Majlis Apresiasi SERVE Hargai Jasa Sukarelawan Selangor


Satu Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (Serve) diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor pada Ahad. Majlis dianjurkan Pejabat Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman dan turut hadir adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


MAJLIS PENGHARGAAN BUAT SUKARELAWAN SERVE






Saya terharu dengan semangat anak-anak muda yang bertungkus-lumus membantu warga yang terkesan semasa musibah banjir akhir tahun lalu meski tidak dijanjikan apa-apa imbuhan atau laba. 


Inisiatif Sukarelawan Selangor (Serve) ini mesti terus dipergiat dan diperluaskan yang kini di bawah kemudi Exco Belia Negeri Selangor YB Khairuddin Othman. 


Usaha ini bagus terutamanya dalam mendedah dan menarik minat generasi muda kepada pelbagai aktiviti dan khidmat kemanusiaan. 


Sekalung penghargaan kepada para penganjur Majlis Sukan Negeri Selangor, Pejabat Exco Belia dan Anwar Ibrahim Club. 


Terima kasih juga kepada barisan seniman jemputan Jo Branko dan Gerhana Skacinta yang turut hadir memeriahkan majlis dengan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga. Kalian rock!


Anwar Ibrahim


JANGAN POLITIKKAN ISU RASUAH.

 



1. Saya merujuk kenyataan Tun Mahathir pada 4 Feb 2022. Beliau menyatakan  keputusan Parti Pejuang sertai PRN Johor untuk pastikan kelompok perasuah tidak dapat kuasa. 


2. Saya dipenjarakan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) semasa Tun Mahathir berkuasa sebagai PM ke 4. Saya dipenjarakan kerana membongkar dokumen rasuah menteri-menteri di bawah PM 4.


3. Mahathir yang mempunyai kuasa pada masa itu melindungi perasuah. Dan memenjarakan orang yang melawan rasuah. Itu fakta jelas. 


4. Rasuah isu negara. Rasuah masalah paling besar negara ini. Bukan hari ini sahaja, malah ia bermula dari zaman Mahathir berkuasa. 


5. Makanya, berjuang melawan rasuah mesti jujur dan ikhlas. Bukan jadikan rasuah modal hanya bila tak ada kuasa. Semasa berkuasa kamu lindungi perasuah. Jangan bila lawan politik kamu buat - itu rasuah. Bila kroni, keluarga kamu buat - itu bukan rasuah.


6. Cukuplah Tun!!!. Jangan mulakan putar alam kamu semula di Johor pula. Atau kami akan tempur pentaksub totok kroni-kroni kamu di PRN Johor habis-habisan nanti. 


MOHAMAD EZAM MOHD NOR

( Tahanan OSA 2001-2003) 


6 Feb 2022, 4 Rejab 1433H



 



JAMZURI ARDANI

Bagi saya islamik atau tidak sesuatu urusan perbankan itu bukan hanya dalam isu-isu teknikal berkaitan aqad, kaedah kiraan untung, atau seumpamanya.

Tetapi nilai paling utama menentukan islamik atau tidaknya urusan perbankan itu ialah itqan. Tidak menipu, tidak ada manipulasi, tidak bersembunyi disebalik 'fine print', bertimbangrasa, dan adil kepada semua pihak.
Antara bentuk manipulasi pinjaman yang saya tak setuju ialah pada awal bayaran pinjaman, bank akan mengambil bayaran untung mereka dahulu. Contohnya, kalau kita bayar RM1000 sebulan, RM600 adalah untuk bayaran untung bank dan bakinya RM400 adalah untuk bayaran pokok pinjaman.
Sekiranya kita terdesak untuk menjual rumah tersebut selepas 10 tahun membayar pinjaman, kita akan dapati baki pokok pinjaman tersebut masih tinggi kerana apa yang kita telah bayar secara bulanan sebelum ini kebanyakan adalah diambil untuk bayaran untung bank. Hanya sebahagian kecik sahaja untuk bayaran pokok pinjaman. Bila bank sudah ambil untung dia, barulah bayaran kita dikira sebagai bayaran pokok pinjaman. Saya fikir ini tidak adil kepada pelanggan walaupun ianya dibuat secara islamik dari sudut teknikalnya.

DSAI : MENYAMPAIKAN SALAM KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN BUAT PRESIDEN TURKI




Sending my prayers and hopes for a quick recovery to Recep Tayyip Erdoğan for a speedy recovery for him and his wife, Emine, who yesterday tested positive for the Omicron variant of #Covid-19.

#Alhamdulillah, their side effects are minor, but I hope they focus on rest and recovery as I know they will still continue doing their work from home regardless! I also wish all my brothers and sisters in Turkey to take care and be vigilant of the virus during this recent spike period.
ANWAR IBRAHIM

SEMUA ANGKARA PENYAMUN YANG MENYAMUN DAN KHIANAT HAK RAKYAT

 

HAMDAN TAHA


Negara kita sebenarnya hutang tinggi dan kewangan tidak kukuh,pendapatan negara berkurangan

Dengan keadaan negara yang tidak stabil segala galanya kita rakyat biasa ni agak bimbang apakah negara boleh bertahan jika covid masih kekal sebegini sehingga 3 tahun lagi
Vaksin negara kita antara yang teramai ikut kata KKM berbanding negara lain di dunia,vaksin ke 3 pun sudah melepasi 52 peratus,tetapi kes naik mendadak terlalu tinggi dalam dua hari ini,malah Menteri menjangkakan besok akan menjadi lebih tinggi
Masalahnya Ketua Pengarah KKM masih orang yang sama iaitu orang GaGal bagi saya lah kenapa kerajaan tidak bertindak merehatkan beliau dan serahkan pada orang lain pula
Menteri KKM pun saya tidak nampak satu pun tanda aras yang dia berjaya kecuali menipu rakyat
Kita sekarang dalam keadaan bahaya sebenarnya

MEMBALAK BERSAMA SIAPA NTAH- NI NEGERI MANA NIH ???


Sapu bersih doh...2 bulan lepas masuk sini masih hijau lagi..nie dh jadi padang pasir doh..x luas mano po...404 ha. Jah...
#selamatkan hutan kami..









Nilai hasil hutang di Kelantan lebih besar dari royalti?


ULASAN


Satu pemandangan kawasan
pembalakan di hutan Kelantan.

SERONOK dan melegakan hati rakyat Kelantan apabila membaca laporan Bernama bertarikh 28 Februari 2022 yang berbunyi "Hutan Simpn kekal Kelantan lebih luas daripada hutan pengeluaran"

 

Laporan itu merupakan kenyataan Timbalan Menteri Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah, yang menekankan juga HSK Kelantan makin bertambah dalam tempoh lima tahun (2017 -2021) menjadikan keluasan HKS melebihi keluasan hutan pengeluran.Beliau memperincikan setakat tahun lepas, keluasan HSK Kelantan ialah 629,880.95 hektar berbanding 613,275.43 hektar pada tahun 2017.

Menurut Mohd Amar kerajaan Kelantan prihatin, mengawasi HSK Kelantan, penghasilan hutan atau pembalakan hanya dibenarkan di hutan pengeluran manakala hutan perlindungan tidak dibenarkan sebarang aktiviti. Benarkah?

"Malahan keluasan HSK pada 2021 iaitu 629,880.95 melebihi keluasan hutan pengeluaran pada tahun yang sama iaitu 468,63 hektar," tegasnya seperti dilaporkan. 

 

Kenyataan dan penjelasan Mohd Amar itu boleh sirnakan kegusaran rakyat Kelantan khususnya yang berada di luar serta para pencinta alam di negeri itu berhubung nasib dan masa depan hutan simpan di Kelantan khasnya dan alam sekitar di negeri berkenaan yang cemas mengenai masa depan hutan Kelantan dibongkar secara berleluasa seperti membelakangkan peraturan alami. 

 

Peraturannya memang seperti disebut Mohd Amar itu,  tetapi hakikatnya apakah peraturan itu sentiasa dipatuhi? Ini menjadikan kenyataan Mohd Amar itu boleh dipertikaikan memandang kenyatan-kenyataannya sebelum ini bersifat simplistik, main-main dan tidak professional. 

 

Melihat saking luasnya HSK diterokai mungkin nilai atau jumlah perolehinya dalam tempoh lima tahun melebihi jumlah royalti petroleum RM400 juta?

 

Difahami Mohd Amar membuat penjelasan itu sebagai menafikan tuduhan sesetengah pihak seolah-olah Kelantan menebang balak tanpa sebarang pengawasan namun sebenarnya setiap aktiviti pembalakan menurutnya dilakukan berdasarkan kuota Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

Tekan beliau lagi CTT negeri Kelantan bagi rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) 2016-2020 iaitu 27,085 hektar, namun digunakan hanya separuh iaitu 13,054 hektar.

Manakala dalam tempoh lima tahun pembalakan yang dilakukan kurang berbanding kuota yang diberikan. Sebagai contoh katanya hanya 1,277 hektar digunakan berbanding 3,900 hektar kuota yang diluluskan pada 2021.

 

"Bagi tempoh 2017 hingga 2020, kuota pembalakan CTT yang dibenarkan ialah 5,417 hektar setiap tahun. Namun hanya 3,100 hektar digunakan pada 2017, 2018 (3,147 hektar), 1,858 hektar (2019) dan 2,324.82 hektar (2020)," katanya. Kenyataan itu cuba memberi gambaran kerajaan Kelantan menguruskan kawasan hutan dan balak dengan sangat berhemah. 

 

Bagaimana pun realtinya kontas apabila berbagai pihak bangkit mempertikai, merungut dan mempersoalkan penuh kesal dengan cara pembongkaran hutan dan penebangan balak yang tidak menurut peraturan. Kesan daripada kerakusan itu menyebabkan timbul pelbagai masalah alam sekitar yang menganggu hidupan termasuk rakyat. Hakikat ini sudah berada di hadapan mata. 

 

Pendedahan SAM dan Kawan.

 

Misalnya dalam satu laporan pendedahan hasil tinjauan dan penyelidikan dilakukan oleh dua Ngo alam sekitar, Sahabat Alam Malaysia (Sam) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) pada 15 Januari lalu mendapati beberapa kawasan terjejas teruk ekoran pelaksanakan projek latang hutan (monokular) berskala besar di kawasan HSK.

 

Akibat dari itu menyebabkan berlaku pencemaran membabitkan beberapa buah kampung dalam jajahan Kuala Krai seperti, Kampung Chenulang, Pertang, Dusun Bunut, Sungai Som dan lain-lain. Ia juga menyebabkan kebersihan dan kejernihan beberapa batang sungai di kampung berkenaan ternoda dan mengalami pencemaran. Bukan itu sahaja lebih dahsyat lagi ia turut menodai ke kawasan tadahan air. Kejadian ini berlaku sejak tahun 2014 lagi. 

 

Berhubung keluasan HSK seperti disebut Mohd Amar yang melebihi keluasan hutan pengeluran itu, apakah Mohd Amar sedar bahawa terdapat berbagai projek pembangunan dalam kawasan HSK itu. Beribu hektar HSK itu juga dibangunkan dengan ladang Timber Latex Clon (TLC) atau klon getah susu. Sekiranya Mohd Amar jujur beliau perlu menyebut berapa ribuan hektar HKS terlibat dengan projek TLC itu.

 

Sudah tentu kawasan HKS yang dibangunkan dengan TLC itu, sudah tidak bersifat sebagai hutan kekal lagi, dan apakah angka terbaru mengenai HSK diberikan Mohd Amar itu mengambil kira sama ladang rakyat itu?

 

Mungkin di atas geran tanah kawasan itu berstatus sebagai HSK, tetapi pada hakikatnya kawasan itu sudah menjadi ladang getah yang mana kedudukan asalnya sudah berubah. Apakah apabila hakikatnya sudah berubah maka kawasan itu masih boleh disifatkan HSK?

 

Penjelasan dan kenyataan Mohd Amar itu boleh dipertikakan kesahihannya. Mungkin bagi rakyat yang cetek pengetahuan menerimanya begitu sahaja apa lagi kalau Mohd Amar bercakap dengan memulakan dengan membaca ayat-ayat Quran dan hadith boleh melenakan si pendengarnya. 

