PM Jepun Akhiri Lawatan Rasmi Ke Malaysia, Berlepas Ke Indonesia

Pesawat khas membawa Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba bersama isteri Yoshiko Ishiba berlepas ke Jakarta, Indonesia selepas menamatkan lawatan rasminya ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Foto Bernama
SEPANG, 10 Jan – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba berlepas ke Indonesia hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia.
Ishiba, yang diiringi isterinya Yoshiko, diberikan sambutan hamparan permaidani merah serta tabik hormat oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Kapten Muhammad Iskandar Dzulkarnaen Doa@Hasan di Kompleks Bunga Raya di sini.
Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, serta Duta Besar Jepun ke Malaysia, Shikata Noriyuki.

Terdahulu, Tengku Zafrul menyampaikan sebuah album khas yang mengandungi foto-foto lawatan Ishiba ke Malaysia.
Pesawat khas yang membawa Ishiba dan rombongannya berlepas dari Kompleks Bunga Raya di sini ke Jakarta, Indonesia pada jam 3.55 petang.
Terdahulu, Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik yang lebih menyeluruh.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ishiba, membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan Tsukuba University dari Jepun di Malaysia.

Inisiatif pendidikan ini adalah sebahagian daripada usaha lebih besar untuk mengukuhkan hubungan Malaysia-Jepun melalui kerjasama yang lebih erat dalam perdagangan, pelaburan, dan tenaga bersih.
Hubungan Malaysia dengan Jepun semakin kukuh, dengan peningkatan hubungan dua hala ke tahap Perkongsian Strategik Menyeluruh pada Disember 2023.
Jepun menjadi rakan ekonomi penting bagi Malaysia, dengan sejumlah 2,821 projek pembuatan yang membabitkan penyertaan Jepun dilaksanakan di Malaysia sehingga Jun 2024.
Projek berkenaan membabitkan pelaburan bernilai RM105.2 bilion (US$30.4 bilion), yang menyediakan peluang pekerjaan untuk kira-kira 344,996 orang.
Jepun juga adalah pelabur asing keempat terbesar dalam sektor pembuatan Malaysia dan rakan perdagangan keempat terbesar, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM156.75 billion (US$34.41 billion) pada 2023.
Jangan Tumpu Isu Remeh, Fahaman Sempit – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang di Bandar Sri Pinang, George Town bersama Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada Sabtu. Foto Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN, 11 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua rakyat supaya tidak memberi tumpuan kepada isu remeh seperti isu perkauman yang akan mengganggu usaha negara untuk muncul sebagai negara maju yang mempunyai hubungan baik dengan negara luar.
Perdana Menteri berkata, ini bukan masanya untuk rakyat menumpukan kepada fahaman sempit, soal kaum, soal daerah dan sebagainya kerana ia tidak akan membantu pembangunan negara.
“Usahlah berhempas pulas bergaduh, mempertahankan penyelewengan, pertahankan pemborosan, memainkan isu perkauman dan mempertahankan rasuah besar. Ini semua tidak akan membantu negara kita.

“Kita nak rakyat tumpu kepada hal yang besar, bukan (tumpu) soal video pelancongan yang tidak nampak gambar masjid sehingga menjadi pertarungan hebat. Video pelancongan Kelantan pun tak ada nampak masjid.
“Kalau ya pun, bagi cadangan, kita baiki. Tetapi inilah dia, dibawa hal-hal ini untuk meretakkan hubungan antara satu sama lain dan main sentimen kaum, kebencian satu sama lain,” katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan bekata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang di sini pada Sabtu.

Ulasan Anwar dipercayai merujuk penularan klip video montaj Tahun Melawat Malaysia 2026 menerima kritikan termasuk daripada pemimpin pembangkang yang menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menarik balik video berkenaan kerana didakwa cuai berikutan tiada elemen masjid dipaparkan sedangkan terdapat paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.
Video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Tourism Malaysia itu memaparkan beberapa destinasi tumpuan pelancong antaranya Jalan Petaling dan Pasar Seni di Kuala Lumpur, Gua Mulu (Sarawak), Skywalk Langkawi (Kedah), Batu Caves (Selangor) dan gereja lama di Melaka.
Dalam pada itu, Anwar berkata, negara perlu berada pada asas yang tinggi dalam menjaga hubungan dengan negara luar antaranya China, Amerika Syarikat dan Thailand.

