ADA LAGI YANG MEMFITNAH PH. KALI INI BALACI PENYOKONG PAS.

 




SYAUQI TOPOI KEDAH


Merujuk Kepada kenyataan daripada saudara dr Balachandran Gopal Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendokong Pas(DHPP) yg kononnya “Ph bukan sahaja telah mewujudkan jurang yang lebih besar antara kaum,bahkan tidak menghormati bangsa Melayu yang merupakan kaum majoriti di malaysia di samping terus menyebarkan api kebencian terhadap pas mahupun parti lain'.Adalah satu tuduhan yang tidak berasas malah isu ini sengaja ditimbulkan untuk memainkan isu perkauman.

Seperti yang semua tahu,ph tidak pernah sesekali mewujudkan jurang antara kaum kerana dalam ph sendiri mempunyai pelbagai kaum dan tidak pernah sesekali bangsa melayu tidak dihormati oleh bangsa lain seperti yang didakwa oleh beliau.

Dakwaan beliau kononnya ph terus menyebarkan api kebencian terhadap pas mahupun parti lain juga adalah satu tuduhan yang tidak benar.Sebaliknya pemimpin pas itu sendiri yang membuatkan rakyat benci dan menyampah dengan pas kerana sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin pas pada hari ini.Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pas kerana apa yang diperjuangkan oleh pemimpin pas sebelum ini telah lari dari perjuangan asal,segala janji-janji tidak dilaksanakan apabila menjadi sebahagian dari kerajaan pada hari ini.

Nasihat saya pada saudara dr Balachandran Gopal,tidak perlu la nak mainkan isu perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat terutama bangsa melayu,rakyat pada hari ini sudah pandai menilai dan bijak membuat keputusan.Rakyat pada hari ini juga telah tolak politik perkauman dan sepatutnya saudara perlu menasihat pemimpim pas agar menunaikan segala janji-janji mereka kepada rakyat dan kembali kepada prinsip perjuangan asal parti pas.

Syauqi Sahimi

Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

 

PEMUDA AMANAH PERLU YANG LAHIRKAN IDEA SEGAR DAN AMANAH HARUS BERANI KEHADAPAN DIKAWASAN BARU

Secara dasarnya, aku tak bangkang permintaan Ketua Pemuda Amanah ini. Aku pun ingin lihat lebih ramai calon orang muda. Tapi seharusnya biarlah orang muda yang mampu hadirkan idea-idea segar.

Cuma masalahnya, pemuda Amanah tak begitu kedepan dalam politik negara. Bukan saja pemuda tapi boleh kata hampir kesemua pemimpin parti itu kecuali seorang dua yang dilihat aktif bekerja.

Pengundi sekarang bijak. Selain melihat lambang parti, mereka juga melihat siapa yang dicalonkan. Kalau yang dicalonkan itu orang yang tak dikenali, payah juga masa berkempen nanti.

Amanah juga sekarang semakin kurang popular kerana banyak kenyataan yang dilihat melawan arus penyokong PH yang majoritinya menolak khemah besar. Jangan kata pemuda, pemimpin utama pun ada kemungkinan akan hilang sokongan.

Aku rasa Amanah ini lawannya adalah PAS. Lebih elok kalau Amanah tumpukan kekuatan di kawasan yang dikuasai PAS. Kalau nak kerusi selamat tapi di kawasan yang parti lain kuat, siapa nak beri?.

Aku juga setuju dengan pandangan Hasbie yang Amanah dan PH perlu tarik orang Muda. Bukan ambil jalan singkat. Kononnya bekerjasama dengan parti dengan tema muda akan dapat sokongan orang muda (link berita: https://bit.ly/3xsZd19).

Apatah lagi presiden parti itu sendiri terkait dengan skandal rasuah yang kesnya agak kuat. Sebarang kerjasama dengan parti itu mungkin jadi liabiliti buat PH. Akan memudaratkan PH juga nanti.

Lebih baik kalau semua sayap pemuda parti-parti komponen PH sendiri yang dekati pengundi muda. Itu sebenarnya lebih meyakinkan berbanding bentuk kerjasama dengan parti pengkhianat yang tiada akar umbi.

