PRN Melaka: ‘SOP ke laut, perangai lama berkarat lagi’ kata Mujahid

 


Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / October 26, 2021

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyelar prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dianggapnya sebagai ‘SOP ke laut’.

Ini ekoran pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021

Susulan itu Mujahid berkata, SOP sememangnya perlu dijaga namun kerajaan tidak boleh mengguna peraturan hanya kepada pihak lawan dan tidak kepada kerajaan.

“SOP PRN Melaka ke laut. Majlis kerajaan boleh berhimpun. Untuk kempen politik tak boleh.

“Majlis sosial boleh, kempen ceramah tak boleh. SOP memang kena jaga tapi janganlah kat aku okay kat hampa tak boleh. Perangai lama berkarat lagi,” ciapnya di Twitter hari ini.

Isu SOP PRN Melaka paling banyak dibangkitkan di Parlimen sejak semalam dengan beberapa Ahli Parlimen mempersoal kewajaran kerajaan mengetatkan SOP walhal kerajaan yang menyebabkan pilihan raya diadakan.

 


No comments: