Biar tak hensem asal kaya, biar tak cantik asal manja?



Salah pihak media sibuk nak tahu privacy selebriti…

ORG TANYA KENA JAWAB AKHIRNYA KENA CEMUH


Yg pelik sejak dulu wartawan bila selebriti berkahwin mereka akan tanya kenapa pilih pasangannya? Perlu ke soalan tu? Sibuk nak tahu perasaan org terhadap pasangan… tipikal Melayu suka jaga tepi kain org.


Kan buat serba salah kalau suami dia tak hensem tak kan nak kata sebab kaya nanti org kata materialistik… terpaksa la beritahu suami dia kelakar, bangun solat Subuh, sopan santun, menyantuni ibu bapa n bla bla bla. Lepas setahun bercerai kena pukul hilang sopan santunnya.


Kalau tanya pada lelaki kenapa pilih wanita itu sebagai isteri. Kalau cantik tak akan nak bagitahu dgn umum nanti nampak poyo la pula.. pasti kena kutuk dgn netizen. Kalau tak cantik tak kan nak kata cinta pandangan pertama jadi terpaksa kata pandai memasak, manja dan bla bla bla.


Cukuplah nak tahu wang hantaran, mas kahwin, honeymoon dkt mana. Biar le dia nak kahwin dgn janda, anak dara, andartu, bini dia gemuk, dia suka laki buncit, dia suka lelaki tua, suka abang bomba ke atau sebab kaya sekalipun….apa kita nak sibuk tentang perasaan dan jodoh org.


Pernah kita tanya kawan (lelaki), kau pilih dia sebagai isteri sebab apa? Pernah kita tanya kakak atau ibu kita pilih suami atau bapa kita sebab apa? Paling kuat soalannya macamana kenal ayah… biasa mak atau ayah kita masing2 menuduh ayah atau ibu ‘mengorat’.


Org Perak dulu sebut menggoda tu mengorat atau tackle… ‘ kau tackle la dia’… bukan tackle kasi jatuh ke lantai tapi kasi jatuh hati… maksud pergi la goda. Mcm sebut pemandu org kampung sebut drebar.


Sb itu dulu bila dihantar ke meja hiburan saya elak utk jadi wartawan gossip. Cepat2 fokus review album, konsert, film, rock dan adakan ruangan pojok sendiri… tetap kritikal dari disuruh editor buat gossip. Jgn didik masyarakat utk jaga tepi kain org kerana media sgt berperanan membentuk pemikiran masyarakat.