 

Jangan kerana ghairah hendak menjawab dan terpukau dengan laporan mendedahkan kerosakan alam sekitar, maka beliau sendiri mengeluarkan kenyataan yang boleh diragui dan kenyataan yang memperolok-olok orang ramai seperti menidakkan pak belang berkeliaran di kampung adalah disebabkan habiatnya terganggu. Apa yang penting, perlu menjelaskan kedudukan sebenarnya, bukan cuba mengelirukan. Berkata benarlah kerana itu sebaik-baik pengakuan.  

 

Dalam hal ini mana-mana pihak khasnya Ngo alam sekitar, aktivis serta individu di Kelantan yang prihati mengenai hal ini, yang sayangkan bumi Kelantan Darul Naim boleh mengemukakan bukti untuk menyanggah kenyataan Mohd Amar itu. Mereka (Ngo dan individu) mungkin lebih memahami keadaan HSK di Kelantan yang berlaku kini berbanding dengan Mohd Amar kerana mereka masuk dan meneroka serta melihat apa yang berlaku dengan mata lendir sendiri.  

 

Maklumat yang diperolehi boleh dikumpulkan didiserahkan kepada Mohd Amar atau Menteri Besar Ahmad Yakob. Lanjutan daripada itu mungkin satu memorandum boleh dipersiapan untuk diserahkan kepada pihak Kerajaan negeri. 

 

Adalah elok juga isu ini turut diperkatakan dan disentuh oleh Husam Musa selaku bekas Exco kanan kerajaan Kelantan dalam forumnya yang bakal diadakan sehari dua lagi yang mana mauduknya berkisar perihal pentadbiran dan pengurusan Kelantan. 

 

Husam yang terkenal sebagai seorang politician ilmuan, yang berhujah bersandarkan fakta dan bukan hearsay, bentangkan apa-apa maklumat berhubung dengan kedudukan atau masalah HSK di Kelantan hari ini serta merungkai semula apakah perancangannya semasa memegang jawatan dahulu. 

 

Beliau jangan sahaja tahu mengkritik tetapi juga perlu memberi idea, saranan  dan nasihat bagaimana untuk menjaga kelestarian alam sesuai dengan pengalamannya yang selari dengan kerajaan Kelantan yang membangun bersama Islam. Mungkin diseabkan kerana terlalu lama berkuasa menyebabkan intipati dan maksud membangun bersama Islam itu sudah dilupai diganti dengan slogan bergaya dengan Mercedes[wm.kl.10:43 am 04/02/2021]

 

ZAHID HAMIDI PERKECILKAN BAHASA AL QURAN

 

NORMAN RADZUAN


Maka turunlah DALIL

ZAHID HAMIDI PERKECILKAN BAHASA AL QURAN
YA KAMI SETUJU !!! Takbir!!!!! 'Kami dengar kami patuh' apa yang dikatakan oleh Tuan Guru Yang Amat Mulia Tan Sri Datuk Seri Abdul Hadi Awang kata itu benar belaka sesunguhnya UMNO itu umpama itik yang patah kaki.

Ya Zahid Hamidi tak faham agama dan bila dia mengatakan Tuan Guru ahli zoologi bermakna Presiden UMNO itu umpama memperkecilkan bahasa Al Quran. Teruk Zahid Hamidi patut UMNO tu mcm itu, korang apa tahu🤭... Hampir 2 malam umpama 2 purnama hamba menunggu dalilnya Tuan Takiri.



BIASA LAH...TENGAH TAK ADA JAWATAN...KALAU DIAM..PAKAI NAMA SENGAP GITU LAH...JADI NAK BAGI NAMPAK ADA AURA...KELUARLAH FATWA ATAU DALIL MANA YANG BOLEH....KAH..KAH...KAH...MASA KAU ADA JAWATAN SATU HAPA PUN KAU TAK BUAT-MUNAFIK.





'Bawa senarai dulu, kemudian kita bincang'

 

MOHD AZLIM ZAINURY | | 06 Februari 2022


Anwar ditemui pada Majlis Apresiasi Serve di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor di sini pada Ahad.



SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) perlu mengemukakan terlebih dahulu senarai 10 kerusi mahu ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kepada Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaik menerima senarai berkenaan pihaknya akan mengadakan perbincangan termasuk bersama semua rakan komponen gabungan.

“Tak apa biar mereka (Muda) bawa senarai dulu kepada kita (PH), kemudian baru kita bincang,” kata Anwar mengulas hasrat Muda yang dikatakan menyasarkan untuk bertanding 10 kerusi pada PRN Johor.

Beliau ditemui pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (Serve) 2022 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini pada Ahad.

Hadir sama, Exco Pembangunan Generasi Belia, Sukan dan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

PH sebelum ini memaklumkan gabungan itu akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Majlis Presiden PH berkata, gabungan itu yang terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP turut bersetuju berunding dengan Muda berhubung pembahagian kerusi.

Pada 4 Feb lalu Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perbincangan dan rundingan antara partinya dengan PH berhubung kerjasama PRN Johor berjalan lancar.


Disyorkan artikel ini:

Peningkatan kes Covid-19 tidak halang PRN Johor diteruskan: Ad

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/186553/Pilihan-Raya/PRN-Johor/Bawa-senarai-dulu-kemudian-kita-bincang

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Kerajaan Selangor jual ayam RM8 sekilo



Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan menjual ayam segar pada harga RM8 sekilogram di premis jualan di bawah seliaan PKPS bermula 7 Februari 2022.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, inisiatif itu adalah bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat akses secukupnya kepada ayam segar berkualiti dan pada harga berpatutan.


"Bagi membantu mengurangkan beban kenaikan harga barang makanan, Kerajaan Negeri menerusi PKPS telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta untuk menjalankan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan.


"Ini sebagai sebahagian usaha Kerajaan Negeri memastikan harga barang makanan segar di Selangor terkawal sehingga musim perayaan nanti.


"Program ini akan meliputi kos subsidi, pengurangan sewa dan bantuan logistik kepada rantaian bekalan yang strategik untuk mengawal harga barang makanan khususnya produk segar," katanya.


Menurut MB lagi, sebanyak 50,000 ekor ayam standard akan diperuntukkan bagi kempen harga jualan itu untuk tempoh dua minggu bermula Isnin ini.


"Ayam Standard Ehsan PKPS boleh didapati pada harga tersebut di dua premis jualan utama iaitu di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dan Outlet PKPS, Seksyen 14, Shah Alam. Pembelian terhad kepada 2 ekor setiap pembeli.


"Semoga ikhtiar ini memberi manfaat kepada rakyat di Negeri Selangor di saat kenaikan harga barang yang membebankan rakyat," katanya.


Turun harga ayam 20 sen tidak bantu kekalkan bekalan di pasaran - Chang Lih Kang



Tindakan kerajaan BN mengawal harga dengan menurunkan harga ayam segar 20 sen sekilogram kepada RM8.90 sekilo tidak akan membantu memastikan bekalan mencukupi.



Menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, kerajaan seharusnya memberi subsidi kepada pengusaha penternakan ayam untuk meningkatkan pengeluaran dan seterusnya harga akan dapat dikawal dengan lambakan bekalan.



"Kerajaan perlu membantu penternak ayam sebab memang harga makanan ayam naik mendadak. Kalau kerajaan betul-betul nak kawal harga ayam mereka perlu beri subsidi kerana dengan itu kos penternak turun dan dapat mengawal bekalan ayam.



"Dengan penurunan harga jual 20 sen tidak membantu kerana kos yang ditanggung penternak kekal tinggi. Kalau mereka sebagai kerajaan yang bertanggungjawab mereka perlu adil kepada penternak dan juga pengguna," katanya ketika dihubungi.



Semalam, mantan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin mencadangkan agar kerajaan menyediakan subsidi RM500 per metrik tan kepada penternak ayam bagi mengawal harga.



Tindakan itu, katanya boleh memastikan harga dan bekalan ayam stabil dalam jangka panjang tanpa perlu mengimport.



