DUIT DERMA MASUK KOCEK PAK LEBAI???


Al Kisahnya Tersebutlah Kisah...

Ustaz ni kalau temberang Dalam Masjid macam macam...Alam jin, Alam kubur semua depa tahu.. Bagi tahu Jemaah, besar macam mana pun masalah..Hutang.. kena minta dengan Allah..

Depa pun ajar lah makcik pakcik hat ternganga dengar labun Ustaz, Dia pun ajar lah amalan murah rezeki.. Amalan boleh selesaikan hutang..Amalan boleh hilang sakit..Selesaikan masalah... kononnya dia pun dah amal.. memang murah rezeki.. mahu tak murah rezeki..last kuliah minta derma..

Last lastnya semua masalah. Habis mengadu kat Facebook... letak no akaun.. mana pergi amalan amalan tu.. Tapi itulah Ustaz..Sembang deras.. last2 depa hidup dengan derma orang..Hidup dengan duit tabung Masjid... ada masalah macam ujian besar sangat....Sembang lah..

rasa aku Tabung Masjid seluruh Negara ni.. Banyak duit tabung Masjid bagi kat Ustaz dari bagi kat orang miskin.. Rasanya orang Islam sekarang dah ulang sejarah zaman kegelepan Eropah dulu menguasai politik..Zaman Paderi dan Gereja jadi alat orang Politik..  🙂

Kredit kepada...


Ipohmali

Image may contain: 1 person, text that says "Agama itu menerangi bukan membenci. Agama itu mengajak, bukan menyepak Agama itu rahmat, bukan kebencian. Agama itu tidak hanya teriak Allahu Akbar di pinggir jalan. Jangan lihat jenggotnya. Jangan lihat jubahnya Jangan lihat Allahu Akbarnya. Tapi lihat PERILAKU nya. Bisri KH.BisriMustofa Mustofa"

ZAMZURI ARDANI


Saya setuju dengan tulisan ini. Banyak derma kutipan masjid dan surau akhirnya masuk kocek ustaz-ustaz yang pandai 'goreng' masa kuliah.
Ada ustaz yg pandai bagi penonton ketawa. Ada ustaz yang pandai bagi penonton menangis. Ada ustaz yang pandai bagi penonton suspend. Ada ustaz yang pandai menyanyi. Ada ustaz yang pandai bermadah. Ada ustaz yang pandai macam-macam. Tapi tak ramai yang berjaya mendidik pendengar dengan kefahaman yang benar.

Sebab itulah, kalau kita nilai balik ... terlalu banyak kuliah dan majlis ceramah agama yang dibuat tetapi kesannya sangat minima ke atas umat Islam.

Khutbah Jumaat setiap minggu. Kuliah di TV sehari dua tiga sessi. Tambah lagi ceramah kat radio dari pagi sampai malam. Ada channel khas untuk kuliah para ustaz dan ustazah sahaja. Buat lagi program realiti TV untuk cungkil bakat-bakat 'kaki goreng' ceramah agama. Di surau dan masjid, saban hari ada kuliah. Tak cukup kuliah mahgrib dan subuh, buat lagi kuliah dhuha. Sebelum khutbat Jumaat pun ada kuliah lagi. 

Di pejabat-pejabat kerajaan pun sama. Ada kuliah mingguan, bulanan, dan harian. Semua ada envelopnya. Ada yang tebal, dan ada juga yang sangat tebal. Penceramah dan pengkuliah ramai naik kereta mewah dari masjid ke masjid, dari pejabat ke pejabat, malah ada juga dari rumah ke rumah.
Tapi apa hasilnya? Penagih dadah majoritinya orang Islam. LGBT di kalangan umat Islam terus merebak. Kes mengandung luar nikah meningkat. Kes perceraian di kalangan umat Islam meningkat. Kes hutang dengan 'along' meningkat. Kes dera meningkat. Kes kebangkrapan meningkat. 

Umat Islam paling mudah ditipu dengan pemimpin politik mereka. Majoriti umat Islamlah yang menyokong kepimpinan politik yang tidak amanah. Sentimen perkauman dan bigotri yang dibenci agama semakin subur di kalangan umat Islam.
Fikir-fikirkanlah ... !!!




No comments: