LOGO DAN NAMA PH BUKAN UNTUK DIPAJAK : KENYATAAN MEDIA NAIB KETUA AMK JOHOR

 

May be an image of 2 people, people standing, outdoors and text that says "BH ONLINE POLITIK PRN Melaka: MUDA nak bertanding, sedang runding dengan PH Amir Mamat bhnews@bh.com.my October 27, 2021 @ 1:42pm f BH ONLINE"



KENYATAAN MEDIA NAIB KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR: MUDA TANDING PAKAI LOGO PH?


1. Setakat hari ini memadai 3 parti - Keadilan, DAP dan Amanah bersama dalam Pakatan Harapan hadapi pilihanraya negeri Melaka.
2. Lebih baik ketiga-tiga parti ini meletakkan calon dari kalangan pemimpin mereka sendiri. Letaklah calon yang terbukti setia kepada parti, kental dalam perjuangan dan tidak khianat. Ianya lebih baik berbanding mencalonkan orang luar.
3. Kalau ada keperluan untuk meletakkan calon muda, dalam Pakatan Harapan sendiri ada sayap pemuda - Angkatan Muda Keadilan, DAPSY dan Pemuda Amanah. Sudah pasti pemimpin muda dalam Harapan lebih baik berbanding pemimpin muda yang lain.
4. Ada pihak luar ingin bantu? Kita alu-alukan. Malah kita menghargai setiap sokongan dan bantuan mana-mana pihak yang ingin melihat Pakatan Harapan menang PRN Melaka. Namun tiada keperluan untuk beri mereka guna logo Pakatan Harapan.
5. Adakah kita mahu peristiwa pengkhianatan seperti Langkah Sheraton berulang kembali?
6. Masa bertanding pakai logo Pakatan Harapan, selepas menang mereka lari dan sokong parti lain untuk tubuh kerajaan? Atau kononnya berkecuali menjadi bebas? Adakah ini yang kita mahukan?
7. Izinkan saya berbeza dengan tuan-tuan.
27 Oktober 2021,
FAEZUDDIN PUAD
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor



No comments: