PULAK...DULU AKU DAH KATA..UMNO AKAN KENA KENCING...YA SUNGGUH......PRN Melaka: Umno dakwa Pas punca kerjasama MN gagal

 PRN Melaka: Umno dakwa Pas punca kerjasama MN gagal


October 26, 2021 

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan akar umbi parti itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS.

Bagaimanapun, dia berkata bergantung kepada PAS sama ada kerjasama itu berlaku atau tidak.

“Tentulah ahli kita sangat harapkan Umno dan PAS kekal bersama.

“Tetapi semua bergantung kepada PAS (pada masa ini),” katanya ketika sidang media di ibu pejabat Umno hari ini, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Pada September 2019, Umno dan PAS mencatat sejarah dengan memeterai kerjasama Muafakat Nasional.

Dua parti itu kemudiannya bekerjasama dalam empat pilihan raya kecil, iaitu Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim.

Bagaimanapun, pada PRN Melaka yang bakal diadakan pada 20 November ini, PAS telah menyuarakan komitmen bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN).

Pada masa sama, Umno pula pada perhimpunan agung yang lalu telah memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu.

Asyraf berkata, keputusan muktamad berhubung kerjasama pada PRN Melaka akan diputuskan oleh kepimpinan Umno pada 28 Oktober ini.

Bagaimanapun, dia berkata yang parti itu sedia untuk bertanding tanpa kerjasama PAS.

“Kita telah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun sebagai BN.

“Atas asas itu, saya tak fikir kita akan berdepan masalah sangat (untuk melakukannya),” katanya lagi.

No comments: