PAS tak sekongkol dengan perasuah, Amanah diberitahu


FB : PH MALAYSIA



OWH LAGU TU NO...PATUT POOOIHH HATI DENGAN PENERANGAN 1 MDB DULU DULU- ARUL KANDA KA NAMA DIA- TAPI YANG DOK MEROYAN DENGAN UMNO PASAI PA PULAK ? NI PUKOI ANAK SINDIR MENANTU NI....SEMALAM NUR JAZLAN TIBAI KAW KAW ....TERASA HATI LAH GAMAKNYA,,,,,DENGAN PENGKHIANAT MACAMAN PULAK ???






Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menjawab kenyataan
 Amanah bahawa partinya sudah tidak bermoral kerana menggunakan
 nama Islam untuk berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah.

PETALING JAYA: PAS tidak akan bersekongkol dengan sesiapa saja yang melakukan rasuah, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu menjawab kenyataan Amanah bahawa partinya sudah tidak bermoral kerana menggunakan nama Islam untuk berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah.

Tuan Ibrahim berkata, PAS juga menyokong tindakan diambil kepada mereka yang melakukan rasuah.

“Sekiranya beliau (Khalid Samad) ada maklumat mengenai rasuah, maka mesti buat laporan agar boleh diambil tindakan,” katanya menurut Berita Harian.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad membidas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai parti rasuah bagi menyembunyikan sikap sebenar parti itu yang “lunak” terhadap kegiatan rasuah.

“PAS mempertahankan individu dan kumpulan pelaku rasuah yang telah dibuktikan bersalah di mahkamah.

“Apatah lagi ia dibuat ketika Sarawak Report menegaskan mereka mempunyai bukti parti tersebut menerima wang daripada Umno dan juga tindakan Hadi menarik balik saman beliau terhadap portal tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Tuan Ibrahim berkata, pada masa sama Perikatan Nasional (PN) tegas mempertahankan integriti dan menentang amalan rasuah.

No comments: