SKANDAL YANG PERLU DIBONGKAR SEMULA.


 

BERNARKAH KENAIKAN EKONOMI RAKYAT TAK RASA ? PATUT CUTI BARU NI SANA JAMM SINI JAMM...PENUH KERETA....


 

DAP DAH TAK ADA..ADA PULAK GEJOLAK SISTEM BERAJA. SIAPA DERHAKA ?


 

CARI PENCACAH ASING DEMI KUASA.


 

MUKA MAWAR TANI PENUH ONAK


 

CEPAT JA UMNO BUAT KERJA.PH..,...


Alif Kadir Al Katami.



 Lepas pecat Raja, Ustaz² pro PH di N9 pulak dipecat. Semuanya dibuat dalam bulan Ogos jugak.







Haaa nampak mcmana UMNO buat kerja. Laju kan? PH aje slow. Suruh buang deepstate yg bersalin kulit dalam jabatan pun terkinja-kinja takut nak buat. Ternak sampai buncit kawan tu. Belajar mcmana UMNO buat kerja. Dapat aje kuasa, perkara pertama mereka buat ialah kerat mana² yg patut.  Inilah yg bakal terjadi sekiranya PH tumbang di Putrajaya.


Tu belum kira lagi menteri PH yg dok ternak pro UMNO dalam kementerian, jabatan & dijadikan KOL berbayar tu. Seandainya kalian tau berapa banyak mereka dibayar, pasti kalian yang tegar PH ini akan terluka. Ana ulam, pasti terluka teman-teman. Bertabahlah.





APA DA HAL..PARTI JALANG BIASA LA...TAKAT FITNAH TARIK BALIK NORMAL LAH.

 





Pemimpin PAS Terengganu, Faizul Abas sekali lagi mencetuskan perhatian selepas menarik balik hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan keputusan tender bekalan baja diubah.


Dalam hantaran terdahulu, Faizul mendakwa bekas Pengerusi MADA, Dr Ismail Salleh mendedahkan keputusan tender bekalan baja diubah oleh “PM yang juga Menteri Kewangan”, sehingga menyebabkan baja tidak sampai.


Namun selepas menyemak semula rakaman asal, Faizul mengakui beliau tersalah memahami perkataan yang disebut Dr Ismail.


“GM” — bukan “PM”.


Menurut Faizul, kekeliruan itu berpunca daripada sari kata video yang ditontonnya, tetapi beliau mengakui sepatutnya menyemak rakaman asal terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan.


“Satu huruf sahaja bezanya, tetapi dalam konteks perbualan tersebut ia mengubah maksud secara substantif dan menyebabkan saya membuat satu kesimpulan yang sama sekali berbeza daripada apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh Dr Ismail.”


Beliau kemudian menarik balik kesimpulan dalam hantaran terdahulu dan memohon maaf kepada Dr Ismail serta semua pihak yang terkesan.


“Maka kesimpulan yang saya buat berdasarkan perkataan “PM” dalam posting terdahulu saya tarik balik.”


“Walaupun kekeliruan itu bermula daripada sarikata “PM” yang tertera pada video yang saya tonton, saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada orang lain. Saya yang membuat posting tersebut dan sepatutnya saya cross-check rakaman asal terlebih dahulu.”


Perkembangan itu turut mendapat perhatian Hasnul Zulkarnain yang mempersoalkan sama ada Faizul sudah melakukan tabayyun sebelum menyebarkan dakwaan tersebut.


Hasnul turut mencadangkan supaya Dr Ismail mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwanya menyebarkan fitnah.


Jadi kali ini bukan soal orang lain salah faham kenyataan Faizul.


Faizul sendiri sudah mengakui kesimpulan asalnya salah dan menariknya balik.


Satu huruf saja beza.


PM dengan GM.


Tapi kesannya, Perdana Menteri pula yang dikaitkan dengan dakwaan mengubah keputusan tender.


Sebab itu sebelum tekan butang “post”, elok dengar rakaman asal dulu.


Jangan sampai sari kata salah, orang lain pula kena tuduh.


#unofficialinfo




KERJA SETANG



 

RAJA A FAMOSA DAN LIM SIAN SEE



Amir Zuhair











Ketika saya sudah lena diulit mimpi malam tadi, telefon saya tidak berhenti bergegar. Hairan juga, tetapi saya tidak mengendahkannya kerana terlalu mengantuk. Rupanya, pelbagai perkara berlaku dalam satu malam.


1. Mantan Dato’ Undang Jelebu membuat kenyataan akhbar, diapit oleh mantan Dato’ Undang Rembau dan Dato’ Undang Johol, sambil menunjukkan satu dokumen yang kononnya merupakan “proklamasi” untuk menurunkan takhta DYMM Tunku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.


Apabila melihat dokumen tersebut pagi ini, rasa hendak tergelak pun ada. Namun, pada saya, biarlah. Itu mungkin sekadar persoalan teknikal yang kadang-kadang terlepas pandang apabila seseorang terlalu kelam-kabut untuk membuat sesuatu keputusan.


Yang lebih menarik perhatian saya bukanlah dokumen tersebut, tetapi sikap sebahagian netizen yang menyokongnya.


Saya pernah bersembang dengan beberapa individu yang begitu yakin bahawa mereka “handal” dan memahami segala perkara berkaitan isu ini. Namun, apabila ditanya mengapa Yang di-Pertuan Besar Tunku Muhriz perlu diturunkan, tiada jawapan yang benar-benar tuntas. Hujah yang diberikan sekadar mengocak air, tetapi tidak menjawab persoalan pokok.


Akhirnya, alasan yang muncul ialah kononnya anakanda Yang di-Pertuan Besar menyokong DAP.


Apabila saya bertanya pula tentang kekanda Tunku Nadzaruddin yang pernah menganggotai lembaga pengarah Carlsberg, sebuah syarikat yang jelas mempunyai kegiatan bertentangan dengan prinsip Syariah dan hukum Islam, maka terus senyap dan topik dialihkan kepada cerita port memancing.


Sedangkan, menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, persoalan berkaitan kelayakan seseorang untuk menjadi pemerintah bukanlah perkara yang boleh diputuskan sesuka hati berdasarkan sentimen politik.


Tidak pula dipersoalkan siapa isteri yang lebih baik menutup aurat.


2. Pola yang sama dapat dilihat dalam kalangan golongan yang kononnya menyokong usaha menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Tunku Muhriz.


Semangat dan cita-cita memang tinggi, tetapi pengetahuan serta kemampuan untuk menilai sesuatu secara kritikal tidak semestinya seiring. Cerita kedai kopi dianggap sebagai fakta, khabar angin pula diangkat menjadi rekod sejarah. Akhirnya, segala-galanya digunakan untuk memuaskan kemarahan dan kecenderungan politik sendiri.


Masalahnya bukan sekadar salah fakta. Masalah yang lebih besar ialah apabila seseorang sudah tidak lagi membezakan antara apa yang benar dengan apa yang ingin dipercayainya benar.


3. Dalam isu agama pun, corak yang hampir sama dapat dilihat.


Ada yang lebih mempercayai seorang ‘Cina kafir’, Lim Sian See, apabila bercakap mengenai Rukun Islam dan ibadah Haji berbanding penjelasan institusi seperti Tabung Haji dan pandangan mufti.


Dalam isu Hibah Haji misalnya, ada yang mengambil sesuatu fakta secara terpilih lalu mendakwa bahawa hibah untuk tujuan Haji merupakan hak umat Islam, sedangkan persoalan istitaah merupakan antara perkara asas yang perlu difahami dalam kewajipan menunaikan Haji.


Apabila agama dibincangkan berdasarkan potongan fakta, sentimen dan apa yang ingin didengar, akhirnya hukum yang kompleks disederhanakan menjadi slogan politik.


4. Lebih membimbangkan, agama dan undang-undang kemudiannya ditafsirkan berdasarkan akal, kecenderungan dan kepentingan politik sendiri.


Yang lebih parah ialah apabila pemimpin mengetahui tahap pengetahuan dan pemikiran sebahagian penyokongnya, tetapi keadaan itu tidak digunakan untuk mendidik. Sebaliknya, kelemahan tersebut terus dimanfaatkan untuk mengukuhkan sokongan politik.


Dalam keadaan seperti ini, penyokong bukan lagi sekadar pengikut. Mereka boleh menjadi mangsa kepada manipulasi maklumat.


5. Sebab itu, pada saya, apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah terus berusaha memandaikan orang di sekeliling kita.


Tanya justifikasi sesuatu pendirian. Minta sumber. Semak fakta. Kemukakan maklumat yang sahih. Dan apabila ada kekeliruan, betulkan dengan ilmu, bukan dengan penghinaan.


Golongan yang terpengaruh dengan retorik seperti ini bukan untuk dibenci atau dipulaukan. Sebaliknya, mereka perlu disantuni dan diberikan pengetahuan yang mencukupi supaya mampu membentuk pemikiran berdasarkan fakta, ilmu dan prinsip yang benar.


Kita tidak mungkin mengubah semua orang dalam sehari. Tetapi sekurang-kurangnya, kita boleh memastikan semakin ramai orang belajar membezakan antara fakta dengan propaganda, ilmu dengan retorik, dan kebenaran dengan apa yang sekadar mahu dipercayai.


Kerana akhirnya, masyarakat yang berilmu lebih sukar dieksploitasi oleh mana-mana pemimpin yang mahu mempergunakan kejahilan untuk kepentingan politik.


- intaha -





TH AKAN KEMBALI PULIH.

 

Che Ibrahim.


TH insyaAllah dalam proses pemulihan selepas proses sakau yang melampau lampau terutama sekitar tahun 2014 - 2017 seperti yang dilaporkan dalam RCI TH 2014 - 2020.





Kini FELDA pula, semoga PMX sempat melakukan pemulihan setelah menyelamatkan Felda dari penyakau.



UMNO BAKAL KENA LAGI


CnP





 Hasrat PAS untuk membawa semula agenda penyatuan ummah nampaknya mula berdepan persoalan besar di Terengganu apabila UMNO negeri itu mempersoalkan kesediaan PAS berkongsi kerusi.


Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Nik Dir Nik Wan Ku berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain termasuk PAS.


Menurut laporan Malaysiakini, beliau menyindir, kerjasama itu tidak membawa makna jika PAS tetap mahu mempertahankan semua kerusi yang sudah dimenanginya.


“Kalau PAS nak tanding semua kerusi, itu bukan bergabung. Itu berkabung!” katanya. 


Sindiran itu muncul selepas Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan dalam ucapan penggulungan muktamar bahawa PAS akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi pada PRU15 lalu. 


Di Terengganu, isu itu memang besar.


PAS-PN menang bersih semua lapan kerusi Parlimen negeri itu pada PRU15 dan kesemua 32 kerusi DUN pada PRN Terengganu 2023.


Kalau PAS mahu kekalkan semua kerusi itu, secara mudahnya UMNO tidak mempunyai kerusi untuk dibahagikan melalui kerjasama. 


Malah UMNO Marang turut memberi respons lebih keras.


Menurut hantaran Penerangan UMNO Marang, rundingan di peringkat pusat atau usaha “risik-merisik” di negeri lain tidak bermakna mereka perlu menerima bulat-bulat idea Muafakat Nasional 2.0 di Terengganu.


“Harus diingat, sehingga ke tarikh tulisan ini, hanya kerana kami membuka pintu rundingan, tidak bermaksud kami pernah memohon dan merayu untuk berunding,” katanya.


UMNO Marang turut menegaskan mereka selesa bergerak tanpa ikatan tertentu di Terengganu buat masa ini. 


Jadi nampaknya isu kerjasama PAS-UMNO bukan sekadar soal mahu bersatu atau tidak.


Soalan sebenarnya lebih praktikal:


Kalau PAS sapu semua 40 kerusi Parlimen dan DUN yang sudah mereka menang di Terengganu, UMNO nak duduk di mana?


Penyatuan ummah memang sedap disebut.


Tapi kalau kerusi semua nak pegang sendiri, macam kata UMNO Terengganu:


Itu bukan bergabung.


Itu berkabung.


#unofficialinfo





DAP TAK ADA DALAM KERAJAAN INI. MASIH KECOH N9.

 











KEJAHATAN Puak yang kononnya berjuang untuk orang melayu SEMAKIN TERSERLAH

Kalau dulu kisah pengurangan kuasa Raja-Raja melayu berlaku melalui permainan politik

Kalau dulu berlaku penabalan sultan di Kelantan dibawah pokok melalui permainan politik

Sebelum ini dalam beberapa bulan berlaku penabalan Raja@Sultan@Yang Tuan Besar di hotel melalui permainan politik

KINI PROSES MENURUNKAN YANG DIPERTUAN BESAR JUGA DENGAN PERMAINAN POLITIK

SUNGGUH JAHAT PUAK POLITIK HAPRAK
Termasuklah mereka atau puak yang menyokong






ANALISIS | Buat dulu, umum dulu – Benarkah krisis takhta Negeri Sembilan sedang cipta ‘precedent’ bahaya?

 



TEAM EDITORIAL


Pertikaian mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kini tidak lagi sekadar soal siapa berada di takhta atau siapa bakal menggantikannya, sebaliknya mula mengheret persoalan lebih besar mengenai sejauh mana aturan Adat, Undang-undang Tubuh dan Perlembagaan negeri dipatuhi apabila melibatkan institusi Raja.

Persoalan itu dibangkitkan pempengaruh Liyana Marzuki dalam ulasannya mengenai perkembangan terbaru berkaitan proses penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Menurutnya, proses berkenaan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana kedudukan seorang Raja tertakluk kepada aturan dan tatacara yang telah ditetapkan.

Antara perkara utama yang dipersoalkan ialah keperluan mendapatkan persetujuan serta tandatangan Menteri Besar bagi melengkapkan proklamasi berkaitan penurunan takhta. Liyana yang juga seorang peguam mendakwa Menteri Besar terdahulu tidak bersedia menandatangani dokumen berkenaan kerana terdapat persoalan mengenai kemungkinan wujudnya kelompongan dari sudut Adat dan Perlembagaan.

Perkembangan terbaru pula menimbulkan persoalan apabila didakwa dalam satu sidang media bahawa tandatangan Menteri Besar yang baharu sudah diperoleh, sedangkan penurunan takhta itu dikatakan telah berkuat kuasa sehari sebelumnya.

Aturan mengelirukan

Di sinilah persoalan perlembagaan menjadi semakin besar.

Jika tandatangan Menteri Besar sememangnya diperlukan untuk menyempurnakan proses penurunan takhta, persoalannya ialah mengapa pengganti kepada Yang di-Pertuan Besar sudah dinamakan sebelum proses berkenaan benar-benar lengkap mengikut aturan yang sepatutnya.

Lebih jauh, Liyana mempersoalkan mengapa pemasyhuran pengganti dikatakan sudah dibuat di sebuah hotel di Melaka sekiranya proses penurunan takhta Raja terdahulu masih belum disempurnakan. Bagi beliau, keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai urutan sebenar proses yang telah berlaku.

Persoalan tersebut penting kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan seorang Raja bukan sekadar keputusan politik yang boleh dibuat berdasarkan siapa mempunyai sokongan paling kuat. Ia berkait rapat dengan institusi, undang-undang dan adat yang menjadi asas kepada kesinambungan pemerintahan negeri.

Atas sebab itu, Liyana menggunakan istilah “bulldoze”(merempuh prosedur) untuk menggambarkan apa yang didakwanya berlaku, iaitu tindakan dibuat terlebih dahulu, pengumuman dibuat dan pemasyhuran dilakukan sebelum persoalan mengenai asas undang-undangnya selesai dijawab.

Jika dakwaan tersebut benar, persoalannya bukan lagi sekadar siapa menang atau kalah dalam pertikaian politik, tetapi sama ada pendekatan sedemikian boleh mewujudkan satu precedent yang memberi kesan kepada institusi Raja pada masa hadapan.

