LANTIKAN POLITIK - DULU BISING, SEKARANG BISU





Oleh kerana BERSATU ketika itu berada di dalam PAKATAN HARAPAN, maka tempias kritikan dan sindiran itu terkena kepada PAKATAN HARAPAN yang sudah meletakkan di dalam Manifesto bahawa tiada lantikan politik dalam GLC. Kini BERSATU sudah berada di luar PAKATAN HARAPAN dan membentuk Kerajaan menerusi Tebuk Atap atau Pintu Belakang dengan UMNO, selain segerombolan bekas ahli KEADILAN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Lalu dengan rakusnya Pengerusi Profesional lantikan PAKATAN HARAPAN yang dahulu BERSATU turut bersetuju, telah dibuang. Muka-muka Ahli Parlimen BERSATU, bekas KEADILAN, UMNO, PAS dan GPS mula mengambil alih tugas para profesional ini bagai ia ghanimah yang perlu diagih-agihkan. Di mana suara Khairy Jamaluddin? Beliau tiba-tiba menjadi bisu seribu bahasa kerana telah dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.



No comments: