HAMDAN TAHA
Dunia hari ini sedang berdepan dengan berbagai krisis selain dari krisis virus 19
Kita juga tidak terkecuali sedang menghadapi berbagai ujian dari Allah yang maha esa
Kes covid nampaknya akan mendadak naik semula dan kesannya krisis dalam negara akan berpanjangan dan krisis terbaru ialah kenaikan barang makanan yang tidak dapat di halang termasuk oleh pihak kerajaan
Negara kita pulak bergantung hampir 100 peratus kepada import barang dari luar dari beras,ikan,daging dan sekarang ayam dan sayur sayuran termasuk cili
Bayangkan ikan bilis pun kita bergantung daripada import jika tempatan harganya melangit dan tidak di guna oleh peniaga perniaga kita
Cili padi dari thai dan vietnam dan harga juga sudah agak tinggi cili padi kampung dari thailand di pasar sudah mencecah 25 ringgit dan tempatan punya cili padi antara 30 ke 35
Tahap gaji rakyat kita masih di tahap yang sama,tapi barang telah naik begitu tinggi,pekerjaan pula sangat terbatas,maka penganguran juga meningkat
Keadaan politik pulak tidak stabil dan sentiasa ada pergolakan,menambah lagi krisis kepercayaan rakyat dan negara luar kepada kita,ini juga antara sebab besar kenaikan barang dan tidak ketentuan harga barang dan ekonomi
Kita juga berlaku ketirisan keterlampauan batas,rasuah terlalu tinggi dari pihak bawahan sampai atasan dan tidak dapat di bendung kerana sprm dan pimpinan kerajaan sendiri adalah pengamal rasuah macam mana nak mengawal rasuah
Agamawan kita juga bercelaru dengan masalah mereka berlaku perselisihan kelompok di kalangan mereka ke tahap mengujudkan perselisihan di mana mana di peringkat umat,belum lagi perpecahan fahaman politik keagamaan dan bangsa lagi,krisis perkauman juga sudah sampai tahap tertinggi semua ini sedang berlaku dalam negara kita
Rakyat pula sibuk dengan masalah diri sendiri sehingga memudahkan ahli politik menjual negara dan rakyat mereka
Sebenarnya kita sedang di uji begitu berat sekarang yang memerlukan kefahaman rakyat dan kesedaran rakyat yang tinggi
Kembali lah kita kepada Allah