Masih ada masa untuk Pemuda Amanah tampilkan diri sementara PRU15. Aku rasa daripada menuntut kerusi Gred A sekarang, lebih baik Pemuda Amanah rangka program untuk menarik minat anak muda.

Aku tak benci Amanah. Aku mantan ahli Amanah. Aku tinggalkan Amanah kerana benci dengan idea khemah besar. Tapi di lubuk hati, aku masih ingin lihat Amanah terus kukuh dalam politik Malaysia.

PH perlukan Amanah untuk menafikan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu seperti di pantai timur dan utara semenanjung. Kalau Amanah tumpukan melawan PAS di negeri-negeri itu, aku rasa Amanah akan dapat berpuluh kerusi gred A di sana. Guane boh?

Raja Gelap






ADAKAH KULI SEDAR ?

 




SHAMSUDIN NAWAWI


Nak kata apa yang dicakap oleh KuLi ini dangkal tak patut pula. Dia seorang yang berpengalaman luas. Ada yang kata kalau hendak tawan Kelantan dari Pas gunakan dia sebagai poster boy.

Dia juga punyai pengalaman lawan dan kalah, tubuh parti baru dan bubar parti itu.

Ayat dia yang diucapkan itu ayat tergantung. Typical lah bagi orang politic.

Adakah judiciary Malaysia ini tidak independent selama ini? Zaman bila yang tidak independent langsung itu. Bila judiciary tidak ikut rule of law?

Adakah orang yang dibicarakan langsung tak guna rule of law? Tahu2 masuk penjara sahaja? Ada saksi hidup ke?

Adakah zaman memenjarakan pemimpin Umno seperti Najib baru nampak judiciary itu independent? Ramai lagi pemimpin umno yang sudah dipenjara. Yang masih hidup pun ada lagi. Khir Toyo masuk penjara adakah judiciary tidak independent masa itu?

Kalau terlibat secara berterusan dengan judiciary samada sebagai plaintiff/defendant, OKT atau peguam, baru lah boleh cakap samada judiciary itu independent atau tidak.

Mana bukti yang judiciary tidak independent selama ini. Oleh kerana adalah anggapan, ulang anggapan, bahawa judiciary itu ada campur tangan dari orang luar termasuk orang politik sendiri, beranikah KuLi dedahkan?

Jangan pula kita ingat judiciary itu mesti bebas sebebasnya hinggakan undang2 syariah sudah dilupakan. Sudah dianggap jauh rendah martabatnya dari mahkamah sivil.

Sekarang collateral attack atau challenge sentiasa dibuat oleh pihak2 tertentu. Apa sahaja masalah yang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, mereka alih litigasi mereka ke Mahkamah Sivil.

Banyak sangat contohnya yang boleh diberikan.

Bermula dgn kesalahan lelaki berpakaian perempuan yang merupakan kesalahan undang2 syariah, apabila di challenge di Mahkamah Sivil, telah diputuskan undang2 syariah itu bertentangan dgn Perlembagaan. Maka ianya null and void.

Kemudiannya ada tuduhan liwat di mahkamah syariah, challenge di mahkamah sivil, liwat bawah undang2 syariah itu null and void sebab itu kesalahan di bawah Penal Code yang hanya boleh digubal oleh Persekutuan dan tidak oleh negeri.

Terbaharu apabila SIS tidak puas hati dengan Mahkamah Syariah tentang peruntukan "Judicial Review", apabila challenge di Mahkamah Sivil, 9 hakim mahkamah persekutuan sebulat suara kata itu null and void juga. Judicial review adalah khas utk Mahkamah Sivil sahaja. Mahkamah Syariah tiada kuasa itu. Enakmen Agama Islam Selangor yang menggubal enakmen itu telah melampaui kuasanya dan oleh itu unconstitutional.

Bebas yang macam itu kah yang KuLi idamkan? Bebas utk satu hari semua perkara dan undang2 yang digubal secara sah di Dewan Negeri dan Parlimen, akan diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Sivil. Atas alasan itu semua Basic Structure Doctrine?

Bebas bukan bermaksud mahkamah boleh sewenang2 isytiharkan semua undang2 tidak sah. POCA tidak sah, itu tidak sah, ini tidak sah.

Sudahnya pelaku macau scam yang heboh satu Malaya dulu, akhirnya mereka semua bebas! Bukan challenge yang mereka tidak melakukan kesalahan tapi challenge undang2 yang mereka dituduh itu tidak ikut perlembagaan.

Sebagai peguam, kes Najib itu pun merungsingkan saya. Mahkamah dapati dia bersalah itu soal lain. Tapi bagi peguam, ia adalah juga precedent. Lain kali nak minta postpone pun tak boleh! Sedia atau tidak sedia tidak lagi menjadi alasan.

Memang lah bebas tapi jangan lah sampai Doctrine of Separation of Powers itu bukan lagi berlandaskan check and balance tetapi Judiciary adalah cabang kerajaan yang jauh lebih tinggi dari Legislatif dan Eksekutif.

So KuLi....please lah....

 

OPR BELUM TENTU DIMUKTAMADKAN.

 

KHIRUL ANIAR AHMAD ZAINUDDIN


Kerajaan tidak mengetahui sama ada kadar dasar semalaman (OPR) akan dinaikkan lagi memandangkan keputusan itu hanya ditentukan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara (BNM), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Seperti negara-negara lain, kerajaan tidak campur tangan dalam urusan menentukan OPR.

“Jadi, secara jujur saya tidak tahu dakwaan sekiranya OPR akan naik lagi,” katanya menurut Harian Metro.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, terdapat salah anggap kenaikan OPR yang didakwa mengkayakan pihak bank.

“Apabila OPR naik, bank juga kena bayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, OPR negara masih rendah berbanding negara lain yang naik sehingga lebih 200 mata asas.

Menurutnya, ini berbeza dengan OPR negara yang pada tahap 2.5% dengan BNM menaikkan 75 mata asas, sejak Januari lalu.

“Adakah ini tinggi? Saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9% dan suku kedua adalah 8.9%.

https://www.freemalaysiatoday.com/.../opr-naik-lagi.../

 

May be an image of 5 people, people standing and text that says "HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINION OPR naik lagi? Jujurnya saya tak tahu, kata Tengku Zafrul FMT Reporters September 17, 2022 4:30 PM 70 Shares 26 Menter mem dasa TAHIKNIAH bank juga perlu dar ma ada kadar menteri kkan lagi memandangkan ditentukan Jawatankuasa Dasar MPC) Bank Negara (BNM), kata Menteri Kewangan"

BILA MAT KILAU DIMAINKAN DI NETFLIX

 


wrlr: zaman aku kecik dulu filem Indonesia menguasai Malaysia dengan filem penentangan belanda.Indonesia merdeka kerana berperang. Jadi filem seperti Benteng Betawi,surabaya,pahlawan fajar....dll


Akhirnya ramai yg bersependapat tentang Mat Kilau

BILA MAT KILAU DIMAINKAN DI NETFLIX

27 Jun lalu saya terpanggil menonton filem Mat Kilau di pawagam kerana kuasa media sosial. Sebaik pulang ke rumah saya terus menulis sambil berpesan jgn emo dgn ulasan saya tentang filem tersebut (gambar). Yelah org tgh ghairah tiba2 saya kritik..

Saya tahu kadang2 penulisan saya ada yg mengguris hati org lain. Malah ada juga menganggap di mata saya semuanya tidak kena. Maafkan cz i must say the truth walaupun pahit yg membuat org membenci saya.

Kata quote popular, Paulo Coelho, ‘Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie to make someone laugh.’

Saya beritahu filem Mat Kilau hanyalah hebat sebagai sebuah action movie. Saya kecewa kerana nilai sejarah tidak sampai seperti digambarkan melalui judul filem tersebut.

Jika filem ini dinama ‘Pahlawan Pahang’, saya faham ia akn cuba menonjolkan aksi pertarungan dlm byk scene filem tersebut tetapi apabila ia menggunakan nama Mat Kilau ia menghampakan. Sebenarnya dlm lipatan sejarah byk yg lebih menarik mengenai perjuangan Mat Kilau perlu ditonjolkan dari aksi dia bertarung.

Jika kita lihat filem durasi hampir 2 jam itu hampir 50% aksi pertarungan. Saya tak teruja sebab pertamanya saya tahu sejarah Mat Kilau tak mati ditikam lawan… so suspennya tiada. Kedua aksi pertarungan terlalu lama dan seni silatnya lebih kpd aksi kungfu.

Maka nilai sejarah dan seninya tiada sb itu saya kata tak sampai utk org seperti saya yg lebih mementingkan seni dan sejarah utk menonton filem ini.

Jadi faham kan kenapa filem ini tidak laku di Indonesia dan mendapat kecaman ramai bila ditayangkan di Netflix. Begitu byk lintas di wall saya membaca komen pedas dari rakan FB dan Twitter. Bagi saya filem Bisik Pada Langit jauh lebih menarik dan terkesan di jiwa berbanding Mat Kilau.

Entahlah ikhlas saya rasa lebih seronok menonton filem2 Tamil walaupun saya tak faham dialognya. Hanya bersandarkan kpd subtitle je. Akhir2 ini saya byk menonton filem Tamil.

Sebelum ini saya menonton filem Tamil dgn anak filem berjudul Cadaver… kalah thriller movie Mat Saleh. Terbaru saya menonton filem love story yg storyline kalah Diwale iaitu filem Tamil berjudul Hello… layan.

 

TUN MAHATHIR MESTI BENARKAN DIRINYA JADI CALON PM SEKALI LAGI

 

Tun Mahathir Mohamad semalam mendakwa, ramai orang masih mahukannya kembali sebagai Perdana Menteri dan menerajui negara.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau belum membuat sebarang keputusan lagi mengenainya.

“Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa.

“Saya tak tolak, saya tak terima,” katanya.

Tidak kira berapa sedikit sekali pun yang mahu beliau kembali sebagai Perdana Menteri sebagaimana dakwaannya itu, Tun Mahathir tidak harus menolaknya kali ini.

Beliau mesti menerima dan bersedia untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, biar pun ini merupakan kali yang ketiga dan sesetengah orang mungkin mempersenda – takde orang lain lagi ke, asyik-asyik dia saja nak jadi Perdana Menteri!

Tun Mahathir mesti gigih mempersetankan semua persendaan itu kerana walaupun dulu ada orang beri nasihat, kita mesti berhenti makan sebelum kenyang, tetapi selagi masih ada rasa lapar, teruskanlah melahap makanan selagi nafsu makan masih ada.

Kalau makanan adalah rezeki, jawatan Perdana Menteri lebih lagi merupakan rezeki, bahkan ramai orang boleh menumpang makan daripadanya.

Maka, boleh jatuh berdosa kalau menolak permintaan untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Lagi pula, persaingan untuk menjadi Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang ini adalah paling meriah dan lebih meriah daripada PRU-PRU sebelum ini.

Dalam hal ini, takkan Tun Mahathir mahu jadi penonton dan bertepuk di luar gelanggang saja?

Tambah-tambah lagi, baik Perdana Menteri sedia ada, Ismail Sabri Yaakob atau calon-calon pencabarnya iaitu Anwar Ibrahim dan Mahiaddin Md Yasin, semuanya dianggap tidak layak dan bukan pemimpin yang baik di mata Tun Mahathir sendiri.

Lalu, Tun Mahathir mestilah sedia mencalonkan diri sekali lagi, lantaran hanya Tun Mahathir sajalah Perdana Menteri yang paling sesuai dan memenuhi semua citarasa yang dikehendaki oleh Tun Mahathir sendiri.

Tetapi, sebelum itu, Tun Mahathir kenalah pastikan mampu menang terlebih dahulu di kerusi Parlimen Langkawi yang dimenanginya pada PRU14 lalu atas tiket PH dan menggunakan simbol PKR.

Kalau tak menang di Langkawi dan GTA pun tak mampu menang walau satu kerusi Parlimen yang lain, itu nanti sudah jadi kekalahan yang berganda namanya.

Kekalahan berganda, walaupun pahit untuk diterima, ia barangkali baik untuk Tun Mahathir lalui dalam menutup sejarah perjalanan politiknya yang panjang yang tak reti-reti mahu jadi orang pencen.

Sebab itu, Tun Mahathir mesti setuju mencalonkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri supaya sejarah sendiri akan memencenkannya dengan titik yang dinamakan kekalahan. – ShahbudinHusin 17/09/2022.



Nilai Ringgit | Kenyataan Menteri Kewangan mengelirukan - Anwar


Kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa penurunan nilai ringgit berbanding Dolar AS tidak akan memberi kesan kepada ekonomi negara, disifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kenyataan mengelirukan. Tegas Anwar, kejatuhan nilai ringgit memberi kesan secara langsung kepada rakyat apabila kos barangan keperluan terus melonjak naik.


KATA KATA PRESIDEN PAS- INGAT NIH...BOLEH BUAT SAMAN




 

Kafir Mengkafir | Tak setuju tindakan itu, termasuk kenyataan Tun M - Anwar


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan parti-parti politik serta sesetengah pemimpin termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dalam soal mengkafirkan pihak lain. Jelas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga, tindakan itu hanya mengundang kacau bilau dan bukan tradisi serta budaya Islam.


DS ANWAR IBRAHIM! UCAPAN TERBAIK DAN TIDAK MENGECEWAKAN!


UCAPAN HARI MALAYSIA PIKNIK DI PORT DICKSON!! DS ANWAR IBRAHIM! UCAPAN TERBAIK DAN TIDAK MENGECEWAKAN! MARI TONTON BERSAMA DAN DENGAR APA YANG DS ANWAR KATAKAN!!

LIVE !! SIAPA "KENCING" SIAPA?

TUUUUU DIAAAAA.....KESIAN PAK LONG HANGPA....AWAT DOK PULUN SURUH DIA BUBAQ....HANGPA AGAK AGAK HANGPA KUAT KA ?

 


Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU



Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berucap sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022.

KUALA LUMPUR: Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022.

“Saya dengar dengan jelas, ‘top 5’ pun ada di sini, timbalan (Mohamad Hasan) ada di sini, semua ada di sini. Dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk bincang (tarikh pilihan raya umum),” kata Ismail yang juga naib presiden Umno.

Kata-kata Ismail kemudian mendapat sorakan Pemuda BN yang secara jelas mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

“Kalau beginilah semangatnya, sikit lagi…tak lama lagi,” sambung Ismail.

Ismail bagaimanapun mengingatkan jentera Pemuda BN tidak terlalu gopoh mendesak PRU diadakan, agar “peristiwa hitam” pada PRU14 tidak berulang kali ini.

“Yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan kita mesti menang, itu paling penting. Kalau PRU diadakan dan kita tak mampu, kita akan kembali seperti PRU14. Jadi, boleh menang?,” soalnya.

Ruang stadium yang dibanjiri lebih 10,000 perwakilan Pemuda BN itu kemudian menyahut, “Boleh!”.

Himpunan jentera Pemuda BN seluruh Malaysia itu turut dihadiri kepimpinan tertinggi komponen BN termasuk Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Presiden MIC, SA Vigneswaran.

Turut kelihatan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, pengerusi-pengerusi BN negeri serta Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz yang juga bendahari BN Selangor.

ALAH...SURUH HANGPA BERGERAK ELOK ELOK DI KELANTAN DAN TERENGGANU...DOK NAK KALUT BELAH LAIN...CUBA BUAT ELOK ELOK. MEMANG KENA TEBAS DULU KALAU NAK BUAT JALAN.

 

Ada ‘langkah ala Sheraton’ singkir pimpinan, kata wakil Amanah Kelantan.





Perwakilan Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed berkata sekiranya
 parti menolak Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan
 Pakatan Harapan, lebih baik parti itu juga menolak langkah ala
 Sheraton. (Gambar Facebook)

SEREMBAN: Seorang perwakilan Amanah Kelantan mendedahkan wujud gerakan mendesak pemilihan parti negeri itu diadakan segera bagi menyingkirkan kepimpinan dipilih pada 2019.

Che Ibrahim Mohamed berkata, gerakan itu didalangi 17 individu yang didakwanya membuat “akuan bersumpah” untuk mengganggu-gugat Amanah di negeri tersebut.

Difahamkan, individu tersebut telah menyerahkan memorandum pemilihan semula kepada Amanah Pusat untuk dipertimbangkan.

“Kita kecewa, kita tolak Langkah Sheraton. Amanah yang sama kena tolak juga langkah ala Sheraton. Kalau nak pemilihan, tunggu musim pemilihanlah,” katanya kepada media di Konvensyen Amanah Nasional.

Che Ibrahim dalam ucapannya sebelum itu mempersoalkan tindakan pihak tersebut yang disifatkannya sebagai “tidak sabar tunggu jadi pemimpin”.

“Jika kita tidak setuju dengan Langkah Sheraton, mengapa kita membiarkan ada gerakan yang dibuat untuk menggangu-gugat keutuhan parti Amanah,” katanya.

Amanah menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya perlu dibuat hujung tahun ini selama 18 bulan, kata setiausaha agungnya Hatta Ramli, menurut Bernama.

Hatta berkata, penangguhan itu membolehkan pemilihan parti berkenaan dilaksanakan selewat-lewatnya Jun 2024 dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) telah memberi kebenaran bagi penangguhan itu.

Pemilihan Amanah pertama kali diadakan pada Konvensyen Nasional Amanah 2019 pada 6 hingga 8 Dis 2019 di Shah Alam, Selangor bagi memilih Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2019-2022.

PAS tak sekongkol dengan perasuah, Amanah diberitahu


FB : PH MALAYSIA



OWH LAGU TU NO...PATUT POOOIHH HATI DENGAN PENERANGAN 1 MDB DULU DULU- ARUL KANDA KA NAMA DIA- TAPI YANG DOK MEROYAN DENGAN UMNO PASAI PA PULAK ? NI PUKOI ANAK SINDIR MENANTU NI....SEMALAM NUR JAZLAN TIBAI KAW KAW ....TERASA HATI LAH GAMAKNYA,,,,,DENGAN PENGKHIANAT MACAMAN PULAK ???






Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab kenyataan
 Amanah bahawa partinya sudah tidak bermoral kerana menggunakan
 nama Islam untuk berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah.

PETALING JAYA: PAS tidak akan bersekongkol dengan sesiapa saja yang melakukan rasuah, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu menjawab kenyataan Amanah bahawa partinya sudah tidak bermoral kerana menggunakan nama Islam untuk berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah.

Tuan Ibrahim berkata, PAS juga menyokong tindakan diambil kepada mereka yang melakukan rasuah.

“Sekiranya beliau (Khalid Samad) ada maklumat mengenai rasuah, maka mesti buat laporan agar boleh diambil tindakan,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad membidas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai parti rasuah bagi menyembunyikan sikap sebenar parti itu yang “lunak” terhadap kegiatan rasuah.

“PAS mempertahankan individu dan kumpulan pelaku rasuah yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Apatah lagi ia dibuat ketika Sarawak Report menegaskan mereka mempunyai bukti parti tersebut menerima wang daripada Umno dan juga tindakan Hadi menarik balik saman beliau terhadap portal tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Tuan Ibrahim berkata, pada masa sama Perikatan Nasional (PN) tegas mempertahankan integriti dan menentang amalan rasuah.

MANA DIA PAKAR ULAS NIH...MASUK LAM GUA PA



 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Ringgit paling terendah dalam masa 24 tahun dan ada potensi nak cecah RM4.6 per USD, tapi pelik tak ada pula pakar-pakar kewangan Facebook nak berbunyi.

Hairan kan? Mana pi semua pakar kewangan yang serba tahu dahulu?






 

DS ANWAR IBRAHIM! KEBENCIAN TERHADAP SIKAP!

OOOO GELAR KE PARTI DIA TAK CERDIK..HADI AWANG KATA PH CERDIK LA YA....SIAP TUNGGU MAKAN SAMAN HADI AWANG.....BARU CERDIK YA....KAH..KAH..KAH...CARI MAI SAT KUNCI PORCHE AKU...NAK PEE MARKET BELI IKAN BAWAI SENANGIN...FUHHH

 


Gelar PAS ‘parti kafir’, mursyidul am selar Dr M tak cerdik







Hashim Jasin berkata, tindakan Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dulu
 yang mengasingkan agama dengan politik menerusi frasa ‘agama suku,
 politik suku’, berjaya ditangani Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyelar tindakan Dr Mahathir Mohamad yang kembali membangkitkan isu ‘parti kafir’ sebagai ‘sangat tidak cerdik’.

“Benda dah selesai lama dah, kenapa dia nak ungkit balik? Ada tak mana-mana orang dan pemimpin Umno, terutamanya masih mendakwa seperti dia?

“Bagi saya, PAS kata Umno tu kafir dah selesai dah, kalau dulu sembahyang dua imam, sekarang dah tak berlaku lagi,” katanya kepada FMT.

Mahathir yang juga pengerusi Pejuang melabel PAS sebagai ‘parti kafir’ – mengikut tafsiran parti itu sendiri – kerana sanggup bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam demi kuasa dan kedudukan.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang didakwa pernah mengkafirkan Umno kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam, kini ‘merelakan PAS dikafirkan’ untuk bekerjasama dengan Umno menerusi Muafakat Nasional (MN).

Hashim mendakwa, tindakan Mahathir membangkitkan semula isu kafir-mengkafir seolah-olah sengaja mahu memecah-belahkan usaha agenda penyatuan ummah sedang digerakkan PAS.

Malah, katanya, tindakan Mahathir suatu ketika dulu yang mengasingkan agama dengan politik menerusi frasa ‘agama suku, politik suku’, berjaya ditangani Hadi yang ketika ini sedia berunding dan bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Umno dan bukan Islam atas semangat perpaduan ummah.

“Kerjasama dengan parti bukan Islam waktu Nabi dah ada, dengan syarat mereka hormati Islam. Jangan kita nak tegakkan Islam ada yang bangkang macam DAP, tu PAS tak sanggup (kerjasama),” katanya.

“(Bila Mahathir) Memisahkan politik dengan agama, Hadi satukan. Jadi, petua Hadi itu mengubah penyakitnya, iaitu perpecahan antara orang Islam.”

“Amanat Hadi” merujuk ucapan Ahli Parlimen Marang itu pada 7 April 1981, ketika beliau menjadi pesuruhjaya PAS Terengganu. Petikan ucapan itu kerap dibidas Umno kerana didakwa mengkafirkan ahli parti komponen terbesar Barisan Nasional itu.

KES DI RANTAU PANJANG

 


IRDK Respond Team

ootSprdsnef022349ma4hh1h5u71032tl4fc0332gmg5h2gm10h9705c2gt5  · 

16/09 Kes penculikan berlaku di Rantau Panjang,kejar kereta sampai Kemahang3,Tanah Merah dekat masjid sebelum solat jumaat kelmarin.

Mangsa budak berusia sekitar 5-6tahun menurut info.

 

LAIN KALI FIKIR HABIS HABIS

 



Tak habis lagi tagih simpati. Dah buat jenayah tu, terima je la hukumannya. Kalau rindu, pergilah melawat tiap hari. Kalau rindu jugak lagi, masuk je penjara tu sekali.

Baru masuk penjara. Bukan mati pun. Ada berjuta lagi orang yang jadi balu. Semua tabah. Malah ada yang terpisah dengan suami kerana suami terpaksa merantau cari rezeki sebab hasil bumi Malaysia dah dirompak oleh daddy dia. Tak ada pun buat cerita sedih macam ni.

Lain kali, nak buat jenayah fikir dulu dalam-dalam. Kenangkan akibat. Jangan ingat ko PM, atau isteri PM, boleh rompak dan takkan tertangkap. Kuasa Allah melebihi segalanya. Guane boh?

Raja Gelap