“Sekiranya negara dapat mengekalkan kerjasama baik dengan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China dan Thailand, percayalah, Malaysia akan menempa sejarah dan diangkat sebagai negara hebat di rantau ini.
“Malaysia kini sedang menjadi tarikan apabila sering menjadi pilihan pemimpin besar luar untuk dilawati selain mengadakan persidangan-persidangan penting. Saya sangat terharu dengan ini kerana diberikan satu keutamaan yang jarang berlaku dalam sejarah,” jelasnya.
Tambah beliau, negara memerlukan tumpuan sepenuhnya daripada penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan baik.

“Jika ada isu-isu yang remeh ini, anda ingat negara boleh memfokuskan kepada projek-projek besar seperti hub tenaga baharu di Sarawak, projek tebatan banjir di Kelantan dengan kos RM1 bilion dengan baik? Sebab itu, kita memerlukan tumpuan seluruh pimpinan dan penjawat awam.
“Kementerian dan di peringkat negeri, bincang bersama, fikir bagaimana kita boleh melaksanakan pembaharuan dan perubahan hal-hal baharu yang mencabar.
“Kita mahu ketua-ketua jabatan bukan sahaja berperanan sebagai pelaksana malah pemikir, bantu Menteri, Ketua Menteri untuk memberikan hujah dan cadangan baru dalam memperbaiki.

“Bukannya menggunakan keadaan dan peluang untuk mencari komisen dan helah, mencari keuntungan yang haram. Jangan alihkan kepada isu-isu remeh yang tidak membantu kita sebaliknya menjaga kepentingan negara,” tambahnya.
Anwar berkata, beliau tidak akan terganggu dengan tuduhan yang dibuat ke atasnya sebaliknya menumpukan usaha untuk memajukan semua negeri di negara ini.
“Walaupun hari ini kita bercakap isu LRT, tetapi kita tidak boleh lari daripada kerangka kita yang besar. Walaupun ada yang kata, kalau (saya) bagi di Pulau Pinang, saya jaga Cina di sini, saya takut dengan DAP.
“Saya tidak terganggu dengan pandangan itu kerana saya fikir, dengar semua pandangan, di Kedah begini, di Kelantan begini, di Johor begini, di Pahang, Sabah dan Sarawak, saya kata ‘yes’ Pulau Pinang memerlukan LRT.
“Jika nak dengar semua kata-kata penghasut ini, siapa pun tidak akan untung, siapa pun tidak akan makmur dan negara ini akan mundur dengan perpecahan antara kaum, menghasut dalam isu agama sekali gus akan merugikan negara,” katanya.
Agihan RM20.16 Juta Bagi 63 Sekolah Persendirian Cina Hargai Khidmat, Kesetiaan Kepada Negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan replika cek peruntukan RM20 juta bagi 63 sekolah persendirian semasa hadir melawat Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada Sabtu. Foto Facebook Anwar Ibrahim
BUKIT MERTAJAM, 11 Jan – Detik bersejarah tercipta hari ini apabila kerajaan mengagihkan peruntukan sebanyak RM20.16 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina di negara ini kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri menyampaikan peruntukan itu sempena lawatan beliau ke Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin Bukit Mertajam, di mana beliau sendiri pernah mengajar sebagai guru sandaran Bahasa Melayu di sekolah itu sebelum ini.
Beliau ketika berucap berkata, kerajaan meneruskan pemberian peruntukan kepada 63 sekolah persendirian Cina tahun ini sebagai usaha menghargai khidmat dan kesetiaan mereka untuk menyesuaikan kurikulum pendidikan semasa serta menghormati bahasa kebangsaan.

