'Bawa senarai dulu, kemudian kita bincang'

 

MOHD AZLIM ZAINURY | | 06 Februari 2022


Anwar ditemui pada Majlis Apresiasi Serve di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor di sini pada Ahad.



SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) perlu mengemukakan terlebih dahulu senarai 10 kerusi mahu ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kepada Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaik menerima senarai berkenaan pihaknya akan mengadakan perbincangan termasuk bersama semua rakan komponen gabungan.

“Tak apa biar mereka (Muda) bawa senarai dulu kepada kita (PH), kemudian baru kita bincang,” kata Anwar mengulas hasrat Muda yang dikatakan menyasarkan untuk bertanding 10 kerusi pada PRN Johor.

Beliau ditemui pada Majlis Apresiasi Sukarelawan Selangor (Serve) 2022 di Dewan Jubli Perak, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini pada Ahad.

Hadir sama, Exco Pembangunan Generasi Belia, Sukan dan Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman.

PH sebelum ini memaklumkan gabungan itu akan bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Majlis Presiden PH berkata, gabungan itu yang terdiri daripada PKR, Amanah dan DAP turut bersetuju berunding dengan Muda berhubung pembahagian kerusi.

Pada 4 Feb lalu Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata perbincangan dan rundingan antara partinya dengan PH berhubung kerjasama PRN Johor berjalan lancar.


Disyorkan artikel ini:

Peningkatan kes Covid-19 tidak halang PRN Johor diteruskan: Ad

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/186553/Pilihan-Raya/PRN-Johor/Bawa-senarai-dulu-kemudian-kita-bincang

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

No comments: