Terima kasih Ajk Surau Diri Jumaat Kg Ara Payong, Bt Gajah yg membatalkan jemputan Syukri Alimar Shidi (SU Pemuda PAS Perak.
Ajk Surau menjunjung titah Tuanku Sultan yg melarang ahli politik terlibat dlm mana2 program dalam premis masjid dan surau demi memelihara keharmonian kariah.
Kepada Yb Manjoi (KP Pemuda PAS Perak) dan Yb Pengkalan Hulu (Naib KP PAS Perak), komer berdua bukannya tak tau titah larangan Tuanku Sultan tapi komer berdua buat pejam mata je yea..??
Minta team risikan Jkom kenalpasti Sdr ni, lancar menfitnah..jika dia tak boleh buktikan, PMX ada keluarkan kenyataan macam yg dia dakwa, boleh ambil tindakan perundangan.
Kehancuran Perikatan Nasional (PN) berpunca daripada pelbagai faktor termasuk keegoan Pas dan hilangnya pengaruh Muhyiddin Yassin.
PENDAPAT, 15 Jun – Perikatan Nasional (PN) berdepan cabaran terbesar dalam sejarah gabungan itu apabila hubungan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat terus renggang, malah makin menjauhi antara satu sama lain.
Perkembangan ini bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai masa depan PN, malah berpotensi merosakkan asas kerjasama politik yang dibina sejak beberapa tahun lalu.
Ramai pemerhati politik berpendapat bahawa keputusan Pas untuk memutuskan hubungan politik dengan Bersatu memberi kesan besar kepada kestabilan gabungan tersebut.
Kemunculan Reset yang disokong Hadi Awang dan Pas sudah merosakkan Perikatan Nasional (PN) malah menjejaskan persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana kedua-dua parti merupakan tunjang utama yang membentuk kekuatan PN dalam beberapa pilihan raya lalu. Tanpa kerjasama erat antara Pas dan Bersatu, sukar untuk gabungan itu mengekalkan pengaruh yang pernah dimiliki terutama selepas projek ‘tebuk atap’
Apa yang lebih menarik perhatian ialah hubungan yang terjalin selama ini dibina melalui pelbagai pengorbanan dan persefahaman politik.
Seolahnya, Bersatu di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin yang selama ini memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan serta membawa PN ke peringkat nasional, semakin hilang pengaruh, dibayangi kemaraan pasukan ‘Reset’ serta tekanan daripada parti gabungan dalam PN sendiri.
Ketika menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin memimpin negara dalam tempoh yang mencabar termasuk berdepan pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi global.
Justeru, terdapat pihak yang melihat perpecahan ini seolah-olah mengenepikan sumbangan besar yang pernah diberikan oleh Muhyiddin kepada gabungan tersebut.
Sudah pasti rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian penyokong yang mengharapkan hubungan antara kedua-dua parti dapat dipertahankan demi kepentingan bersama.
Kita harapkan perpecahan antara Pas dan Bersatu sudah semestinya melemahkan PN menjelang pilihan raya umum akan datang, walaupun parti Reset cuba untuk ‘mengimbangi’ kehilangan
Tanpa kesepakatan dan kepercayaan antara parti-parti komponen, gabungan itu mungkin berdepan kesukaran untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka masih mempunyai kekuatan dan kestabilan sebagai sebuah alternatif politik yang berdaya saing.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Jun 2026.
KUALA LUMPUR, 15 Jun – Kerajaan tidak pernah meminggirkan hak mana-mana penduduk miskin bandar yang mahu menikmati hidup lebih baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pembinaan projek perumahan kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara adalah contoh dan bukti bagaimana hak penduduk miskin bandar dapat diadili, biarpun mereka perlu menanti lebih 40 tahun untuk mendapatkan penempatan kekal.
“Projek ini tak besar, tetapi kesan dia dari segi sejarah cukup besar. Bukan saja di Malaysia, bayangkan di mana-mana negara, kelompok miskin bandar di rumah panjang begini rupa, berhadapan dengan tekanan perumahan, dengan mahligai keliling, dengan nak jaga hutan, tak pernah menang (kes di mahkamah) dalam sejarah dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 15 Jun 2026.
“Alhamdulillah, di sini saudara-saudara menang kerana pertahankan hak dan mengikut undang-undang,” katanya berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal bagi penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara di sini, hari ini.
Turut sama hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.
Projek perumahan kekal itu membabitkan pembinaan 200 unit pangsapuri dimana setiap pemilik kediaman asal akan diberi dua unit.
Setiap kediaman akan dilengkapi tiga bilik, sementara kerja-kerja pembinaannya akan dimulai hari ini dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Dalam majlis sama, Anwar yang Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM1 juta disediakan, bagi tujuan menampung belanja penyelenggaraan di kediaman terbabit iaitu bagi tempoh tiga tahun, sebaik projek itu siap kelak.
Beliau berkata, usaha menyelesaikan isu penempatan ini bukan mudah kerana ia melibatkan proses perundangan yang panjang.
“Sebelum ini saya tak berani (untuk umumkan apa-apa) kerana (perlu) tunggu proses undang-undang (selesai). Maka kita hormat proses undang-undang. Sebaik keputusan dibuat, saya kata kena cari jalan selesai.
“Maka, keputusan dibuat, teliti masalah penduduk, semua itu dirungkai dan akhirnya peranan kita cari bagaimana boleh diselesaikan. Bukan sikit tahun. Bayangkan kalau kita hidup, rumah panjang sudah (berusia) 44 tahun,” katanya.
Beliau juga menghargai komitmen dan kesungguhan Hannah yang kerja kuat dalam mencari jalan penyelesaian muktamad kepada nasib penduduk terbabit.
“Terima kasih Hannah, saya sangat senang hati, gembira, kerana apa yang kita boleh janji, ‘rule of law’ satu, jaga rakyat, dua. Orang miskin tidak ditinggal dan (bagi) bagi satu penyelesaian yang adil.
“Muda-mudahan semua negeri, kota di negara ini, belajarlah dari pengalaman ini. Kalau tidak, sampai bila-bila (masalah tak akan diselesaikan). (Ini) bukan orang datang roboh rumah atau ambil tanah orang dan bikin, tak. Ini dia tunggu lama dan ada perjanjian (pembangunan semula) dengan pemaju,” katanya.
Beliau juga menghargai kesabaran dan kecekalan penduduk disini, biarpun terpaksa menanti tempoh yang cukup lama untuk mendapat kediaman lebih baik.
“Jadi janganlah orang kata ini sebagai contoh untuk bangunkan rumah-rumah setinggan dan terus minta hak, tak. Dia ikut proses undang-undang dan hakim yang bijaksana meneliti semua aspek dan dengar semua pandangan.
“Ini sebab saya kata, ini dari segi sejarah sangat penting. Kita lihat, orang miskin ini tak kira Melayu, Cina, India hak dia kita pelihara. Ini Kerajaan Madani, kita adil untuk semua.
“Kemudian, proses dia tak akan berlaku dengan baik kalau tak ada kerjasama dengan penjawat awam. Bila dasar itu jelas, penjawat awam boleh jalankan dengan cekap,” katanya.
Perkembangan baru berkenaan perolehan sebuah kapal Multi-Purpose Command Platform bagi mengganti Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah bawah RMK yang ke 13 ini
Kini kerajaan telah bersetuju mengganti Pangkalan Laut Tun Sharifah Rodziah tersebut dengan sebuah kapal Multi-Purpose Command Platform buatan Turki yang berkonsepkan mobiliti yang lebih jauh dan maju dari segi teknologi serta beroperasi dengan lebih cekap dan berkesan berbanding dengan jenis pelantar statik sebelum ini
Kapal Multi-Purpose Command Platform baru yang akan dibeli akan termasuk dengan berapa2 teknologi yang moden dan canggih seperti Radar pengawasan jarak jauh, Unmanned Surface Vessel dan Unmanned Aerial Vehicle
Dalam RMK-13 ini , kerajaan telah meluluskan  bajet sebanyak RM486 juta bagi perolehan sebuah Multi-Purpose Command Platform
Sebelum ini APMM telah membeli 2 buah kapal Multi Purpose Mission Ships daripada Turki jenis yang sama seperti gambar dibawah dengan kontrak yang bernilai RM644 Juta , kapal pertama kos RM304.29 manakala kapal kedua kos RM340 juta yang termasuk dengan Unmanned Surface Vessel dan Unmanned Aerial Vehicle
100 Hari Krisis Tenaga Global: Bukti Kecekapan Kerajaan MADANI Mengurus Negara Tanpa Hutang Baru
1. Sudah 100 hari dunia berdepan dengan krisis tenaga global.
2. Macam-macam amaran dan ramalan buruk dikeluarkan. Kononnya negara kita akan musnah.
3. Ramai pihak lawan bersorak. Mereka harap Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan gagal dan lumpuh. Bila kerajaan gagal, mereka fikir boleh ambil alih.
4. Tetapi hari ini laporan berita menunjukkan sebaliknya. Bekalan makanan, tenaga dan ubat-ubatan kita kekal stabil.
5. Minyak petrol kita cukup. Beras, ayam, telur, sayur dan buah-buahan lebih dari cukup.
6. Bekalan elektrik juga tidak terputus. Satu pertiga daripada janaan elektrik kita guna gas asli cecair (LNG) buatan tempatan. Arang batu pula sudah dijamin dengan kontrak jangka panjang.
7. Ini bukan nasib atau kebetulan. Ini hasil perancangan dan campur tangan awal. Pasukan Petugas Pengurusan Krisis di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah buat kerja mereka.
8. Kalau kita lihat pentadbiran yang lepas-lepas, bila krisis melanda, kerajaan cepat-cepat akan buat hutang baru. Kononnya untuk bayar subsidi. Hutang negara makin menimbun, anak cucu yang kena bayar.
9. Tetapi di bawah pengurusan Anwar Ibrahim, subsidi dibayar guna hasil pendapatan negara, bukan hutang baru. Kerajaan MADANI tegas menjaga disiplin fiskal.
10. Walaupun ada krisis, projek untuk rakyat tidak diberhentikan. Pembinaan sekolah, hospital dan projek tebatan banjir jalan terus.
11. Sistem kesihatan kita juga kebal. Lebih 70 peratus ubat-ubatan kritikal di hospital mempunyai stok melebihi tiga bulan. Pengalaman mengurus krisis pandemik dahulu telah diguna pakai dengan baik oleh kerajaan hari ini.
12. Ya, memang ada sedikit kesan. Sektor pembinaan terkesan dengan harga diesel. Kita juga bakal berdepan cuaca panas El Nino yang akan tingkatkan penggunaan elektrik.
13. Tetapi, kita hari ini jauh lebih bersedia berbanding 100 hari yang lepas. Rantaian bekalan alternatif sudah dikenal pasti.
14. Kerajaan MADANI sudah buktikan kecekapan mereka mengurus krisis antarabangsa tanpa mengorbankan ekonomi tempatan.
15. Sekarang giliran rakyat untuk bantu kerajaan. Jangan membazir makanan. Jimatkan penggunaan elektrik. Jika boleh bekerja dari rumah untuk kurangkan kesesakan dan penggunaan minyak petrol, lakukanlah.
16. Kepimpinan Anwar Ibrahim sedang membawa negara ke landasan yang betul. Sebagai rakyat, kita patut terus sokong dasar-dasar Kerajaan MADANI.
Penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam Pas mengundang persoalan mengenai pendirian sebenar beliau terhadap isu hudud dan Perlembagaan Persekutuan apabila AMANAH mencabarnya menyatakan secara terbuka sama ada masih berpegang kepada prinsip yang pernah diperjuangkannya atau kini menerima agenda parti itu.
Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, Zaid perlu menjelaskan sama ada beliau kini menyokong pelaksanaan undang-undang hudud yang sebelum ini pernah dicabarnya di Mahkamah Persekutuan atas alasan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Beranikah Zaid Ibrahim memohon maaf kepada Pas kerana pernah mencabar undang-undang hudud Kelantan sekiranya beliau benar-benar ikhlas mahu bersama Pas?
“Kes itu pernah dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana didakwa tidak berperlembagaan. Adakah sekarang Zaid telah berubah pendirian?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Faiz, Pas juga sebelum ini pernah menyifatkan Perlembagaan Persekutuan sebagai tidak Islamik kerana dianggap sebagai perlembagaan penjajah.
Sehubungan itu, beliau mencabar Zaid membuat pilihan yang jelas.
“Saya cabar Zaid untuk memilih antara Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang hudud,” tegasnya.
Pada 2002, ketika masih menjadi peguam dan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Zaid memfailkan tindakan di Mahkamah Persekutuan terhadap kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan alasan kedua-dua negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah.
Beliau ketika itu memohon pengisytiharan bahawa Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu serta Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan adalah tidak sah dan tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang.
Pada 2003, Zaid sekali lagi memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mencabar Enakmen Kesalahan Jenayah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 atas alasan yang sama, namun saman tersebut akhirnya ditarik balik.
Dalam wawancara bersama Malaysiakini pada Mei 2014, beliau berkata tindakan itu dibuat selepas diminta menarik balik saman berkenaan, namun tidak menamakan pihak yang berbuat demikian.
Faiz turut mempersoalkan sama ada penyertaan Zaid ke dalam Pas sebenarnya bertujuan membawa perubahan kepada parti itu atau sebaliknya.
“Adakah usaha Zaid dalam Pas sekarang lebih kepada meliberalkan Pas?
“Adakah Pas bersedia menarik balik perjuangan hudud sekiranya Pas berjaya diliberalkan?” soalnya lagi.
Sabtu lalu, Pas mengumumkan penyertaan Zaid bersama beberapa tokoh lain dalam satu majlis di Seremban, Negeri Sembilan.
Mengulas kemasukannya, Zaid menyatakan beliau yakin Pas mempunyai masa depan yang positif dan berpotensi mentadbir Malaysia bersama ahli-ahli Parlimen progresif selepas pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga berjanji akan berusaha mengubah persepsi bahawa Pas ialah sebuah parti yang ekstrem dan antidemokratik serta menegaskan parti itu mampu membela semua rakyat dalam masyarakat berbilang kaum.
Ramai orang cakap Anwar Ibrahim ini gila kuasa. Bertahun-tahun nak jadi Perdana Menteri, sanggup buat apa saja.
Logiknya, kalau kita di tempat beliau pada usia mencecah 80-an, adakah kita masih sanggup menanggung maki hamun setiap hari?
Bukankah lebih seronok berehat di rumah, melayan cucu, dan minum kopi dengan tenang tanpa perlu memikirkan masalah hutang negara?
Boleh jadi, beliau pun sebenarnya sudah letih.
Tapi apabila beliau merendah diri dan sebut, "Saya nak bersara dengan kasih sayang rakyat", ia bukan lagi kedengaran seperti retorik seorang ahli politik. Ia adalah luahan jujur seorang bapa dan seorang tokoh negarawan.
Beliau sudah lalui segalanya, dipenjara, dipukul, dikhianati sahabat sendiri. Jadi, apa lagi yang tinggal untuk dibuktikan? Tiada. Kecuali satu amanah terakhir: memastikan 'rumah' kita tidak terus dirompak.
Kita selalu disogokkan dengan cerita orang Melayu terancam, orang Cina nak ambil alih, atau kaum lain menuntut macam-macam. Hakikatnya, Anwar sedang mengingatkan kita tentang satu kebenaran yang pahit.
Selama ini kita asyik bergaduh sesama sendiri kerana kita telah diperbodohkan oleh sentimen. Kita lupa memandang musuh yang sebenar.
Musuh kita bukan jiran sebelah rumah kita yang berlainan bangsa. Musuh kita adalah penyamun wang negara, perompak dana awam, dan penghasut yang sedang gelak ketawa melihat rakyat berpecah-belah.
Anda ada hak untuk tidak bersetuju dengan setiap dasar Kerajaan MADANI. Itu perkara biasa dalam negara demokrasi.
Tapi, cuba tanya diri kita sendiri: adakah kita sanggup membiarkan negara ini jatuh semula ke tangan individu-individu yang telah merompak masa depan anak-anak kita, semata-mata kerana ego politik?
Atau mungkin, sudah tiba masanya kita beri ruang kepada pejuang tua ini untuk membersihkan sisa-sisa kerosakan yang ditinggalkan, sebelum beliau betul-betul melabuhkan tirainya.
Negara ini perlukan penyembuhan, dan ia bermula dengan kita mengenali siapa musuh kita yang sebenar. Fikir-fikirkanlah.
1) KP JKOM nampaknya berhadapan dgn serangan musuh secara bersendirian sedangkan beliau ada hampir 300 pegawai di bawahnya. Ini tak sepatutnya berlaku.
2) Mana komen² COS dalam posting LSS & portal berita yang berhujah membela KP? Mana posting Timbalan Ketua Pengarah? Mana? Oh? Hari minggu tak kerja. Cuti ni lebih baik makan & tidur & makan lagi barangkali.
3) Jika PMX memberikan tempoh 3 bulan, maka perlu diberitahu kembali kepada Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa result yang diinginkan TIDAK AKAN dapat dicapai dengan pasukan JKOM sedia ada. Pasukan ini lemah! Mana mungkin dengan bahan mentah sebutir telur kita mampu menghidangkan medium rare wagyu.
4) KP JKOM perlu diberi kuasa autonomi untuk memilih pasukannya sendiri. Jika ada yang sayang kepada dinosaur 3 sekawan, masih nak sambung & bela, silalah ambil & letak di bawah jabatan & kementerian masing-masing. Jangan bagi kat orang lain. Jaga sendiri. Orang nak bantu PMX ni.
Bukan mustahil Bersatu dengan sokongan Gerakan dan MIPP akan menyingkirkan Pas dari PN.
Jika tidak peluang Bersatu untuk bertanding mengguna logo PN akan tertutup. Gerakan dan MIPP pun akan nguyub jika sekadar menumpang bayangan Pas dalam PRN Johor dan N9 nanti.
Seorang wanita hamil di Pasar Besar Siti Khadijah dikatakan mengalami kejadian misteri selepas didatangi seorang wanita tidak dikenali ketika sedang membeli barang di pasar.
Menurut cerita yang tular di media sosial, ibu muda tersebut pada awalnya keluar seperti biasa untuk membeli keperluan dapur. Ketika sedang berjalan di kawasan pasar, dia didakwa dihampiri beberapa wanita yang tidak dikenali sebelum salah seorang daripada mereka mengusap perutnya sambil bertanya tentang kandungan.
Wanita hamil itu pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka mereka sekadar ramah dan ingin berbual.
Namun beberapa jam selepas pulang ke rumah, dia mula berasa sangat lemah dan tidak sedap badan. Keadaan menjadi semakin pelik apabila dia mendakwa perutnya terasa berbeza seperti tiada lagi tanda-tanda kehamilan seperti sebelum ini.
Keluarga mangsa terus panik dan membawanya mendapatkan rawatan. Kisah tersebut kemudian tersebar luas dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.
Ada yang percaya kejadian itu berkaitan gangguan ilmu hitam atau amalan tertentu, manakala ramai ibu hamil mula merasa takut untuk keluar bersendirian selepas membaca perkongsian tersebut.
Nasihat buat kita semua…
Sebagai umat Islam,
kita memang percaya kewujudan sihir dan gangguan yang disebut dalam agama.
Sebab itu:
jangan terlalu mudah percaya kepada orang tidak dikenali,
jangan benarkan orang sewenang-wenangnya menyentuh tubuh terutama wanita hamil,
dan sentiasalah menjaga doa serta perlindungan diri.
Buat ibu mengandung:
amalkan membaca Ayat Kursi,
Surah Al-Falaq dan An-Nas,
banyakkan zikir,
dan sentiasa meminta perlindungan Allah untuk diri dan kandungan.
Dalam masa sama,
jangan terlalu berkongsi tentang kehamilan kepada orang yang tidak dikenali terutama jika rasa tidak sedap hati.
Kadang manusia nampak biasa di luar,
tetapi kita tidak tahu niat sebenar dalam hati mereka.
Apa pun yang berlaku,
sentiasalah dekat dengan Allah kerana hanya Dia sebaik-baik pelindung daripada segala perkara buruk yang terlihat dan yang tersembunyi.