Anwar Ibrahim: Isu Tentang Krisis Pelarian Rohingya



Anwar Ibrahim: Agihan Bantuan Makanan, Janganlah Ambil Kesempatan Dalam Kesusahan Orang

Anwar Ibrahim: Agihan Bantuan Makanan, Janganlah Ambil Kesempatan Dalam Kesusahan Orang.









Anwar Ibrahim: 15%, 20% As Transportation Cost Is Clearly Ridiculous, Utterly Corrupt & Unacceptable



Anwar Ibrahim: Isu Perkeso & KWSP, Jangan Abaikan Masa Depan Kita Sendiri Kerana Kesesakan Kini



Anwar Ibrahim: Mengapa Kanzanah Jual Harta Negara Pada Waktu Jatuh



Anwar Ibrahim: Dulu PH Kata Banyak Hutang, Sekarang Wang Ada Untuk Covid-19?



SOALJAWAB BERSAMA ANWAR : Anwar Ibrahim: Perdana Menteri Bersatu, Tun Mahathir Di Kawasan Pembangkang, Ini Satu "New Normal"



SOALJAWAB BERSAMA ANWAR: Anwar Ibrahim: Mengapa Rizab Zakat Beratus Juta, Tetapi Masih Tidak Diberikan Orang Miskin



UMNO HANYA PERALAT MUHYIDDIN, IBARAT HABIS MADU SEPAH DIBUANG



Membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan tentang kedudukan parti itu dalam PN serta hubungannya dengan Bersatu dan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, kesimpulan paling mudah untuk difahami ialah ia hanya sehingga tarikh Parlimen dibubarkan saja.

Sebaik saja Parlimen dibubarkan dan untuk menghadapi PRU15, UMNO akan segera meninggalkan PN serta mengucapkan “bye bye” kepada Muhyiddin dan Bersatu.

Sebaliknya UMNO akan kembali kepada Muafakat Nasional atau MN yang dibentuknya bersama Pas, selain terus kekal sebagai tunjang kepada BN yang turut dianggotai oleh MCA, MIC dan PBRS.

Malah, dengan lebih awal memaklumkan status hubungannya itu, UMNO sebenarnya sudah pun mengucapkan salam perpisahan kepada Muhyiddin.

Ke mana Muhyiddin dan Bersatu mahu pergi selepas Parlimen dibubarkan nanti bukan lagi urusan atau hal yang mahu diambil berat oleh UMNO, meski mereka sebelumnya bersama-sama dalam kerajaan.

Nasib Muhyiddin dan Bersatu di mata UMNO tak ubah bak kata pepatah – habis madu sepah dibuang.

Kenyataan Mohamad Hasan atau Tok Mat berhubung perkara itu boleh didapati di sini https://shahbudindotcom.net/2020/04/25/timbalan-presiden-sahkan-umno-tidak-bersama-pn-dan-bersatu-dalam-pru15-akan-datang.html

Berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Tok Mat, UMNO sebagai tunjang kepada BN hanya ada kerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional saja.

Dengan Bersatu atau PN, UMNO sama sekali tidak ada sebarang hubungan atau ikatan apa-apa dengannya.

Bermakna juga, tindakan UMNO menyokong Muhyiddin hanyalah semata-mata untuk membolehkan parti itu kembali menjadi kerajaan sementara menunggu Parlimen dibubarkan yang selewat-lewatnya mesti diadakan sebelum tahun 2023.

Sebelum ini, Pas melalui Naib Presidennya, Mohd Amar Abdullah turut membuat kenyataan yang hampir sama dengan apa yang dinyatakan oleh Tok Mat.

Kata beliau, kerjasama politik Pas dalam PN bukan suatu ikatan yang konkrit, tetapi hanya diwujudkan untuk menyelesaikan kelompongan politik yang berlaku ketika itu.

”Ikatan ini bukan ikatan yang konkrit, sebab pada waktu itu mungkin boleh saya katakan ia bersifat ad-hoc untuk menyelamatan keadaan apabila Tun Mahathir Mohamad letak jawatan dan negara tidak ada kerajaan.

“Jadi untuk menyelamatkan keadaan pada waktu itu, parti PAS, UMNO dan BN terpaksa buat keputusan segera dan daripada itu lahirnya Perikatan Nasional.

“Nama Perikatan Nasional pun tak tahu siapa yang bagi. Kita pun hairan dari mana keluar nama (PN) itu.

“Tetapi sebenarnya untuk selamatkan negara daripada kelompongan politik yang berlaku ketika itu,” katanya lagi.

Kenapa UMNO dan Pas hanya mahu fokus kepada MN dan tidak kepada PN, sedangkan melalui PNlah kedua-dua parti itu dapat jadi kerajaan meskipun ditolak pengundi pada PRU14 lalu?

Jawapan mudahnya ialah UMNO dan Pas bertanding di kawasan yang sama iaitu kawasan majoriti Melayu sejak sekian lama.

Oleh kerana sudah ada kerjasama melalui MN, UMNO dan Pas mesti berbahagi-bahagi kerusi untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri serta untuk memastikan kemenangan lebih terjamin dalam PRU15 akan datang.

Sementara proses pembahagian kerusi itu belum lagi bermula dan ia dijangka bukan sesuatu yang mudah kerana UMNO dan Pas masing-masing ada kekuatan serta pemimpinnya sendiri yang sentiasa ghairah untuk bergelar YB di setiap kawasan Parlimen, melibatkan pula Bersatu dalam perebutan itu tentulah menjadikan rundingan akan bertambah rumit lagi.

Maka, jalan mudah ialah UMNO dan Pas hanya perlu komited kepada MN saja dan melupakan PN, Bersatu dan Muhyiddin.

Untuk itu, apa nasib Bersatu, Muhyiddin dan mereka yang menyokongnya serta tidak sedarkah beliau bahawa dirinya kini hanya diperalatkan oleh UMNO dan Pas untuk mereka jadi kerajaan dengan harapan MN lebih selesa memenangi PRU akan datang? (ShahbudinHusin 25/04/2020)

LEPAS SERANG DR DZULKEFLY, SALAHKAN KHALID PULA







Khalid Samad, yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan ketika dihubungi JOM Channel mengesahkan bahawa surat tersebut ialah mengenai kelulusan menutup jalan ATAS Syarat perhimpunan itu mendapat kelulusan Polis. Beliau berkata Perenggan 3.1 dinyatakan dengan jelas kelulusan Polis perlu diperolehi. "Program boleh diadakan bila dah dapat permit Polis. "Berpegang kepada syarat yang disebut DBKL. Tak ada kelulusan Polis tak boleh tutup jalan," jelasnya kepada JOM Channel. Jadi siapa yang akhirnya memberi kelulusan? DBKL atau Polis? Kalian boleh lihat salinan surat dari pihak polis bertarikh 12 Februari 2020, iaitu LIMA hari sebelum surat DBKL dikeluarkan. Surat kelulusan polis ini ditularkan oleh portal pencacai Kerajaan Tebuk Atap/Pintu Belakang, Malaysia Today, untuk menyalahkan PAKATAN HARAPAN. Tetapi apabila kantoi bahawa Jabatan Polis berada di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dikuasai Tan Sri Muhyiddin Yassin, maka keluar pula surat DBKL.




Dilema UMNO dalam kerajaan PN – Bahagian 1





Gabungan 'tidak selesa Umno-Bersatu' berakhir PRU 15?


Sudah lebih dari sebulan sejak Kabinet Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020. Setiap parti politik dalam gabungan ini menghadapi cabaran politik unik mereka tersendiri sebagai sebahagian daripada kerajaan memerintah. Namun begitu, tidak ada parti yang menghadapi persoalan dan cabaran yang lebih besar berbanding UMNO kerana parti itu ‘bergelut’ dengan persoalan bagaimana mahu bekerjasama dengan BERSATU. Ini adalah dilema terbesar UMNO dalam kerajaan PN.

Biar saya nyatakan sesuatu dahulu mengenai perkara ini – pemimpin dan ahli UMNO lebih suka berada dalam kerajaan bersama BERSATU berbanding berada dalam pembangkang. Dalam kerajaan, UMNO mempunyai akses kepada keistimewaan-keistimewaan termasuk jawatan di Kementerian, Agensi Kerajaan dan GLC. Walau bagaimanapun, tidak ada apa-apa tentang pengaturan dalam pemerintahan PN sekarang ini yang akan diterima oleh UMNO untuk jangka masa panjang. Yang paling penting, dari perspektif strategi politik, pemimpin UMNO mesti menyedari bahawa matlamat utama BERSATU adalah untuk menggantikan UMNO dalam arena politik sebagai parti Melayu yang dominan dalam kerajaan. Inilah satu-satunya cara agar BERSATU dapat bertahan pasca PRU15. UMNO mengetahui perkara ini.

Selepas memerintah negara lebih 60 tahun, UMNO tidak biasa memainkan peranan sebagai parti nombor dua dalam kerajaan. Tetapi hari ini, mereka berada di kedudukan tersebut. UMNO merupakan komponen terbesar dalam PN dengan 41 orang Anggota Parlimen (MP) berbanding BERSATU yang hanya mempunyai 29 MP (ini termasuk 10 MP dari PKR tetapi tidak termasuk 5 MP yang menyokong Tun M). Namun, BERSATU nampaknya mempunyai lebih ramai Menteri (11 orang termasuk PM berbanding hanya 9 orang dari UMNO) dan Timbalan Menteri (15 orang berbanding 8 orang dari UMNO) daripada UMNO. Bukan itu sahaja, sebahagian besar Kementerian penting juga di bawah tanggungjawab MP BERSATU iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau individu yang bersekutu dengan Perdana Menteri (seperti Kementerian Kewangan). Manakala UMNO pula hanya mengetuai satu kementerian penting iaitu Kementerian Pertahanan. Selain itu, perbezaan ketara dapat dilihat apabila dua orang daripada empat Menteri Kanan datangnya daripada BERSATU manakala UMNO hanya mempunyai seorang wakil sebagai Menteri Kanan. 

UMNO di dalam gabungan PN juga mencatat sejarah apabila Presiden, Timbalan Presiden, dan dua Naib Presidennya tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan. Perkara ini semestinya tidak pernah berlaku sebelum ini. Hanya Ismail Sabri seorang Naib Presiden UMNO berada dalam kerajaan PN. Seterusnya, MP UMNO yang merupakan anggota Majlis Tertinggi juga dilihat tidak diberikan sebarang jawatan tetapi MP UMNO yang lain pula yang dijadikan Menteri. UMNO Sabah juga langsung tidak diberikan jawatan Kabinet demi untuk memastikan jawatan dapat diberikan kepada MP BERSATU yang telah meninggalkan UMNO dan PKR.

Situasi ini bukanlah sesuatu yang wajar disokong oleh kepimpinan UMNO. Inilah sebabnya kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden UMNO pada 12 Mac 2020, setelah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, merangkumi banyak syarat-syarat dalam sokongan kepada pemerintahan Muhyiddin Yassin. Tidak disebutkan juga sebarang usaha untuk memperkuatkan PN sebagai gabungan pemerintah. Sebaliknya, presiden UMNO menyatakan usaha untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) dan bagi membina keutuhan Barisan Nasional (BN). Yang paling penting, pernyataan itu berakhir dengan komitmen untuk menyokong kerajaan baru hanya sehingga pilihan raya umum akan datang (PRU15).

Segala bentuk kerjasama antara BERSATU dan UMNO berkemungkinan akan ditamatkan begitu sahaja sebaik parlimen dibubarkan. Sukar untuk melihat bagaimana UMNO dan BERSATU boleh bersetuju dengan sebarang formula pembahagian kerusi. UMNO dan PAS menghadapi cabaran dalam memperuntukkan 100 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia di mana kedua-dua parti itu bertanding dalam PRU14 di bawah formula Muafakat Nasional (MN) pada PRU15. UMNO, PAS dan BERSATU bertanding di 47 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia pada PRU14. Ini termasuk kerusi seperti Titiwangsa (di mana Rina Harun dari BERSATU, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mengalahkan Johari Abdul Ghani, mantan Menteri Kewangan II dan yang masih memegang jawatan ketua UMNO di Wilayah Persekutuan) dan Ketereh (di mana kini Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa dari UMNO mengalahkan Menteri Pendidikan sekarang, Mohd Radzi bin Jidin dari BERSATU yang kemudiannya dilantik sebagai Senator).

