wrlr: zaman aku kecik dulu filem Indonesia menguasai Malaysia dengan filem penentangan belanda.Indonesia merdeka kerana berperang. Jadi filem seperti Benteng Betawi,surabaya,pahlawan fajar....dll
Akhirnya ramai yg bersependapat tentang Mat Kilau
BILA MAT KILAU DIMAINKAN DI NETFLIX
27 Jun lalu saya terpanggil menonton filem Mat Kilau di pawagam
kerana kuasa media sosial. Sebaik pulang ke rumah saya terus menulis sambil
berpesan jgn emo dgn ulasan saya tentang filem tersebut (gambar). Yelah org tgh
ghairah tiba2 saya kritik..
Saya tahu kadang2 penulisan saya ada yg mengguris hati org lain.
Malah ada juga menganggap di mata saya semuanya tidak kena. Maafkan cz i must
say the truth walaupun pahit yg membuat org membenci saya.
Kata quote popular, Paulo Coelho, ‘Telling the truth and making
someone cry is better than telling a lie to make someone laugh.’
Saya beritahu filem Mat Kilau hanyalah hebat sebagai sebuah
action movie. Saya kecewa kerana nilai sejarah tidak sampai seperti digambarkan
melalui judul filem tersebut.
Jika filem ini dinama ‘Pahlawan Pahang’, saya faham ia akn cuba
menonjolkan aksi pertarungan dlm byk scene filem tersebut tetapi apabila ia
menggunakan nama Mat Kilau ia menghampakan. Sebenarnya dlm lipatan sejarah byk
yg lebih menarik mengenai perjuangan Mat Kilau perlu ditonjolkan dari aksi dia
bertarung.
Jika kita lihat filem durasi hampir 2 jam itu hampir 50% aksi
pertarungan. Saya tak teruja sebab pertamanya saya tahu sejarah Mat Kilau tak
mati ditikam lawan… so suspennya tiada. Kedua aksi pertarungan terlalu lama dan
seni silatnya lebih kpd aksi kungfu.
Maka nilai sejarah dan seninya tiada sb itu saya kata tak sampai
utk org seperti saya yg lebih mementingkan seni dan sejarah utk menonton filem
ini.
Jadi faham kan kenapa filem ini tidak laku di Indonesia dan
mendapat kecaman ramai bila ditayangkan di Netflix. Begitu byk lintas di wall
saya membaca komen pedas dari rakan FB dan Twitter. Bagi saya filem Bisik Pada
Langit jauh lebih menarik dan terkesan di jiwa berbanding Mat Kilau.
Entahlah ikhlas saya rasa lebih seronok menonton filem2 Tamil
walaupun saya tak faham dialognya. Hanya bersandarkan kpd subtitle je. Akhir2
ini saya byk menonton filem Tamil.
Sebelum ini saya menonton filem Tamil dgn anak filem berjudul
Cadaver… kalah thriller movie Mat Saleh. Terbaru saya menonton filem love story
yg storyline kalah Diwale iaitu filem Tamil berjudul Hello… layan.