TINDAKAN ATM ADALAH AMAT WAJAR






Malaysia berhasrat untuk menjadikan 56,000 etnik Rohingya yang memegang kad berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) untuk diberi peluang latihan separa mahir di negara ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu bagi menjadikan etnik tersebut daripada liabiliti kepada aset negara. Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sesi tergempar mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC mengenai situasi minoriti Muslim Rohingya di KLCC, Kuala Lumpur hari ini.
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri, orang ramai dan luar
Imej mungkin mengandungi: langit
Sentimen Anti-Rohingya semakin meningkat sejak tindakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghalau kehadiran bot yang membawa pendatang Rohingya minggu lalu yang cuba menceroboh negara berhampiran Pulau Langkawi.

Ia menjadi panas apabila beberapa pihak menentang tindakan ATM berkenaan dilihat tidak berperikemanusian. ATM menafikan mereka bertindak demikian sebaliknya menyediakan makan dan minum sebelum dihalau keluar dari perairan negara.
Ia menjadikan isu viral apabila rakyat Malaysia rata-ratanya menyokong tindakan ATM sebelum itu mereka berjaya bolos di Pulau Langkawi ketika negara dalam perhatian untuk melawan Virus Covid 19.
ATM bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikerah keseluruhan anggota dan aset bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikhuatiri membawa virus Covid 19
ATM, PDRM dan APMM menghadapi kekangan aset berikutan jumlah aset untuk dikerah beroperasi tidak mencukupi.
Selain itu, negara - negara jiran turut tidak memberikan kerjasama. Ia mendorong memudahkan PATI memasuki negara kita apabila ada Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasa negara jiran bersekongkol dengan sindiket PATI.
Beberapa laporan sebelum ini menyebut sindiket PATI memperoleh maklumat keberadaan kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), APMM serta Pasukan Polis Marin (PPM) dari Pasukan Penguatkuasaan dan Keselamatan negara jiran.
Isu Pendatang Rohingya makin panas apabila terdapat beberapa pihak terutama dari orang Rohingya menuntut kelebihan dan kemudahan dari Kerajaan Malaysia.
Ia sekaligus meningkatkan sentimen anti-Rohingya dikalangan rakyat Malaysia. Beberapa pihak tidak bertanggungjawab turut mempermainkan agama menyatakan keperluan menerima mereka di Bumi Malaysia.
Pembongkaran demi Pembongkaran berlaku termasuk klimaks pengumumkan kawasan ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan sekitar Pasar Borong Selayang dilihat mereka seperti cuba mencabar kesabaran rakyat Malaysia.
Seperti yang dikatakan sebelum ini, BUKAN TAK NAK TOLONG TAPI ADA BATASNYA, mereka mengunakan Kad UNCHR sebagai lesen besar untuk kebebasan didalam negara.
Menuntut kemudahan kesihatan, pendidikan malah ekonomi dilihat satu permintaan yang melampui bagi seorang yang menumpang di tanah orang.
Sikap tidak mahu berasimilasi dengan penduduk tempatan juga memperlihatkan sentimen anti-Rohingya terus meningkat pada masa akan datang.
Mereka juga bersikap dingin, kotor serta agresif juga memperlihatkan mereka akan terus dipandang negatif oleh masyarakat.
Jika kita terus menerima mereka yang kini meningkat lebih 100,000 orang tidak mustahil menigkat kepada jutaan orang.
Pulau Langkawi yang sebelum ini Pusat Peranginan Bertaraf Antarabangsa bakal berubah menjadi pusat penempatan haram bagi pendatang haram ini.
Sudah pasti kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk menjaga kebajikan mereka ini. Pasti keselamatan kita sebagai rakyat pastinya tidak lagi selamat.
Cox Bazar di Chittagong, Bangladesh yang menjadi penempatan mereka setelah lari dari Myanmar kini menjadi pusat jenayah terbesar di Bangladesh apabila kes penyeludupan tidak kira dadah dan manusia dilakukan disana.
Malah, kegiatan samseng dan gangsterism turut meningkat di penempatan terbabit. Ia menambah pening bagi Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasaan Bangladesh.
Selepas habis PKP, diharap kerajaan menilai untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara melibatkan memperoleh aset baharu, meningkatkan kemahiran serta teknologi serta menambah anggota.
Pada Rakyat Malaysia terus menyokong Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasaan serta pastikan Pendatang asing ini agar mereka sedar ini adalah Malaysia bukan lagi tempat asal mereka.
Jadi Rakyat yang berguna pada negara dan fikir masa depan anak cucu kita. Ini Tanah Kita, Ini Bumi kita bukan hakmilik orang lain.
-MDR-