PN retorik, sanggup lihat Rohingya mati?
Mereka lari dari kekejaman Junta Myanmar, mengharapkan belas kasihan saudara seislam mereka. Malangnya ‘Melayu Islam’ PN hanya bercakap tetapi tidak menghayati islam. Retorik semata-mata untuk mengutuk DAP dan PH. Bila diuji, iman hanya setakat kerongkong! Geng alatkan agama!
Ianya bagaikan kamu membunuh mereka dengan tangan-tangan kamu sendiri. Kamu tahu keputusan kamu akan membawa maut ke atas mereka.
Adakah Pahlawan Bugis sudah ketandusan idea sehingga boleh halalkan pembunuhan Rohingya dengan semudah itu? Pelari duit 1MDB pandai. Banyak pula idea.
Zaman Najib nak jadi hero.. dulu lah. Dah lupa dah ke jibby ooi? Sekarang ni “malu apa”. Najib satu hal.
PAS mana? Takkan lupa kewajipan terhadap golongan lemah dan memerlukan pembelaan.
Kalau tak mampu pegang pada prinsip Islam, nilai kemanusiaan yang asas pun tak mampu?
Ada yang kata, zaman Covid ini, “kita tak nak galakkan mereka datang”. Seolah-olah mereka ada pilihan. Kalau mereka tak lari mereka dibunuh. Kamu ingat mereka seronok seronok sahaja datang mengharungi lautan bersama anak isteri kalau mereka tak terdesak?
Dua Hadis yang sering dibaca tetapi tidak dihayati. Tiada bukti yang lebih nyata dan menyayat hati selain kisah Rohingya yang MATI atas sebab keputusan yang tidak beriman. ‘Kerajaan Melayu Islam’ kejam dan zalim di bulan Ramadhan.
Allah sebagai saksi, saya mengutuk keputusan PN.