ADA LAGI YANG MEMFITNAH PH. KALI INI BALACI PENYOKONG PAS.

 




SYAUQI TOPOI KEDAH


Merujuk Kepada kenyataan daripada saudara dr Balachandran Gopal Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendokong Pas(DHPP) yg kononnya “Ph bukan sahaja telah mewujudkan jurang yang lebih besar antara kaum,bahkan tidak menghormati bangsa Melayu yang merupakan kaum majoriti di malaysia di samping terus menyebarkan api kebencian terhadap pas mahupun parti lain'.Adalah satu tuduhan yang tidak berasas malah isu ini sengaja ditimbulkan untuk memainkan isu perkauman.

Seperti yang semua tahu,ph tidak pernah sesekali mewujudkan jurang antara kaum kerana dalam ph sendiri mempunyai pelbagai kaum dan tidak pernah sesekali bangsa melayu tidak dihormati oleh bangsa lain seperti yang didakwa oleh beliau.

Dakwaan beliau kononnya ph terus menyebarkan api kebencian terhadap pas mahupun parti lain juga adalah satu tuduhan yang tidak benar.Sebaliknya pemimpin pas itu sendiri yang membuatkan rakyat benci dan menyampah dengan pas kerana sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin pas pada hari ini.Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap pas kerana apa yang diperjuangkan oleh pemimpin pas sebelum ini telah lari dari perjuangan asal,segala janji-janji tidak dilaksanakan apabila menjadi sebahagian dari kerajaan pada hari ini.

Nasihat saya pada saudara dr Balachandran Gopal,tidak perlu la nak mainkan isu perkauman untuk menakut-nakutkan rakyat terutama bangsa melayu,rakyat pada hari ini sudah pandai menilai dan bijak membuat keputusan.Rakyat pada hari ini juga telah tolak politik perkauman dan sepatutnya saudara perlu menasihat pemimpim pas agar menunaikan segala janji-janji mereka kepada rakyat dan kembali kepada prinsip perjuangan asal parti pas.

Syauqi Sahimi

Exco Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

 

No comments: