APA YANG KITA MAHU DARIPADA PRN JOHOR?


Mahu mandat rakyat Johor dikembalikan sebagaimana PRU14 dulu?

Mahu mandat rakyat sentiasa dihormati?

Mahu UMNO tidak terus dengan lagak angkuh, sombong dan tamak kuasa?

Mahu PRN Johor adalah pilihanraya terakhir yang sengaja dipaksa dan membuatkan rakyat susah kerananya?

Mahu pimpinan UMNO tidak terus memaksa PRN di negeri-negeri lain selepas ini tanpa mengambil kira wabak Covid19 yang belum reda dan rakyat yang belum pulih kesan bencana banjir yang baru melanda?

Mahu pilihanraya di negeri-negeri lain selepas ini diadakan serentak dengan PRU15?

Mahu pimpinan UMNO sentiasa insaf diri dan tidak berasa bangga diri?

Mahu pimpinan UMNO kekal bersikap rendah diri dan kenal rumput di bumi seperti dalam keadaan mereka tiada kuasa selepas kalah PRU14 dulu?

Mahu pimpinan UMNO tidak begitu celupar, berlagak sehingga sanggup melabel orang lain seperti zoologist dan sebagainya?

Mahu pimpinan UMNO yang ada kes mahkamah sepatutnya menyelesaikan masalah mereka terlebih dahulu serta tidak bertindak seolah-olah memperalatkan parti?

Mahu persahabatan UMNO dan Pas kembali bertaut seperti sebelum ini?

Mahu penyatuan ummah kekal sebagai agenda utama orang Melayu?

Mahu Ismail Sabri diberi lebih masa dan lebih lama menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri?

Mahu Ismail Sabri tidak dalam tekanan atau gangguan oleh partinya sendiri?

Mahu Perdana Menteri tidak terus dipaksa membubarkan Parlimen sebelum penggalnya matang?

Mahu PRU15 terus dilewatkan atau setidak-tidaknya sehingga tahun 2023?

Jawapan kepada semua keinginan di atas hanya ada satu – JANGAN BIARKAN BN MENANG DALAM PRN JOHOR INI!!


SHAHBUDIN  HUSIN 6/1/2022