BENARKAH JENTERA UMNO TERSUSUN ? KECUALI KEMPEN KERAJAAN MENGGUNAKAN TV DAN MEDIA ARUS PERDANA

 

Panas! Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka


Veteran Umno tempelak Khairy ada niat tak baik disebalik pengumuman larangan berhimpun PRN Melaka


Veteran UMNO mendakwa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempunyai niat tidak baik terhadap parti itu selepas mengumumkan perhimpunan ramai bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dibenarkan berkuat kuasa semalam sehingga 27 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub, berkata Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau seolah-olah mahu mengekang jentera parti itu berkempen untuk membantu UMNO mencapai kemenangan dalam PRN itu.

Katanya, perkara itu akan memberi nafas kepada BERSATU untuk menggerakkan jenteranya yang lemah bagi menghadapi UMNO.

“Tidak dapat dinafikan UMNO mempunyai jentera yang rapi dan tersusun bagi menjamin kemenangan PRN Melaka berbanding jentera BERSATU yang lemah dan tidak teratur walaupun dengan sokongan jentera PAS.

“Oleh itu, Veteran UMNO mendesak Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) supaya membenarkan kempen PRN Melaka ini dengan SOP (prosedur operasi standard) ketat termasuk melarang semua menteri dan timbalannya berkempen,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Berita Harian.

Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan melarang apa juga bentuk perhimpunan berkaitan PRN Melaka berkuat kuasa semalam hingga 27 November.

Khairy dipetik berkata perhimpunan itu termasuk penganjuran majlis seperti pelancaran jentera pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu, menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka, manakala penamaan calon (8 November) dan tarikh mengundi awal (16 November).

Tempoh berkempen pula adalah selama 12 hari bermula selepas penamaan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November ini.

Mustapha menyifatkan larangan perjumpaan dan perhimpunan politik ketika berkempen untuk PRN Melaka sebagai tidak wajar dan tidak beretika.

Beliau turut mempersoalkan tindakan Khairy yang mengeluarkan arahan itu dan bukannya Ismail Sabri atau Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kalau majlis sosial lain seperti kenduri dibolehkan, maka apa salahnya dengan majlis kempen. Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh mengenakan SOP lebih ketat ketika berkempen, contohnya mengehadkan kehadiran dalam sesuatu perjumpaan.

“Sekiranya larangan itu bertujuan untuk menghalang daripada menteri turut berkempen demi menjaga ‘air muka’ mereka kerana berada dalam keadaan serba salah untuk menyokong calon bertanding, maka kerajaan boleh mengarahkan semua menteri jangan hadir dan duduk di pejabat buat kerja.

“Ia tidak menjatuhkan maruah menteri dan biar jentera parti yang buat kerja kempen,” katanya.

No comments: