ISHH ISHHH...APA PUNYA TERUK....


 

Kabel projek ECRL jadi sasaran di Kelantan, kerugian cecah RM20,000

Empat kes kecurian kabel penghubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) direkodkan di Kelantan tahun ini dengan nilai kerugian mencecah sebanyak RM20,000.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, dua lelaki berusia 30-an yang mendalangi kegiatan itu sudah ditahan bulan lalu.

Beliau berkata, kecurian kabel tersebut berlaku di Pasir Puteh sebelum hasil curi terbabit dijual di premis besi buruk.

“Sebelum ini banyak kes dilaporkan di Pahang dan Terengganu dan sekarang sudah masuk ke Kelantan apabila kita merekodkan empat kes tahun ini.

“Siasatan kita mendapati mereka mengambil masa kira-kira satu jam setiap kali melakukan kegiatan berkenaan sebelum hasilnya dijual di premis besi buruk.

“Kita anggarkan nilai kerugian RM20,000 dan kegiatan kecurian ini berlaku memandangkan lokasi landasan berada di hutan dan ECRL belum beroperasi,” katanya.

Yusoff berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan IPK Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Tambah beliau, polis sudah mengadakan perbincangan dengan pihak ECRL supaya memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengekang kegiatan curi kabel.



No comments: