PEMUDA AMANAH PERLU YANG LAHIRKAN IDEA SEGAR DAN AMANAH HARUS BERANI KEHADAPAN DIKAWASAN BARU

Secara dasarnya, aku tak bangkang permintaan Ketua Pemuda Amanah ini. Aku pun ingin lihat lebih ramai calon orang muda. Tapi seharusnya biarlah orang muda yang mampu hadirkan idea-idea segar.

Cuma masalahnya, pemuda Amanah tak begitu kedepan dalam politik negara. Bukan saja pemuda tapi boleh kata hampir kesemua pemimpin parti itu kecuali seorang dua yang dilihat aktif bekerja.

Pengundi sekarang bijak. Selain melihat lambang parti, mereka juga melihat siapa yang dicalonkan. Kalau yang dicalonkan itu orang yang tak dikenali, payah juga masa berkempen nanti.

Amanah juga sekarang semakin kurang popular kerana banyak kenyataan yang dilihat melawan arus penyokong PH yang majoritinya menolak khemah besar. Jangan kata pemuda, pemimpin utama pun ada kemungkinan akan hilang sokongan.

Aku rasa Amanah ini lawannya adalah PAS. Lebih elok kalau Amanah tumpukan kekuatan di kawasan yang dikuasai PAS. Kalau nak kerusi selamat tapi di kawasan yang parti lain kuat, siapa nak beri?.

Aku juga setuju dengan pandangan Hasbie yang Amanah dan PH perlu tarik orang Muda. Bukan ambil jalan singkat. Kononnya bekerjasama dengan parti dengan tema muda akan dapat sokongan orang muda (link berita: https://bit.ly/3xsZd19).

Apatah lagi presiden parti itu sendiri terkait dengan skandal rasuah yang kesnya agak kuat. Sebarang kerjasama dengan parti itu mungkin jadi liabiliti buat PH. Akan memudaratkan PH juga nanti.

Lebih baik kalau semua sayap pemuda parti-parti komponen PH sendiri yang dekati pengundi muda. Itu sebenarnya lebih meyakinkan berbanding bentuk kerjasama dengan parti pengkhianat yang tiada akar umbi.

Masih ada masa untuk Pemuda Amanah tampilkan diri sementara PRU15. Aku rasa daripada menuntut kerusi Gred A sekarang, lebih baik Pemuda Amanah rangka program untuk menarik minat anak muda.

Aku tak benci Amanah. Aku mantan ahli Amanah. Aku tinggalkan Amanah kerana benci dengan idea khemah besar. Tapi di lubuk hati, aku masih ingin lihat Amanah terus kukuh dalam politik Malaysia.

PH perlukan Amanah untuk menafikan pengaruh PAS di negeri majoriti Melayu seperti di pantai timur dan utara semenanjung. Kalau Amanah tumpukan melawan PAS di negeri-negeri itu, aku rasa Amanah akan dapat berpuluh kerusi gred A di sana. Guane boh?

Raja Gelap