MAJLIS PENGHARGAAN BUAT SUKARELAWAN SERVE






Saya terharu dengan semangat anak-anak muda yang bertungkus-lumus membantu warga yang terkesan semasa musibah banjir akhir tahun lalu meski tidak dijanjikan apa-apa imbuhan atau laba. 


Inisiatif Sukarelawan Selangor (Serve) ini mesti terus dipergiat dan diperluaskan yang kini di bawah kemudi Exco Belia Negeri Selangor YB Khairuddin Othman. 


Usaha ini bagus terutamanya dalam mendedah dan menarik minat generasi muda kepada pelbagai aktiviti dan khidmat kemanusiaan. 


Sekalung penghargaan kepada para penganjur Majlis Sukan Negeri Selangor, Pejabat Exco Belia dan Anwar Ibrahim Club. 


Terima kasih juga kepada barisan seniman jemputan Jo Branko dan Gerhana Skacinta yang turut hadir memeriahkan majlis dengan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga. Kalian rock!


Anwar Ibrahim