Mu’awiya menakut-nakutkan umat Islam ketika memerintah. Selain kejadian di Karbala, terdapat kejadian Harrat Waqim yang mana tentera Yazid diketuai Muslim Uqba dan Marwan al-Hakam menyerang kota suci Madinah. Pertempuran dahsyat ini berlaku akhir Dzulhijjah tahun 63 H. Tentera Yazid diberi kebebasan untuk memperkosa wanita, membunuh, menyamun, dan memusnahkan sewenang-wenangnya selama 3 hari. Seramai 80 orang dari para sahabat nabi dan 700 orang penghafal Al-Quran terkorban.
Jadi, takut adalah senjata. Terror atau takut adalah peluru.
Syed Farid Alatas merakamkan senjata ketakutan ini dengan baiknya dalam sebuah komentar beliau, “Antara Iktibar Pilu Hari Asyura” (2015):
“Yazid bergembira, berpesta, dan memancangkan kepala Husayn di atas tombak dan memperagakannya di seluruh kota Kufah dan Damsyik supaya memberi amaran pada umat agar tidak melawan dan memberontak pada kerajaan.”
Sudah ramai menulis mengenai peristiwa Karbala dan bagaimana Husayn serta ahli keluarga dan sahabatnya terkorban dibunuh oleh tentera Umaiyyah yang ketika itu ditakhtai Yazid. Seperti terlihat, ramai yang menulis mengenai kekerasan, dan pembunuhan demi pembunuhan yang dilakukan oleh rejim Yazid ini pada 10 Muharram, tahun 61 H.
Untuk beroleh sokongan, tentera Yazid dan juga pelaku-pelaku kunci pembunuhan ini seperti Ubayd Allah Ziyad dan Umar Sa’ad menakut-nakutkan rakyat Kufah dan penyokong Husayn dengan kezaliman yang tiada belas kasihan.
Sebelum peristiwa pembunuhan di Karbala, wakil dan penyokong Husayn seperti Muslim Aqil dan Hani Urwah ikut dibunuh dengan kejam. Muslim misalnya dibuang dari tempat tinggi dan mayatnya sengaja dibuang di tempat sampah.
Namun demikian, kekerasan atau terror yang gunanya menakut-nakutkan orang bukanlah satu-satu cara untuk melemahkan penyokong kebenaran. Adalah mudah untuk tidak takut. Untuk orang seperti Husayn, takut tiada dalam kamusnya. Ini kerana kecintaan beliau hanya kepada Allah dan mengatasi rasa takut. Demikian juga pengikut-pengikutnya.
Aksi gempur dan gempar tidak menakutkan sama sekali. Persis apa yang disebutkan oleh Ebit Lew. Malah mereka yang bersama dalam rombongan Husayn ke Karbala itu adalah veteran pelbagai perang sejak zaman Badr, Uhud, Ahzab dan sekian banyak lagi perang saudara seperti perang Jamal dan Siffin. Takut tidak mematahkan kenekadan ramai orang.
Kita melihat keganasan, pembunuhan dan terror tidak mematahkan semangat orang seperti Nelson Mandela. Dia malah berjuang dari dalam penjara. Jose Rizal, pejuang kemerdekaan Filipina digentarkan tetapi tidak patah walau pun sekali kecuali akhirnya terkorban oleh muntahan peluru Sepanyol.
Pendek kata, ada orang berani mati kerana kematian itu memang didambakan.
Konsep kematian begini misalnya ada dalam budaya Jepun iaitu seppuku dan harakiri. Ia juga ada dalam budaya Islam yang mana ia dinamai syahid. Ini kerana kematian untuk sesuatu yang benar dan suci akan sentiasa menyiram pohon keimanan dan kebenaran.
Akan tetapi ada satu lagi senjata selain ketakutan yang kurang dibincangkan orang. Husayn tidak sahaja terbunuh kerana mereka yang berada di Karbala itu takut dihukum oleh Yazid ataupun Ubayd. Dalam banyak keadaan, mereka yang menyertai pasukan tentera berjumlah 20,000 orang untuk membantai 72 orang pengikut Husayn itu melakukannya bukan kerana percaya menakut-nakutkan itu akan membuatkan keluarga Rasulullah mengalah. Mana mungkin keluarga nabi akan mengalah dan gerun dengan terror.
Mereka yang masuk pasukan Umaiyyah itu hadir bukan hanya untuk menakutkan.
Senjata lain dari keganasan atau terror itu tidak lain tidak bukan adalah rasuah. Yang berada di Karbala itu melakukannya demi habuan. Mereka sanggup membunuh cucu cicit Nabi Muhammad kerana mereka diberi hadiah, ditaburi kenikmatan dunia, dan tamakkan kesenangan.
Rasuah ketika era Yazid bukan kecil-kecil. Malah budaya rasuah itu sudah berkembang biak sejak zaman Khalifah Uthman Affan seperti disentuh mendalam oleh Abul A’la Maududi dengan tajuk “Khilafah dan Kerajaan: Satu Penilaian Kritis Terhadap Sejarah Pemerintahan Islam” (1986) dan, karangan Taha Husain dengan tajuk terjemahannya “Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam” (1990).
Salah seorang pelaku kunci keganasan di Karbala adalah Umar Sa’ad. Dia adalah anak kepada salah seorang sahabat Nabi Muhammad bernama Sa’ad Abi Waqqas. Mengapa dia tergamak membunuh cucu Rasulullah? Membunuh bukan perkara kecil.
Untuk mengujakan Umar Sa’ad memerangi Husayn, Ubayd menjanjikan jawatan gabenor kota Rey (sebuah daerah subur di Parsi). Padahal sewaktu remajanya, Umar pernah bertemu bapa Husayn iaitu Ali Abi Talib yang memesankan, akan tiba satu saat kamu berada di antara syurga dan neraka tetapi kamu memilih neraka.
Pernah satu masa, Umar dalam dilema. Adakah dia harus berada di blok pemerintah (Yazid) atau blok pembangkang (Husayn). Dia sangat khuatir dan tidak dapat memikirkan perbuatan membunuh cucu nabi itu, tetapi dia juga tidak sanggup melepaskan peluang untuk menjawat kedudukan besar di Rey. Dalam benak Umar Sa’ad hanya ada Rey. Ubayd mengancam Umar yang jika dia tidak berdaya melakukan permintaan Yazid maka posisi Rey akan terlepas. Rasuah Rey. Itulah menjadi titik perubahan Umar, titik dia berani untuk membunuh Husayn, maka dia menyahut;
“O Ubayd tak usah harapkan orang lain. Aku sendiri akan ke Karbala.”
Ubayd tahu terdapat 20,000 pucuk surat diutuskan oleh penduduk Kufah untuk memilih Husayn. Tokoh pembangkang itu tokoh yang terkemuka semua segi. Dia tahu jika bertanding dari segi wibawa, Yazid akan kalah. Maka Ubayd melakukan suatu perbuatan keji, memutar belit fakta, dan merasuah rakyat atau pengundi Kufah. Kata Ubayd yang saya petik dan terjemah dari Nafasul Mahmoom oleh Abbas Qummi;
“Wahai orang Kufah. Kamu telah menduga keluarga Abu Sufyan Harb, dan kamu telah mendapati mereka seperti yang kamu hendaki. Ini adalah komander orang yang beriman, Yazid, yang perangainya jujur, seorang yang akhlak baik dan bersikap belas pada rakyat. Dia memberikan hak kepada semua orang, dan menjadikan jalan raya kamu selamat. Dia seperti ayahnya, Muawiyah, yang juga baik. Dan anaknya Muawiyah ini juga menghormati Allah dan memberikan kekayaan dan memberikan hadiah buat mereka. Dia telah meningkatkan ganjaran untuk kamu 100% dan telah menitahkan aku memberi lebih banyak lagi, asalkan kamu mahu menentang musuhnya Husayn. Maka dengarlah katanya dan patuhilah dia.”
Sebaik Ubayd turun mimbar, dia memerintahkan “hadiah” diberikan kepada semua penduduk Kufah. Rasuah; inilah yang – tidak – diperkatakan oleh Ebit Lew dan Syed Farid Alatas. Rasuah mengakibatkan kejadian Karbala, dan Husayn dibunuh kerana ada orang yang sanggup memejam mata oleh rasuah. Jadi punca kejadian jahat ini dan banyak kejadian sebelum-sebelumnya; dan juga kejadian selepasnya – sehingga hari ini – adalah rasuah.
Oleh yang demikian, jika ada mana-mana pemimpin umat Islam tidak kira Arab, Parsi, atau Melayu (Jawa atau Bugis) yang melakukan rasuah, menyogok, dan menawarkan; kita mesti ingat rasuah ini mungkin satu senjata.
Kita mesti ingat boleh jadi saja kita tidak takut dengan kematian, tetapi kita juga boleh jadi berani dengan kehidupan dunia. Untuk hidup kita berani mengkhianat amanah, untuk hidup kita berani melanggar mandat, untuk hidup kita berani berbolak-balik fatwa, untuk hidup kita berani melakukan perbuatan nifak, untuk hidup kita berani membohongi rakyat, untuk hidup kita berani melanggar aturan dan adat, untuk hidup kita berani menabur gula-gula (G), lantikan (L), dan calon (C). Untuk hidup ada ulama berani menjaja dalil. Mereka yang membunuh Husayn itu bukan orang jahil belaka, mereka pernah belajar ilmu agama. Serban mereka besar, jubah mereka bagaikan pukat.
Untuk hidup Umar Sa’ad sanggup sangap jawatan gabenor Rey dan memancung Husayn.
Rasuah yang membunuh Husayn cucunda Rasulullah di Karbala itu bukan berlaku sehari. Peristiwa Karbala itu puncaknya. Hulunya scheme of things. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri; Keria karipap denderam kuih pauh, menabur rasuah lama-lama membunuh.


NAK LAWAN UMNO BELAJAR DARI PAS.


Kenyataan Media Tamrin Tun Ghafar.

Kan dah kenaaaaa mak lampir.

Kenyataan Media Tamrin Tun Ghafar.

PROJEK  PELUPUSAN  SISA  PEPEJAL  OLEH  SYARIKAT  BUMI  SEGAR  INDAH

1.   Kenyataan akhbar ( press release )  YB. Zuraida Kamaruddin , Menteri Kementerian Perumahxn dan Kerajaan Tempatan ( KPPT )  bertarikh 28hb Ogos 2020  berhubung  perkara diatas dirujuk

2.   Saya tidak pasti apa tujuan sebenar YB. Menteri mengkaitkan saya didalam isu 'Runding Terus' atau 'Direct Nego' yang dibangkitkan di Parlimen oleh Menteri Kewangan di Sidang Parlimen baru - baru ini

3.  Amat MUSTAHIL bagi seorang Menteri TIDAK  TAHU LANGSUNG   perkara tersebut sedangkan Kementerian  Kewangan HANYA  BERTINDAK  mengikut rekomendasi KPKT

4.   Sebagai  seorang Menteri  sepatutnya beliau  TIDAK MEMBABIT dan MENYALAHKAN  pehak lain diatas kegagalan nya

5.   Saya serahkan kepada Peguam saya untuk tindakan  seterusnya

Wassalam
Terima Kasih

Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 29/08/2020

HÀAAAAA ..HADAP LAH KAU ZURAIDA


Tamrin Ghafar bakal saman Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin...

KERJASAMA BERNAMA-HARAKAH ERROR 404?

BAGI PROJEK DUIT SUSUT.