Institusi tidak semestinya runtuh secara tiba-tiba. Kewibawaannya boleh terhakis sedikit demi sedikit apabila aturan yang sepatutnya menjadi pagar kepada institusi mula dianggap boleh diketepikan atas alasan tertentu.

Hari ini mungkin berlaku dalam satu negeri, tetapi precedent yang dibina hari ini boleh menjadi rujukan untuk hari esok. Jika proses penurunan takhta seorang Raja boleh dipersoalkan kerana didakwa mendahului prosedur, apakah jaminan kaedah sama tidak akan digunakan terhadap Raja-raja Melayu lain pada masa hadapan?

Namun, terdapat persoalan yang lebih asas yang perlu dijawab kepada rakyat, iaitu mengapa Yang di-Pertuan Besar yang sedang bertakhta itu perlu diturunkan?

Jika memang terdapat asas Perlembagaan dan undang-undang yang membolehkan penurunan tersebut, asas itu wajar dijelaskan melalui saluran yang sah, bukannya dibiarkan berkembang sebagai perang naratif di media sosial.

Begitu juga dakwaan bahawa proses berkenaan mempunyai kaitan dengan pendirian Raja terhadap isu rasuah dan salah guna kuasa. Perkara itu tidak wajar dibiarkan sekadar menjadi spekulasi politik; jika benar ada kaitan, ia memerlukan penjelasan dan bukti, manakala jika tidak benar, pihak berkaitan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjernihkan persepsi tersebut.

Kerana akhirnya, persoalan sebenar bukan siapa menang dalam pertelingkahan ini, tetapi apakah jenis sistem yang mahu ditinggalkan kepada generasi akan datang. Adat mesti dihormati, Perlembagaan mesti dipatuhi dan institusi Raja mesti dilindungi.

Dalam soal takhta, bukan sekadar siapa yang menaiki singgahsana penting, tetapi bagaimana seseorang boleh menaiki takhta dan bagaimana seseorang yang sedang bertakhta boleh diturunkan.







Hampir tiga dekad Kelantan tarah hutan simpan kekal, SAM persoal siapa untung, siapa tanggung akibat

 


Sahabat Alam Malaysia (SAM) mempersoalkan siapa sebenarnya mendapat keuntungan daripada eksploitasi sumber hutan di Kelantan selepas hampir tiga dekad Hutan Simpan Kekal (HSK) dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di negeri itu gagal diurus serta dipulihara secara mampan.

Pegawai Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, keadaan semakin membimbangkan apabila Pihak Berkuasa Negeri (PBN) meluluskan pelbagai pembangunan ladang hutan monokultur selain aktiviti perlombongan dan pengkuarian dalam kawasan HSK.

Menurutnya, dianggarkan hampir 30 peratus daripada keseluruhan keluasan HSK di Kelantan telah dizonkan bagi pembangunan ladang monokultur serta tujuan perlombongan dan pengkuarian.




Meor Razak (bertopi) ketika sidang media di Pejabat ABIM Cawangan Kelantan pada 2 September lalu.

Beliau berkata, eksploitasi berskala besar itu bukan sahaja memberi kesan terhadap ekosistem, malah menjejaskan sosioekonomi masyarakat setempat serta meningkatkan konflik antara manusia dengan hidupan liar.

“Oleh kerana kegagalan PBN menguruskan sumber hutan secara mampan, Pensijilan Pengurusan Hutan dibawah Skim Pensijilan Kayu Balak (MTCS) bagi negeri Kelantan telah digantung sejak 2016 sehingga sekarang.

“Disamping itu, PBN masih tidak mematuhi ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MMTN) Ke-70 pada tahun 2014 yang menyarankan supaya semua Kerajaan Negeri mengambil inisiatif mengawal atau seboleh-bolehnya mengelakkan kelulusan kegiatan perlombongan / pengkuarian dalam HSK,” katanya menerusi kenyataan.

Guna tanah hutan

Dalam masa sama, SAM menegaskan kerajaan negeri Kelantan perlu juga melindungi dan memulihara semua Kawasan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) yang terdapat di negeri itu.

“Kawasan Rangkaian Ekologi CFS berperanan sebagai koridor bagi menghubungkan kompleks hutan dan amat penting kepada pergerakan hidupan liar.

“Mana-mana kawasan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (PlanMalaysia) sebagai Kawasan Rangkaian Ekologi CFS perlulah dikawal atau seboleh-bolehnya mengelakkan apa sahaja kululusan yang melibatkan penukaran guna tanah hutan,” tegasnya.

Kebimbangan SAM semakin memuncak susulan Cadangan Pengubahan Rancangan Pemajuan di Negeri Kelantan pada 2023 yang melibatkan Rancangan Struktur Negeri, enam Rancangan Tempatan dan satu Rancangan Kawasan Khas.



Menurut SAM, antara perkara paling membimbangkan dalam cadangan tersebut ialah keputusan supaya kawasan HSK, kecuali kawasan punca dan tadahan air, tidak lagi diklasifikasikan sebagai KSAS.

“Sekiranya Cadangan Pengubahan Rancangan Pemajuan di Negeri Kelantan diluluskan, sumber hutan dan KSAS boleh dieksploitasi sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kepentingan dan kekayaan biologinya, kepentingan sosio ekonomi kepada komuniti setempat serta impak kepada alam sekitar.

