TERBAIK...JANGAN BAYAR WALAU SATU SEN


 

Kami tak akan bayar apa-apa, Putrajaya juga usah layan tuntutan Sanusi, kata Chow





Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata pihaknya juga tidak mahu Putrajaya melayan tuntutan Muhammad Sanusi Md Nor dan meneruskan pembayaran RM10 juta setahun seperti sebelum ini.

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak akan melayan tuntutan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung bayaran pajakan tanah kepada negeri itu yang dinaikkan kepada RM100 juta setahun.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya juga tidak mahu Putrajaya melayan tuntutan Sanusi dan meneruskan pembayaran RM10 juta setahun seperti sebelum ini.

Putrajaya membuat bayaran tahunan itu kepada Kedah bagi pihak kerajaan Pulau Pinang selama ini untuk pajakan tanah di bahagian pulau dan Seberang Perai.

“Kerajaan Pulau Pinang tidak akan membayar apa-apa kepada Kedah. Kerajaan persekutuan juga tidak perlu melayan apa-apa tuntutan yang luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada,” kata Chow.

Tengah hari tadi, Sanusi memberitahu media bahawa bayaran RM10 juta itu harus dikaji semula.

“Pemberian khas daripada kerajaan persekutuan berkaitan pajakan Pulau Pinang bermula 2018 adalah RM10 juta.

“Kita mohon bayaran royalti Pulau Pinang ini disemak dan dikaji semula mengikut nilai semasa dan tuntutan kita adalah RM100 juta,” katanya.

Beliau menyifatkan RM100 juta itu “sedikit sahaja” bagi kerajaan persekutuan, namun buat Kedah, bayaran itu cukup besar untuk pembangunan ekonomi negeri.

Bagaimanapun, Sanusi tidak menyatakan sebarang tindakan yang bakal diambil jika tuntutan kerajaan negeri tidak dipenuhi.

4 bekas ADUN Melaka cenderung PH, namun kami belum beri kata putus, kata Anwar


Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka dilihat cenderung ke arah Pakatan Harapan (PH), kata Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) belum membuat keputusan berhubung nasib empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka, walaupun semua mereka menjurus menyokong pakatan berkenaan.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berkata perbincangan masih diteruskan meskipun dilihat keempat-empat ADUN tersebut cenderung ke arah PH.

“Perbincangan diteruskan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Anwar sebelum ini menjelaskan belum ada keputusan parti anggota PH sama ada akan membuka pintu kepada empat ADUN yang mencetuskan kejatuhan kerajaan Melaka baru-baru ini.

“Mereka (empat ADUN) belum mengemukakan permohonan secara rasmi untuk menyertai kami, walaupun mereka telah menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada pakatan,” katanya sebelum ini.

Empat ADUN berkenan, Idris Haron (Sungai Udang), Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Sementara itu, Anwar turut menekankan mengenai isu SOP yang mustahil untuk dikawal pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

“Saya dua kali ke Melaka dalam tempoh beberapa tempoh hari lalu, telah membatalkan (program) sebab perjumpaan itu di warung. Saya fikir tidak mudah untuk kita kawal….dan saya tidak sanggup umpamanya dengan kehadiran saya menyebabkan risiko kesihatan rakyat khususnya Melaka.

“Pihak kerajaan khususnya Umno telah melancarkan pilihan raya di Melaka dengan mengenepikan suara majoriti, mengenepikan faktor keselamatan dan kesihatan rakyat, mereka harus mengambil langkah betulkan kesilapan ini.

“Tetapi adakah kita boleh teruskan dengan keadaan sedemikian dan risiko? Mustahil. Menteri yang petah bercakap pun harus faham, dia (Covid-19) bukan atas angin, dia bukan bawah perencana elit. Mustahil kita dapat kawal dan menjamin pelaksanaan dengan SOP yang berkesan, kita terpaksa lakukan dengan sebaiknya, dengan kawalan yang sebaiknya,” katanya.

22 bulan tadbir Melaka, Adly ganti semula Tanah Adat Melaka yang hilang


22 bulan tadbir Melaka, Adly ganti semula Tanah Adat Melaka yang hilang


Oleh MALAYSIA DATELINE / October 27, 2021

Sejak diberi mandat pada PRU14 lalu, Pakatan Harapan Melaka telah memecah rekod apabila berjaya melaksanakan 73% manifesto dalam tempoh 20 bulan.

Menurut Pengerusinya Adly Zahari waktu itu kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Pakatan Harapan menunjukkan rekod pencapaian tertinggi berbanding kerajaan negeri lain.

Antara manifesto yang berjaya dilaksanakan kerajaan Pakatan Harapan Melaka iaitu memperketatkan syarat milikan hartanah oleh warga asing.

Selain itu, menurut Adly kerajaan negeri juga telah mengekalkan Tanah Adat Melaka dan menggantikan semula Tanah Adat Melaka yang telah hilang.

“Saya bertemu pimpinan Pakatan Harapan Melaka bagi memuktamadkan polisi dan bantuan rakyat yang ingin kita laksanakan jika diberi mandat pada PRN nanti,” kata bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Terdahulu, ketika pentadbiran beliau tanah kediaman milik orang Melayu yang berstatus pajakan telah dibenar untuk ditukar kepada Tanah Adat Melaka (MCL) dengan bayaran nominal RM1,000.

MAKLUMAT AWAL

 

SHAHBUDIN


Maklumat awal mengatakan Bersatu akan bertanding 18 kerusi, Pas 5 dan Gerakan juga 5….


No photo description available.

LOGO DAN NAMA PH BUKAN UNTUK DIPAJAK : KENYATAAN MEDIA NAIB KETUA AMK JOHOR

 

May be an image of 2 people, people standing, outdoors and text that says "BH ONLINE POLITIK PRN Melaka: MUDA nak bertanding, sedang runding dengan PH Amir Mamat bhnews@bh.com.my October 27, 2021 @ 1:42pm f BH ONLINE"



KENYATAAN MEDIA NAIB KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR: MUDA TANDING PAKAI LOGO PH?


1. Setakat hari ini memadai 3 parti - Keadilan, DAP dan Amanah bersama dalam Pakatan Harapan hadapi pilihanraya negeri Melaka.
2. Lebih baik ketiga-tiga parti ini meletakkan calon dari kalangan pemimpin mereka sendiri. Letaklah calon yang terbukti setia kepada parti, kental dalam perjuangan dan tidak khianat. Ianya lebih baik berbanding mencalonkan orang luar.
3. Kalau ada keperluan untuk meletakkan calon muda, dalam Pakatan Harapan sendiri ada sayap pemuda - Angkatan Muda Keadilan, DAPSY dan Pemuda Amanah. Sudah pasti pemimpin muda dalam Harapan lebih baik berbanding pemimpin muda yang lain.
4. Ada pihak luar ingin bantu? Kita alu-alukan. Malah kita menghargai setiap sokongan dan bantuan mana-mana pihak yang ingin melihat Pakatan Harapan menang PRN Melaka. Namun tiada keperluan untuk beri mereka guna logo Pakatan Harapan.
5. Adakah kita mahu peristiwa pengkhianatan seperti Langkah Sheraton berulang kembali?
6. Masa bertanding pakai logo Pakatan Harapan, selepas menang mereka lari dan sokong parti lain untuk tubuh kerajaan? Atau kononnya berkecuali menjadi bebas? Adakah ini yang kita mahukan?
7. Izinkan saya berbeza dengan tuan-tuan.
27 Oktober 2021,
FAEZUDDIN PUAD
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor



LAWAK SUNGGUH LA....DERMA MINTA,TAPI TAK JADI TANDING....

 

ALAHAI....METERI OH MENTERI

 

May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎Apa jenis Menteri kita dapat ni? Sepatutnya mencari solusi, bukan persoal kenapa baru dedahkan! Menteri PN langsung TIADA KUALITI! Vei i nm C ا f MALAYSIAKINI BM Faizal: Kenapa Pandelela ungkit cerita lama salah laku seksual bekas jurulatih? MALAYSIAKINI BM Saya kongsi pengalaman buruk agar mangsa lain berani bersuara Pandelela‎"‎‎


AMK PERAK


Level menteri dimalaysia , korang nilailah sendiri , masa jadi menteri besar perak pun gagal , diangkat pula jadi menteri belia dan sukan , min malas nak tulis panjang ,kome bacalah sendiri.

7

KAH..KAH...KAH..KENA KUTUK MERAJUK LA GAMAKNYA...MASA DIA BEDAL ORANG KEMAIN...

 

NORSHIDAH MOHD DAUD


Saman Mat Sabu & Mujahid yang difitnah Harakah settle dah

Kita punya kes kena saman camne Basri Mohamad Ibrahim

Mat Isa?

Ke mampos dah Tok Bomo Botak Awang tu?





Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media

PEMBOHONGAN FAKTA PEMBEBASAN ANAK MAT SABU

 

MOHD MUKHLIS

pembohongan fakta.

Pembebasan anak Mat Sabu tak ada kaitanpun dengan MOU PH-Kerajaan.
Jadi bangsa yang cerdik, baca rumusan penghakiman baru kita tahu yang kes ini di bebaskan atas dasar teknikaliti.
Hakim sendiri tulis yang perayu ada hak untuk sampel air kencing di ambil sebanyak 2 kali dan hakim sendiri kata polis gagal patuhi garis panduan yang di tetapkan; jadi hakim kata sabitan adalah cacat.
Mungkin DPP akan rayu semula kes ini kalau ada bukti baru, saya tak tahu tapi bagi saya ia tak sama dengan kes yang mana DPP tarik balik pertuduhan yang sedang berjalan di mahkamah.
Kita kena jadi bangsa yang bersifat kritikal barulah tidak mudah di tipu oleh sesiapa sahaja. Ini yang sudah bersalah 7 pertuduhan pun masih lagi berlakon macam suci murni, siap berani pula saman orang konon tak bersalah hanya hendak misleading public.



May be an image of 3 people, people standing and text



Ucapan Anwar Ibrahim Dan Mohamad Sabu Bajet Pakatan Harapan

LIVE: Sidang media pembentangan Bajet Pakatan Harapan oleh Anwar Ibrahim

Wiski jenama TIMAH dilancarkan, PAS tewas walau berada ditampuk kuasa



Selepas beberapa isu seperti kes Adib yang ditutup, judi yang ditambah cabutan khas kepada 22 kali, senamrobik bercampur lelaki dan wanita, isu tiada bantuan kepada sekolah tahfiz, kini Pas dikritik lagi apabila membisu dalam isu jenama arak yang menggunakan nama Melayu dan Islam.



PRN #MELAKA - "LANTAK KORANG LAH..."

KERAJAAN PULAU PINANG JANGAN BAYAR KECUALI BAWA KES INI KE MAHKAMAH DENGAN FAKTOR SEJARAH DAN PERJANJIAN YANG ADA.IHSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BOLEH DICABAR

 

Tambah 10 kali ganda – Sanusi tuntut RM100 juta setahun atas ‘pajakan’ P Pinang





Muhammad Sanusi Md Nor berkata, RM10 juta yang dibayar oleh Putrajaya bagi pihak Pulau Pinang ketika ini harus dikaji semula. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menuntut bayaran RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai “bayaran pajakan” tanah di Pulau Pinang.

Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bayaran RM10 juta oleh Putrajaya bagi pihak Pulau Pinang ketika ini harus dikaji semula.

Bayaran berkenaan adalah untuk pajakan tanah di pulau dan Seberang Perai di negeri itu.

Kerajaan persekutuan membayar RM10,000 selama berdekad-dekad kepada Kedah bagi pihak Pulau Pinang sebagai bayaran pajakan, tetapi menaikkkannya kepada RM10 juta setahun mulai 2018.

“Pemberian khas daripada kerajaan persekutuan berkaitan pajakan Pulau Pinang bermula 2018 adalah RM10 juta. Kita mohon bayaran royalti Pulau Pinang ini disemak dan dikaji semula mengikut nilai semasa dan tuntutan kita adalah RM100 juta,” katanya dalam sidang media.

Beliau menyifatkan RM100 juta itu “sedikit sahaja” bagi kerajaan persekutuan, namun buat Kedah, bayaran itu cukup besar untuk pembangunan ekonomi negeri.

“Sikit sahaja daripada kerajaan persekutuan (RM100 juta), bagi Kedah besarlah. ‘Revenue’ (pendapatan) yang dihasilkan di Pulau Pinang pun banyak, bayarlah kat kita RM100 (juta) sahaja pun,” katanya.

Sanusi bagaimanapun tidak menyatakan sebarang bentuk tindakan susulan yang akan diambil kerajaan Kedah, jika tuntutan itu tidak dilayan kerajaan persekutuan.

Tuntutan kenaikan bayaran pajakan itu dilakukan selepas mengambil kira permintaan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri mewartakan tanah untuk penanaman padi seluas 222,0000 hektar, sekali gus hilang potensi cukai tanah komersial atau industri bernilai RM1.7 bilion setahun.

“Fungsi dimainkan oleh Kedah sebagai periuk nasi negara ini membekalkan 42% bekalan beras negara, keluasan tanah bersyarat padi di seluruh Kedah 222,000 hektar, cukai tanah bersyarat padi yang kita kutip sekarang RM2.56 juta sahaja setahun daripada 222,000 hektar.

“Jika kita ‘convert’ tanah-tanah yang kita gazet atau kita kekalkan syarat padi ini kepada syarat komersial, kita akan dapat RM1.7 bilion cukai tanah.

“Kita bagi formula kepada kerajaan persekutuan bantu kita bayar 10% daripada potensi itu, iaitu RM177.8 juta. Bantu kita untuk kita kekalkan kawasan penanaman padi ini dengan penanaman padi,” katanya.


GAGAL PINDA PERLEMBAGAAN: PN TAK SERIUS KEMBALIKAN HAK SARAWAK


BENARKAH JENTERA UMNO TERSUSUN ? KECUALI KEMPEN KERAJAAN MENGGUNAKAN TV DAN MEDIA ARUS PERDANA

 

Panas! Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka


Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka


Veteran UMNO mendakwa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempunyai niat tidak baik terhadap parti itu selepas mengumumkan perhimpunan ramai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dibenarkan berkuat kuasa semalam sehingga 27 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub, berkata Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau seolah-olah mahu mengekang jentera parti itu berkempen untuk membantu UMNO mencapai kemenangan dalam PRN itu.

Katanya, perkara itu akan memberi nafas kepada BERSATU untuk menggerakkan jenteranya yang lemah bagi menghadapi UMNO.

“Tidak dapat dinafikan UMNO mempunyai jentera yang rapi dan tersusun bagi menjamin kemenangan PRN Melaka berbanding jentera BERSATU yang lemah dan tidak teratur walaupun dengan sokongan jentera PAS.

“Oleh itu, Veteran UMNO mendesak Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya membenarkan kempen PRN Melaka ini dengan SOP (prosedur operasi standard) ketat termasuk melarang semua menteri dan timbalannya berkempen,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Berita Harian.

Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan melarang apa juga bentuk perhimpunan berkaitan PRN Melaka berkuat kuasa semalam hingga 27 November.

Khairy dipetik berkata perhimpunan itu termasuk penganjuran majlis seperti pelancaran jentera pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu, menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, manakala penamaan calon (8 November) dan tarikh mengundi awal (16 November).

Tempoh berkempen pula adalah selama 12 hari bermula selepas penamaan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November ini.

Mustapha menyifatkan larangan perjumpaan dan perhimpunan politik ketika berkempen untuk PRN Melaka sebagai tidak wajar dan tidak beretika.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Khairy yang mengeluarkan arahan itu dan bukannya Ismail Sabri atau Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kalau majlis sosial lain seperti kenduri dibolehkan, maka apa salahnya dengan majlis kempen. Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh mengenakan SOP lebih ketat ketika berkempen, contohnya mengehadkan kehadiran dalam sesuatu perjumpaan.

“Sekiranya larangan itu bertujuan untuk menghalang daripada menteri turut berkempen demi menjaga ‘air muka’ mereka kerana berada dalam keadaan serba salah untuk menyokong calon bertanding, maka kerajaan boleh mengarahkan semua menteri jangan hadir dan duduk di pejabat buat kerja.

“Ia tidak menjatuhkan maruah menteri dan biar jentera parti yang buat kerja kempen,” katanya.

MASA PH ISU ROKOK DIJADIKAN SATU ISU YANG CUKUP BESAR- SEOLAH OLAH MELEPAK DAN MEROKOK DI KEDAI MAKAN SATU KEWAJIPAN..KINI....

 3,419 notis kesalahan merokok di tempat makan dikeluarkan sejak Januari hingga Oktober tahun ini, kata Khairy


3,419 notis kesalahan merokok di tempat makan dikeluarkan sejak Januari hingga Oktober tahun ini, kata Khairy


Sebanyak 3,419 notis kesalahan merokok di tempat makan telah dikeluarkan sejak Januari hingga 24 Okt tahun ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata Terengganu merupakan antara lima negeri yang merekodkan pengeluaran notis tertinggi dengan 652 notis diikuti Pahang (601), Sarawak (365), Perak (356) dan Kuala Lumpur (303).

Dia berkata notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah mempergiat aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan khususnya selepas peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara dan kebenaran makan di tempat makan telah diberikan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Semua tempat makan termasuk restoran berhawa dingin dan tempat makan terbuka telah diwartakan sebagai tempat dilarang merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 pindaan 2018 berkuat kuasa 1 Jan 2019 di seluruh negara.

Khairy menegaskan larangan merokok bukan bertujuan untuk menghukum golongan perokok sebaliknya dilaksanakan bagi mengelakkan komplikasi akibat tabiat itu kepada golongan perokok serta perokok pasif iaitu mereka yang berada di sekeliling perokok.

Katanya, KKM komited membantu golongan berkenaan untuk berhenti merokok dan pendaftaran bagi perkhidmatan berhenti merokok mQuit boleh dibuat melalui laman sesawang www.jomquit.com.

HANYA DI MALAYSIA PERASUAH KES BERPROFIL TINGGI BEBAS KELUAR NEGARA


                    www.zunar.my



 

Anwar bantah bahas usul Petronas jual aset di Azerbaijan di Kamar Khas

 

Hasimi Muhamad
Anwar bantah bahas usul Petronas jual aset di Azerbaijan di Kamar Khas
Pada 25 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul supaya isu penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan dibahaskan di Dewan Rakyat - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Usul berhubung penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan dipersetujui untuk dirundingkan di Persidangan Kamar Khas pada pukul 2.30 petang ini.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun membuat keputusan tersebut selepas meneliti usul yang dikemukakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) bahawa di bawah perkara tertentu, kepentingan orang ramai serta perlu disegerakan.
"Oleh demikian saya membenarkan usul ini untuk dirunding pada hari ini di Kamar Khas pada jam 2.30 petang," kata Azhar di Dewan Rakyat pada Rabu.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Ketua Pembangkang membantah dengan menegaskan, usul tersebut sepatutnya dibahaskan secara terbuka di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan kesan kepada ekonomi negara dan masa depan syarikat minyak tersebut.
"Oleh demikian, walaupun saya hargai keputusan Yang di-Pertua untuk membenarkan perbahasan, tetapi sepatutnya hal yang menyentuh kepentingan negara dan ekonomi negara yang diakui sendiri, maka sewajarnya Dewan (Rakyat) yang patut membahaskan," katanya.
Pada 25 Oktober lalu, Anwar mengemukakan usul supaya isu penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Menerusi surat yang diutuskan kepada Azhar, Anwar berkata usul itu dikemukakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Azhar kemudian berkata, keputusan untuk membahaskan usul tersebut di Kamar Khas turut mengambil kira Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-Usul yang perlu dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.
Namun, Anwar sekali lagi berpandangan usul tersebut wajar dibahaskan di Dewan Rakyat sebelum Pembentangan Belanjawan 2022 walaupun dalam tempoh yang singkat.
Menjawab perkara yang dibangkitkan Anwar itu, Azhar berkata: "Prosiding di Kamar Khas mahupun di dewan boleh dilihat oleh ramai dan akan dirakam serta direkodkan dalam handsard. Jadi, tiada perbezaan pun (sama ada dibahaskan di Dewan Rakyat atau Kamar Khas)."

PRN Melaka : SOP Merepek

LIHAT WAHAI RAKYAT MELAKA..KEMANA KAKI SAKAU BAWA DUIT ....INI JUGA DUIT KAMU SEMUA...Lebih RM6 bilion telah dibayar tapi tiada satu pun kapal peronda TLDM siap

 Gempar! Lebih RM6 bilion telah dibayar tapi tiada satu pun kapal peronda TLDM siap


Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberikan keterangan hampir dua jam kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mengenai kegagalan penyiapan enam kapal peronda kedua, Littoral Combatant Ship (LCS).

Menurut laporan Utusan, ia merupakan projek yang dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM9 bilion sekaligus menjadi perolehan pertahanan terbesar dalam sejarah kementerian itu.

Pengerusi PAC merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur daripada DAP, Wong Kah Woh berkata, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO adalah saksi keenam dipanggil jawatankuasa berkenaan kerana sehingga hari ini, tiada sebuah kapal LCS yang diterima oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“PAC memandang serius perkara ini memandangkan sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar, namun, tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS telah siap dibina setakat ini.

“Kegagalan penyiapan LCS ini amat serius kerana ia bukan sahaja membabitkan kelemahan atau kegagalan dari segi tadbir urus, perolehan dan kewangan tetapi juga memberikan kesan terhadap keselamatan dan keselamatan negara.

“Isu ini telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 Siri 1 (Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan Persekutuan dan juga dalam Laporan Siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan pada tahun 2019,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada 10 April 2009 hingga 16 Mei 2013.

Sebelum ini, PAC sudah memanggil saksi melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz pada 19 November 2020; Pengerusi JKSTUPKK, Tan Sri Ambrin Buang; Pasukan Projek LCS (PPLCS) TLDM pada 16 Disember 2020; bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada 29 Julai lalu dan Ketua Pegawai Operasi syarikat pembina kapal LCS, Bousted Naval Shipyard (BNS), Low Kok Chiang.