RINA HAMZAH

KPKT bawah Zuraida bagi kontrak RM170 juta kepada Bumi Segar..
Bumi Segar bagi sub-kon RM120 juta kepada Widad Group..
Apa jadi RM50 juta?? Komisen??
Kenapa KPKT tak bagi terus je kepada Widad Group??
𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗿 𝘁𝘂 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 ❓
SR
Image may contain: 1 person, text that says "Subscriptions The Widad Group bags RM120mil sub- contract job CORPORATENEWS Wednesday, 25 2019 9:30 LUMPUR: Widad Group Bho has clincheda million bcontractj from BumiSegar Indah Bhd design and build new solid waste transfer station Kepong. TERIAN 31 NAMA SYARIKAT TERIAN ASIDAN MEDIA CADANGAN PROFESSIONAL KNOWLEDGE PROJEK MUKTAMAD HARGA (RM) 74,000.00 MEMBINA, MENGOPERASI DAN JINJANG KEPONG, STESEN PEMINDAHAN KERAJAAN TEMPATAN SEDIA 501,206.37 PROGRAM PENERBITAN ESUSASTERAAN TINGKATAN BUM SEGAR INDAH SDN BHD TEMPATAN UNTUK 170,294,400.00 KEMENTERIAN PENDIDIKAN THE MALAYA PRESS 133,245.00 RIIKE TFKS KIRIKIHTIM STANDARD SEKOIAH RENNAH (K5SR) KFMENTFRIAN DFWAN RAHASA DAN ISTAKA Mana pergi lagi.. RM50 JUTA..? 70.00000ก.ก0 SR suararakyat"

LIPUTAN KHAS PILIHANRAYA SLIM MALAM INI

Image may contain: 4 people, including Zanirun Baba, text that says "LIPUTAN KHAS PRK N.58 SLIM SABTU 29.08.20 8.00-9.30 malam SHAHBUDIN HUSIN Penganalisis Politik SHAHBUDIN EMBUN, Penganalisis Politik Pahlavy Diah Mohd Jaiz 3 Astro 502, unifi TV 631, myFreeview 121 LIVE Facebook & YouTube Bernama TV BERNAMA"

KEH..KEH..KEH

Image may contain: 1 person, text

KEH..KEH..KEH....TURKI MELABUR BANYAK KA?JOM JIHAD



W.FAUDZIN

Mentang-mentang la Hadi kata menipu itu wajib demi parti, tapi biarlah lojik dan masuk akal. Jangan ingat rakyat ni semua macam walaun, bodo-bodo belaka yang tetap wala' hatta disuruh menyembah Umno sekalipun..


Image may contain: 2 people, text that says "ONLINE 'Saya tidak akan letak jawatan'- Khairuddin JUMAAT, 28 OGOS 2020 @ @ 8:32 PM RM82 BILLION [INFOGRAFIK] Negara utama melabur di Malaysia Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Amar Razalipada sidang media selepas hadir Progra Jom MSPO Perak Dewar Tan Ghazali Jawi, TURKI Ni pula tiga negara yang catat pelaburan tertinggi di Malaysia. Amerika Syarikat merupakan pelabur terbesar dengan nilai RM RM82 26.8 billion, China (RM15.7 billion) BILLION dan Jepun (RM 12.1 billion) April 21, 2020 20:37 MYT"



Selamat berjihad diucapkan kpd lebai2 Pas di Slim hari ini.
" Kita sokong dacing bukan kerana namanya dacing. Kita sokong dacing kerana dacinglah penyelamat Islam sehingga tertegaknya RUU355 dan hudud di negara ini. Kalau kita berjuang memenangkan Dacing, maka perjuangan kita adalah jihad. Derma kita adalah jihad. Kalau kita mati terjatuh dari pokok sewaktu pasang bendera dacing, maka mati kita adalah syahid. Takbirrrr!! "


Image may contain: text that says "BN resat"


PELANCARAN GERAK 98 DI TEMPAT OT95

Image may contain: 2 people, text that says "98 GERAK GERAKAN REFORMASI PELANCARAN GERAK98 PARLIMEN LANGKAWI 29 OGOS 2020 SABTUI 9.00 MALAM ALIA RESIDENCE RESORT PADANG MATSIRAT, LANGKAWI KEDAH BERSAMA: SDR. MOHAMAD EZAM BIN MOHD NOR (KETUA GERAK98 NASIONAL) DATUK ZURAIDI BIN RAHIM (KETUA GERAK98 NEGERI KEDAH) SDR. RAMLI BIN SHAARANI (KETUA GERAK98 PARLIMEN LANGKAWI)"

Presiden PAS kata dulu pun PAS pernah guna logo BN.



