Peja serah surat tawaran pembelian rumah di PRK Slim

Peja serah surat tawaran pembelian rumah di PRK Slim


Di hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim, Kerajaan Negeri Perak telah mengadakan program serahan surat tawaran pembelian Rumah Perakku.

Majlis penyerahan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Dewan Serbaguna Trolak Pekan, hari ini.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid, Exco Perak, Razman Zakaria dan Datuk Shahrul Zaman Yahya, Orang Besar Jajahan, Datuk Ir. Dr Safry Kamal Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, Yuhanas Auree Kamaruddin.

Ahmad Faizal berkata, Rumah Perakku di Trolak dan Ulu Bernam dibina dengan keluasan 860 kaki persegi di atas tanah berkeluasan 22 X 75 kaki persegi.

“Bukan itu sahaja,kedua-dua projek ini terletak berhampiran dengan jalan utama, pekan dan kemudahan institusi tempatan.

“Ia sekaligus menjadikan kawasan ini amat baik untuk dibangunkan kawasan
perumahan,” katanya ketika berucap di majlis itu.

Menurutnya, ia juga secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi pembangunan di kawasan sekitar, lebih-lebih lagi kedua-dua projek itu terletak berhampiran Tanjung Malim, Slim River, Trolak Pekan dan Sungkai.

Menteri Besar berkata, beliau dimaklumkan sehingga kini sebanyak 3,043 unit rumah dalam proses pra pembangunan di Muallim yang diusahakan oleh pelbagai agensi kerajaan seperti Perbadanan Setiausaga Kerajaan Negeri (SSI), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Maju Perak dan Perumahan Penjawat Awam (PPAM).

Bercakap kepada media kemudiannya. beliau menjelaskan majlis itu sebenarnya telah dirancang awal sebelum COVID-19.

No comments: