PENJELASAN SAM LEBIH JELAS DAN BERANI





Menarik Analisa Madani di TV Bernama malam ini yang menampilkan Setiausha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri  Shamsul Iskandar Md. Akin. Sebagai seorang berlatar belakang peguam, Sam sangat relevan untuk mengulas tentang addendum dan juga perihal mahkamah dan proses pembicaraan.


Dari penjelasan Sam yang saya lihat dia lebih berani telus berbanding Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang agar skema dengan jawatannya sebagai menteri yang mana kita tidak dapat penjelasan seperti diceritakan Sam. Sebagai Mendane Saifuddin tetentu lebih berhati hati.


Dari segi undang undang banyak hal yang boleh diragui tentang dokuman (addendum) itu selain daripada ia pincang dari awal kerana addendum tambahan itu tidak dibawa dalam mesyuarat pengampunan.


Menurut Sam perintah pelaksaan pengampunan yang dihantar kepada Penjara tidak disertakan perintah tahan rumah pada 2 Februray 2024, dan dokumen itu baru timbul apabila anak Najib kemukakan bukti tambahan di mahkamah dimana kesahihan bukti itu boleh dipertikai dari segi undang-undang. 


Seperkara paling menarik kata Sam, tunggu proses mahkamah seterusnya, ini bermaksud isu addedum itu belum noktah lagi apabila pihak pendakwa mengemukakan rayuan.


Paling power apabila Sam kata kalau negara ini tidak berperdana menteri Anwar Ibrahim tidak mungkin Najib mendapat keadilan seperti hari ini. Itu yang perlu disyukuri.


Mengenai dakwaan addendum itu disembunyikan sebenarnya ia tidak ternampak oleh mereka yang buta mata dan sengaja membutakan matanya. Trims.