Ramai nak Mahathir jadi PM lagi? Agak kelakar berita ini. Yang
dikata ramai tu berapa orang? Ahli parti dia je kot?
Macamana aku tak kata kelakar, kita tengok parti dia pun hidup
segan mati tak mahu. PRN Johor pun hilang deposit di semua kerusi.
Kalau betul orang nak dia jadi PM lagi, berbondong orang masuk
parti dia. Tapi sayangnya partinya tak laku. Macam tak wujud pun.
Jelas dan amat jelas yang Mahathir sekarang ni tak dipandang
langsung. Apatah lagi orang nak dia jadi PM? Memang sembang je lebih.
Jangan lupa Mahathir ada saham besar dengan kerosakan yang
berlaku di negara kita hari ini. Sebab dia yang nak sangat Najib jadi PM dulu.
Cukuplah dengan kerosakan yang ada. Lebih baik berhenti
berpolitik dan tumpukan kepada keluarga saja. Guane boh?