Sebanyak 47 kerusi Parlimen itu juga merangkumi kerusi yang menampilkan Ahli Parlimen UMNO yang kemudiannya keluar parti dan memasuki BERSATU selepas PRU14 seperti Jeli (Mustapha Mohamed, yang kini menjadi Menteri di Pejabat Perdana Menteri), Larut (Hamzah bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri ketika ini), Mersing (Abdul Latiff bin Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika ini) dan Masjid Tanah (Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan kini). Sukar untuk dibayangkan UMNO berasa positif mengenai pembelot-belot ini apatah lagi berunding dengan BERSATU untuk membolehkan ahli Parlimen BERSATU ini terus bertanding di kerusi-kerusi ini dengan sokongan UMNO dan PAS.

Di samping itu, Kabinet yang ada sekarang juga menampilkan bekas Ahli Parlimen PKR yang bergabung dengan BERSATU yang mana kerusi yang ditandingi mereka sebelum ini turut ditandingi oleh UMNO dan PAS pada PRU14 termasuk Gombak (Azmin Ali), Indera Mahkota (Saifuddin Abdullah), Bandar Tun Razak (Kamaruddin Jaafar), Batu Pahat (Mohd Rashid bin Hasnon) dan Nibong Tebal (Mansor bin Othman). Sekali lagi, sukar untuk melihat UMNO atau PAS memberi laluan kepada Ahli Parlimen BERSATU ini pada PRU15.

UMNO telah membuktikan bahawa ia dapat mengalahkan BERSATU sebagai parti pembangkang di peringkat negeri dan persekutuan masing-masing dalam pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai dan Kimanis di Johor dan Sabah. Dengan sokongan akar umbi yang utuh dan dengan terus membina hubungannya dengan PAS, tidak perlu UMNO (dan PAS) membuat konsesi atau bekerjasama dengan BERSATU pada PRU15.

Mengetahui hal ini, apakah kemungkinan respon BERSATU dalam jangka pendek (tahun depan) dan apabila mendekati PRU15? Dan apakah mungkin strategi UMNO? Perkara ini akan dibahas dalam Bahagian 2. 


LEPAS KUTUK HINA EBIT LIEW, KAU KATA TAK NAK BAWA KAMERA.BUSUK TESERLAH...

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, teks mungkin yang mengatakan 'Kau ckp X nak bawak camera kalau pergi antar sumbangan...ni apa abu..? Kau ckp Ustaz Ebit Liew mcm2 lps tu kau buat...? Jenis hati busuk ni susah kan...bkn menunjuk ke tu?'

LUNGGOK KAT UMAH KAU LA...



Menurut Nik Abduh, memburukkan saudara seagama yang jelas dizalimi dan ditindas adalah dosa besar dan 'membunuh' nilai Ramadan.




Kluster PUI Bali: 43 kes disahkan positif Covid-19

Kluster PUI Bali: 43 kes disahkan positif Covid-19

Sebanyak 43 kes positif Covid-19 dikesan daripada kluster pesakit di bawah pemantauan (PUI) Bali, di sebuah pusat perubatan di Kuantan dengan 10 kes daripadanya melibatkan anggota kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini seramai 30 pesakit sedang dirawat di wad Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Pahang.
“Sembilan orang telah sembuh, seorang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala tiga orang telah meninggal dunia (kes ke-1575, kes-5064 dan kes-4129.
“Sebanyak 2,301 ujian saringan Covid-19 telah dijalankan, melibatkan anggota kesihatan dan pesakit dari pusat perubatan tersebut. Daripada 43 kes yang disahkan positif di dalam kluster ini, sebanyak 10 orang adalah anggota kesihatan pusat perubatan.
“Langkah-langkah kawalan penularan jangkitan wabak ini sedang giat dijalankan dengan kerjasama rapat KKM, termasuk proses dekontaminasi dan pemindahan pesakit ke hospital-hospital KKM yang berdekatan.
“Ini adalah untuk memastikan pusat perubatan tersebut selamat dan diyakini bebas daripada jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham turut mengingatkan semua anggota kesihatan kerajaan dan swasta tentang kepentingan untuk menggunakan alat penutup mulut dan hidung, terutamanya semasa mengendalikan kes-kes Influenza Like Illness (ILI) / Severe Acute Respiratory Infection (SARI).
Selain itu beliau berkata, pemakaian alat pelindung diri (PPE) yang sesuai semasa melakukan sebarang prosedur klinikal adalah amat penting.
“Semua anggota kesihatan dan barisan hadapan turut dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial dalam dan luar tempat kerja serta pemakaian PPE mengikut keperluan,” ujarnya lagi.

"LOCKDOWN" Di Selayang Baru Pada Tengah Malam



Bakul Makanan Bernilai RM35 Dari Sumbangan NGO, Bukan Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat


LANTIKAN POLITIK - DULU BISING, SEKARANG BISU





Oleh kerana BERSATU ketika itu berada di dalam PAKATAN HARAPAN, maka tempias kritikan dan sindiran itu terkena kepada PAKATAN HARAPAN yang sudah meletakkan di dalam Manifesto bahawa tiada lantikan politik dalam GLC. Kini BERSATU sudah berada di luar PAKATAN HARAPAN dan membentuk Kerajaan menerusi Tebuk Atap atau Pintu Belakang dengan UMNO, selain segerombolan bekas ahli KEADILAN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Lalu dengan rakusnya Pengerusi Profesional lantikan PAKATAN HARAPAN yang dahulu BERSATU turut bersetuju, telah dibuang. Muka-muka Ahli Parlimen BERSATU, bekas KEADILAN, UMNO, PAS dan GPS mula mengambil alih tugas para profesional ini bagai ia ghanimah yang perlu diagih-agihkan. Di mana suara Khairy Jamaluddin? Beliau tiba-tiba menjadi bisu seribu bahasa kerana telah dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.



TIMBALAN PRESIDEN SAHKAN UMNO TIDAK AKAN BERSAMA PN DAN BERSATU DALAM PILIHANRAYA KE 15 AKAN DATANG.



Ong Kian Ming, dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 24 April 2020 menulis tentang dilema UMNO dalam Perikatan Nasional dan kemungkinan UMNO akan meninggalkan PN dalam pilihanraya akan datang.
Saya berhasrat untuk mengulas tentang hanya satu perkara iaitu kedudukan UMNO dalam Perikatan Nasional. Agar semua pihak memahami dengan jelas kedudukan UMNO dan haluan politiknya.
UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional. Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan.
Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu.
Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional. Kerjasama ini diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.
UMNO juga mempunyai kerjasama politik yang megikat antara MCA, MIC serta PBRS melalui Barisan Nasional. BN pula adalah sebuah entiti politik yang terdaftar.
Maknanya UMNO dan Pas serta UMNO dan BN mempunyai perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat. Matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah ‘coalition’. Tetapi jika tidak berjaya sekalipun, kerjsama politik itu akan tetap kekal dan berfungsi.
Kerjasama ini telah diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti, projek dan program politik bersama di pelbagai peringkat agar MN dan BN semakin mengukuh.
Justeru, UMNO tidak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam Perikatan Nasional. Ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi PPBM dan GPS. Ia hanya menyertai Kerajaan atas dasar mendukung Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia.
Sebagai parti politik, tugas dan fokus UMNO waktu ini ialah untuk menyediakan parti bagi memenangi pilihanraya akan datang bersama rakannya dalam Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.
UMNO akan terus menjadi parti politik Melayu terbesar dinegara ini dan insyallah, parti yang akan memenangi paling banyak kerusi dalam pilihanraya umum seperti lazimnya.
Bagaimana UMNO ingin melakukannya, itu adalah urusan dan strategi dalaman UMNO dengan sekutunya iaitu PAS dan BN.
Sebagai parti politik Melayu terbesar, UMNO mesti bertanding di semua kerusi tradisional nya dan kerusi yang ia sangat berpotensi untuk memang. Kekuatan UMNO adalah di kawasan ‘the Malay heartland’ dan ia akan menguatkan pengaruh, keterlihatan dan khidmatnya di semua kawasan tersebut.
Insyallah dengan dukungan jutaan ahli parti, orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia, UMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi. Hanya dengan cara inilah, UMNO boleh menjadi parti dengan majoriti terbesar di Parlimen dan memimpin Kerajaan seperti sebelumnya.
Sesiapa yang ingin bekerjasama dengan UMNO sangatlah dialu-alukan, tetapi mestilah dengan keikhlasan dan kesediaan mereka untuk menyertai MN ataupun BN. UMNO sangat menghargai setiakawan rakan-rakannya dalam MN dan BN.
Sesuatu selain dari MN dan BN, adalah tidak strategik kepada kelangsungan UMNO.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO
25 April 2020.



ORANG JAHIL MENIPU ITU BIASA ORANG ALIM MENGKHIANATI ITU LUAR BIASA!


Pengkhianat pencuri dipuji dirai
Yang ikhlas membantu dicaci, dikeji


So what jika yang orang yang dibantu Ustad Ebit Lew menipu kesusahannya? Adakah dia akan senang?

So what jika Ustad Ebit Liew menunjuk-nunjuk usahanya? Kamu pun bantu dan tunjuk lah juga!

Kamu sibuk nak siasat orang miskin yang tipu beras sekampit, minyak sebotol dan barang berharga RM40 sedangkan kerajaan yang diamanah songlap jutaan hak kamu, kamu diam tidak bersuara. Oh tak mau campur hal-hal politik.

JADI JANGAN CAMPURLAH HAL-HAL APA-APA PUN!

Seperti Covid19 ia menyerang seorang yang akan menjangkitkan penyakit itu kepada orang lain. Begitulah sedekah, apabila kita lihat orang sedekah selalu, penyakit sedekah akan berjangkit kepada yang lain untuk berbuat perkara sama!

Penipu di mana-mana. Mereka memilih untuk menipu, Allah izinkan. Macam PN rampas kerajaan dari PH Allah izinkan. Tapi lihatlah kerosakkan yang datang bersama! Dalam PN Mufti pun bersekongkol menegak kerajaan khianat yang hukumnya haram, kau hairan orang jahil yang menipu ustad?
Akhirnya kita sendiri dengan Tuhan. Tuhan tak mau tau siapa engkau tetapi Malaikat telah catat semua perbuatan engkau untuk diperlihat kepada Tuhan. Jika Ust Ebit Lew riak, ALLAH yang nilai bukan kamu! Yang pasti ada jiwa yang Ustad bantu!


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, teks mungkin yang mengatakan 'AAWTE20 Saya mintak maaf pada semua, saya banyak buat salah silap atau lukakan hati sesiapa. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Saya Ebit Lew mintak maaf maaf pada semua. Saya salah. Saya tak pandai. Saya cuma cina baru belajar Islam. Saya bukan ustaz atau pendakwah. Saya cuma sayangkan Islam dan negara ini lebih dari nyawa saya.'
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: teks

ISMA DIAM BILA KENA SERANG BERJEMAAH

PARODI Ustaz Ebit Lew??TAKKAN LAH YANG ITU PUN NAK BUAT PARODI.


SARIPAH SH ABDULLAH

Rakyat curi, jahat tu biasa. Sebab itu kerajaan dipilih dan diamanah untuk tadbir negara.

TETAPI jika kerajaan merompak, zalim itu luar biasa.
Tak nak buat parodi untuk kecamka? Buatla... Barulah jadi wira dan orang doa.

Jangan kecam orang, orang makan gaji...nanti Tuhan balas perbuatan kita..






PN RETORIK, SANGGUP LIHAT ROHINGYA MATI?

ROHINGYA ALIH ISU KELEMAHAN PN?

PILIHAN POTONGAN PERUNTUKAN, GAJI HADAPI KEJATUHAN HARGA MINYAK

ELOK LA AMBIK BELA SOQANG DUA


HAMSINA HAMZAH

Memburukkan saudara semuslim berdosa besar, kata Nik Abduh

I bukan tujukan kepada kawan-kawan tertentu tetapi sebelum pelarian rohingya mendarat diperairan kita Tak adalah pula korang upload kawan baik korang, jiran korang, pekerja koranglahhhh baik belaka mcm Tak Ada orang lain yang baikkkk. Just nak justify your status tetiba jer ada yang berkawanlah berjiran bagai dengan puak ni.... hahahaha dah baik sangat buatlah saudara🤣🤣🤣🤣.


Satu lagi puak pendatang yang I meluat Pak hitam negro ini pun sama hantar balik jer. Meyusahkan negara! Pendatang-pendatang  ni membawa sekali gejala social dan penyakit-penyakit dengan mereka.

Bangla dulu ada juga naik kepala sejak kena 'warning' mereka baik sikit dah. Tapi kalau korang nak tahu Indonesian main korang yg ada hp 99% I would say mereka ada boy friend Bangla, ada sampai tahap berwa call siap tayang body. Bertukar tukar Bangla.

Nepalis ni sebab mereka tidak begitu ramai masih under control. Iranians, Iraqis, gujerati pun ramai disini mereka ni pun ada yang besar kepala.

