KERAJAAN PULAU PINANG JANGAN BAYAR KECUALI BAWA KES INI KE MAHKAMAH DENGAN FAKTOR SEJARAH DAN PERJANJIAN YANG ADA.IHSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BOLEH DICABAR

 

Tambah 10 kali ganda – Sanusi tuntut RM100 juta setahun atas ‘pajakan’ P Pinang





Muhammad Sanusi Md Nor berkata, RM10 juta yang dibayar oleh Putrajaya bagi pihak Pulau Pinang ketika ini harus dikaji semula. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah menuntut bayaran RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai “bayaran pajakan” tanah di Pulau Pinang.

Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan bayaran RM10 juta oleh Putrajaya bagi pihak Pulau Pinang ketika ini harus dikaji semula.

Bayaran berkenaan adalah untuk pajakan tanah di pulau dan Seberang Perai di negeri itu.

Kerajaan persekutuan membayar RM10,000 selama berdekad-dekad kepada Kedah bagi pihak Pulau Pinang sebagai bayaran pajakan, tetapi menaikkkannya kepada RM10 juta setahun mulai 2018.

“Pemberian khas daripada kerajaan persekutuan berkaitan pajakan Pulau Pinang bermula 2018 adalah RM10 juta. Kita mohon bayaran royalti Pulau Pinang ini disemak dan dikaji semula mengikut nilai semasa dan tuntutan kita adalah RM100 juta,” katanya dalam sidang media.

Beliau menyifatkan RM100 juta itu “sedikit sahaja” bagi kerajaan persekutuan, namun buat Kedah, bayaran itu cukup besar untuk pembangunan ekonomi negeri.

“Sikit sahaja daripada kerajaan persekutuan (RM100 juta), bagi Kedah besarlah. ‘Revenue’ (pendapatan) yang dihasilkan di Pulau Pinang pun banyak, bayarlah kat kita RM100 (juta) sahaja pun,” katanya.

Sanusi bagaimanapun tidak menyatakan sebarang bentuk tindakan susulan yang akan diambil kerajaan Kedah, jika tuntutan itu tidak dilayan kerajaan persekutuan.

Tuntutan kenaikan bayaran pajakan itu dilakukan selepas mengambil kira permintaan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri mewartakan tanah untuk penanaman padi seluas 222,0000 hektar, sekali gus hilang potensi cukai tanah komersial atau industri bernilai RM1.7 bilion setahun.

“Fungsi dimainkan oleh Kedah sebagai periuk nasi negara ini membekalkan 42% bekalan beras negara, keluasan tanah bersyarat padi di seluruh Kedah 222,000 hektar, cukai tanah bersyarat padi yang kita kutip sekarang RM2.56 juta sahaja setahun daripada 222,000 hektar.

“Jika kita ‘convert’ tanah-tanah yang kita gazet atau kita kekalkan syarat padi ini kepada syarat komersial, kita akan dapat RM1.7 bilion cukai tanah.

“Kita bagi formula kepada kerajaan persekutuan bantu kita bayar 10% daripada potensi itu, iaitu RM177.8 juta. Bantu kita untuk kita kekalkan kawasan penanaman padi ini dengan penanaman padi,” katanya.


No comments: