SKETSA 1 SHOPPING

Bajet 2011 bukan ‘bajet pilihan raya’ tapi PRU-13 waktu terdekat, kata penganalisis

Bajet 2011 bukan ‘bajet pilihan raya’ tapi PRU-13 waktu terdekat, kata penganalisis

October 16, 2010
Najib dan Muhyiddin (kanan) digambarkan di lobi Parlimen selepas pembentangan Bajet 2011 semalam. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 16 Okt — Walaupun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai “bajet pilihan raya”, namun penganalisis dan pemerhati politik berpendapat sebaliknya.

Bagaimanapun penganalisis dan pemerhati juga tidak menolak Barisan Nasional (BN) akan memanggil pilihan raya umum tergempar dalam waktu terdekat.

Semalam selepas pembentangan bajet pemimpin PR mendakwa pelbagai insentif yang diumumkan termasuk tidak menaikkan kadar tol di empat lebuh raya kendalian PLUS, bagi tempoh lima tahun, pemberian bantuan kewangan khas kepada penjawat awam serta beberapa insentif lain.

Penganalisis politik Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, secara keseluruhan bajet yang dibentangkan semalam lebih memfokus kepada keperluan rakyat.

“Dari segi umumnya kita boleh anggap ia adalah bajet rakyat kerana banyak elemen yang dibentangkan Perdana Menteri memberi suntikan kepada kesejahteraan rakyat.

“Ini jelas menunjukkan Bajet 2011 yang dibentangkan ini memberikan fokus kepada rakyat. Kita boleh menggambarkan bajet ini menjadikan konsep 1 Malaysia sebagai falsafah induk.

“Sebagai rakyat saya berpuas hati kerana saya melihat ia bergerak ke arah memajukan negara,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Mengenai dakwaan pembangkang kononnya bajet yang dibentangkan Najib adalah bajet pilihan raya, Samsul bagaimanapun berpendapat sebaliknya.

“Ada yang melihat pembentangan bajet ini adalah bajet pilihan raya dan saya berpendapat apa yang dibentangkan menunjukkan ada kebenarannya.

“Namun saya berpendapat pilihan raya umum tidak akan diadakan dalam masa terdekat atau awal tahun depan.

“Kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan selepas pembentangan Bajet 2012, jadi pada pandangan saya ia tidak akan berlaku pada dalam masa terdekat,” kata beliau.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata tidak ada perbezaan antara Bajet 2011 yang dibentangkan semalam dengan bajet-bajet sebelum ini.

“Saya melihat tiap-tiap tahun semuanya adalah bajet rakyat, cuma tukar nama. Cuma dalam pembentangan bajet hari ini (semalam), saya perhatikan ada bahagian atau peruntukan yang dipotong dan ada yang bertambah, malah ada elemen yang bagus.

“Secara keseluruhannya saya melihat pembentangan ini ada kebaikan dan kekurangannya.

“Tapi secara peribadi saya lihat ia umpama sama sahaja dengan pembentangan bajet sebelum ini,” katanya.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pemimpin PR yang mendakwa bajet tersebut adalah bajet pilihan raya kerana berpendapat kerajaan tidak memberikan imbuhan lebih kepada rakyat.

“Mengenai bajet pilihan raya saya ada dengar pihak-pihak tertentu terutamanya daripada pembangkang mengatakan perkara itu tapi bila diperhatikan semula tidak juga kerana ada peruntukan yang tidak begitu memberangsangkan.

“Kalau ia bajet pilihan raya kerajaan akan lebih bermurah hati kepada rakyat,” kata beliau.

Katanya, secara peribadi beliau rasa tidak mungkin pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat.

“Ia tidak menunjukkan ke arah itu, mungkin sempat lagi satu pembentangan bajet baru pilihan raya umum,” katanya.

Namun bagi pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa Prof A. Aziz Bari, bajet yang dibentangkan itu adalah semata-mata mahu meraih semula sokongan rakyat terhadap pentadbiran Najib.

“Sebab itu Bajet 2011 ini penuh dengan gula-gula untuk menawan hati golongan tertentu yang mudah dimakan oleh belaian sementara itu.

“Ini tidak penting dalam merangsang dan memacu ekonomi. Dan, yang mendukacitakan kos untuk itu semua ditanggung oleh pembayar cukai.

“Bajet pilihan raya atau bajet rakyat sama sahaja, Barisan Nasional (BN) perlu buat rakyat terlena dan suka hati walaupun kenyataannya belum tentu begitu,” katanya.

Beliau yang ternyata kecewa dengan pembentangan Bajet 2011 berkata, PR terpaksa melalui satu lagi “proses pembersihan” sekiranya berjaya memerintah negara.

“Itu semua adalah kesan budaya politik BN yang akan terpaksa diwarisi oleh kerajaan baru (sekiranya Pakatan Rakyat berjaya berbuat demikian). PR kalau menang terpaksa melakukan pembersihan (seperti mengecilkan Kabinet; kepada sekitar 20 menteri sahaja).

“Pada saya oleh kerana pilihan raya tidak boleh dielakkan, maka BN terpaksa mencari jalan untuk menyenangkan hati rakyat dan seperti biasa mereka buat gimik yang mudah difahami; contohnya RM500 untuk gred 54 ke bawah.