Gujerati sekarang duduk tepi-tepi traffic light minta derma.... termasuk anak-anak  kecil mereka pun minta derma merata rata.

Dari negara China pun ada yg minta derma meja ke meja. Terlalu ramai dah pendatang dinegara ini Indonesian jangan cakaplah masuk melalui jln tikus non stop. Sampai tahap mereka jadi menteri songlap dgn company bunian, ada yang tetiba jadi tengku...... cukup-cukuplah lah kutip sampah sarap bangsa sendiri nanti melukut ditepi gantang.



#malaysiaformalaysian

ZAMAN PN KE MASJID DIDENDA, JUMPA MENTERI TAK APA?

Kerajaan berhak halau Rohingya: Isma diserang secara berjamaah

Kerajaan berhak halau Rohingya: Isma diserang secara berjamaah
Datuk Seri Naib Razak juga pernah duduk sepentas bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjuangkan umat Islam Rohingya.



Tindakan sebuah jamaah Islam bernama Isma membenarkan tindakan kerajaan menghalau Muslim Rohingya dari mendarat di Malaysia sehingga mati kebuluran di laut dikecam secara berjamaah.
Pelbagai pihak menyifatkan pertubuhan itu menukar balik pendirian mereka lima tahun dahulu untuk membela sikap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan kerajaan Melayu Islam, yang dilihat sama dengan perjuangan Isma.
Isma melalui media mereka, Ismaweb tiga hari lepas (22 April) berkata, Malaysia berhak menolak pelarian Rohingya dengan alasan jika tidak mampu lagi menanggung beban pelarian yang sudah sedia ramai.
Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, tambahan pula dengan musim pandemik COVID-19 dan bebanan ekonomi sekarang, keutamaan kerajaan Malaysia adalah rakyatnya sendiri.
“Pelarian Rohingya sedia ada di Malaysia juga sudah menimbulkan pelbagai masalah. Antara masalah mereka ialah tiada pendidikan sempurna yang akan menjuruskan kepada masalah sosial dan jenayah untuk jangka panjang,” katanya.
Padahal lima tahun dahulu ketika bersama memperjuangkan agenda Melayu Islam bersama Barisan Nasional (BN), Isma mempertikaikan pandangan sesetengah pihak yang memberikan ingatan kenapa tidak boleh terima Rohingya ketika Malaysia boleh menerima pelarian Bosnia dan Vietnam.
Pada ketika itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan melaksanakan lima perkara untuk kebajikan Muslim Rohingya di negara ini termasuk penempatan yang lebih baik, latihan untuk diberikan pekerjaan dan menghantar ke negara ketiga apabila ada yang sedia menerimanya.
Beliau berkata demikian ketika menerima bantuan USD50 juta (kira RM200 juta) dari kerajaan negera Qatar bagi membantu pelarian Rohingya di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Naib Razak juga pernah duduk sepentas bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjuangkan umat Islam Rohingya.
“Isma memang tak boleh dipercayai. Mereka dari dulu memutar belit ajaran agama untuk kepentingan mereka, menanamkan kebencian dan merosakkan imej Islam.
“Mereka redho melihat pelarian Rohingyamati atas sebab kononnya ‘tak mampu’ bantu. Golongan sebegini memang patut ditolak ummat,” dakwa Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad ketika mengulas sikap Isma ini.
Amshar Azizi melalui twitter pula berkata, “Baru hanya 5 tahun lalu. Kumpulan yang sama kali ini berkata jangan terima mereka. Mengecewakanlah,” tulis Amshar sambil meletakkan keratan berita Malay Mail, bertarikh 5 Mei 2015.
Khai Ash melalui twitternya juga kesal dengan tindakan menghina Muslim Rohingya ini.
“Saya sangat takut, manusia tidak berjiwa manusia dengan menyebarkan kebencian terhadap kumpulan ini, dengan menggelarkan mereka makhluk perosak dan tikus. Ya kita patut hukum penjenayah tetapi memusnahkan keseluruhan kaum adalah sangat menakutkan,” tulis beliau.

TINDAKAN ATM ADALAH AMAT WAJAR






Malaysia berhasrat untuk menjadikan 56,000 etnik Rohingya yang memegang kad berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk diberi peluang latihan separa mahir di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu bagi menjadikan etnik tersebut daripada liabiliti kepada aset negara. Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sesi tergempar mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC mengenai situasi minoriti Muslim Rohingya di KLCC, Kuala Lumpur hari ini.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, orang ramai dan luar
Imej mungkin mengandungi: langit
Sentimen Anti-Rohingya semakin meningkat sejak tindakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghalau kehadiran bot yang membawa pendatang Rohingya minggu lalu yang cuba menceroboh negara berhampiran Pulau Langkawi.

Ia menjadi panas apabila beberapa pihak menentang tindakan ATM berkenaan dilihat tidak berperikemanusian. ATM menafikan mereka bertindak demikian sebaliknya menyediakan makan dan minum sebelum dihalau keluar dari perairan negara.
Ia menjadikan isu viral apabila rakyat Malaysia rata-ratanya menyokong tindakan ATM sebelum itu mereka berjaya bolos di Pulau Langkawi ketika negara dalam perhatian untuk melawan Virus Covid 19.
ATM bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikerah keseluruhan anggota dan aset bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikhuatiri membawa virus Covid 19
ATM, PDRM dan APMM menghadapi kekangan aset berikutan jumlah aset untuk dikerah beroperasi tidak mencukupi.
Selain itu, negara - negara jiran turut tidak memberikan kerjasama. Ia mendorong memudahkan PATI memasuki negara kita apabila ada Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasa negara jiran bersekongkol dengan sindiket PATI.
Beberapa laporan sebelum ini menyebut sindiket PATI memperoleh maklumat keberadaan kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), APMM serta Pasukan Polis Marin (PPM) dari Pasukan Penguatkuasaan dan Keselamatan negara jiran.
Isu Pendatang Rohingya makin panas apabila terdapat beberapa pihak terutama dari orang Rohingya menuntut kelebihan dan kemudahan dari Kerajaan Malaysia.
Ia sekaligus meningkatkan sentimen anti-Rohingya dikalangan rakyat Malaysia. Beberapa pihak tidak bertanggungjawab turut mempermainkan agama menyatakan keperluan menerima mereka di Bumi Malaysia.
Pembongkaran demi Pembongkaran berlaku termasuk klimaks pengumumkan kawasan ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan sekitar Pasar Borong Selayang dilihat mereka seperti cuba mencabar kesabaran rakyat Malaysia.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, BUKAN TAK NAK TOLONG TAPI ADA BATASNYA, mereka mengunakan Kad UNCHR sebagai lesen besar untuk kebebasan didalam negara.
Menuntut kemudahan kesihatan, pendidikan malah ekonomi dilihat satu permintaan yang melampui bagi seorang yang menumpang di tanah orang.
Sikap tidak mahu berasimilasi dengan penduduk tempatan juga memperlihatkan sentimen anti-Rohingya terus meningkat pada masa akan datang.
Mereka juga bersikap dingin, kotor serta agresif juga memperlihatkan mereka akan terus dipandang negatif oleh masyarakat.
Jika kita terus menerima mereka yang kini meningkat lebih 100,000 orang tidak mustahil menigkat kepada jutaan orang.
Pulau Langkawi yang sebelum ini Pusat Peranginan Bertaraf Antarabangsa bakal berubah menjadi pusat penempatan haram bagi pendatang haram ini.
Sudah pasti kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk menjaga kebajikan mereka ini. Pasti keselamatan kita sebagai rakyat pastinya tidak lagi selamat.
Cox Bazar di Chittagong, Bangladesh yang menjadi penempatan mereka setelah lari dari Myanmar kini menjadi pusat jenayah terbesar di Bangladesh apabila kes penyeludupan tidak kira dadah dan manusia dilakukan disana.
Malah, kegiatan samseng dan gangsterism turut meningkat di penempatan terbabit. Ia menambah pening bagi Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasaan Bangladesh.
Selepas habis PKP, diharap kerajaan menilai untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara melibatkan memperoleh aset baharu, meningkatkan kemahiran serta teknologi serta menambah anggota.
Pada Rakyat Malaysia terus menyokong Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasaan serta pastikan Pendatang asing ini agar mereka sedar ini adalah Malaysia bukan lagi tempat asal mereka.
Jadi Rakyat yang berguna pada negara dan fikir masa depan anak cucu kita. Ini Tanah Kita, Ini Bumi kita bukan hakmilik orang lain.
-MDR-