SHAMSUDIN NAWAWI
Nak kata apa yang dicakap oleh KuLi ini dangkal tak patut pula. Dia
seorang yang berpengalaman luas. Ada yang kata kalau hendak tawan Kelantan dari
Pas gunakan dia sebagai poster boy.
Dia juga punyai pengalaman lawan dan kalah, tubuh parti baru dan
bubar parti itu.
Ayat dia yang diucapkan itu ayat tergantung. Typical lah bagi
orang politic.
Adakah judiciary Malaysia ini tidak independent selama ini?
Zaman bila yang tidak independent langsung itu. Bila judiciary tidak ikut rule
of law?
Adakah orang yang dibicarakan langsung tak guna rule of law?
Tahu2 masuk penjara sahaja? Ada saksi hidup ke?
Adakah zaman memenjarakan pemimpin Umno seperti Najib baru
nampak judiciary itu independent? Ramai lagi pemimpin umno yang sudah
dipenjara. Yang masih hidup pun ada lagi. Khir Toyo masuk penjara adakah
judiciary tidak independent masa itu?
Kalau terlibat secara berterusan dengan judiciary samada sebagai
plaintiff/defendant, OKT atau peguam, baru lah boleh cakap samada judiciary itu
independent atau tidak.
Mana bukti yang judiciary tidak independent selama ini. Oleh
kerana adalah anggapan, ulang anggapan, bahawa judiciary itu ada campur tangan
dari orang luar termasuk orang politik sendiri, beranikah KuLi dedahkan?
Jangan pula kita ingat judiciary itu mesti bebas sebebasnya
hinggakan undang2 syariah sudah dilupakan. Sudah dianggap jauh rendah
martabatnya dari mahkamah sivil.
Sekarang collateral attack atau challenge sentiasa dibuat oleh
pihak2 tertentu. Apa sahaja masalah yang mereka hadapi di Mahkamah Syariah,
mereka alih litigasi mereka ke Mahkamah Sivil.
Banyak sangat contohnya yang boleh diberikan.
Bermula dgn kesalahan lelaki berpakaian perempuan yang merupakan
kesalahan undang2 syariah, apabila di challenge di Mahkamah Sivil, telah
diputuskan undang2 syariah itu bertentangan dgn Perlembagaan. Maka ianya null
and void.
Kemudiannya ada tuduhan liwat di mahkamah syariah, challenge di
mahkamah sivil, liwat bawah undang2 syariah itu null and void sebab itu
kesalahan di bawah Penal Code yang hanya boleh digubal oleh Persekutuan dan
tidak oleh negeri.
Terbaharu apabila SIS tidak puas hati dengan Mahkamah Syariah
tentang peruntukan "Judicial Review", apabila challenge di Mahkamah
Sivil, 9 hakim mahkamah persekutuan sebulat suara kata itu null and void juga.
Judicial review adalah khas utk Mahkamah Sivil sahaja. Mahkamah Syariah tiada
kuasa itu. Enakmen Agama Islam Selangor yang menggubal enakmen itu telah
melampaui kuasanya dan oleh itu unconstitutional.
Bebas yang macam itu kah yang KuLi idamkan? Bebas utk satu hari
semua perkara dan undang2 yang digubal secara sah di Dewan Negeri dan Parlimen,
akan diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Sivil. Atas alasan itu semua Basic
Structure Doctrine?
Bebas bukan bermaksud mahkamah boleh sewenang2 isytiharkan semua
undang2 tidak sah. POCA tidak sah, itu tidak sah, ini tidak sah.
Sudahnya pelaku macau scam yang heboh satu Malaya dulu, akhirnya
mereka semua bebas! Bukan challenge yang mereka tidak melakukan kesalahan tapi
challenge undang2 yang mereka dituduh itu tidak ikut perlembagaan.
Sebagai peguam, kes Najib itu pun merungsingkan saya. Mahkamah
dapati dia bersalah itu soal lain. Tapi bagi peguam, ia adalah juga precedent.
Lain kali nak minta postpone pun tak boleh! Sedia atau tidak sedia tidak lagi
menjadi alasan.
Memang lah bebas tapi jangan lah sampai Doctrine of Separation
of Powers itu bukan lagi berlandaskan check and balance tetapi Judiciary adalah
cabang kerajaan yang jauh lebih tinggi dari Legislatif dan Eksekutif.
So KuLi....please lah....