Dalam hal pengimpotan ayam Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang juga tidak menyetujui langkah kerajaan.



Mengenai komen netizen di media sosial yang mendakwa permit import (AP) diberi kepada kroni tertentu dan mengenakan harga RM8,366 setan ayam, sedangkan boleh diperolehi pada harga RM5,435 setan, Lih Kang berkata, hal itu akan menjadi masalah jika ia benar benar berlaku.



"Kita dah boleh agak kerajaan akan beri kepada mereka yang ada hubungan. Ini tidak membantu harga ayam menjadi makin murah



"Saya rasa jika dakwaan itu benar maka ia tidak memberi kesan yang positif terhadap harga ayam," katanya lagi.

 

ALAAA...SIKIT JA BAI- DARI DOK KATA MENATANG BAGAI KE ORANG- TAKAT ZOOLOGIST APA LA SANGAT

 



Dah bersuara dah Abang Long Fadhil. Huhu...

Alah relax la. Baru kena Sean tukar kerjaya jadi zoologist je. Apa la sangat. Kalau bandingkan Hadi pernah sebut babi salak bukit, nyamuk, itik dan paling teruk, kafir. Sikit je ni.
Lain kali, jangan buat orang kalau tak mahu orang buat kita. Rentikan la guna lantik haiwan tu. Jijik pulak mendengarnya. Bercakap je macam manusia normal. Bukan tak boleh.

PAKAT LARI MAI DOK PENANG TAK MAU BALIK....

 

ZAINUDIN MAIDEN



HIDUP MELAYU ISLE UMNOPAS🤑






POOODAHHH- DAH BERGADUH DENGAN UMNO BARU NAK BERSUARA....

 

Setelah lama berdiam diri, akhirnya Timbalan Menteri Pas bagi amaran jangan ‘bermain’ dengan harga ayam, telur 


Setelah lama berdiam diri, akhirnya Timbalan Menteri Pas bagi amaran jangan ‘bermain’ dengan harga ayam, telur 


Pemain industri makanan asasi terutamanya ayam dan telur diminta untuk tidak ‘bermain’ dengan harga bagi memastikan orang ramai mendapat manfaat yang sewajarnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan sudah mempunyai perancangan jangka masa panjang dan pendek dalam mengatasi isu ketidakstabilan harga ayam dan telur di pasaran.

“Kerajaan akan menyelesaikan masalah tersebut cuma ia melibatkan jangka masa yang agak panjang seperti penternakan ayam yang dikendalikan kerajaan sendiri dan jangka masa pendek pula kita akan meluluskan lesen yang membolehkan individu tertentu import ayam dari luar. Kita harap langkah ini akan bantu kestabilan harga berkenaan.

“Namun pesan saya, kepada pemain industri dalam negara jangan mencampurkan perjalanan ayam ini menyebabkan harga ayam terumbang ambing.

Perkara ini saya dengar dari banyak pihak, jangan sampai tahap kerajaan ambil satu tindakan sehingga mereka berdepan kerugian dan sebagainya,”katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Nik Muhammad Zawawi sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Jersi, Pengenalan Pemain dan Penaja Tok Janggut Warrior Fan Club (TJWFC) di Jeram Mengaji Agro Resort, di sini. Turut hadir, Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Beliau diminta mengulas mengenai harga ayam dan telur di pasaran kini yang dilihat tidak stabil terutamanya di musim perayaan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai persiapan musim kemarau melibatkan petani yang menanam padi, Nik Muhammad Zawawi berkata, kerajaan sudah pun mempunyai perancangan khusus untuk membantu mereka yang berdepan kerugian dan sebagainya.

“Kita di kementerian sudah buat beberapa andaian, kalau banjir, andaian banjir, kalau kemarau, ada andaian kemarau.

Perancangan itu ada namun kita serahkan semuanya pada ALLAH.

“Saya berharap petani memahami perkara ini, kerajaan akan membantu rakyat sebaik mungkin.

Kita akan ada pampasan dan sebagainya, cuma mungkin tidak 100 peratus ganti, namun ada pembelaan dari pihak kerajaan,”katanya.