“Malah, Cadangan Pengubahan Rancangan Pemajuan di Negeri Kelantan bercanggah dengan Rancangan Pemajuan / Pelan Perancangan Fizikal di peringkat persekutuan yang perlu diterjemah, diselaras dan diperincikan di peringkat perancangan wilayah / negeri melalui RSN, RT dan RKK,” katanya.

Bah kuning

Lebih setahun selepas Sesi Pendengaran Awam dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan pada 25 Februari 2024, SAM berkata, kerajaan negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan masih belum memaklumkan kepada orang ramai mengenai status terkini cadangan tersebut.

“Susulan itu, SAM telah mengemuka surat kepada Menteri Besar pada Januari 2026 untuk mendapatkan penjelasan status Cadangan Pengubahan Rancangan Pemajuan di Negeri Kelantan tetapi adalah dukacita sehingga kini masih belum menerima maklum balas,” ujarnya. .

Pertubuhan itu turut mempersoalkan keputusan kerajaan negeri yang tidak mahu menerima pakai Seksyen 7 dan 8 Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 dalam pindaan enakmen perhutanan negeri.

“Disamping itu, SAM juga amat kecewa apabila surat-surat yang pernah dikemuka sebelum ini sama ada kepada Menteri Besar atau PBN yang membabitkan hal ehwal hutan pun tidak pernah diterima maklum balas.

“Pimpinan di peringkat negeri tidak mengambil iktibar bahawa aktiviti manusia boleh mempengaruhi bencana banjir besar “bah kuning” pada 2014 tetapi menunding kepada fenomena alam terutama kadar curahan hujan yang luar biasa,” menurut SAM lagi.






Umno Terengganu bersuara: ‘Kami pernah ditipu, dizalimi MN 1.0’

 


Cadangan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) 2.0 di Terengganu berdepan persoalan besar apabila Umno Marang mengingatkan pengalaman mereka ketika pelaksanaan MN 1.0 yang didakwa menyaksikan parti itu “ditipu dan dizalimi”.

Pendirian itu dinyatakan Umno Marang ketika mengulas ucapan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas ke-72 yang memberi isyarat bahawa semua kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi pada PRU15 perlu dipertahankan.

Menurut Umno Marang, kenyataan Abdul Hadi itu dianggap sebagai mesej dan petunjuk yang jelas mengenai pendirian Pas berhubung bentuk kerjasama politik yang ingin dibawa, khususnya di negeri yang kini dikuasai parti berkenaan.

“Terima kasih Haji Hadi. Mesej dan petunjuk jelas untuk kami Umno Terengganu,” kata Umno Marang menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial.

Lebih menarik hantaran di media sosial Umno Marang disertakan dengan poster tangan digigit ular.

Namun begitu, Umno Marang menegaskan sebarang rundingan di peringkat pusat, termasuk pendirian individu tertentu dalam Umno serta perkembangan “risik-merisik” antara parti di negeri lain, tidak bermakna mereka perlu menerima bulat-bulat cadangan MN 2.0 di Terengganu.

Malah, bahagian itu menegaskan pendirian mereka akan ditentukan berdasarkan suara majoriti akar umbi dan bukan semata-mata berdasarkan pandangan pemimpin tertentu di peringkat pusat.

“Suara selektif walau bergema sehingga ke bulan, tiada maknanya andai ia bukan suara akar umbi,” katanya.

Lebih tegas, Umno Marang berkata membuka pintu rundingan tidak bermaksud pihaknya pernah memohon atau merayu untuk bekerjasama, malah mereka mendakwa selesa dengan kedudukan sekarang yang bebas daripada sebarang ikatan politik tertentu di Terengganu.

Menurut kenyataan itu, MN 2.0 juga bukan agenda utama Umno Marang ketika ini kerana fokus mereka adalah untuk menjadi penyemak imbang kepada kerajaan negeri, selain meletakkan diri sebagai “kerajaan menunggu” sehingga pilihan raya akan datang.

Umno Marang turut membangkitkan pengalaman ketika MN 1.0 apabila mendakwa mereka pernah “ditipu dan dizalimi”, khususnya berkaitan agihan bantuan dan peruntukan Covid-19, walaupun pada ketika itu Umno Terengganu tidak meminta sebarang jawatan Exco, GLC atau GLIC.

“Adil dan saksama sekadar tebu di bibir kalian,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Umno Marang berkata mereka tetap mengalu-alukan pelawaan Speaker DUN Terengganu, Mohd Nor Hamzah, supaya ahli Umno membantu kerajaan negeri serta bersedia bertemu untuk mendapatkan penerangan berhubung isu kerajaan negeri dan rakyat.

Umno Marang memberi isyarat bahawa ruang untuk kerjasama dalam soal kepentingan rakyat masih terbuka, namun ia tidak semestinya bermakna mereka bersedia mengikat diri dengan MN 2.0 sebagai satu pakatan politik.

“Insya-Allah, segala kepincangan, salah guna kuasa dan permasalahan rakyat akan kami juarai dengan lebih efektif dan agresif sehingga paluan pilihan raya negeri berbunyi kelak,” katanya.

Perkembangan itu memperlihatkan bahawa usaha menghidupkan semula kerjasama Umno-Pas di Terengganu bukan sekadar soal pembahagian kerusi, sebaliknya turut bergantung kepada sejauh mana keyakinan akar umbi Umno terhadap Pas selepas pengalaman MN 1.0.

Dengan Pas menguasai kesemua kerusi Parlimen dan DUN Terengganu yang dipertandingkan dalam pilihan raya sebelum ini, persoalan utama kini ialah sama ada formula MN 2.0 benar-benar mampu meyakinkan Umno Terengganu atau akhirnya hanya membuka semula luka lama yang masih belum dilupakan.




@thekapitanMY BUKA PEKUNG SENDIRI


 

@jasonyew_ Join Tak sempat nak jadi popcorn 🍿, kita makan


 

AIR


 

FITNAH PULUHAN TAHUN TUMBANG! Kebenaran Anwar Ibrahim & Surat UMNO CIA Akhirnya Terbongkar!


 

GEMPAK! CUCI TANGAN': Campur Tangan AS, Isu RCI & Desakan PRU16. Apa Mereka Takut Sangat?


 

PANAS!! ANWAR IBRAHIM BUAT HAMZAH ZAINUDIN "KOYAK"! PEMBANGKANG MENGIGIL MARAH DI DEWAN RAKYAT!?


 

KEH KEH KEH.


 Kamal Hero Malaya



Apa ni Pu Jad Syahid Billah semakin Hari semakin tak masok akei




BULLDOZE



LIYANA Marzuki








Maka benarlah apa yang kebanyakan peguam dan pakar sudah nyatakan sebelum ini.


Penurunan takhta YamTuan ada tertib dan ada aturan. Kena ikut Adat dan Perlembagaan.


Paling utama, apa-apa proklamasi Undang untuk menurunkan takhta Raja memerlukan persetujuan dan tandatangan MB.


Yang MB lama tak sanggup buat kerana dikatakan terdapat banyak lompong yang melanggar Adat dan Perlembagaan.


Semalam dalam sidang media didedahkan bahawa mereka sudah mendapat tandatangan MB baru. Dan penurunan takhta itu dikatakan berkuat kuasa serta-merta sehari sebelumnya.


Di sinilah persoalan semakin besar.


Kalau akhirnya tandatangan MB diperlukan untuk menyempurnakan proses penurunan takhta, bukankah itu mengesahkan hujah yang kami bangkitkan dari awal?


Tandatangan MB itu penting.


Jadi sebelum adanya proklamasi penurunan takhta yang lengkap dengan tandatangan MB, kenapa Undang sudah menamakan YamTuan baru?


Kenapa sudah dibuat pemasyhuran di sebuah hotel di Melaka?


Kalau proses turun takhta belum sempurna, kenapa dimasyhurkan penggantinya? 


Di situlah nampak caca-merbanya. Itulah dikatakan borderline derhaka. 


Sebab itu dari awal bekas Hakim dan Profesor Undang-undang sudah mengingatkan: urusan menurunkan seorang Raja bukan urusan koboi.


Ada Adat.

Ada Undang-undang Tubuh.

Ada Perlembagaan.


Hakikatnya, mereka bulldoze.


Buat dahulu. Umum dahulu. Pemasyhuran dahulu.


Kemudian combat in media.


Cuba memajak otak kita supaya tindakan luar biasa ini lama-kelamaan kelihatan biasa.


Normalisasikan derhaka kepada Raja.


****************


Tetapi bagi saya, persoalan yang jauh lebih besar bukan lagi siapa menang atau kalah dalam pertelingkahan ini.


Persoalannya ialah apa yang kita sedang lakukan kepada Institusi Raja?


Kalau proses menurunkan takhta dan menaikkan Raja boleh dibuat melalui trial by media, dengan aturan dan prosedur diketepikan, apakah precedent yang sedang kita bina?


Kalau hari ini seorang Raja boleh cuba diturunkan dengan cara begini, apa jaminannya Raja-raja Melayu yang lain tidak akan berhadapan perkara sama pada masa hadapan?


Institusi tidak runtuh dalam sehari.


Ia terhakis sedikit demi sedikit apabila aturan boleh diketepikan kerana ada sesetengah pihak punya agenda tersendiri.


Bersultan di mata, Beraja di hati. 


Dan selepas segala hiruk-pikuk ini, ada satu soalan paling asas yang masih perlu dijawab kepada rakyat:


Kenapa Raja yang sedang bertakhta perlu diturunkan?


Apa sebenarnya salah Baginda?


Adakah kerana beliau lantang melawan rasuah dan salahguna kuasa? 


Itu soalan yang Kerajaan Negeri sekarang perlu jawab segera. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki


NB- titah Baginda sejak tahun 2023. Sudah lama mereka ini buat kerja.





BERITA TERGEMPAR | Presiden UMNO Zahid Hamidi Dituduh Cuba Menggulingkan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan



Therealnehrism


Menurut laporan  daripada akhbar The Straits Times dari Singapura, Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi adalah watak penting dalam cubaan menggulingkan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Selain Zahid, Setiausaha Agung UMNO Asyraf Wajdi Dusuki dan Menteri Undang-undang Azalina Othman Said turut didakwa terlibat dalam cubaan rampasan kuasa tersebut.


Apakah sebenarnya yang didakwa oleh The Straits Times?


Begini. Menurut laporan The Straits Times, Undang Yang Empat di Negeri Sembilan, yang sedang giat dalam percubaan mereka menggulingkan Tuanku Muhriz dari takhtanya, mendakwa bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru dipilih, Ismail Lasim, telah menemui mereka pada 3 Ogos lalu untuk mendapatkan restu mereka, serta restu daripada sepupu Tuanku Muhriz, iaitu Tunku Nadzaruddin Ja’afar, yang merupakan pesaing kepada Tuanku Muhriz untuk takhta Negeri Sembilan.


Menurut The Straits Times, sumber yang dipercayai mendedahkan bahawa Presiden UMNO Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Asyraf Wajdi Dusuki, dan Menteri Undang-undang Azalina Othman Said turut hadir dalam pertemuan itu.


Pada pertemuan tersebut, para Undang mendakwa bahawa Ismail telah menandatangani satu proklamasi untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz dari takhta, sekali gus membuka jalan kepada Tunku Nadzaruddin, putera kepada pemerintah terdahulu, untuk ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Besar yang baharu.


Tiga hari lalu, pada 5 September, dengan menggunakan proklamasi yang ditandatangani oleh Ismail Lasim pada 3 Ogos itu, mereka menuntut agar kerajaan negeri menguatkuasakan penyingkiran Tuanku Muhriz.


Walaupun Ismail Lasim tidak menafikan dakwaan para Undang bahawa beliau telah menandatangani proklamasi untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz, sehari kemudian pada 6 September, Ismail melafazkan semula “taat setia sepenuhnya” kerajaan negeri kepada Tuanku Muhriz tanpa mengulas dakwaan para Undang tersebut.


Bagaimanapun, akhbar The Straits Times turut melaporkan bahawa sumber undang-undang dan kerajaan memaklumkan kepada mereka bahawa Ismail Lasim kemudiannya mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani proklamasi tersebut di bawah tekanan, dan kepimpinan tertinggi UMNO juga telah bekerjasama dengan pihak Undang dalam usaha ini.


Menurut sumber akhbar itu, Ismail Lasim juga telah membuat laporan polis pada hari ini, 8 September, yang menyatakan bahawa beliau telah dipaksa menandatangani dokumen tersebut dan dihalang daripada meninggalkan mesyuarat itu sehingga beliau berbuat demikian.


Sekarang, jika anda tertanya-tanya siapakah yang mungkin menghalang Ismail Lasim daripada meninggalkan mesyuarat itu, ingat, pada mesyuarat 3 Ogos lalu, selain Ismail Lasim, keempat-empat Undang dan Tunku Nadzaruddin, mesyuarat tersebut dihadiri oleh Zahid, Asyraf Wajdi Dusuki, and Azalina Othman.


Antara kesemua mereka, Zahid boleh dikatakan satu-satunya individu yang mempunyai senioriti dan autoriti politik untuk menghalang Ismail Lasim daripada meninggalkan mesyuarat tersebut.


Walau bagaimanapun, bagi menyangkal tohmahan terhadap Zahid, Ismail Lasim baru sahaja mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bahawa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.


“Berikutan laporan yang diterbitkan oleh The Straits Times hari ini, saya ingin menafikan dakwaan bahawa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam sebarang usaha untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” kata Ismail dalam satu kenyataan.


Sehingga pukul 11.30 malam pada 8 September, inilah perkembangan terkini dalam krisis diraja yang sedang berlaku di Negeri Sembilan.


Memandangkan betapa pantas dan tergemparnya krisis takhta di Negeri Sembilan ini sedang meledak sejak beberapa hari kebelakangan ini, marilah kita bersiap sedia untuk menerima lagi kejutan menjelang pagi esok.


Sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.


#NegeriSembilan #TuankuMuhriz #ZahidHamidi #UMNO #UMNOPolitics #RoyalCrisis #NegeriSembilanRoyalCrisis #IsmailLasim #AsyrafWajdiDusuki #AzalinaOthman #NadzaruddinJaafar #MalaysianPolitics #PolitikMalaysia #therealnehruism




SKANDAL RASUAH PEMBELIAN HELIKOPTER MD530G






Harrison Hassan bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Pertahanan Hishamuddin Tun Hussein untuk tahun 2013 ke 2014 yang kini ADUN Jeram di bawah Perikatan Nasional berjaya memperolehi kontrak pembelian helikopter MD530G. Harison mengunakan syarikat beliau Halaman Optima Sdn Bhd untuk membeli helikopter ringan MD530G dengan nilai kontrttak sebanyak RM322 juta untuk 6 buah helikopter.


Helikopter ringan MD530G buatan gergasi aeroangkasa AS McDonnell Douglas, MD Helicopters Inc, ditempah oleh Kementerian Pertahanan pada 2016 dengan harga RM322 juta. Oleh itu  sebuah helikopter yang di beli berharga  RM53 juta. 


Spesikasi helikopter MD530G


Helikopter MD530G adalah helikopter ringan yang di gunakan untuk pertanian, pemburuan, rekreasi dan pemantauan jarak dekat.


Helikopter ini hanya berkelajuan 240 km/jam dengan jarak penerbangan 400km tanpa tangki tambahan. Ianya mampu terbang selama 1.5 jam sahaja. Mengikut pencarian di laman sesawang harga helikopter ini tanpa senjata hanyalah UD$2 juta atau RM8 juta sahaja. Helikopter ininhanya boleh menbawa senjata ringan sahaja. 


Perjanjian pembelian di tanda tangani di antara Halaman Optima Sdn Bhd dengan Mindef pada November 2016. Selepas perjanjian di menterai maka bayaran pendahuluan 35% di beri atau sebanyak  RM112 juta.


MASALAH HARRISON HASSAN & HALAMAN OPTIMA SDN BHD 


Selepas Harrison dan syarikatnya gagal menyelesaikan bekalan Helikopter tempur ringan MD530G pada tahun 2017 kerana masalah kewangan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien mengarahkan Dato’ Rozabil @ Rozamujib Bin Abdul Rahman (Proksi) Pengarah Urusan Destini Berhad membeli syarikat HALAMAN OPTIMA SDN BHD daripada Dato’ Harrison Hassan dengan nilai RM5.5 juta. 


Destini Berhad mengumumkannya di Bursa Malaysia pada 16 Februari 2017 membolehkan pengambilalihan Halaman Optima Sdn Bhd (HOSB) itu bagi membekalkan membekalkan enam helikopter peninjau kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.


Pengambilalihan kepentingan sebanyak 70 peratus dalam HOSB dibuat melalui anak syarikat Destini, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB). 


ENAM HELIKOPTER MD530G SAMPAI FEBRUARI 2022 


Sekalipun tahun 2022 Syarikat MD Helicopters daripada Amerika Syarikat membuat permohonan bankrap di bawah Chapter 11 mengikut undang-undang Amerika Syarikat namun pembekal itu berjaya menghantar enam buah helikopter MD530G kepada Kementerian Pertahanan Malaysia. Kesemua enam helikopter itu mengambil masa selama 31 hari untuk tiba di Malaysia selepas pemeriksaan prapenghantaran selesai pada Disember tahun lalu. 


KRITIKAN DAN ISU PEMBELIAN HELIKOPTER MD530G 


Pembelian enam unit helikopter tempur ringan MD530G bernilai RM322 juta oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) dilanda pelbagai kritikan dan isu kelewatan ketara sejak kontrak dimeterai pada tahun 2016.


Antara isu utama dan kritikan berhubung perolehan ini termasuklah: 


Kelewatan dan Kegagalan Patuhi Kontrak 


○ Aset yang sepatutnya mula diterima secara berperingkat (dengan jadual asal penerimaan sekitar November 2017) gagal diserah milik kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikut jadual. 


○ Bagaimana boleh syarikat yang telah menerima bayaran permulaan sebanyak RM112 juta mengalami masalah kewangan. 


Helikopter ringan tidak sesusi di gunakan untuk pentempuran tentera 


○ Helikopter ada banyak kelemahan untuk di gunakan untuk pentempuran seperti jarak perjalanan yang menghadkan pergerakan dan masa pertempuran. 


○ Persenjataan untuk helikopter hanya terhad kepada senjata ringan juga di anggap tidak sesuai dan tidak memberi kelebihan berbanding helikopter tempur negara jiran. 


Harga yang mahal tak sepadan dengan helikopter ringan 


○ Harga sebenar helikopter MD530G ini dengan pensejataan ringan di anggarkan tidak melebihi RM10 juta berbanding dengan harga sebuah yang di bayar Mindef sebanyak RM53 juta sebuah 


○ Jika di bandingkan dengan harga, Mindef sepatutnya membeli helikopter tempur yang lebih hebat dan sesuai di gunakan untuk peperangan dan setanding dengan negara jiran.


SIASATAN SPRM BERKAITAN PEMBELIAN MD530G


Namun sehingga sekarang tidak diketahui status kes rasuah Halaman Optima dan Harrison Hassan ini sama ada kekal berjalan atau sudah ditutup. Fail video keterangan pengakuan itu masih tersimpan dengan SPRM jika dibuka semula. 


RUNDINGAN TUN M DENGAN HISHAMMUDIN UNTUK MEMBANTU LANGKAH SHERATON 


Maklumat di terima bahawa Tun M mengunakan kes ini sebagai senjata untuk memcapai kesepakatan dengan Hishammudin untuk menarik Ahli Parlimen BN menyertai Bersatu dan menyokong kerajaan baru. Jika bersetuju maka kes dalam siasatan SPRM di tarik balik sebagai balasan. Akhirnya 16 Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu dan akhirnya sisatan rasuah kes helikopter MD530G tidak di teruskan.


   


Pada Februari 2023 Datuk Rozabil Abdul Rahman mengumumkan persaraannya sebagai Pengerusi Eksekutif yang telah berkhidmat selama 12 tahun bersama kumpulan itu, dengan alasan “untuk mengejar kepentingan peribadinya”. Beliau juga sekarang adalah Ketua Bahagian UMNO Arau selepas tewas dalam PRU15 lalu menentang bekas bosnya Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau turut melepaskan pegangan sahamnya dalam Destini Berhad dan digantikan dengan budaknya Abdul Rahman Rejab.  Rozabil sebelum ini memegang pegangan langsung sebanyak 6.229% dan pegangan tidak langsung sebanyak 9.527% dalam Destini. 


Kesimpulan 


Semua yang terlibat dalam skandal perolehan ini adalah orang UMNO dari Menteri Pertahanan, Syarikat yang memperolehi kontrak iaitu Syarikat Halaman Prima Sdn Bhd dan Syaikat yang mengambil alih Destini. Percaturan politik ketika itu telah menghalalkan kes rasuah dan Hishammudin terselamat. Persoalannya adakah SPRM sekali lagi membawa kes ini ke makhamah dan menghukum pelakunya.


(Omar Mat Noor)


https://www.facebook.com/share/p/1JtUE7i735/