JAMZURI ARDANI

Bagi saya islamik atau tidak sesuatu urusan perbankan itu bukan hanya dalam isu-isu teknikal berkaitan aqad, kaedah kiraan untung, atau seumpamanya.

Tetapi nilai paling utama menentukan islamik atau tidaknya urusan perbankan itu ialah itqan. Tidak menipu, tidak ada manipulasi, tidak bersembunyi disebalik 'fine print', bertimbangrasa, dan adil kepada semua pihak.
Antara bentuk manipulasi pinjaman yang saya tak setuju ialah pada awal bayaran pinjaman, bank akan mengambil bayaran untung mereka dahulu. Contohnya, kalau kita bayar RM1000 sebulan, RM600 adalah untuk bayaran untung bank dan bakinya RM400 adalah untuk bayaran pokok pinjaman.
Sekiranya kita terdesak untuk menjual rumah tersebut selepas 10 tahun membayar pinjaman, kita akan dapati baki pokok pinjaman tersebut masih tinggi kerana apa yang kita telah bayar secara bulanan sebelum ini kebanyakan adalah diambil untuk bayaran untung bank. Hanya sebahagian kecik sahaja untuk bayaran pokok pinjaman. Bila bank sudah ambil untung dia, barulah bayaran kita dikira sebagai bayaran pokok pinjaman. Saya fikir ini tidak adil kepada pelanggan walaupun ianya dibuat secara islamik dari sudut teknikalnya.