“Memang sebelum ini (peruntukan sekolah persendirian Cina) ada, tetapi untuk tahun ini saya memutuskan untuk menyerahkan sendiri bantuan kerajaan ini kepada 63 sekolah persendirian Cina (seluruh negara) yang masing-masing akan memperoleh RM320,000.
“Ini sebagai tanda kita menghargai khidmat mereka dan kesetiaan mereka untuk menyesuaikan kurikulum (pendidikan), menghormati bahasa kebangsaan dan mengangkat martabat rakyat keseluruhan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Yang turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Sempena lawatan itu juga, Anwar mengumumkan bantuan RM1 juta kepada Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin Bukit Mertajam.
“Sekolah ini ada masalah sikit dan kerana usaha serta jasa mereka, saya luluskan RM1 juta.
“Saya berharap peruntukan ini dapat membaiki mutu pendidikan negara kita,” katanya.

Menyingkap nostalgia ketika mengajar di sekolah itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu beliau menjadi guru sandaran di sekolah yang lebih 99 peratus terdiri guru dan murid kaum Cina.
“Ketika itu, saya mengajar bahasa Melayu selama setahun. Tidak ada yang paksa saya untuk meninggalkan minat saya untuk menguasai bahasa dan budaya Melayu.
“Bahkan tidak ada usaha untuk mengeluarkan saya dari agama kita (Islam) walaupun saya mengajar di sekolah yang 99 peratus guru dan anak-anaknya Cina.
“Sebelum ini saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar yang 100 peratus pelajar Melayu dan inilah pengalaman (mengajar di sekolah persendirian Cina) yang sangat berharga bagi saya,” katanya.
Lawatan PM Anwar Ke Abu Dhabi Esok Buka Laluan Baharu Kerjasama Ekonomi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi. Foto Arkib 5 Oktober 2023
KUALA LUMPUR, 11 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri ‘Abu Dhabi Sustainability Week’ (ADSW) bermula esok 12 hingga 14 Januari 2025.
Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan lawatan itu atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE merangkap Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Perdana Menteri akan menyertai Majlis Pembukaan ADSW dan Majlis Anugerah Hadiah Kelestarian Zayed bersama Ketua-ketua Negara dan Kerajaan dari rantau Afrika, Asia, Asia Tengah, Eropah, dan Timur Tengah.
Program ADSW 2025 turut merangkumi sesi plenari dimana Perdana Menteri akan menyertai dialog bertajuk “ASEAN’s Interconnected Future: Linking Energy, Trade & Prosperity”.
Anwar akan mengetengahkan perspektif dan pengalaman Malaysia dalam peralihan ke arah sumber tenaga lestari.
Semasa lawatan ini juga, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden UAE merangkap Pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, dan rakan sejawat, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Perbincangan dijangka akan tertumpu kepada pengukuhan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, khususnya dalam sektor-sektor utama seperti tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan dan tenaga, kecerdasan buatan dan pusat data.

Selain itu, isu-isu serantau dan global yang berkepentingan turut akan dibincangkan.
Di sela-sela ADSW, Perdana Menteri juga dijadual menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA).
Perjanjian ini akan membuka peluang baharu dalam sektor perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri juga akan meneroka peluang untuk mengukuhkan kerjasama serantau, terutamanya dalam konteks peranan ASEAN dalam mempromosikan pembangunan lestari dan inovasi hijau di Asia Tenggara.
Kerajaan Tak Sorok Titah Adendum – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir Program Muhibbah MADANI 2025 di Bandar Perda, Bukit Mertajam pada Sabtu. Foto RTM
BUKIT MERTAJAM, 11 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak menyorok dokumen berkaitan Titah Adendum berhubung permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sempena Program Muhibbah MADANI Anjuran Yayasan Muhibbah Malaysia di Bandar Perda, dekat Seberang Perai Tengah, di sini, sebentar tadi.
Mengakui berdiam agak lama sebelum membalas kritikan terhadapnya, Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan Titah Adendum tidak dibincangkan pada mesyuarat Lembaga Pengampunan ketika beliau belum melantik Dr Zaliha Mustafa sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Anwar menjelaskan surat berhubung titah adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan bawah tahanan rumah dihantar kepada peguam negara.
“Surat itu dihantar kepada peguam negara, bukan kepada saya, bukan kepada ahli Lembaga Pengampunan. Peguam negara kemudian, bila Agong ganti, diserah kepada Istana Negara kerana Agong yang pengerusikan (Lembaga Pengampunan).
“Itu keadaan dia. Bukan kita sorok,” katanya.
Semalam, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai Urus Setia kepada Lembaga Pengampunan mengesahkan tiada sebarang dokumen tambahan atau adendum berkait Najib berada dalam fail atau rekod rasminya.
Melalui kenyataan dikeluarkan, BHEUU menjelaskan tidak menerima sebarang pemakluman atau arahan rasmi daripada Istana Negara berhubung dokumen tambahan berkait Najib.
Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memberi kebenaran kepada Najib untuk memulakan semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum pada Januari 2024.
Titah Adendum dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
DAP JANGAN DIAM. ELOK SAMAN SAJA... BOH 40 JUTA KA..
PRESS STATEMENT BY DAP SEC-GENERAL
1) I strongly condemn the irresponsible actions of PAS President Tan Sri Abdul Hadi Awang who once again tried to drag DAP into the addendum issue involving the Datuk Seri Najib Razak case. This despicable act is a repeat political game by PAS who are only good at blaming DAP for any issue with the slogan "Everything is DAP's fault".
2) I would like to emphasize that DAP leaders, especially DAP Cabinet Members, are not involved in the addendum issue at all because the issue of pardon is a matter for the Pardon Board which does not involve the Cabinet. In the Pardon Board, there is not a single Board Member who is a DAP representative.
3) Furthermore, all matters of the Pardon Board are advised by the Attorney General to the Yang Di-Pertuan Agong.
4) We are very familiar with PAS' dirty and despicable political tactics in using this issue and linking it to DAP for the purpose of trying to bring down the administration of YAB Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim and break up the Unity Government.
5) PAS leaders are now very power-mad and eager to use all means to achieve their political ambitions to seize power in Putrajaya.
6) I call on Malaysians who value political stability in the current era to strongly reject the cheap and vile politics brought by PAS.
7) DAP will continue to support the Unity Government under the leadership of YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim and is confident in the sincerity of all coalitions in the government to reject PAS' attempts to destabilize the country.
LOKE SIEW FOOK
DAP SECRETARY-GENERAL
7 JANUARY 2025
TAK RAMAI YANG SOKONG
Tak ramai yang sokong cuma masaalah nya yang sokong tu kuat vocal nya.. jadi nampak la macam ramai..
HAH.. BIAR BETOI
Erin Husin
Aku rasa elok yaibi Pasir Mas ni dikenakan tindakan undang².Selalu sangat dia serang peribadi PMX dan membuka ruang di komen FB nya untuk rakyat mengeji,mencaci,membenci PMX.Pemimpin pembangkang yang tolol elok lah buat tindakan.Boleh memecah belahkan masyarakat
PAS DAN PENGAMPUNAN.
Aman Mohamad
2022 - Pengampunan hak milik Allah, bukan hak milik Agong.
2025 - Pengampunan hak milik Agong, siapa lawan derhaka Agong.
Begitulah perangai ulamak-ulamak jahat dalam PAS.
:)
KALAU ADA PUN... TAPI ADAKAH UNDANG UNDANG KITA DAH DILULUSKAN DALAM DEWAN.
Titah itu mungkin ada, tapi....
Mungkin tidak dibincang dalam Lembaga Pengampunan,
Mungkin tidak dihantar kepada AG atau kerajaan,
Mungkin tidak sah nilai,
Mungkin gitu mungkin gini.....
Comel dah tu Mahkamah benarkan Najib semak melalui mahkamah....wat ni wat rakyat perlu tahu.
NAK TERKENAL DIA NI.. DULU LAIN LA ZAMAN PAK LAH... LA KENA TENDANG DENGAN UMNO
𝗞𝗝 ni dulu orang kata bijak sangat. Tapi aku tengok sama je bebalnya dengan 𝗙𝗮𝗱𝗵𝗹𝗶 𝗦𝗵𝗮𝗮𝗿𝗶 dan 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹.
𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗯𝗮 𝗯𝗮𝗱𝗮𝗸 dia tuduh Azalina 𝘀𝗼𝗿𝗼𝗸 𝗮𝗱𝗲𝗻𝗱𝘂𝗺. Seorang ni laporan polis dah dibuat atasnya. Tunggu la surat cinta.
Tak serik dulu 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗺𝗮𝗻 dengan DS Anwar. Ni buat lagi. Dah 𝘥𝘦𝘴𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘦 sangat ke tu? Guane boh?
Raja Gelap II
.
MEMANG TAK FAHAM
MAHANI OB
Memang tak faham.
Amanah bukan banyak pun dpt jadi menteri dan timbalan menteri. Tapi dalam keterbatasan jawatan yang ada, masih lagi katak-katak diutamakan. Untunglah jadi katak kan.
Bukan calang² jawatan yg diduduki katak² tu. Ada yang jadi SUA, Pegawai Khas dan jangan lupa juga CEO yang tak nak bersalam dengan BOSS nye sendiri dulu. Dah kena pecat ke belum dia tu ? Takde dengau berita pun🙄
Perkara² begini lah yg sebenarnya mengguris perasaan ahli, terutama yg telah berjuang bersama pd peringkat awal, berjuang waktu susah yang terpaksa berhadapan dengan kecaman bertubi² pihak pas, kekangan kewangan dan ketiadaan tempat² berkumpul, pejabat @ markaz.
Rasanya ahli redho je tak diberikan apa² jawatan sb mmg bukan itu pun matlamat utama..tapi kalau dah jawatan penting, yang memanglah elaunnya tu besar diberikan kepada kononnya ahli 'AMANAH' yang baru 2, 3 hari isi borang ermmm..tak tahu nak cakap apa lah.
Cuma sekadar nasihat...jawatan disebabkan politik ni tak kekal..turun naiknya tu bergantung orang bawahan. Jangan rasa berada dikedudukan itu kerana diri sendiri HEBAT.
Manusia tak pernah sempurna dan sering melakukan kesalahan. Yang penting akui kesalahan dan bertindak dgn cara yang betul. Tak perlu nak tegakkan benang yg basah. Sama² kita bermuhasabah 👌
FADLI HANG BUTA KA APA?
Apa khabar Ketua Penerangan Pas Pusat??
Dengar cerita Probowo terpaksa percepatkan tarikh lawatan jumpa PMX untuk elak pembangang terus mencipta persepsi jahat.
WALAUN... HANGPA TAK. MAKAN BAWANG DAH KA?
Man Toba
Semenjak bam mat suruh tanam bawang ni, takde lagi bunyi lolongan walaon kelaparan bawang. Tajde lagi ratip harga bawang mahal. Perasan tak?
Hari ini Bang Mat berkesempatan melawat Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan yang diusahakan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Selangor Fruit Valley. Projek ini melibatkan kawasan seluas 25 ekar dan merupakan inisiatif penting dalam mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bawang.
Dengan hasil awal sebanyak 4 tan bawang bagi setiap ekar, projek ini bukan sahaja menjanjikan pengeluaran yang memberangsangkan tetapi turut membantu rakyat untuk mendapatkan bawang tempatan pada harga yang cukup kompetetif iaitu RM6/kg.
Bang Mat ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PKPS atas kerjasama erat bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam usaha menjadikan projek ini sebagai salah satu pemacu kepada pengeluaran bawang tempatan.
KPKM komited untuk terus menyokong projek seumpama ini demi memperkukuhkan keterjaminan makanan negara dan memastikan bekalan makanan yang mencukupi serta berkualiti untuk rakyat Malaysia.