ZAMZURI ARDANI

Image may contain: 1 person, text that says "Sinar Harian Jumaat 28 Ogos 2020 cari Q ERITA POLITIK Pas sedia guna lambang dacing di PRN Sabah Pas sedia guna lambang dacing di PRN Sabah FARAH SHAZWANI 28 Ogos 2020 Abdul Hadi A- MARANG Pas bersedia menggunakan lambang parti Barisan Nasional (BN) iaitu dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti."
Ye laa itu zaman Dato' Asri ... dulu kamu bantai Dato' Asri bukan main .. hari ni kamu ambil ijtihad dia untuk pertahan tindakan kamu.

Bagi saya isunya bukan soal salah atau tidak PAS guna logo BN ... kalau PAS bubar terus masuk BN pun tak ada salahnya. Benda politik ni berasaskan ijtihad. Tidak menjejaskan aqidah pun.
Dari sudut hukum agama, sama saja buat kerjasama politik dengan mana-mana parti politik pun. Tak ada lebih pahalanya bersama PAS atau Umno, dan tak ada lebih dosanya bersama PKR, Amanah, atau DAP.

Urusan amal sholeh dan dosa pahala di sisi Allah tidak terikat pun dengan parti politik yang didokong oleh seseorang.

Isu asasnya ialah selama ini kamu berbohong terhadap ahli dan penyokong parti kamu. Dan kamu menggunakan agama untuk membungkus pembohongan itu.


OWHHH...SOKONG YANG SALAH LAKU MACAMANA PULAK?KAU PUTAR YA...

Image may contain: 1 person, text that says "HOME NEWS BERITA OPINION WORL Tak perlu letak jawatan, bukan salah laku kerja, kata Khairuddin Bernama August 28, 2020 8:15 PM 87 Shares f 23 freemalaysiatod Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd e Khairudo Aman Razali berkata dalam keterangannya kepada polis turut memaklumkan kunjungannya ke Turki adalah lawatan ra untuk membincangkan isu antaranya eksport minyak sawit"

PASCA PRK SLIM: ANWAR, TUN PERLU KERJASAMA SEMULA LAWAN PN

22 POS SEHINGGA KINI . LAGI BERITA AKAN MENYUSUL






SILA TEKAN > UNTUK BERITA SEBELUMNYA

Peja serah surat tawaran pembelian rumah di PRK Slim

Peja serah surat tawaran pembelian rumah di PRK Slim


Di hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim, Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan program serahan surat tawaran pembelian Rumah Perakku.

Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Dewan Serbaguna Trolak Pekan, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, Exco Perak, Razman Zakaria dan Datuk Shahrul Zaman Yahya, Orang Besar Jajahan, Datuk Ir. Dr Safry Kamal Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Yuhanas Auree Kamaruddin.

Ahmad Faizal berkata, Rumah Perakku di Trolak dan Ulu Bernam dibina dengan keluasan 860 kaki persegi di atas tanah berkeluasan 22 X 75 kaki persegi.

“Bukan itu sahaja,kedua-dua projek ini terletak berhampiran dengan jalan utama, pekan dan kemudahan institusi tempatan.

“Ia sekaligus menjadikan kawasan ini amat baik untuk dibangunkan kawasan
perumahan,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Menurutnya, ia juga secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pembangunan di kawasan sekitar, lebih-lebih lagi kedua-dua projek itu terletak berhampiran Tanjung Malim, Slim River, Trolak Pekan dan Sungkai.

Menteri Besar berkata, beliau dimaklumkan sehingga kini sebanyak 3,043 unit rumah dalam proses pra pembangunan di Muallim yang diusahakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Setiausaga Kerajaan Negeri (SSI), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Maju Perak dan Perumahan Penjawat Awam (PPAM).

Bercakap kepada media kemudiannya. beliau menjelaskan majlis itu sebenarnya telah dirancang awal sebelum COVID-19.

KAPIRKAN LAGI UMNO : Pas kata semua ahlinya di DUN Slim akan sokong BN

Pas kata semua ahlinya di DUN Slim akan sokong BN
PAS Perak menafikan ada penyokong veteran parti itu berasa tidak gembira dengan kerjasama yang dijalin dengan Umno ketika ini.
Antara pemimpin yang menyatakan hal itu ialah Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar.
Kata Razman, mengikut ramalannya orang PAS akan tetap “mengikut BN” dan bukannya Pakatan Harapan (PH).
“Saya minta dia tak payah mimpi. Ramalan kita orang PAS tetap ikut BN. Dia tak ikut Pakatan PH,” katanya kepada Malaysiakini selepas menyertai majlis anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Taman Seroja, Slim River, semalam.
Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata memberi jaminan semua anggota parti terbabit tetap akan mengundi Mohd Zaidi Aziz untuk memenangkan Umno dan BN.
Razman yang juga exco Perak sebelum itu ditanya mengenai jangkaan beberapa pemimpin Amanah, ada ahli veteran PAS di Slim tidak senang dengan kerjasama parti itu dengan PAS.
Pada 26 Ogos lalu Mahfuz berkata bahawa penyokong PAS yang berusia lebih 50 tahun akan menyokong calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata ahli veteran PAS tidak senada dengan pendirian pucuk pimpinan PAS.
“Saya pun terkejut, ada yang sudah lama dengan PAS tiba-tiba datang untuk ingatkan saya tentang peristiwa lama (perseteruan dengan Umno) dan menyatakan komitmen untuk beri undi (kepada Amir).
“Walaupun tak isytihar keluar PAS, mereka tak gembira dengan PAS kini bersama Umno dan sokong kleptokrat,” kata Mahfuz.
Menurut Razman, semasa Mahfuz meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah pun, hanya kira-kira 10 peratus penyokongnya yang ikut serta.
“Sekarang punya PAS, ahli yang duduk sini (Slim) semua akan sokong BN,” katanya.
Dalam PRU14 calon PAS untuk kerusi DUN Slim, Muhammad Zulfadli Zainal, mendapat 4,103 undi dalam pertarungan tiga penjuru. Kerusi itu dipertahankan calon BN, Mohd Khusairi Abdul Talib.
Mohd Khusairi meninggal dunia pada 15 Julai lalu.
PH tidak bertanding dalam PRK ini tetapi memberikan sokongan dan turun berkempen untuk Amir Khusyairi.

Ku Li gesa menteri Umno keluar dari kabinet

Terkini! Ku Li gesa menteri Umno keluar dari kabinet
Pemimpin Umno yang menganggotai Kabinet Perikatan Nasional (PN) wajar menarik diri daripada kerajaan, menurut Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli politik veteran itu berkata, ini kerana tindakan Bersatu membuka keanggotaan kepada bukan Bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam “pakatan Melayu-Islam yang didukung Muafakat Nasional (MN)”.

“Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan PN, (sebaliknya) hanya memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.

“Dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu, wajar ahli-ahli Umno yang menganggotai kabinet berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang,” kata anggota Parlimen Gua Musang itu dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 22 Ogos lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mencadangkan penubuhan sayap baru dalam parti itu bagi membolehkan ahli bersekutu bukan Melayu memegang jawatan.

Perkembangan itu selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengumumkan menyertai Bersatu secara rasmi, bersama-sama penyokongnya termasuk bekas pemimpin dan bekas ahli PKR dari kalangan bukan Melayu.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional 2020, Muhyiddin mengatakan dia secara peribadi sudah mengemukakan usul itu dan menugaskan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Rais Yatim untuk meneliti penubuhan sayap berkenaan.

Menurut Muhyiddin, cadangan jawatankuasa itu akan diajukan ke Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan penubuhan sayap itu akan dilakukan melalui Perhimpunan Agung Luar Biasa.

Sementara itu Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, langkah keluar dari kabinet itu perlu dilakukan secepat mungkin.

“Ini patut dilakukan secepat mungkin supaya kita tidak membuang masa seperti untuk memberi tumpuan kepada masalah-masalah yang lebih besar seperti kedudukan muda- mudi yang susah mencari pekerjaan dalam keadaan kita menghadapi pandemik Covid-19 yang mengancam negara pada masa ini.

“Lagipun perkara sebesar ini sepatutnya dibawa ke perhimpunan Agung tidak lama lagi.Katanya.

PRU AWAL SELEPAS PRK SLIM?


Minggu lepas, ketika berucap dalam satu program kempen PRK Slim, Presiden UMNO, Zahid Hamidi membayangkan PRU akan diadakan dalam tempoh 100 hari akan datang.
Kata beliau, itu adalah jangkaannya berdasarkan perkembangan semasa politik negara sekarang ini.
Oleh itu, Zahid Hamidi mahu jentera UMNO dan BN sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan tersebut.
Semalam pula, Zahid Hamidi menegaskan, PN seperti tidak ada pilihan lain kecuali mengadakan PRU awal bagi membentuk kerajaan yang lebih kukuh.
Beliau berkata, sokongan tipis PN di Parlimen – hanya 111 kerusi berbanding 109 di pihak pembangkang membuatkan PN dilihat tidak stabil dan akan terus dipersenda sebagai kerajaan pintu belakang.
“Kita tidak ada pilihan melainkan memperoleh mandat baru daripada rakyat untuk elakkan tuduhan berterusan.
“Kerajaan sekarang mesti mengembalikan hak memilih kerajaan dan kuasa rakyat membuat pilihan,” tambahnya lagi.
Setiausaha Agung BN, Annuar Musa dalam konteks yang sama berkata, meskipun PRU15 sepatutnya diadakan tiga tahun lagi namun kerajaan wajar mempertimbangkan agar ia diadakan lebih awal.
“Hatta jika perlu, boleh diadakan tahun ini juga supaya rakyat berpeluang membetulkan segala kepincangan Pakatan Harapan (PH) sejak PRU ke-14 yang merupakan igauan buruk buat rakyat Malaysia,” tulisnya di laman Twitter.
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah tidak terkecuali bersuara dengan menyarankan agar pemimpin UMNO segera menarik diri daripada terus berada dalam kerajaan PN.
Ini kerana, katanya, tindakan Bersatu membuka keanggotaan kepada bukan Bumiputera menjadikan parti itu tidak lagi layak berada dalam “pakatan Melayu-Islam yang didukung Muafakat Nasional (MN)”.
“UMNO tidak pernah menjadi anggota kerajaan PN, sebaliknya hanya memberi sokongan untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.
“Dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu, wajar ahli-ahli UMNO yang menganggotai kabinet berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan yang dipimpin Muhyiddin Yasssin,” tegasnya dalam suatu kenyataan.
Jika diteliti dan diperhalusi, semua kenyataan pemimpin UMNO di atas adalah menjurus kepada dua perkara – UMNO tidak mahu Muhyiddin berada lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri dan UMNO inginkan pilihanraya awal diadakan segera.
Semua itu pula menjurus kepada satu perkara iaitu UMNO sudah tidak sabar mahu merampas kerusi Perdana Menteri yang sekarang diduduki Muhyiddin.
Sebab itu, walaupun di sebalik UMNO tidak menyertai PN dan kemudian bersetuju mempelawa Bersatu menganggotai MN, parti itu kekal dengan pendirian tidak mahu berkompromi dari segi pembahagian kerusi.
Khusus UMNO berkeras menolak untuk berbahagi kerusi ialah dengan Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Kumpulan Azmin Ali yang kedua-duanya dilihat sedang mengepung pengaruh serta kuasa Muhyiddin sekarang ini.
Difahamkan UMNO hanya sedia bertolak ansur dengan jumlah kerusi asal yang dimenangi Bersatu dalam PRU14 lalu iaitu 13 kawasan Parlimen.
Selebihnya, UMNO mahu bertanding semua kerusi tersebut.
Dengan tidak menyertai PN, tetapi Bersatu yang masuk ke dalam MN, UMNO dipercayai akan menggunakan platform tersebut untuk menekan Muhyiddin dalam usaha mencapai cita-cita parti itu kembali berkuasa.
Malah, jika kesepakatan gagal dicapai dengan Bersatu, UMNO diberitakan tidak sama sekali akan beralah dan yakin kerjasama dengan Pas saja pun sudah memadai untuk mencapai kemenangan.
Ditambah dengan kedudukan Bersatu yang semakin goyah di mana ramai ahlinya beralih menyertai Pejuang serta tekanan berterusan Tun Mahathir terhadap Muhyiddin, UMNO bahkan yakin peluang mereka kembali berkuasa lebih cerah jika PRU awal diadakan dalam tempoh yang tidak terlalu lama daripada sekarang.
Adakah ini bermakna selepas PRK Slim, UMNO akan berbuat sesuatu yang lebih drastik untuk memaksa Muhyiddin mengadakan PRU awal dengan segera?
 (Shahbudindotcom 29/08/2020)


Anwar : Berakhir sidang Parlimen sebuah kerajaan lemah tanpa keabsahan



 

Berakhirnya sidang Parlimen kali ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menilai prestasi dan kebertanggungjawaban kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dibangga-banggakan sebagai terbaik menangani isu-isu rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya memberi markah buruk kepada kerajaan 'tebuk atap' yang pada realitinya terbukti tidak mampu untuk menterjemahkan tatakelola pentadbiran yang beretika. Begitu juga, kerajaan yang kekurangan majoriti dan tidak ada keabsahan itu tidak berupaya meluluskan lebih banyak Rang Undang-undang (RUU).

Rekod PN, kata Anwar, tercalar pada sesi pembukaan Dewan Rakyat dengan tindakan menukar Speaker di tengah-tengah pandemik Covid 19 yang belum berakhir.

"Tindakan legislatif pertama kerajaan PN saat pandemik Covid 19 adalah menukar Speaker Dewan Rakyat. Ia tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah di dunia.

"Apa yang mengekori sejurus itu adalah corak dan gaya pentadbiran BN di masa lalu yang mempunyai ciri-ciri tatanan yang tidak cukup sifat dan roh demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.

Berhubung kelulusan RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) pula Ahli Parlimen Port Dickson itu menyifatkan ianya telah terlambat dan tidak banyak membantu rakyat.

"RUU ini sepatutnya dibentangkan lebih awal bagi menampan dampak Covid 19. Kelewatan dan alasan yang diberikan kerajaan PN tidak memberi sebarang makna kepada para pekerja dan keluarga yang memerlukan bantuan dan dukungan yang secukupnya.

"Ia mungkin terlalu lewat jika diambilkira penguncupan KDNK negara pada kadar 17.1% pada suku kedua tahun 2020. Pakatan Harapan (PH) tetap menyokong RUU ini, namun menggesa Kementerian Kewangan untuk menggandakan peruntukan dari RM45 bilion ke RM90 bilion dengan mengambilkira dampak wabak ke atas ekonomi dan warga," katanya.

Walau bagaimanapun, PH menurut Anwar, boleh dinilai sebagai blok yang mengutamakan rakyat apabila menyokong kelulusan RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020. RUU yang dimulakan oleh kerajaan PH itu mengenakan hukuman yang keras ke atas pemandu mabuk yang mengakibatkan kecederaan dan kematian.

Manakala RUU Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2020 yang dibentangkan oleh kerajaan PH terdahulu berhubung pelantikan Ketua Pembangkang ke dalam Majlis Keselamatan Negara bagi mengelak sebarang salahguna kuasa ditolak oleh kerajaan PN.

"Kerajaan PN juga telah menarik balik dua rang undang-undang yakni RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 dan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2019," kata Anwar lagi.

Penolakan itu, menurut Anwar telah mensia-siakan usaha reformasi sistem dan menidakkan peluang ke arah menjadikan pasukan polis lebih dihormati dan berintegriti.

Begitu juga RUU yang mahu menghadkan tempoh penggal jawatan Perdana Menteri sehingga dua penggal, kata Anwar, sewajarnya mendapat tempat untuk disokong oleh kerajaan PN yang mendakwa ingin membawa pembaharuan kepada rakyat.