“Di universiti, contohnya, kakitangan dari profesor madya ke bawah dapatlah duit itu. Kita harap rakyat tak termakan dengan gimik murah ini kerana wang ini bukan datang dari langit. Ini wang pembayar cukai sendiri,” katanya.

Aziz juga berkata walaupun pembentangan bajet itu tidak dilihat menjurus kepada bajet pilihan raya, namun kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat berdasarkan perubahan politik yang berlaku.

“Saya kata pilihan raya tak boleh dielakkan sebab di sisi perlembagaan apabila Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) genap lima tahun ia akan bubar sendiri.

“Meskipun Dewan Rakyat boleh bertahan sehingga 2013 tapi DUN Sarawak genap lima tahun pada 2011 dan pilihan raya umum perlu diadakan kerana berdasarkan senario politik sekarang mengadakan pilihan raya berasingan mempunyai risiko besar kepada BN,” katanya. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin juga menafikan Bajet 2011 sebagai bajet pilihan raya seperti mana dakwaan sesetengah pihak terutamanya parti pembangkang.

DENGAN DUIT TAK SEBERAPA,RAKYAT MALAYSIA AKAN MEMBELI SAKAN

Oleh: wrlr
ilutrasi:Malaysiakini


Bajet semalam bukan sahaja memberikan peluang untuk rakyat membeli belah , malah menukar gaya hidup bilaman kerajaan menurunkan cukai talifon bimbit dan juga barangan import .Ini menjadikan golongan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda sebagaimana kerajaan mahu menarik golongan muda untuk menyokong mereka.

Barangan yang dibeli nanti bukan sahaja mampu menaikkan gaya hidup , malahan ianya akan menjadikan golongan mampu beli ini mendapat apa yang dihajati kerana harganya murah-murah belaka.

Oleh yang demikian harga tersebut, termasuk pewarna rambut,bag tangan,kasut tumit tingi, baju dalam dan seluar dalam akan menjadi barangan pilihan utuama rakyat Malaysia berbanding barangan dapur yang semakin melonjak naik termasuk harga petai,belacan,gula,kicap.sabun mandi,syampoo serta barangan pengguna lainnya.


Malah dalam beberapa komen yang sudah tentunya golongan remaja, dalam utusan Malaysia..mengambarkan betapa kerajaan begitu prihatin dengan keperluan wanita,remaja, dan juga golongan muda dimana kasut,pewarna rambut,bag tangan,baju baik luar dan dalam , minyak wangi berbanding minyak masak , walaupun Malaysia pengeluar minyak masak, yang dilihat bahawa ianya adalah sebagai satu modal tambahan bagi menarik golongan muda menyokong kerajaan.


Beberapa pakar ekonomi juga menyatakan bahawa Najib membentangkan belanjawan selamat menjelang pilihanraya , malahan ianya juga dikatakan memberikan sebanyak 111 juta kepada projek isteri beliau dan dengan itu melupakan keperluan asas yang sepatutnya dionikmati oleh rakyat Malaysia.


Untuk menghadapi cabaran ekonomi semasa, negara memelukan pelaburan luar yang susutsusut 81 peratus iaitu RM4.43 bilion pada 2009 berbanding RM23.47 bilion yang diterima pada 2008.


Malahan, cukai perkhidmatan sebanyak 6 % berbanding 5 % sebelum ini dilihat dengan mata kasar bahawa kerajaan tidak menghiraukan tekanan yang di hadapi rakyat keseluruhanya.Negara jiran tetanga dilihat berjaya mengatasi Malaysia seperti Indonesia,Singapura,Thailand malahan Vietnam yang berjaya keluar dari kemelut kemerosotan ekonomi.

Dengan tidak adanya inisiatif membenteras rasuah, mengurangkan harga petrol,mengurangkan cukai pengguna dan barangan domesatik terutamanya keperluan asas rakyat, maka tahap ekonomi berpendapatan tinggi sebenarnya hanya impian kosong kerajaan Bn melihat rakyat hidup dengan lebih selesa.

Keutamaan membina banggunan pencakar langit dilihat sebagai satu pelaburan yang tidak menguntungkan, malahan jika ianya di jadikan sebagai asas kepada pengurangan cukai dan juga usaha menarik pelabur dilihat sebagai usaha kerajaan meringankan beban rakyat.Tiada sebarang subsidi atau inisiatif untuk mengurangkan barangan penguna, mlahan ianya dilihat sebagai usaha mengaut "keuntungan yang belum terlaksana" di bawah budget 2011 selain untuk menarik pengundi semata-mata.

Projek mega yang disebut oleh Najib dalam pembentangan bajet 2011, ialah projek pembangunan Warisan Merdeka di kawasan Stadium Merdeka dan Stadium Negara membabitkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, transit beraliran berkapasiti tinggi (MRT) bernilai RM40 bilion dan juga projek Perkongsian Awam Swasta (PPP) bernilai RM12.5 bilion di mana kerajaan akan menyediakan dana fasiliti berjumlah RM1 bilion. Apabila di tanya beliau dengan senanbg hati menjawab "seba kita mampu lakukan, maka kita lakukan"

Apabila rintihan rakyat mengenai harga barangan yang meningkat di kemukakan, alasannya"kita akan pantau harga barangan agar tidak melonjak" Inilah jawapan sebenarnya apabila harga kicap mula naik di pasaran....Mungkin Najib tak makan kicap...