Presiden PAS kata dulu pun PAS pernah guna logo BN.



ZAMZURI ARDANI

Image may contain: 1 person, text that says "Sinar Harian Jumaat 28 Ogos 2020 cari Q ERITA POLITIK Pas sedia guna lambang dacing di PRN Sabah Pas sedia guna lambang dacing di PRN Sabah FARAH SHAZWANI 28 Ogos 2020 Abdul Hadi A- MARANG Pas bersedia menggunakan lambang parti Barisan Nasional (BN) iaitu dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah nanti."
Ye laa itu zaman Dato' Asri ... dulu kamu bantai Dato' Asri bukan main .. hari ni kamu ambil ijtihad dia untuk pertahan tindakan kamu.

Bagi saya isunya bukan soal salah atau tidak PAS guna logo BN ... kalau PAS bubar terus masuk BN pun tak ada salahnya. Benda politik ni berasaskan ijtihad. Tidak menjejaskan aqidah pun.
Dari sudut hukum agama, sama saja buat kerjasama politik dengan mana-mana parti politik pun. Tak ada lebih pahalanya bersama PAS atau Umno, dan tak ada lebih dosanya bersama PKR, Amanah, atau DAP.

Urusan amal sholeh dan dosa pahala di sisi Allah tidak terikat pun dengan parti politik yang didokong oleh seseorang.

Isu asasnya ialah selama ini kamu berbohong terhadap ahli dan penyokong parti kamu. Dan kamu menggunakan agama untuk membungkus pembohongan itu.