KAPIRKAN LAGI UMNO : Pas kata semua ahlinya di DUN Slim akan sokong BN

Pas kata semua ahlinya di DUN Slim akan sokong BN
PAS Perak menafikan ada penyokong veteran parti itu berasa tidak gembira dengan kerjasama yang dijalin dengan Umno ketika ini.
Antara pemimpin yang menyatakan hal itu ialah Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar.
Kata Razman, mengikut ramalannya orang PAS akan tetap “mengikut BN” dan bukannya Pakatan Harapan (PH).
“Saya minta dia tak payah mimpi. Ramalan kita orang PAS tetap ikut BN. Dia tak ikut Pakatan PH,” katanya kepada Malaysiakini selepas menyertai majlis anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS di Taman Seroja, Slim River, semalam.
Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata memberi jaminan semua anggota parti terbabit tetap akan mengundi Mohd Zaidi Aziz untuk memenangkan Umno dan BN.
Razman yang juga exco Perak sebelum itu ditanya mengenai jangkaan beberapa pemimpin Amanah, ada ahli veteran PAS di Slim tidak senang dengan kerjasama parti itu dengan PAS.
Pada 26 Ogos lalu Mahfuz berkata bahawa penyokong PAS yang berusia lebih 50 tahun akan menyokong calon bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata ahli veteran PAS tidak senada dengan pendirian pucuk pimpinan PAS.
“Saya pun terkejut, ada yang sudah lama dengan PAS tiba-tiba datang untuk ingatkan saya tentang peristiwa lama (perseteruan dengan Umno) dan menyatakan komitmen untuk beri undi (kepada Amir).
“Walaupun tak isytihar keluar PAS, mereka tak gembira dengan PAS kini bersama Umno dan sokong kleptokrat,” kata Mahfuz.
Menurut Razman, semasa Mahfuz meninggalkan PAS untuk menyertai Amanah pun, hanya kira-kira 10 peratus penyokongnya yang ikut serta.
“Sekarang punya PAS, ahli yang duduk sini (Slim) semua akan sokong BN,” katanya.
Dalam PRU14 calon PAS untuk kerusi DUN Slim, Muhammad Zulfadli Zainal, mendapat 4,103 undi dalam pertarungan tiga penjuru. Kerusi itu dipertahankan calon BN, Mohd Khusairi Abdul Talib.
Mohd Khusairi meninggal dunia pada 15 Julai lalu.
PH tidak bertanding dalam PRK ini tetapi memberikan sokongan dan turun berkempen untuk Amir Khusyairi.

No comments: