Nilai hasil hutang di Kelantan lebih besar dari royalti?


ULASAN


Satu pemandangan kawasan
pembalakan di hutan Kelantan.

SERONOK dan melegakan hati rakyat Kelantan apabila membaca laporan Bernama bertarikh 28 Februari 2022 yang berbunyi "Hutan Simpn kekal Kelantan lebih luas daripada hutan pengeluaran"

 

Laporan itu merupakan kenyataan Timbalan Menteri Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah, yang menekankan juga HSK Kelantan makin bertambah dalam tempoh lima tahun (2017 -2021) menjadikan keluasan HKS melebihi keluasan hutan pengeluran.Beliau memperincikan setakat tahun lepas, keluasan HSK Kelantan ialah 629,880.95 hektar berbanding 613,275.43 hektar pada tahun 2017.

Menurut Mohd Amar kerajaan Kelantan prihatin, mengawasi HSK Kelantan, penghasilan hutan atau pembalakan hanya dibenarkan di hutan pengeluran manakala hutan perlindungan tidak dibenarkan sebarang aktiviti. Benarkah?

"Malahan keluasan HSK pada 2021 iaitu 629,880.95 melebihi keluasan hutan pengeluaran pada tahun yang sama iaitu 468,63 hektar," tegasnya seperti dilaporkan. 

 

Kenyataan dan penjelasan Mohd Amar itu boleh sirnakan kegusaran rakyat Kelantan khususnya yang berada di luar serta para pencinta alam di negeri itu berhubung nasib dan masa depan hutan simpan di Kelantan khasnya dan alam sekitar di negeri berkenaan yang cemas mengenai masa depan hutan Kelantan dibongkar secara berleluasa seperti membelakangkan peraturan alami. 

 

Peraturannya memang seperti disebut Mohd Amar itu,  tetapi hakikatnya apakah peraturan itu sentiasa dipatuhi? Ini menjadikan kenyataan Mohd Amar itu boleh dipertikaikan memandang kenyatan-kenyataannya sebelum ini bersifat simplistik, main-main dan tidak professional. 

 

Melihat saking luasnya HSK diterokai mungkin nilai atau jumlah perolehinya dalam tempoh lima tahun melebihi jumlah royalti petroleum RM400 juta?

 

Difahami Mohd Amar membuat penjelasan itu sebagai menafikan tuduhan sesetengah pihak seolah-olah Kelantan menebang balak tanpa sebarang pengawasan namun sebenarnya setiap aktiviti pembalakan menurutnya dilakukan berdasarkan kuota Catuan Tebangan Tahunan (CTT).

Tekan beliau lagi CTT negeri Kelantan bagi rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) 2016-2020 iaitu 27,085 hektar, namun digunakan hanya separuh iaitu 13,054 hektar.

Manakala dalam tempoh lima tahun pembalakan yang dilakukan kurang berbanding kuota yang diberikan. Sebagai contoh katanya hanya 1,277 hektar digunakan berbanding 3,900 hektar kuota yang diluluskan pada 2021.

 

"Bagi tempoh 2017 hingga 2020, kuota pembalakan CTT yang dibenarkan ialah 5,417 hektar setiap tahun. Namun hanya 3,100 hektar digunakan pada 2017, 2018 (3,147 hektar), 1,858 hektar (2019) dan 2,324.82 hektar (2020)," katanya. Kenyataan itu cuba memberi gambaran kerajaan Kelantan menguruskan kawasan hutan dan balak dengan sangat berhemah. 

 

Bagaimana pun realtinya kontas apabila berbagai pihak bangkit mempertikai, merungut dan mempersoalkan penuh kesal dengan cara pembongkaran hutan dan penebangan balak yang tidak menurut peraturan. Kesan daripada kerakusan itu menyebabkan timbul pelbagai masalah alam sekitar yang menganggu hidupan termasuk rakyat. Hakikat ini sudah berada di hadapan mata. 

 

Pendedahan SAM dan Kawan.

 

Misalnya dalam satu laporan pendedahan hasil tinjauan dan penyelidikan dilakukan oleh dua Ngo alam sekitar, Sahabat Alam Malaysia (Sam) dan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) pada 15 Januari lalu mendapati beberapa kawasan terjejas teruk ekoran pelaksanakan projek latang hutan (monokular) berskala besar di kawasan HSK.

 

Akibat dari itu menyebabkan berlaku pencemaran membabitkan beberapa buah kampung dalam jajahan Kuala Krai seperti, Kampung Chenulang, Pertang, Dusun Bunut, Sungai Som dan lain-lain. Ia juga menyebabkan kebersihan dan kejernihan beberapa batang sungai di kampung berkenaan ternoda dan mengalami pencemaran. Bukan itu sahaja lebih dahsyat lagi ia turut menodai ke kawasan tadahan air. Kejadian ini berlaku sejak tahun 2014 lagi. 

 

Berhubung keluasan HSK seperti disebut Mohd Amar yang melebihi keluasan hutan pengeluran itu, apakah Mohd Amar sedar bahawa terdapat berbagai projek pembangunan dalam kawasan HSK itu. Beribu hektar HSK itu juga dibangunkan dengan ladang Timber Latex Clon (TLC) atau klon getah susu. Sekiranya Mohd Amar jujur beliau perlu menyebut berapa ribuan hektar HKS terlibat dengan projek TLC itu.

 

Sudah tentu kawasan HKS yang dibangunkan dengan TLC itu, sudah tidak bersifat sebagai hutan kekal lagi, dan apakah angka terbaru mengenai HSK diberikan Mohd Amar itu mengambil kira sama ladang rakyat itu?

 

Mungkin di atas geran tanah kawasan itu berstatus sebagai HSK, tetapi pada hakikatnya kawasan itu sudah menjadi ladang getah yang mana kedudukan asalnya sudah berubah. Apakah apabila hakikatnya sudah berubah maka kawasan itu masih boleh disifatkan HSK?

 

Penjelasan dan kenyataan Mohd Amar itu boleh dipertikakan kesahihannya. Mungkin bagi rakyat yang cetek pengetahuan menerimanya begitu sahaja apa lagi kalau Mohd Amar bercakap dengan memulakan dengan membaca ayat-ayat Quran dan hadith boleh melenakan si pendengarnya. 

 

Jangan kerana ghairah hendak menjawab dan terpukau dengan laporan mendedahkan kerosakan alam sekitar, maka beliau sendiri mengeluarkan kenyataan yang boleh diragui dan kenyataan yang memperolok-olok orang ramai seperti menidakkan pak belang berkeliaran di kampung adalah disebabkan habiatnya terganggu. Apa yang penting, perlu menjelaskan kedudukan sebenarnya, bukan cuba mengelirukan. Berkata benarlah kerana itu sebaik-baik pengakuan.  

 

Dalam hal ini mana-mana pihak khasnya Ngo alam sekitar, aktivis serta individu di Kelantan yang prihati mengenai hal ini, yang sayangkan bumi Kelantan Darul Naim boleh mengemukakan bukti untuk menyanggah kenyataan Mohd Amar itu. Mereka (Ngo dan individu) mungkin lebih memahami keadaan HSK di Kelantan yang berlaku kini berbanding dengan Mohd Amar kerana mereka masuk dan meneroka serta melihat apa yang berlaku dengan mata lendir sendiri.  

 

Maklumat yang diperolehi boleh dikumpulkan didiserahkan kepada Mohd Amar atau Menteri Besar Ahmad Yakob. Lanjutan daripada itu mungkin satu memorandum boleh dipersiapan untuk diserahkan kepada pihak Kerajaan negeri. 

 

Adalah elok juga isu ini turut diperkatakan dan disentuh oleh Husam Musa selaku bekas Exco kanan kerajaan Kelantan dalam forumnya yang bakal diadakan sehari dua lagi yang mana mauduknya berkisar perihal pentadbiran dan pengurusan Kelantan. 

 

Husam yang terkenal sebagai seorang politician ilmuan, yang berhujah bersandarkan fakta dan bukan hearsay, bentangkan apa-apa maklumat berhubung dengan kedudukan atau masalah HSK di Kelantan hari ini serta merungkai semula apakah perancangannya semasa memegang jawatan dahulu. 

 

Beliau jangan sahaja tahu mengkritik tetapi juga perlu memberi idea, saranan  dan nasihat bagaimana untuk menjaga kelestarian alam sesuai dengan pengalamannya yang selari dengan kerajaan Kelantan yang membangun bersama Islam. Mungkin diseabkan kerana terlalu lama berkuasa menyebabkan intipati dan maksud membangun bersama Islam itu sudah dilupai diganti dengan slogan bergaya dengan Mercedes[wm.kl.10:43 am 04/02/2021]