KHIRUL ANIAR AHMAD ZAINUDDIN
Kerajaan
tidak mengetahui sama ada kadar dasar semalaman (OPR) akan dinaikkan lagi
memandangkan keputusan itu hanya ditentukan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)
Bank Negara (BNM), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
“Seperti
negara-negara lain, kerajaan tidak campur tangan dalam urusan menentukan OPR.
“Jadi,
secara jujur saya tidak tahu dakwaan sekiranya OPR akan naik lagi,” katanya
menurut Harian Metro.
Mengulas
lanjut, Tengku Zafrul berkata, terdapat salah anggap kenaikan OPR yang didakwa
mengkayakan pihak bank.
“Apabila
OPR naik, bank juga kena bayar kaedah faedah lebih tinggi kepada pendeposit,”
katanya.
Pada masa
sama, beliau berkata, OPR negara masih rendah berbanding negara lain yang naik
sehingga lebih 200 mata asas.
Menurutnya,
ini berbeza dengan OPR negara yang pada tahap 2.5% dengan BNM menaikkan 75 mata
asas, sejak Januari lalu.
“Adakah
ini tinggi? Saya rasa kalau berbanding dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh
pada separuh tahun pertama sebanyak 6.9% dan suku kedua adalah 8.9%.
https://www.freemalaysiatoday.com/.../opr-naik-lagi.../